Sejak akhir-akhir ini, kecoh di media sosial tentang perdebatan antara pakar kesihatan dan pempengaruh makanan. Isunya? Tabiat berbuka dengan air balang yang sarat dengan gula. Memang godaan air khatira atau teh ais madu tu lain macam bila waktu azan dah dekat, kan?
Namun, sebagai wanita yang bijak, kita perlu tahu apa yang badan kita benar-benar dambakan selepas 14 jam berehat daripada makan dan minum. Walaupun lidah mahukan yang manis, sel tubuh kita sebenarnya ‘menangis’ mahukan air kosong.
Ini 6 sebab kenapa air kosong adalah “superfood” terbaik untuk anda berbuka:
1. Hidrasi Ekspres (Bye-bye Kulit Kusam!)
Selepas seharian, badan kita kehilangan banyak cecair. Air kosong adalah ejen penghidrasi terpantas yang diserap terus ke dalam sistem badan tanpa perlu diproses lama. Hasilnya? Kulit anda nampak lebih lembap dan tidak kering walaupun sedang berpuasa.
Ads
2. Perut Lebih ‘Happy’
Bayangkan perut yang kosong tiba-tiba dikejutkan dengan gula yang tinggi. Shock dibuatnya! Air kosong bersifat neutral, tidak membebankan sistem pencernaan, dan membantu perut bersedia untuk menghadam makanan berat dengan lebih selesa tanpa rasa kembung.
3. Fokus Maksima tanpa ‘Sugar Crash’
Pernah tak rasa mengantuk yang amat sangat selepas berbuka? Itu tanda sugar crash akibat air manis! Air kosong membekalkan oksigen ke otak, membuatkan anda kekal segar, fokus, dan bertenaga untuk menunaikan solat Tarawih tanpa rasa ‘berat mata’.
Ads
4. Sayangi Jantung & Aliran Darah
Gula berlebihan boleh mengganggu tekanan darah. Air kosong membantu mengekalkan kelikatan darah yang ideal, melancarkan aliran darah ke seluruh badan, dan menjaga kesihatan jantung. Kecantikan sebenar bermula dari aliran darah yang sihat, sis!
Ads
5. Strategi Diet Paling Mudah
Ramadan selalunya jadi waktu mencabar untuk jaga berat badan sebab lambakan juadah di bazar. Dengan memilih air kosong sebagai minuman utama, anda sudah menjimatkan ratusan kalori kosong. Ini cara paling ‘bijak’ untuk elak berat badan naik mendadak selepas raya.
6. Sokongan Untuk ‘Workout’ Malam
Bagi anda yang merancang untuk lakukan regangan atau senaman ringan selepas berbuka, air kosong adalah kunci. Ia mengelakkan kekejangan otot dan mempercepatkan pemulihan tenaga supaya badan tidak rasa ‘lembik’ keesokan harinya.
Kesimpulan: Tak salah nak merasa air manis seteguk dua, tapi jadikan air kosong sebagai hidangan pertama yang menyentuh bibir anda. Badan sihat, kulit cantik, ibadah pun lancar.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita pastinya akan mengalami pengalaman berdepan masalah senggugut atau sakit ketika datang haid.
Masalah ini dianggap bukan sesuatu yang luar biasa bagi kebanyakan wanita tanpa mengira usia selagi sistem reproduktifnya masih aktif.
Kejang perut, kembung, sakit pinggang serta pelbagai lagi adalah antara gejala yang dialami, dan tahap kesakitannya juga berbeza.
Namun senggugut yang teruk boleh mengganggu kualiti kehidupan seseorang wanita. Malah menurut pakar obstetrik dan ginekologi, ada yang perlu mengambil ubat tahan sakit setiap kali haid.
Menurut mereka, umumnya kesakitan haid ini disebabkan masalah pada sistem peranakan, dan paling biasa ialah fibroid pada uterus dan adenomiosis, dua ketumbuhan benigna yang ditemukan pada rahim atau uterus.
Selain pengambilan ubat tahan sakit yang hanya memberi kelegaan sementara, ada kaedah rawatan lain yang boleh “membebaskan” wanita daripada senggugut seperti miomektomi dan adenomiomektomi, dua prosedur melibatkan pembedahan namun berisiko menyebabkan komplikasi semasa hamil, selain alternatif yang lebih drastik iaitu histerektomi – prosedur membuang uterus.
Namun tidak ramai wanita yang sanggup menjalani prosedur terbabit. Justeru, apa lagi pilihan yang ada?
Baru-baru ini, Mahkota Medical Centre (MMC) melancarkan kaedah rawatan berasaskan ultrabunyi yang pertama di negara ini – High-Intensity Focused Ultrasound (HIFU) – khusus untuk menangani masalah ginekologi terutamanya adenomiosis dan fibroid.
Pakar Obstetrik dan Ginekologi MMC Dr S. Selva ketika dihubungi Bernama, berkata HIFU merupakan kaedah rawatan tidak invasif yang menawarkan tempoh pulih lebih singkat selain tidak menjejaskan kesuburan wanita.
Tidak seperti prosedur lain, pesakit tidak perlu menunggu uterus mereka pulih sepenuhnya sebelum mencuba untuk hamil, jelas beliau, dan menambah HIFU merupakan penyelesaian terbaik yang dapat mengurangkan impak terhadap kesuburan serta risiko komplikasi yang dihadapi oleh wanita yang menjalani rawatan tipikal bagi fibroid dan adenomiosis.
“Menerusi teknologi HIFU ini, MMC mengubah landskap rawatan bagi wanita dengan opsyen rawatan tidak invasif dan canggih namun terbukti memberikan hasil positif secara klinikal selain mengekalkan tahap kesuburan mereka.
“Teknologi HIFU menggunakan tenaga bunyi tertumpu untuk memanaskan dan memusnahkan tisu sasaran. Teknologi ini digunakan bagi merawat pelbagai masalah kesihatan seperti batu karang, katarak, gangguan neurologi, nodul tiroid benigna, penyakit prostat dan tumor pepejal, selain digunakan dalam terapi paliatif. Dalam bidang ginekologi, teknologi HIFU boleh digunakan untuk merawat fibroid uterus dan adenomiosis,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Selva berkata HIFU merupakan rawatan khas menggunakan transduser ultrabunyi berintensiti tinggi yang menumpukan gelombang bunyi di lokasi khusus, meningkatkan suhu setempat tisu daripada 60 darjah Celsius kepada 80 darjah Celsius dan menghasilkan nekrosis koagulatif tisu.
“HIFU dijalankan dengan berpandu sama ada pada Pengimejan Resonans Magnetik (MRgFUS) atau Ultrabunyi (USgHIFU) sebagai modaliti pengimejan bagi menyasarkan rawatan di kawasan fokus pada tisu dan pada masa sama mengelakkan kerosakan tisu-tisu lain.
“Kelebihan utama USgHIFU berbanding MRgFUS ialah kaedah tersebut menawarkan pengimejan pada masa sebenar, sekali gus membolehkan doktor melihat tisu yang berkenaan semasa prosedur dijalankan. Kaedah itu juga menggunakan transduser yang lebih besar dan lebih berkuasa, sekali gus memendekkan tempoh dan meningkatkan keberkesanan rawatan.
“USgHIFU turut memberikan akses lebih baik kepada pesakit selain fleksibiliti dalam posisi pesakit, justeru pesakit berasa lebih selesa, Selain itu, kaedah berkenaan juga lebih murah,” jelas beliau.
Memandangkan HIFU membabitkan prosedur tidak invasif, pesakit tidak memerlukan anestesia am semasa menjalani prosedur selain rawatan juga tidak meninggalkan kesan parut pada pesakit.
Prosedur tersebut mempunyai tempoh pulih yang lebih singkat berbanding miomektomi dan histerektomi. Rawatan HIFU juga lebih sesuai bagi wanita yang berhasrat untuk hamil kerana prosedur berkenaan tidak menjejaskan otot dan tisu lain pada uterus.
Menurut Dr Selva, disebabkan teknologi HIFU tidak meninggalkan kesan parut yang banyak pada dinding uterus, pengembangan rahim semasa kehamilan dan kontraktiliti ketika proses melahirkan dapat dikekalkan.
“Sesi rawatan HIFU berdasarkan ultrabunyi berlangsung selama satu hingga empat jam, dan dalam kebanyakan kes, rawatan boleh dilakukan dalam satu sesi sahaja. Pesakit dengan jumlah fibroid yang banyak atau bersaiz besar mungkin memerlukan beberapa sesi. Prosedur ini juga tidak menyebabkan pesakit kehilangan darah, bermakna pemindahan darah tidak perlu.
“HIFU juga boleh mengurangkan risiko komplikasi berpotensi yang mungkin berlaku semasa pembedahan membuang adenomioma atau fibroid. Paling penting, pesakit yang berhasrat untuk hamil tidak perlu menunggu sehingga rahim mereka pulih sepenuhnya sebelum cuba mengandung,” katanya.
Selain itu, pesakit juga boleh mengadakan hubungan seks selepas kitaran haid yang seterusnya berakhir memandangkan beberapa kajian terkini menunjukkan pesakit berjaya hamil dalam tempoh beberapa bulan sahaja selepas menjalani rawatan HIFU, sama ada mengandung secara semula jadi atau dibantu melalui rawatan reproduktif.
Baru-baru ini viral apabila seorang lelaki dikatakan hampir hilang nyawa setelah mencuci di bilik air guna bahan peluntur.
Sebenarnya ada cara yang betul untuk mencuci bilik air ini guna bahan peluntur.
Menurut perkongsian Ahli Kimia, Dr Fatimah Salim cara yang diberitahu untuk mencuci bilik air adalah untuk mereka yang berani dan lakukannya dengan cermat.
Seorang rakan ‘tag’ saya pada post yang meminta cadangan cara membersihkan kaca bilik mandi yang dipenuhi noda setelah banyak petua dan cara yang dilakukan tidak berjaya. Saya tiada pengalaman membersihkan cermin kaca di bilik mandi. Yang biasa saya bersihkan ialah jubin dinding kamar mandi.
Namun disebabkan punca kotoran pada cermin adalah sama dengan dinding jubin kamar mandi iaitu sabun, kerak air dan juga aktiviti bakteria, maka mungkin cara saya ini boleh membantu. Cuma harus dipastikan bahan bina (material) dinding itu kaca sebenar. Kalau plastik, takut menggerutu pula sebab terhakis di permukaan.
AMARAN: Cara ini adalah untuk mereka yang berani dan cermat!
CARANYA: – Tuangkan cecair peluntur Clorox dalam bekas yang boleh menghasilkan droplet aerosol (seperti gambar di bawah) dan spray pada permukaan dinding tiles atau kaca yang kotor.
– Lagi berkesan jika permukaan adalah kering. Kemudian, tinggalkan selama beberapa jam atau lebih baik semalaman.
– Esok pagi bangun, masuk bilik mandi, pasti bersih berkilat. Jika masih lagi ada bau clorox, boleh siram dengan air shower atau air paip, dan jika kurang berkilat, boleh lap dengan kain.
– Cara ini sangat sesuai untuk mereka-mereka yang tidak suka MENYENTAL. Boleh juga digunakan untuk membersihkan tub mandi, sinki atau mangkuk tandas. Contoh untuk mangkuk tandas, spary keliling mangkuk tandas dan tinggalkan semalaman. Jika masih lagi berbaki noda, bolehlah disental sedikit dengan berus tandas.
1) Cecair peluntur bersifat bes yang kuat, boleh merengsa/ menghakis kulit. Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air.
2) Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng yang mampu menghalang bau cecair peluntur dihidu kerana ianya mudah meruap dan boleh menyebabkan komplikasi pernafasan. Pastikan buka tingkap atau pintu untuk membebaskan keluar gas cecair peluntur yang meruap. Pakai goggle atau cermin mata untuk mengelakkan titisan aerosol terkena mata.
3) Saya gunakan botol aerosol spray supaya senang kawal jumlah clorox yang digunakan, senang nak spray bahagian yang kita mahukan dan lebih jimat. Paling PENTING, jika bekas masih lagi berisi, letak label dan jauhkan daripada kanak-kanak. Kang mereka main ‘spray spray’ pula.
4) Elakkan melakukan cara ini dengan kerap, terutamanya pada permukaan yang diperbuat daripada porcelain kerana ada potensi terhakis. Ingat, ini adalah kaedah untuk menghapuskan kotoran degil!
Sekarang ini banyak kes influenza. Penyakit ini sangat cepat merebak kepada orang lain. Dan yang tak bestnya kalau anda dah kena, akan mengambil masa yang lebih lama untuk betul-betul pulih dan simptom yang paling tak best adalah sakit badan.
Menurut perkongsian Dr. Erna Nadia, influenza ni tak kira jenis A atau B, kedua-duanya pun akan membuatkan badan tak selesa.
Jika anda positif influenza, demam batuk selsema dah ok tapi sakit badan masih tak ok, elakkan makan ubat tahan sakit. Sakit badan ini akan pulih sendiri selepas beberapa hari/ minggu.
Sebab nak elakkan badan dari terbiasa makan ubat tahan sakit.
Ubat tahan sakit ke ubat urat ke ubat saraf ke, itu semua adalah ubat tahan sakit.
Hati hati sebab pengambilan ubat tahan sakit tanpa kawalan boleh merosakkan organ dalaman badan terutama buah pinggang dan hati.
Simptom sakit badan, sakit badan, demam, tak lalu makan ini adalah simptom biasa untuk apa sahaja jangkitan kuman, tak kira virus atau bakteria.
Melainkan jika teruk sangat sampai tak larat nak bangun, sakit terlampau kuat, tak lalu nak makan dan minum, berjumpalah doktor ya.
Musim cuti sekolah ini dengan banyak kenduri dan kita pun dah rajin berjalan, kita kena jaga diri lebih sikit dari biasa.
Kalau kita tak sihat, pakailah face mask dan elakkan ke tempat awam supaya tak terjangkit kepada orang lain.
Elakkan terus makan antibiotik, check dulu, kalau virus, perlu makan antivirus, antibiotik adalah untuk jangkitan bakteria. Keduanya berbeza.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kulit muka cepat berkilat dan mekap mudah luntur? Ketahui 5 langkah efektif penjagaan kulit berminyak—daripada pemilihan pelembap yang betul hingga rahsia penggunaan Salicylic Acid—untuk wajah yang kekal segar dan bebas jerawat!