Seperti yang kita maklum, jangkitan kes varian Omicron masih lagi tinggi dan berupaya menjangkiti sesiapa sahaja.

Kadang-kadang apabila terasa diri bergejala, kita keliru adakah benar-benar diri sudah dijangkiti virus merbahaya ini.

Mulalah kita akan membeli ujian kit kendiri di farmasi untuk memastikan diri kita sama ada positif atau sebaliknya.

Ramai yang bimbang dan keliru dengan situasi ini kerana takut mendatangkan kemudharatan jika diri benar-benar positif.

Artikel Lain: Dr Izzar Beritahu Bila Patut Buat Ujian Kit Kendiri Covid-19, Bila ‘Close Contact’ & Cara Baca Keputusan

Usah keliru dengan situasi ini, ikuti perkongsian Dr. Izzar Anwari yang memberitahu apa patut kita lakukan dalam melakukan ujian kendiri.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

Perluke buat ujian kendiri C-19 setiap hari semasa positif?

Ramai dah kena COVID-19. Kat tempat kerja saya, yang dah kena lagi ramai dari yang tak kena. Tapi alhamdulillah semuanya bergejala ringan dan tak perlu dimasukkan ke hospital. Isolasi kat rumah je. Mujur semua dah divaksinasi.

Tapi, semasa kena COVID-19 tu, saya tengok ada yang setiap hari dok buat ujian kendiri semasa tengah isolasi di rumah. Sebenarnya tak perlulah nak buat ujian kendiri hari2 ye. Ini kerana virus C-19 dah tidak lagi menyebabkan penularan jangkitan.

IKLAN

Tetapi, keputusan RTK-Ag mungkin akan positif lagi selepas tamat tempoh isolasi manakala ujian RT-PCR akan kekal positif lagi sehingga 3 bulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

Anda mungkin begejala lagi selepas tamat tempoh isolasi tetapi jangan bimbang kerana anda tidak akan menyebabkan lagi penularan jangkitan. Cuma pakailah pelitup muka dan patuhi SOP semasa keluar tu. 

IKLAN

Oleh itu, kalau kalau positif C-19:

✅ Isolasi di rumah dan ikut je arahan MySejahtera sehingga tamat tempoh isolasi.
✅ Lepas tamat tempoh isolasi, boleh keluar rumah walaupun bergejala.
❌️ Tak perlu ulang lagi ujian C-19 selepas dapat tahu keputusan yang pertama tu. Jimatkan wang dan air liur anda.

Artikel Lain: Dr Izzar Beritahu Bila Patut Buat Ujian Kit Kendiri Covid-19, Bila ‘Close Contact’ & Cara Baca Keputusan

Kredit Foto: Instagam Dr. Izzar Anwari

Artikel Lain: Doktor Ajar 5 Teknik Mudah Latihan Kuatkan Paru-Paru, Selepas Kena Jangkitan Covid-19

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI