Pelakon Rozita Che Wan merupakan antara selebriti yang sentiasa tampil cantik kala menghadiri sebarang majlis rasmi.
Semalam sekali lagi dia yang dikenali dengan nama Che Ta tampil unik di majlis Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) 2021.
Dalam majlis itu, ahli perniagaan sensasi itu sanggup berfesyen dengan menutup mukanya dengan kain jaring atau ‘net’ yang ditinta dengan batu berlian berwarna perak sepanjang majlis berlangsung.
Che Tamenyarung gaun moden rona hitam rekaan pereka berkenaan menggunakan fabrik jenis twill dijahit penuh dengan lebih 5000 butir batu berlian dan ‘chunky bead’. Baju bertatah berlianlah ibaratnya.
Gaun berharga RM50,000 itu dikatakan memakan masa selama sebulan untuk disiapkan kerana serba serbi ‘hand made’ atau jahitan tangan. Sarung tangan dan pelitup muka rona samamasing masing menggunakan ‘net’ juga bertatah berlian berwarna perak.
Ternyata kehadiran Che ta yang unik sebagai‘muse’ pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail untuk KLFA petang semalamdi sebuah hotel terkemuka tanah air telah mencuri tumpuan ramai.
Ironinya, ibu kepada tiga cahaya mata itu antara yang sentiasa menjaga penampilan dan bersolek cantik ketika berada di depan khalayak mahupun berkongsi kandungan gambar atau video di Instagram.
Tak kurang juga melihat gaya itu seperti melemaskan. Malah komen berbunyi tak lemas ke pakai macam itu juga kelihatan di ruangan komen media sosial kedua mereka.
Ads
Ada juga ramai terkejut kerana Che Ta yang selama ini selesa menunjukkan wajah bersolek buat kali pertama menutupi raut wajahnya ibarat Kim K Versi Muslimah.
Che Ta berkata, dia bersetuju untuk menjadi ‘muse’ atau ‘plus one’ (pasangan Ezuwan) kerana banyak sebab selain melihat ia satu pengalaman berbeza seiring dengan era pandemik menuju endemik ini.
“Kami memang berkawan baik. Malah saya rasa permintaannya untuk berfesyen macam ini bukan selalu atau seperti lazimnya. Jadi kenapa saya nak menolak. Ia satu kelainan.
“Lagipun pelitup muka itu menggunakankain jaring yang ada terang terang ada lubang atau ‘udara’. Memanglah saya boleh bernafas. Kalau guna kain yang bertutup semua tanpa ada ‘udara’, saya sendiri fikir banyak kali.Barangkali semput juga saya jadinya.
Ads
“Cuma sedikit mencabar saya harus kekal dengan gaya sebegitu sepanjang majlis. Tetapi sesekali orang tak payah tengok muka kita dalam acara seumpama itu, why not. Telefon bimbit pun saya terpaksa abaikan ketika majlis berlangsung,” katanya yang turut menjadi penyampai trofi pada acara itu.
Ezuwan sebagai designer juga tak kalah dengan sut hitam berharga RM40,000 menggunakan fabrik broket dilengkapi 10,000 butir batu ‘chunky bead’ dan berlian jahitan tangan. Fabrik ‘net’ pelitup muka dan sarung tangan juga bertatah batu jenis sama.
Rata rata melihat penampilan Che Ta dan Ezuwan menutup seluruh tubuh termasuklah bahagian muka mereka saling tak tumpah seperti gaya selebriti Hollywood, Kim Kardashian dan Kanye West.
Sementara itu, Ezuwan yang sudah lapan tahun mengukuhkan jenama fesyennya percaya dan yakin Che Ta mampu ‘carry’ ilham dan imaginasi rekaannya pada acara yang turut mendapat kerjasama jenama Lexus itu.
Ads
Acara KLFAyang berlangsung di Hotel Shangri La itu turut dihadiri lebih 80 orang pereka fesyen di samping selebriti ternama lain.
Kategori dipertandingkan dalam KLFA turut menyaksikan warga kreatif industri fesyen dihargai termasuklah pereka Alia Bastamam, jurusolek Khir Khalid serta ramai lagi.
Nak tahu rahsia kulit awet muda dan flawless selepas umur 25 tahun ke atas? Bukan dengan cara pakai banyak bahan tetapi pilih yang tepat dan berkesan pada kulit ikut usia kita.
Jom baca perkongsian Puan Zatynaz, hanya dua bahan kecantikan kulit yang anda wajib ada di rumah.
Antaranya, kena ada 2 bahan ini untuk kekalkan kulit elastic. Barulah puas hati dapat kulit glowing dan sihat!
1. Vitamin C
2. Retinol
Dua-dua ni bagus untuk kulit, dapat buat kulit flawless and cantik. Jangan risau, umur 25 tahun pun dah boleh pakai dua bahan ini.
Selepas pakai dua bahan ini, akan nampak bersih, pori dah mengecil dan bebas texture skin.
Kemudian kalau jerwat tumbuh pun, tak perlu risau sebab retinol dapat kecutkan jerawat dalam masa sehari sahaja.
Hah, nampak tak perbezaan sebelum dan selepas pakai dua bahan ini? Jika anda masih belum cuba, cepat cari keduanya!
Selamat bercantik-cantik waktu siang dan malam, konsisten pakai akan dapat hasilnya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa tidak mengenali pelakon berbakat sekitar zaman 90-an, Datin Seri Noniswara Baharudin. Walaupun kini usianya sudah mencecah setengah abad, namun kejelitaan wajah tetap terserlah.
Menjalani kehidupan penuh keceriaan ditemani keluarga serta teman tersayang menjadikan dirinya sentiasa dikelilingi aura positif.
Menyambut ulang tahun ke 50 baru-baru ini, ternyata Noniswara dirai penuh kesederhanaan oleh anak-anaknya.
Mempunyai tiga cahayamata yang meningkat dewasa, Naveer Mihshon Zakaria, 27 tahun, Nur Erysha Emyra, 22 tahun dan Nazeer Danish, 14 tahun.
Namun yang paling mencuri tumpuan adalah gambar dimuat naik gandingan beliau bersama anak perempuannya.
Masing-masing memuji dan mengaku kejelitaan anak perempuan tunggalnya, Erysha Emyra seiras Noniswara sendiri. Malah sekali dilihat seperti adik dan kakak.
adleysamore Omg she’s your mom pula. I suka aunty ni soo lawa
Melihat pada pekongsian di laman Instagram Noniswara, beliau rupanya sering mengamalkan gaya hidup sihat dan ceria. Ini agaknya rahsia kecantikan dan kekal awet muda Noniswara.
Biarpun masih aktif dalam dunia lakonan, namun tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan juga ibu kepada anak-anaknya.
Ayuh kita lihat, kemesraan foto ibu dan anak yang sama cantik sama jelita ini.
Kurma antara yang makanan sunnah yang wajib ada sebagai stok di rumah sepanjang kita berpuasa.
Manfaatnya sangat besar kerana boleh membantu memastikan seseorang itu kekal bertenaga setelah seharian menahan diri makan dan minum.
Bagi mereka yang tidak mahu makan begitu saja, boleh mencampurkan kurma dalam hidangan bijirin seperti oats ataupun membuat jus kurma dengan campuran bahan lain.
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad memberitahu bagaimana caranya membuat jus kurma yang dicampur bersama madu. Menurutnya, jus kurma madu ini sesuai diminum sebelum mengambil makanan berat.
JUS KURMA MADU UNTUK TENAGA
Jom kita cuba jus kurma madu, untuk mendapatkan tenaga segera. Lepas minum jangan makan nasi dua pinggan nasi pula.
Sesuai dijadikan minuman sebelum solat maghrib, sebelum mengambil makanan yang lebih berat selepas solat.
Minuman ini lebih baik dari air kordial yang hanya mengandungi perasa kurma dan gula. Untuk mendapatkan nutrien yang banyak, ambil dengan serat kurma. Jangan dibuang.
Untuk mendapatkan pati kurma ada 3 cara. Pertama hanya rendamkan semalaman, cara kedua kisarkan dengan alat pengisar dan ketiga rebus.
Kemudian campurkan sedikit madu dan kacau. Kisar dengan alat pengisar jika menggunakan teknik rebus dan rendaman supaya halus. Jangan buang serat kurma.
Tuang dalam gelas
Boleh simpan dalam peti sejuk menanti waktu berbuka. Boleh dicampurkan sedikit ketulan ais atau hidangkan suam.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Ikuti perkongsianpengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.