Siapa sangka bahan dapur yang paling ringkas ini sebenarnya antara makanan paling berkhasiat di dunia? Telur bukan sekadar pelengkap hidangan, ia adalah “superfood” yang kaya dengan protein, vitamin, dan lemak sihat.
Tapi, mesti ada yang ragu-ragu, “Boleh ke makan telur hari-hari? Tak naik ke kolesterol nanti?” Jom kita rungkai mitos ini dan lihat bagaimana telur boleh jadi rahsia kecantikan dan kesihatan anda.
1. Sumber Protein Lengkap (Sahabat Baik Diet)
Sebiji telur mengandungi kira-kira 6 gram protein berkualiti tinggi. Bagi kita yang sedang menjaga bentuk badan, protein ini membantu membina otot tonus dan memperbaiki tisu badan. Paling penting, ia membuatkan anda rasa kenyang lebih lama—jadi tak perlulah nak snacking kerepek di pejabat!
Ads
2. Mitos Kolesterol: Perlu Risau Ke?
Memang benar telur ada kolesterol (sekitar 200mg sebiji), tapi kajian sains moden menunjukkan kolesterol dalam makanan tidak memberi kesan besar kepada tahap kolesterol darah bagi individu sihat. Sebaliknya, gaya hidup sedentari dan lemak trans (dari makanan segera) yang lebih berbahaya. Jadi, jangan salahkan telur semata-mata ya!
Ads
3. Berapa Biji Sehari Yang ‘Selamat’?
Wanita Aktif/Sihat: Pengambilan 1 hingga 2 biji sehari adalah sangat ideal dan bermanfaat.
Kaki Gim/Workout: Anda boleh ambil sehingga 3 biji sehari untuk pemulihan otot yang lebih cepat.
Ada Masalah Kesihatan: Jika anda mempunyai sejarah kolesterol tinggi, hadkan kepada 3–4 biji seminggu dan dapatkan nasihat doktor.
4. Teknik Masak ‘Sihat & Cantik’
Cara kita masak menentukan sama ada telur itu jadi ubat atau racun.
Ads
Elakkan: Menggoreng dengan minyak banjir atau mentega berlebihan.
Amalkan: Rebus (boiled), kukus, atau poached.
Gandingan Mantap: Padankan dengan sayur-sayuran segar, roti bijirin penuh, atau avokado untuk hidangan sarapan yang sangat aesthetic dan berkhasiat.
Dalam dunia wanita yang serba pantas—kejap nak hantar anak, kejap ada meeting—telur adalah penyelamat. Ia bekalan tenaga pantas yang membantu anda kekal fokus dan bertenaga sepanjang hari. Kesihatan yang baik bukan datang dari sekatan makanan yang ekstrem, tapi dari pilihan bijak setiap hari.
Kesimpulan: Telur bukan musuh, tapi “superhero” dalam diet kita. Mulakan pagi anda dengan omelet sayur atau telur rebus, dan rasai sendiri perbezaan pada tahap tenaga dan fokus anda!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai antara kita yang menggemari hidangan telur. Telur merupakan sumber protein paling mudah dan murah dan sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan kita.
Namun ramai yang keliru adakah pengambilan telur rebus atau goreng lebih baik dan berkhasiat.
Apakah kandungan telur ini serupa dan bagaimana jika diambil secara berlebihan. Perkongsian dari Syaza Nutritionist menjelaskan perihal telur untuk elak keliru.
Telur menjadi salah satu sumber makanan padat nutrien yang paling murah dan paling mudah diakses.
Telur juga boleh dipelbagaikan dari segi masakan, mudah dan boleh digabungkan dengan pelbagai makanan lain.
Cara yang paling mudah dan paling popular adalah telur rebus dan telur goreng.
Pasti anda tertanya-tanya pilihan manakah yang paling bagus jika ingin mengamalkan gaya hidup yang sihat terutamanya melalui kiraan kalori.
Jika mengikut kadar kalori telur rebus mempunyai kalori yang lebih rendah berbanding telur goreng. Jadi ia boleh menjadi pilihan terbaik
Bagi yang ingin mengawal kalori sebagai sumber protein.
Manakala dari segi jumlah vitamin, telur goreng memiliki jumlah vitamin akan berkurangan berbanding telur rebus. Dengan makan telur rebus maka anda akan mendapat 15 peratus daripada nilai harian yang disyorkan untuk riboflavin, 10 peratus daripada nilai harian yang disyorkan untuk vitamin B12 dan 11 peratus daripada nilai harian yang disyorkan untuk vitamin D.
Untuk makluman, riboflavin membantu menghasilkan sel darah merah dan menukar karbohidrat menjadi tenaga. Vitamin B12 adalah perlu untuk sistem saraf dan fungsi otak, manakala vitamin D memainkan peranan dalam fungsi imun dan penyerapan kalsium.
Telur goreng mempunyai kandungan mineral yang sedikit lebih tinggi daripada telur rebus. Mineral yang telur goreng yang terkandung dalam kuantiti yang banyak adalah fosforus, di mana satu telur goreng bersaiz besar menyediakan 10 peratus daripada nilai harian yang disyorkan. Manakala telur rebus menyediakan kira-kira 9 peratus daripada nilai harian yang disyorkan untuk mineral ini.
Fosforus adalah penting untuk tulang yang kuat, menghasilkan DNA, dan penting untuk fungsi buah pinggang.
Ramai yang mengatakan bahawa kandungan kolesterol dalam telur goreng adalah lebih tinggi, kerana ia digoreng menggunakan minyak. Tetapi, nilai kolesterol dalam telur rebus atau telur goreng sama, iaitu 258 mg.
Diet yang sihat had penggunaan kolesterol adalah 300 mg sehari. Jadi, dengan makan 1-2 telur setiap hari, sama ada direbus atau digoreng, sudah cukup untuk memenuhi keperluan badan untuk kolesterol yang baik.
Walaubagaimanapun, makan telur adalah sihat. Tubuh manusia masih memerlukan kolesterol yang baik. Telur kaya dengan vitamin, mineral protein dan mengandungi semua asid amino yang berguna untuk membuat hemoglobin baru, enzim, hormon, dan sel- sel. Jadi makanlah telur untuk mendapatkan manfaat nutrisi tapi ingat kawalan kuantiti adalah penting.
Nak amalkan corak pemakanan yang betul biar berdasarkan fakta bukan mitos. Barulah diet yang dijalankan akan lebih berkualiti dan tidak stress.
Ramai yang beranggapan bahawa makan telur/udang/kambing dan makanan lain yang mengandungi kolesterol akan meningkatkan kolesterol dalam darah dan seterusnyan menjadi penyebab risiko sakit jantung.
Faktanya : Kolesterol dalam makanan memang boleh mempengaruhi kolesterol dalam darah, tetapi sebenarnya majoriti kandungan kolesterol adalah dihasilkan oleh tubuh kita sendiri.
Kolesterol yang tinggi selalunya disebabkan oleh diet dan hidup yang tidak sihat seperti stress, kurang tidur, merokok, kurang senaman dan lain-lain, bukan sekadar disebabkan oleh makan telur, udang, kambing semata.
Buktinya: Ramai je yang dah jadi anti telur, anti udang, anti kambing tapi kadar kolesterol masih tinggi.
Ramai yang beranggapan pengambilan telur mentah boleh membantu mendapatkan kadar protein yang lebih tinggi.
Faktanya: kadar protein dalam telur adalah sama walaupun telah dimasak. Yang berkurangan hanyalah dari segi vitamin dan mineral.
Walaubagaimanapun, kita tidak digalakkan untuk makan telur mentah ini adalah untuk mengelakkan risiko jangkitan salmonella.
Selain itu, penyerapan protein melalui telur yang telah dimasak adalah lebih tinggi berbanding telur mentah.
Ramai yang beranggapan telur putih adalah lebih baik berbanding telur kuning.
Faktanya: vitamin dan mineral pada telur lebih banyak terkandung dalam kuning telur. Antara vitamin yang ada ialah: vitamin D, vitamin A, vitamin E, Choline, Lutein, Zeaxanthin yang berfungsi untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
Jika tidak makan kuning telur, maka sebahagian mineral dan vitamin ini tidak diperolehi.
Beberapa orang takut nak makan telur kuning sebab risau naik berat.
Faktanya: kuning telur mengandungi protein dan zat bermanfaat seperti vitamin D dan choline dimana membantu menyerap kalsium dan meningkatkan fungsi hati. Ini dapat mengelakkan kejadian hati yang berlemak. Selain itu, menurut The American Heart Association menyatakan 1 biji telur sehari bagus untuk amalan diet yang lebih sihat.
Ini sering menjadi dilema buat semua wanita hamil kerana ada larangan untuk pengambilan telur. Ini hanyalah mitos!
Faktanya: telur adalah sumber protein yang tinggi, vitamin, mineral dan asid amino. Jadi wanita hamil amat digalakkan untuk makan telur, ikan dan kekacang. Cuma wanita hamil perlu mengelakkan pengambilan makan telur yang mentah untuk elak risiko jangkitan samonella.
Biasanya kalau masuk dapur, kita lebih suka pilih cara masak nasi yang cepat dan mudah tanpa memikirkan kesan baik buruk kepada kesihatan. Ini termasuklah cara memasak nasi, mesti pilih yang cepat siap.
Tetapi siapa sangka, rupanya hanya silap memilih cara masak nasi, anda boleh jadi gemuk dan berpenyakit! Itulah yang dikongsi oleh Dr Syid dalam satu videonya baru-baru ini, cuba baca dulu apa yang menyebabkan anda jadi kurus dan gemuk ketika masak nasi.
Cara Masak Nasi Untuk Kurus
Dalam beras ada dua jenis kanji yang boleh dihadamkan menjadi gula. Ada kanji baik dan ada kanji jahat juga. Dua jenis kanji ini ialah Amylose iaitu kanji baik dan Amylopectin pula kanji jahat.
Amylose ada rantaian kanji yang sangat stabil dan tidak mudah dihadam pada suhu yang tinggi. Dia ambil masa sedikit dan barulah terurai. Dan satu lagi kanji Amylopectin yang tidak stabil dan bercabang-cabang molekulnya. Yang mana pada tahap suhu 70-90 darjah Celsius dia dah mula terurai dia dah keluar dari beras tadi. Yang mana kita faham, apabila dia mudah teurai dan keluar, maksudnya dia cepat diserap ke dalam darah. Jadi sebab itulah dia dipanggil Amylopectin (RDS) Rapidly Digestible Starch iaitu sejenis kanji yang cepat dihadam. Manakala Amylose tadi dipanggil (SDS) Slow Digestible Starch atau pun janji yang lambat dihadam.
Jadi inilah yang lebih bagus, kita buang yang cepat hadam dan kita simpan yang lambat hadam tadi. Boleh tak kita lakukan ini dengan cara nak masak?
Sebenarnya cara ini kita dah guna sejak nenek moyang kita lagi, cuma sekarang ini pengaruh arus kemodenan setiap orang yang masak pakai guna rice cooker.
Cara Terbaik, Masak Nasi Cara Tradisional
Kalau cara masak orang dulu-dulu, dia masak nasi guna periuk dan masa katas api. Bila buihnya naik ke atas dan berbunyi, buih-buih akan dicedok buang. Haaa… buih-buih itulah terdiri daripada Amylopectin atau kata mudah kanji yang sudah dikeluarkan. Jadi yang tinggal adalah kanji yang baik dan selamat. Kemudian diperlahankan api sebelum ditutup rapat dan beras itu akan masak menjadi nasi. Dan kita makan nasi sebenarnya yang kaya dengan Amylose kerana kita dah buang sebahagian daripada Amylopectin.
Tetapi kalau anda masak nasi dalam rice cooker, waktu menggelegak, tudungnya dah tak buka. Jadi dia serap balik dalam nasi tersebut. Maka Amylopectin iaitu kanji jahat masih kekal berada dalam nasi dan itulah yang anda makan. Dan mungkin di Malaysia kaedah lama itu, kita guna pakai sebelum terciptanya rice cooker tahun 1970 dan kebetulan pula dari tahun 1970-80, masalah obesity meningkat. Adakah ini salah satu faktor?
Fikir-fikirkan.
Jadi kalau nak masak nasi dengan kaedah yang selamat, guna cara lama. Cara masak satu lagi adalah bubur nasi.
Anda tahu tak kenapa bubur nasi selalu dihidangkan dan diberi kepada orang sakit. Sebab bubur nasi sangat cepat diserap untuk menjadi tenaga kepada orang sakit dan mudah dihadam. Jadi kalau nak kurus, elakkan makan bubur nasi.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi yang mengalami kenaikan berat badan dan berazam untuk kurus, faktor pemakanan sangat penting selain amalan senaman yang konsisten.
Namun ramai yang tersasar bab makan ini dan mengambil apa saja untuk diet kerana tidak tahu panduan pemakanan yang betul.
Di sini dikongsikan panduan pemakanan yang boleh diambil untuk seminggu. Jika kita ikut apa yang dicadangkan tidak mustahilnya akan kelihatan lebih cepat.
Minum Pagi
1 cawan bluberry dan yogurt buah-buahan kering (dried fruits yogurt) + 1 gelas air suam
Makan Tengahari
1 pinggan salmon panggang bersama kentang dan lemon + sos oren + 1 mangkuk kecil asparagus tumis dengan minyak zaitun + 1 gelas jus prun
Minum Petang
2-3 keping digestive biscuits + ½ biji jambu batu + 1 cawan teh madu
Makan Malam
Spaghetti bebola daging dan brokoli kukus + 1 gelas jus epal
Sarapan
Nasi ayam Hainan + 1 gelas air soya kurang gula
Minum Pagi
2-3 keping siew pau (inti daging) + 1 cawan air suam
Makan Tengahari
Nasi kukus + tofu stim bersama ikan masak halia + bok choy goreng bersama minyak zaitun + 1 gelas jus epal dan lobak merah
Minum Petang
3 keping wantan (init daging) goreng + 1 gelas air suam
Makan Malam
Nasi kukus + chicken schezuan style + tofu dengan lada benggala dan sos kacang hitam + 1 gelas jus laici dan asam boi
Minum Malam
3 sudu oatmeal + snek buahan kering (kismis, aprikot, prun) + 1 gelas susu rendah lemak
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.