Bukan setahun dua penyanyi dan pelakon ini berjuang dengan kanser yang dihidapi.

Tetapi lebih 10 tahun dirinya menderita kanser limfoma hingga mengakibatkan dia berdepan masalah setahun hilang berat badan, tumpah darah dan sebagainya.

Dan hari ini, penderitaan berakhir apabila Elyana memaklumkan dirinya kini bebas dan pulih daripada kanser limfoma yang dihadapi sesak 11 tahun lalu.

Perkhabaran itu dikongsi melalui laman Instagramnya dengan memuat naik sekeping foto dan video hasil imbasan bersama doktor untuk tatapan umum.

Menurut Elyana, dia sentiasa menunggu detik bahagia ini selain tidak putus berdoa agar dirinya kembali sihat.

Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram.

Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua..

Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil!!!!! Kanser saya hilang!!!!!

Alhamdulillah Ya Allah…. Terima kasih Ya Allah,kau telah mendengar doa kami..

Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya .

Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat.. Aku pernah putus asa untuk berjuang.Aku selalu cemburu dengan kesihatan orang..

IKLAN

Tapi aku sangat percaya dengan keajaiban dari sang pencipta ku.

Allah Maha Baik!!!

I love u Ya Allah…

Semalam, Elyana berkongsi beberapa video Instagram Story dia menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi.

Elyana menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 11 tahun lalu dan dia hanya membuat pendedahan mengenai penyakitnya itu pada 2017.

Menerusi pendedahan itu Elyana memberitahu dia menghidap enyakit it sejar 2020 dan jangkaan awal doktor penyanyi itu mampu hidup setahun sahaja.

IKLAN
Selain itu:  Kongsi 25 Menu Eat Clean Gerenti Sedap. Hasilnya Berat Turun Berkilo-Kilo Dalam Masa Sebulan!

Kanser berkenaan turut menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.

Pada Jun lalu, Elyana turut menjalani beberapa rawatan radioterapi dan juga kimoterapi.

Sebaik muat naik posting, ramai rakan selebriti dan netizen turut mengucap syukur dengan perkembangan terbaru dirinya itu. Rata-rata terus memberikan kata-kata semangat pada Elyana untuk meneruskan kehidupan.

syifamelvin Ya Allahhhhh.. syukur Alhamdulillah

aznilnawawihm Allahu Akbar. Syukur ya Allah. I m so happy for you dik

elizadsharifuddin Alhamdullillah syukur  love u El

IKLAN

aydajebat Alhamdulillah kakak..

shahidadherbs Allahuakbar….Allah maha besar..syukur

eina_azman Syukur alhamdullilah el

shimafadzly.nur Alhamdulillah, penantian 11 tahun moga sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik 

fazlikayaamin Alhmdulillah..Semoga terus sihat & jadi inspirasi utk fighter yg lain..aminn

Artikel Berkaitan:

Berat Kembali Turun 35KG, Elyana Akui Setiap Hari Rasa Sakit. Mohon Diberi Semangat Luar Biasa!

Setahun Tiada Selera Makan & Pernah Tumpah Darah. Pengalaman Elyana 10 Tahun Hidap Kanser!

11 Tahun Hidap Kanser Limfoma, Berat Tinggal 35KG. Elyana Kini Jalani 10 Hari Rawatan Radioterapi!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI