Pernah ada pengalaman mempunyai berat badan berlebihan dan sepanjang tempoh itu berusaha untuk mendapatkan berat ideal.

Malah bagi bekas penyampai radio Suria FM, Zulin Aziz, 33 tahun ini dia juga sudah lali apabila sering dikutuk gemuk sepanjang tempoh itu.

Tidak duduk berdiam saja, Zulin turut berusaha untuk mendapatkan berat badan ideal terutama sebelum menjelang majlis perkahwinan tidak lama lagi.

Dia yang ditemui ketika majlis pertunangan minggu lalu kelihatan sangat berbeza dengan penampilan sebelum ini. Dia dilihat sangat cantik, bergaya dan anggun mengenakan kurung moden rona cerah.

Dah Lali Diejek Berisi 2 Tahun Lalu. Zulin Aziz Tekad Maintain Berat Badan 50KG Menjelang Majlis Kahwin!

“Seperti yang semua tahu, saya mempunyai produk pengganti makanan, Dmagia dimana terdapat dietician khas yang akan memantau berat badan saya menjelang hari perkahwinan nanti.

“Tentang isu pernah dikutuk gemuk, sejujurnya saya sudah melupakan semua kecaman itu kerana sudah dua tahun berlalu sejak saya berjaya mendapat berat badan ideal,” ujar Zulin yang mengamalkan diet suku-suku separuh dan perlu mengikut jadual pemakanan disediakan.

Join Aktiviti Muay Thai

Menurut Zulin juga dalam program diet dmagia dilakukan, terdapat jadual pemakanan untuk setiap hari yang dibekalkan.

“Saya diwajibkan update apa yg dimakan setiap waktu makan. Untuk meal replacement (dmagia) digantikan pada waktu breakfast dan dinner sahaja dengan sebanyak 150 kalori setiap satu sachet.

IKLAN

“Pada waktu lunch, saya amalkan suku suku separuh. Makan lima kali sehari termasuk dua kali snacking. Zulin juga  terlibat dengan seni pertahankan diri, muay thai setiap dua kali seminggu,” katanya yang kini mempunyai berat 55kg berbanding 86 sebelum itu.

Namun menjelang majlis perkahwinannnya nanti, dia menginginkan berat mencecah 50kg. Dalam majlis pertunangan berkenaan diadakan secara tertutup dan sederhana selain dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak di kediaman abang Zulin di Segambut Dalam.

Selain itu:  Cantik Macam Aktress Bollywood, Ini Bahan Semulajadi Yang Diamalkan Dalam Rutin Kecantikan Mereka!

Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, dia dan tunang sepakat memilih untuk melangsungkan pertunangan pada hari ini selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah  hujung tahun lalu.

Doa Diperkenan Di Tanah Suci

Pada majlis berkenaan, Zulin turut menerima dua bentuk cincin (merisik dan bertunang) daripada tunangnya.

“Alhamdulillah, Farhan melamar saya ketika berada di Madinah. Sebenarnya sudah lama kami merancang, akhirnya Allah memperkenankan doa saya ketika berada di Tanah Suci.

IKLAN

“Majlis pada malam ini juga diadakan serba ringkas. Malah atas permintaan keluarga kami hanya menjemput keluarga terdekat sahaja demi menjaga prosedur operasi standard (SOP),” kata Zulin usai majlis selesai.

Dah Lali Diejek Berisi 2 Tahun Lalu. Zulin Aziz Tekad Maintain Berat Badan 50KG Menjelang Majlis Kahwin!

Menyingkap kembali momen saat pertama kali mereka berkenalan, kata tunangnya,  Farhan Norzaini, dia yang memberanikan diri menghantar mesej kepada Zulin menerusi Instagram (IG) selepas menonton rancangan Melodi di TV3.

“Waktu itu saya sedang menonton rancangan Melodi bersama arwah ibu. Kebetulan ada paparan cerita Zulin tak jadi kahwin. Lepas tu arwah ibu cakap dia rasa kasihan dengan Zulin. Malah tak semena mena, arwah ibu tiba-tiba cakap tak kisah andai Zulin menjadi menantunya.

“Seterusnya, adik saya yang mendesak supaya mengirimkan mesej langsung kepada Zulin di IG. Saya memberanikan diri dan tak sangka dia  membalas mesej. Masa itu saya fikir tak mungkin Zulin membalas mesej itu kerana  saya hanya orang biasa di antara jutaan pengikutnya yang lain,” kata Farhan.

IKLAN

Pasangan ini menetapkan tempoh kurang dari sebulan untuk ikatan pertunangan dan merancang untuk berkahwin pada 20 Februari depan.

Dah Lali Diejek Berisi 2 Tahun Lalu. Zulin Aziz Tekad Maintain Berat Badan 50KG Menjelang Majlis Kahwin!

Foto Ihsan Kahnz Photograffiti/ Jimmy Kamarudin

Artikel Berkaitan:

Obesiti Hingga Lutut Sakit & Gastrik Melampau Punca Buat Bariatrik. Wanita Kongsi Detik 80% Perut Dipotong!

Selain itu:  Tip Awet Muda, Umur Meningkat Tapi Kulit Maintain Cantik Kurang Berkedut!

Tolak Terus ‘Fast Food’ Jadi Punca Berat Badan Naik. Gadis Berjaya Lenyapkan 21 KG Dalam Masa 8 Bulan!

Berat Cecah 85KG, Lufya Nekad ‘Potong Usus’. Akhirnya Berjaya Kawal Kolesterol & Asma Dihadapi!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI