Mendengar suaranya yang serak-serak basah, terus terbayang seraut wajah jelita milik empunya diri, Zizi Kirana.
Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil ini bertuah dianugerahkan seraut wajah yang tidak bermasalah dan sangat mulus kala usia mencecah 40-an.
Zizi Kirana Pilih Petua Tradisional, Minum Jus Kunyit Untuk Kekal Cantik Usia 40-an!
Menurut pelantun lagu Eh? ini, bagi Zizi kecantikan membawa pengertian yang berbeza bagi setiap orang.
Dari sudut pandangan penyanyi itu, ia semuanya bermula dari dalam diri, ditambah dengan diet pemakanan sihat dan merajinkan diri melakukan senaman.
Rupanya sekitar tahun 2018, Zizi pernah mengisytiharkan dirinya ‘bermusuh’ dengan nasi, namun kini segalanya sudah berubah.
View this post on Instagram
Kata penyanyi dari Sabah ini berkata dia kini banyak mempraktikkan bahan semula jadi yang mudah didapati di dapur untuk tampil menawan.
Menurut Zizi untuk menjaga kecantikan, dia jarang sekali pergi ke pusat kecantikan atau perkhidmatan Spa.
Sebaliknya hanya membuat rawatan wajah melainkan apabila perlu sahaja.
Malah boleh dikatakan dalam setahun hanya pergi dua kali sahaja ke spa bagi mendapatkan rawatan.
Manakala untuk menjaga kulit wajah pula menurutnya Zizi dia tidak mempunyai sebarang teknik khusus.
View this post on Instagram
“Sebaliknya, saya hanya mencuci muka dengan pencuci wajah, memakai pelindung sinar matahari, serum dan pelembap wajah seperti yang biasa dilakukan oleh semua wanita.
“Jika mempunyai masa terluang saya membuat masker pada wajah dengan menggunakan kunyit hidup yang ditumbuk halus.
“Saya gemar melakukan sendiri masker wajah di rumah kerana seperti yang dikatakan tadi, saya tidak gemar ke spa kecantikan,” jelasnya yang turut berkongsi tip penampilan untuk kekal anggun dan jelita.
View this post on Instagram
“Pada saya, penjagaan penampilan itu penting dan seharusnya bermula dari dalam.
“Selain mengamalkan pengambilan makanan dan gaya hidup sihat, perihal jiwa serta kerohanian juga perlu dijaga. Selain itu, saya juga seorang yang amat menitik beratkan aspek kebersihan.
“Sebagai tambah nilai untuk kesihatan, saya juga mengambil vitamin sebagai suplemen tambahan,” katanya yang turut mengamalkan pemakanan jamu tradisional jamu untuk penjagaan dalaman.
“Sejak dahulu lagi saya mengamalkan meminum jus kunyit sebagai minuman kesihatan. Kaedah ini merupakan cara tradisional dan mudah untuk melakukan sendiri di rumah untuk menjaga kesihatan,” tambahnya yang hanya akan lakukan aktiviti fizikal seperti senaman ringan seminggu sekali.
View this post on Instagram
Bagi menjaga diet pula, menurut Zizi dia akan makan nasi seperti biasa tanpa sebarang pantang tetapi mengambil nasi sekali sahaja.
Pun begitu, tidak seperti orang lain, Zizi turut memberitahu dia bukan jenis mengawal pengambilan jumlah kalosi dalam makanan.
Menurutnya dia hanya hadkan pengambilan nasi sekali dalam sehari dan tidak mengambil peduli soal jumlah kalori yang perlu diambil.
Turut menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang kompleks dan rumit untuk dilakukan kerana memerlukan pemantauan pada setiap masa.
Jadi bagi yang mahu kelihatan cantik dan sihat, boleh cuba petua kesihatan dan kecantikan Zizi Kirana yang kini lebih selesa tampil berhijab.
View this post on Instagram
Sumber: SinarPlus
Artikel Berkaitan:
Sedap, Murah & Senang Dapat. Ini Rupanya Khasiat Kandungan Nutrisi Ikan Keli Baik Untuk Kesihatan!
Untuk Yang Tercicir, Ini Senarai Lengkap Pusat Pemberian Vaksin Secara Walk-In Di Lembah Klang
Hilang 60 KG Dalam 10 Bulan. Lelaki Dedah Cara Diet Mudah, Stop Makan Lepas Pukul 7 Malam!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI