Seperti yang kita tahu kunyit antara tumbuhan herba yang memang banyak khasiatnya.

Selain dibuat sebagai bahan sampingan dalam menyediakan sajian makanan, kunyit juga turut direbus untuk diambil airnya.

Dan ada caranya untuk memastikan kunyit yang diolah menjadi air rebusan ini kekal sihat. Ikuti perkongsian seorang saintis Dr Suri Roowi teknik sebenar menyediakan jus kunyit ini.

TEKNIK SEBENAR SEDIAKAN JUS KUNYIT (Turmeric)

1. Kunyit sebaiknya di ‘blend’, dimasak atas dapur sebelum diminum.

2. Kajian menunjukkan memasak kunyit yang di’blend’ dalam masa singkat (kurang 10 minit) dapat tingkatkan bahan berkhasiat (kurkumin) di dalam air rebusan dan lebih mudah di serap ke dalam darah.

3. Merebus kunyit lama (lebih 15 minit) akan kurangkan khasiat kunyit sehingga 50%. Memanggang akan turunkan khasiat sehingga 75% manakala menggoreng @ menumis akan kurangkan khasiatnya sehingga 98%

4. Menurut Saintis dari Institut Penyelidikan Teknologi Makanan, Mysore, India, memasak kunyit untuk tempoh lama akan menyebabkan kehilangan bahan berkhasiat sehingga 53%. Walau bagaimanapun, kehilangannya dapat diturunkan kepada 30% jika kunyit dimasak @ rebus BERSAMA sedikit ASAM JAWA.

5. Bahan berkhasiat kurkumin bersifat lipofilik (suka pada minyak) jadi, untuk tingkatkan penyerapan bahan khasiat dalam darah, kunyit sebaiknya diambil bersama susu atau sedikit minyak zaitun. Penggunaan santan pada kadar sederhana juga dibolehkan.

IKLAN

6. Meminum jus kunyit BERSAMA secubit serbuk LADA HITAM juga dapat meningkatkan penyerapan bahan berkhasiat dalam kunyit. Kajian menunjukkan bahan piperine (bahan berkhasiat dalam lada hitam) dapat tingkatkan penyerapan bahan berkhasiat kunyit (kurkumin) sehingga 2000%.

Terbukti Baik Untuk Kesihatan, Saintis Kongsi Teknik Sebenar Sediakan Jus Kunyit

KHASIAT & ‘REMINDER’ TENTANG KUNYIT

Kajian yang dilakukan oleh Saintis China pada tahun 2015 juga mendapati gabungan kunyit dengan lada hitam dapat tingkatkan penyerapan bahan khasiat kunyit dengan ketara

Selain itu, gabungan kunyit dengan lada hitam dapat elakkan pembesaran batu hempedu dan dapat turunkan lemak dan kolesterol darah.

Kajian oleh Saintis Italy pada 2019 pula mendapati kunyit hidup boleh membantu masalah kulit seperti radang, psoriasis, atopik dermatitis, penjagaan luka, kanser kulit dan jangkitan kuman. Caranya adalah dengan mem`blend’ dan disapu atas kulit.

IKLAN

BOLEHKAH KITA MEMINUM JUS KUNYIT BERSAMA UBATAN MODEN @ MEMINUMNYA PADA KADAR TINGGI?

1. Elakkan pengambilan jus kunyit bersama ubat-ubatan moden dan suplemen cair darah, suplemen antiplatelet dan ubat antikencing manis.

2. Penggambilan jus kunyit semata (100% kunyit) yang terlalu banyak boleh meningkatkan risiko batu karang. Ini kerana kunyit tinggi bahan oksalat, bahan ini dapat mengikat kalsium dan membentuk kalsium oksalat (batu karang) dalam ginjal atau pundi kencing.

3. Untuk kurangkan risiko bentuk batu karang, sebaiknya minum susu selepas minum jus kunyit.

Terbukti Baik Untuk Kesihatan, Saintis Kongsi Teknik Sebenar Sediakan Jus Kunyit

Resipi Jamu Kunyit

IKLAN

Bahan-bahan:
1 ketul ibu kunyit
1 ketul halia
3 biji manjakani
1 ketul kecil garam kasar
1/4 gula Melaka
1 sudu asam Jawa
4 cawan air

Cara membuatnya:
1. Kupas kulit kemudian hiris kunyit dan halia
2. Rebus kunyit, halia dan buah manjakani bersama dua cawan air hingga mendidih
3. Biarkan sejuk, kemudian kisar hingga halus dan tapis
4. Bancuh asam jawa dan campur bersama air tapisan bahan rebusan tadi.
5. Tambah gula melaka dan garam.
6. Rebus semula hingga kuantitinya sedikit berkurangan
7. Tunggu suam sebelum diminum.

Info Tambahan:
– Amalan minum jamu kunyit ini untuk menjaga kesihatan dlaman dan luaran termasuk merampingkan badan.
– Ingat bakinya boleh disimpan dalam peti sejuk atau dipanaskan semula.
– Jangan simpan lebih seminggu dalam peti sejuk.
– Sebaiknya, minum 1/2 gelas hanya 3 hari pada waktu pagi selepas habis period.

Terbukti Baik Untuk Kesihatan, Saintis Kongsi Teknik Sebenar Sediakan Jus Kunyit

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  'Dah Tak Peduli Keluar Tanpa Mekap'. Lisa Surihani Kini Lebih Selesa Tampil Natural Beauty!

Nak Wajah Cantik & Glowing, Buat Sendiri Masker. Guna Bahan Alami Lebih Selamat & Jimat!

DIY Masker Guna Putih Telur, Rahsia Camila Cabello Jaga Kecantikan Wajah

Berjaya Hilangkan 20 Kg Dalam Masa 4 Bulan, Gadis Ini Kongsi Diet Mudah Tanpa Perlu Berlapar

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI