Bagi wanita bekerjaya yang sentiasa sibuk, waktu sahur selalunya menjadi perlumbaan dengan masa. Ada yang pilih untuk tidur lebih lama, dan ada yang sekadar minum secawan kopi.
Namun, sedarkah anda bahawa apa yang anda makan pada jam 5 pagi menentukan tahap produktiviti dan mood anda pada jam 3 petang?
Kuncinya bukan pada kuantiti, tetapi pada kualiti. Kita mahukan makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah (lambat hadam) supaya tenaga dilepaskan secara perlahan-lahan sepanjang hari.
Ads
Berikut adalah 3 variasi menu sahur yang pantas, sedap, dan paling penting—buat anda rasa kenyang lebih lama!
1. Karbohidrat Kompleks (The Energizer)
Pilihan ini sangat sesuai untuk anda yang memerlukan tenaga fizikal yang tinggi atau perlu banyak bergerak di pejabat.
Ads
Pilihan Utama: Oat, nasi perang, atau roti bijirin penuh (wholegrain).
Kenapa ia efektif? Karbohidrat jenis ini mengambil masa lebih lama untuk dicerna, jadi anda tidak akan cepat rasa menggigil atau lapar sebelum waktu zohor.
Idea Menu:Overnight Oats dengan taburan kacang badam dan hirisan pisang. Sediakan malam sebelum tidur, bangun pagi tinggal makan sahaja!
2. Hero Protein (The Muscle Protector)
Protein bukan sahaja untuk mereka yang pergi ke gim, malah ia sangat penting untuk mengelakkan badan rasa lembik dan lesu.
Menurut Pakar Perubatan dan Kesihatan, Dr Noordin Darus, ini 10 sayuran terbaik untuk kesihatan yang wajib diambil dalam seminggu.
Ujarnya, pengambilan secara harian juga digalakkan. Boleh juga bertukar-tukar menu dalam seminggu.
Memakan bawang putih yang mentah atau yang telah dibakar mampu mencegah penyakit darah tinggi. Bawang putih mampu meningkatkan penghasilan nitric oxide secara tidak langsung mengembangkan saluran darah dan melancarkan pengaliran darah.
Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser.
Bawang merah kaya dengan serat yang baik bagi pertumbuhan bakteria baik dalam usus, ia membantu melancarkan sistem penghadaman dan memastikan pergerakan usus yang baik.
Ia juga mengandungi bahan kimia saponin yang boleh membantu mengurangkan sakit dan kekejangan perut. Bawang merah juga membantu membuang toksik di dalam badan, seterusnya membantu melambatkan lagi proses penuaan.
Ia dikatakan kaya dengan vitamin C yang juga sejenis antioksidan. Vitamin C ini membantu melawan radikal bebas yang berpotensi merosakkan sel-sel di dalam badan.
Risiko penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis dan kanser dapat dikurangkan. Ia turut mengandungi selenium, yang dipercayai mampu membantu meningkatkan sistem imun.
Selain harganya murah, kubis kaya dengan pelbagai komponen penting yang boleh memberi khasiat kepada kesihatan kita.
Antara komponen yang dapat ditemui di dalam kubis termasuklah vitamin A, C, dan E, mineral, serat dan antioksidan. Vitamin-vitamin ini bertindak samada secara sendiri atau secara bersama bagi melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit.
Di samping itu, kubis juga mengandungi pelbagai jenis mineral seperti kalium, magnesium, dan mangan yang bagus untuk fungsi badan. Ia juga tinggi dengan zat besi yang memainkan peranan penting dalam proses pembentukan sel darah merah di dalam badan.
Boleh dibuat jeruk. Bila ia disimpan lama-lama menjadi probiotik bagus untuk bakteria.
Lada atau cili benggala adalah antara sayuran yang sangat sihat. Ia membekalkan serat, zat besi dan juga folat yang mampu menyokong kesihatan usus selain berfungsi baik untuk sistem kardiovaskular. Lada benggala juga merupakan sumber kalium dan vitamin A yang baik untuk tubuh.
Menerusi kehadiran kalium, ia membantu menjaga kesihatan jantung dengan cara menurunkan tekanan darah dan mengurangkan penampilan perut buncit dengan mengurangkan pengekalan air di dalam tubuh.
Kubis Brussel atau brussel sprouts mengandungi kandungan antioksidan seperti vitamin C dan beta-karotena (vitamin A) serta sebatian nitrogen yang dikenali sebagai indole yang dikatakan mampu mengurangkn risiko beberapa kanser tertentu.
Ia juga kaya dengan serat pemakanan, mineral dan vitamin. Kehadiran vitamin C dan beta-karotena dalam kubis brussel juga dikatakan mampu mencegah jangkitan penyakit. Kekebalan tubuh dapat diperbaiki dengan pencegahan jangkitan.
Kubis bunga kaya dengan serat, folat, air, rendah lemak dan rendah karbohidrat. Ia mempunyai beberapa fitokimia yang banyak terdapat dalam keluarga kubis yang memberi manfaat kepada kesihatan manusia.
Malahan, ia juga kaya dengan vitamin C, vitamin K, vitamin B-6, tiamin, riboflavin, niasin dan alfatokoferol. Kubis bunga juga menyediakan sejumlah mineral penting seperti kalsium, magnesium, kalium dan mangan.
Kandungan polifenol yang tinggi di dalam daun salad mampu membantu mengawal jumlah gula di dalam darah.
Daun salad mampu mengurangkan penghasilan nitrik oksida, salah satu pencetus utama kepada keradangan. Kandungan antioksida yang tinggi di dalam daun salad seperti vitamin C dapat menyokong sistem pertahanan badan lalu menjadi benteng perlindungan daripada penyakit.
Salad juga mengandungi kalsium (nutrien yang menguatkan gigi dan tulang, mbantu fungsi urat, saraf, dan penggumpalan darah), vitamin K, (mencegah keretakan tulang), vitamin B9 (bantu hasilkan DNA dan bahan genetik) dan kalium (turunkan tekanan darah).
Brokoli mengandungi kaempferol di mana komponen ini bersifat antioksidan dan mampu untuk mencegah penyakit jantung, kanser dan keradangan. Ia juga sayur yang kaya dengan kandungan vitamin C.
Brokoli juga kaya dengan sulforaphane iaitu sejenis komponen yang melindungi tubuh dari pelbagai jenis kanser.
Tomato mengandungi kandungan air sebanyak 95 peratus dan selebihnya adalah karbohidrat dan serat.
Tomato mengandungi antioksidan yang dinamakan lycopene. Ia merupakan antioksidan yang dikatakan berfungsi untuk melindungi kesihatan jantung. Paling penting, tomato merupakan antara sumber makanan yang mampu melawan penyakit berbahaya seperti diabetes dan kanser.
Pengambilan makanan tinggi nutrisi seperti avocado secara kerap boleh membantu melindungi jantung.
Vitamin, mineral, lemak sihat dan serat yang terdapat dalam buah ini, memainkan peranan dalam memastikan sistem kardiovaskular sihat. Penemuan kajian mendapati, diet yang lengkap dengan buah avocado boleh membantu mencegah penyakit jantung.
Buah avocado juga membantu meningkatkan paras kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik dan mengurangkan kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang dikaitkan dengan pembentukan plak di sepanjang dinding arteri.
Selain vitamin, mineral, lemak sihat dan serat, avocado sarat dengan sebatian bioaktif termasuk karotenoid, vitamin C, vitamin E dan sebatian fenolik.
Jadi untuk mengelakkan risiko serangan penyakit jantung, strok, kanser dan pelbagai lagi, jadikan 10 sayuran terbaik ini dalam menu harian kita. Semoga bermanfaat!
Tidak sukar sebenarnya untuk seseorang itu kelihatan cantik dan maintain awet muda walaupun usia sudah mencecah 30-an.
Sebenarnya tidak perlu menggunakan produk penjagaan wajah yang mahal sebaliknya hanya memilih makanan yang bukan saja menyihatkan dalaman badan, tetapi juga menyerlahkan kecantikan semula jadi.
Boleh dikatakan amalan meminum air kelapa sudah diterapkan sejak kecil lagi. Bukan sahaja minuman tersebut mudah didapati, tetapi ia juga seakan menu wajib sekiranya berada di kawasan tepian pantai.
Bagi yang tidak menggemari air kelapa, anda sudah boleh mula untuk meminum minuman tersebut mulai sekarang. Hal ini kerana air kelapa mengandungi harmon estrogen yang dapat membentuk kolagen dan elastin.
Kedua-duanya berfungsi untuk mengekalkan keanjalan kulit dan melambatkan proses kedutan kulit wajah. Manfaat air kelapa lain ialah mencegah daripada dehidrasi, mengurangkan risiko penyakit jantung, menurunkan tekanan darah dan membantu meningkatkan stamina badan.
Ubi keledek mempunyai pelbagai variasi warna seperti kuning, ungu, jingga, merah jambu dan putih. Ia juga tergolong dalam kategori tumbuhan menjalar. Kandungan ubi keledek yang kaya dengan vitamin C dan E dapat membantu mengekalkan keanjalan termasuk kelembapan kulit wajah.
Kandungan vitamin A, E dan C yang ada dalam lobak merah dipercayai dapat membantu untuk melawan sel kanser. Selain vitamin, lobak merah juga kaya dengan kandungan mineral seperti kalsium, potasium, alpha karotin dan beta-carotene.
Pengambilan lobak merah baik kerana kandungan antioksidan dapat melindungi kulit daripada sinaran matahari, mengelakkan jerawat, kulit kering, kedutan pramatang dan mencerahkan kulit wajah.
Tumbuhan ini sangat mudah untuk didapati di Malaysia dan yang popularnya ialah bayam merah dan hijau. Selain enak dimakan tumbuhna ini juga berfungsi sebagai salah satu agen anti-penuaan dan dapat melicinkan kulit wajah.
Bayam juga dapat menguatkan akar rambut manakala kandungan vitamin K boleh mengurangkan masalah keradangan dalam sel.
Sering dijadikan sebagai bahan kudapan saat membaca buku atau menonton televisyen, pengambilan kekacang juga sebenarnya baik untuk kulit wajah.
Kekacang seperti badam mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi termasuk vitamin E yang sangat baik untuk kulit seperti menghapuskan sel kulit mati dan mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
Badan Selalu Mengah, Kaki Pun Bengkak. Punca Wanita Nekad Diet Sebelum Kembali Langing! Pernah mencuba beberapa kali untuk menurunkan berat badan, tetapi gagal. Ternyata mudah untuk memulakan diet jika tanpa keazaman yang kuat.
Namun itu semua tidak mudah mematahkan semangat meneruskan diet. Bermula tahun 2020, nekad untuk diet.
Itupun setelah dia merasakan lepas raya berat badan makin bertambah-tambah menyebabkan rasa mengah dan kaki juga bengkak serta badan jadi lesu.
Walaupun mencuba beberapa kali dan ianya gagal, namun bagi Ema Hashim dia nekad untuk berdisiplin mengamalkan diet.
Bermula Oktober terus nekad untuk potong gula, dessert dan semua makanan yang manis-manis.
Bukan itu saja dia turut mengamalkan pengambilan makanan dalam portion sederhana. Dia juga turut melakukan workout setiap hari hingga kadang-kadang merasa giveup.
Namun dia terus kekalkan mindset yang dirinya boleh melakukan diet berkenaan. akhirnya setelah hampir setahun, dia berjaya melenyapkan 6 kilogram. Walaupun tidak banyak penurunan tetap berjaya jadi sedikit langsing.
Masih belum berpuas hati dan mahu terus mengurangkan setiap inci dan target BMI normal 56 kilogram.
Apa pun pesannya jika mahu berdiet, kenalah betul-betul. Dengan tips, nekad dan disiplin pastinya perjalanan jadi mudah.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.