Selain bahagian isinya, hati ayam juga antara organ dalaman ayam yang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan.

Tidak kiralah dimasak kicap, rendang atau goreng, hati ayam dikatakan mengandungi jumlah nutrisi paling tinggi.

Kandungan nutrisi penting seperti zat besi, kurum, asid folik dan beberapa vitamin mampu membekalkan kesihatan yang baik kepada tubuh badan.

Ikuti perkongsian Pakar Kimia, Dr Fatimah Salim yang memberitahu khasiat hati ayam ini.

Artikel Lain: Doktor Ini Pesan 3 Bulan Guna Terus Tukar Berus Gigi. Jangan Biar Sampai Kembang!

Hati Ayam Organ Dalaman Tinggi Nutrisi. Tapi Elak Makan Banyak, Boleh Bawa Mudharat!

HATI AYAM

Dah lama hati ayam bersimpan dalam peti sejuk beku kami. Memandangkan esok sudah mahu puasa, saya bersihkan dan masak rendang hati ayam.

Tahukah kawan-kawan yang hati merupakan organ yang paling tinggi jumlah nutrisi?

IKLAN

Ya. Organ hati kaya dengan nutrisi penting seperti zat besi (heme), kuprum, asid folik, riboflavin, protein, vitamin B12, selenium and vitamin A. Setiap 100 g organ hati ayam mengandungi sekitar 9 mg zat besi yang mana boleh menampung separuh daripada keperluan zat besi harian. Zat besi sangat penting untuk membina sel darah merah yang penting dalam mengekalkan kandungan oksigen badan.

Namun organ hati ayam juga sangat tinggi dengan kandungan vitamin A dan zat kuprum, melebihi keperluan harian (recommended dietary intake- RDI).

Vitamin A merupakan salah satu vitamin yang larut lemak. Apabila diambil secara berlebihan, ianya akan disimpan dalam badan. Pengumpulan vitamin A yang banyak dalam badan boleh menyebabkan ketoksikan. Antara gelaja ketoksikan vitamin A adalah gangguan penglihatan, sakit pada bahagian tulang, loya dan muntah.

Kandungan zat kuprum yang berlebihan juga boleh menyebabkan ketoksikan. Antara kesan berlebihan kuprum adalah stress dalaman badan (oxidative stress), gangguan sistem saraf dan boleh membawa risiko penyakit Alzheimer.

Hati Ayam Organ Dalaman Tinggi Nutrisi. Tapi Elak Makan Banyak, Boleh Bawa Mudharat!

IKLAN

Artikel Lain: Gemar Buat Aktiviti Sukan Lasak. Rahsia Erra Fazira Kekal Jelita & Fit Lewat Usia 40an!

Selain itu:  Pembedahan Plastik Hidung Gagal, Priyanka Chopra Ditendang Keluar Dari Filem

Hati juga tinggi kandungan purines iaitu bahan kimia yang bakal ditukarkan kepada asid urik. Bagi mereka yang mengalami masalah gout, pengumpulan asik urik pada sendi boleh memburukan lagi keadaan sedia ada.

Oleh yang demikian, organ hati boleh dimakan dan boleh menjadi salah satu sumber nutrisi yang bagus. Cuma usah berlebihan kerana ianya berpotensi membawa mudarat. Untuk individu normal, hadkan pengambilan seminggu sekali atau dua kali sahaja. Apa yang penting ialah ambil tahu tahap kesihatan dan timbang tara antara manfaat dan mudarat setiap makanan kepada kesihatan badan.

Nota kaki:

IKLAN

• Organ hati dari jenis haiwan yang berlainan (ayam, lembu, kambing) mengandungi jumlah nutrisi yang berbeza.

• Organ hati berfungsi untuk memproses toksin kepada komponen yang lebih selamat atau lebih mudah dikeluarkan dari sistem badan. Namun, ianya tidak menyimpan toksin.

Semoga bermanfaat dan Selamat berpuasa Ramadan kepada yang beragama Islam.

ChM Dr Fatimah Salim

Chemist and Cook!

Artikel Berkaitan: Selain Jadi Kenyang, Rupanya Keledek Ungu Juga Superfood Bagus Untuk Otak & Usus

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI