Semakin hari kita lihat angka kes baru Covid-19 tinggi dan turut juga mencatat kematian baru setiap hari.
Terbaru, virus yang mula dikesan hujung tahun 2019 ini telah mengorbankan seorang jururawat yang bertugas di Jabatan Perubatan Pemulihan, Pusat Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sungai Buloh.
Artini Dzolkarnaini yang juga petugas barisan hadapan ini meninggal dunia awal awal pagi tadi disebabkan oleh komplikasi Covid-19.
Berita ni dikongsi oleh Faculti Perubatan UiTM melalui hebahan di laman sosial Facebook hari ini.
“Dukacita dimaklumkan Sr Artini Dzolkarnaini telah meninggal dunia, di Hospital UiTM pada 5.30 pagi tadi.
Ads
“Seluruh warga Fakulti Perubatan UiTM ingin merakamkan ucapan salam takziah. Kami mendoakan semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,”
Laporan portal memberitahu, arwah dijangkiti Covid-19 ketika sedang mengandung 30 minggu.
Dikatakan juga, bayi arwah Artini berjaya diselamatkan secara pembedahan cesarean dan ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) hospital berkenaan.
Ads
Menurut sumber juga, allahyarham Artini merupakan penulis buku bertajuk Penjagaan dan Pemulihan Jantung terbitan UiTM dan bertugas sebagai jururawat program pemulihan jantung dan merupakan ibu kepada lima anak, termasuk baru dilahirkan.
Marilah kita sedekah Al-Fatihah (dengan bacaan) dan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga.
Apabila semua makan sedap terhidang di atas meja menyebabkan selera makin sukar untuk ditahan-tahan. Namun begitu, boleh atau tidak kita mencampurkan makanan laut dan darat.
Ada yang memberitahu, jika mencampurkan akan menyebabkan toksik yang boleh memudharatka kesihatan.
Jika betul, apa hidangan terbaik boleh kita ambil setiap hari dalam pyramid pemakanan. Perkongsian Dr Fatimah Salim menjelaskan perkara ini bagi mengelak kekeliruan.
Ramai yang keliru dengan amalan tidak mencampur masak dan makan makanan berprotein daripada laut (ikan, udang, ketam) dan darat (ayam, kambing, lembu.,) kerana dipercayai akan berlaku tindak balas kimia yang akan menyebabkan makanan menjadi toksik lalu memudaratkan kesihatan.
Ketahuilah, ianya TIDAK benar! Kimia tidak menyokong kenyataan ini.
Sebenarnya makanan berprotein laut dan darat jarang dicampur masak bersama disebabkan oleh struktur protein yang berlainan. Ikatan kimia struktur protein makanan laut lebih longgar maka lebih cepat empuk apabila dimasak.
Manakala ikatan kimia dalam struktur protein makanan darat pula lebih teguh terutamanya daging maka secara perbandingan proses memasak akan menjadi lebih lama.
Ingat, proses memasak bertujuan melonggarkan ikatan kimia dalam protein agar mudah dipisahkan kepada molekul-molekul kecil dalam sistem penghadaman, lalu memudahkan proses penyerapannya ke dalam badan.
Jadi jika difikir logik, larangan tidak mencampur makan makanan laut dan darat adalah lebih kepada kelainan tekstur protein yang mana memerlukan proses memasak dan daya kunyahan yang berlainan.
Tekstur keras daging yang belum masak sepenuhnya jika tidak dikunyah sebaiknya akan mengganggu proses penghadaman terutamanya jika diambil dengan kuantiti banyak.
Makanan yang tidak dihadam ini sama ada terperap dalam bahagian perut atau ditolak ke usus besar menjadi habuan bakteria. Perapan yang lama dalam perut boleh menyebabkan sendawa berlebihan, ulser, pedih ulu hati, sakit tekak dan batuk disebabkan kandungan asid hidroklorik perut meruap ke saluran oesophagus.
Aktiviti bakteria melalui proses fermentasi pula akan menghasilkan bahan kimia berbentuk gas seperti hidrogen dan metana yang banyak. Gas-gas ini kemudiannya akan dikeluarkan dari sistem usus besar sebagai kentut.
Sekiranya gas ini tidak dikeluarkan, ianya akan terus terkumpul/ terperangkap dalam usus yang juga dikenali dengan istilah ‘kembung perut’ atau orang kita bahasakan sebagai ‘angin’.
Harus diingat ‘angin’ ini ialah ‘benda asing’ yang berada dalam badan. Maka badan akan seboleh mungkin untuk mengeluarkannya dengan mekanisma yang mampu menggangu keseimbangan proses kimia badan yang lain.
Ketidakseimbangan kimia badan ini akan menyebabkan kita berasa ‘kurang selesa’ atau ‘sakit’ pada bahagian tertentu. Tujuannya adalah sebagai ‘signal’ untuk kita berbuat sesuatu atau badan akan beradaptasi untuk mengembalikan semula keseimbangan kimia (Self-healing).
Bahagian mana yang terkesan dan bagaimana, adalah bergantung kepada tahap kesihatan sedia ada dan mekanisma yang ‘paling’ kurang mudarat kepada system badan. Ada yang krem otot abdomen, ada yang sejuk badan dan berpeluh, ada yang muntah, ada yang pitam.
Maka, untuk masakan campur sebegini, mungkin cara dan proses memasak perlu diolah sedikit agar kedua jenis protein ini lebih serasi. Contoh masak bagi empuk daging dahulu, kemudian baru campurkan dengan ikan atau udang.
Atau boleh juga daging yang liat diperap terlebih dahulu untuk melemahkan ikatan kimia antara molekul-molekul proteinnya. Selain itu, sesetengah individu kurang menggemari tekstur dan rasa kedua kumpulan makanan sumber protein ini apabila dicampur masak. Dan pilihan adalah bergantung kepada citarasa masing-masing.
Ada juga yang mengaitkan dengan amalan Nabi saw. Namun tiada ayat Al-Quran atau hadith Sahih yang melarang mencampur makan makanan laut dan darat. Boleh baca penerangan Mufti Wilayah di pautan ini https://muftiwp.gov.my/…/2287-irsyad-al-hadith-siri-ke…
Sebenarnya amalan tidak mencampur makanan laut dan darat adalah tergolong dalam Kahsut iaitu hukum hakam pemakanan kaum Yahudi (Jewish dietary laws). Boleh baca penerangan lebih terperinci di pautan ini untuk lebih jelas https://www.myjewishlearning.com/…/ask-the-expert…/amp/
Tidak Cetus Bahan Kimis Berbahaya
KESIMPULANnya mencampur makan makanan laut dan darat tidak akan mencetuskan tindak balas kimia berbahaya atau toksik dalam badan. Makanlah apa yang anda suka, yang penting halal dan baik.
Pastikan memasak dan mengunyah dengan betul terutamanya apabila mengambil bersama ikan dan daging yang lebih liat seperti daging lembu. Ini untuk membantu memudahkan proses penghadaman.
Nota: Bagi anda yang tidak gemar untuk mencampur makan, terpulang kepada selera, kemampuan dan kehendak masing-masing. Namun usah dikaitkan dengan tindak balas kimia penghasilan toksin atau amalan Nabi saw.
Ini jenis skrub badan paling jimat, kulit auto mulus dan glowing. Biasanya kita sibuk sampai tak peduli badan sendiri.
Yang rajin jaga bahagian muka sahaja, sudahnya tangan kaki, terbiar kusam. Salah tu, nanti sila-silap bahagian celah ketiak pun tak terjaga.
Untuk ada jaga kulit bahagian kasar dan gelap, cuba guna tips yang dikonsgikan Cik Esah ini. Katanya mudah dan berkesan.
Ni resipi body scrub mudah. Guna 4 bahan di dapur je! Serius. Dalam seminggu ni kulit jadi lembap dan lembut sikit. Tengok gambar untuk cara yang lengkap.
Bahan-bahan:
-Madu (Bukan yang bercakap tu)
-Brown sugar
-Olive
-Lemon
Campur semua sekali dan gaul. Nak tambah benda-benda lain macam cinnamon powder ke, kunyit je, beras ke, silakan.
Yang Cik Esah kongsi ni simple sahaja.
Pewangi? Tak payah. Bila semua bahan di atas ni bercampur, bau wangi tu terhasil sendiri. Bau lemon campur minyak zaitun. Lembut sangat bau dia. Tenang je bila dihidu.
Ni tekstur dia. Pekat dan berbijik macam ni. Jangan tambah air, nanti gula tu larut. Kalau tak cukup pekat, tambah lagi gula.
Fungsi bahan-bahan tu semua:
Gula – untuk tanggalkan daki dan sel kulit mati bila menyental.
Lemon – Cerahkan dan bersihkan kulit
Minyak zaitun – Lembapkan kulit
Madu – Kandungan antioksidan yang tinggi di dalam madu membantu mengurangkan kerosakan sel-sel kulit akibat radikal bebas.
Sapu pada kulit, biarkan sekejap dalam 2-3 minit bagi meresap. Jangan tidur pula. Nanti bersemut satu badan.
Lepas itu, sental kulit dengan gula tu haa. Jangan kuat sangat.
Dah siap, basuhlah.
Kekerapan adalah 2-3 kali je seminggu.
Haa.. ok sikit kulit ni. Rasa lembap dan hidup je. Lembutlah sikit dari dulu, walau tak secantik tangan orang lain. Kalau tak, dah macam tangan jantan.
Moga bermanfaat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tampil Jelita & Anggun Di Usia 40an, Rupanya Racun Lebah Rahsia Kecantikan Kate Middleton. Sejak bergelar isteri kepada Putera William, beliau memang pandai menjaga penampilan menjadi sebahagian keluarga diraja. Penampilannya memang sangat jelita, anggun dan sedap mata memandang.
Apatah lagi dengan personaliti serta senyuman manis yang sentiasa terukir di bibir menjadikan Kate Middleton, 40 tahun sangat popular di seluruh dunia.
Kelibat dan penampilannya di khakayak sering ditungggu-tunggu, bahkan aura isteri kesayangan Puteri William ini diibarat seperti mendiang ibu mertuanya, Lady Diana.
Dan terbaru sekali lagi penampilan Kate menjadi tumpuan apabila mengenakan dress putih dengan padanan tiara Lover’s Knot yang juga dikatakan menjadi kegemaran Puteri Diana.
The Lover’s Knot dibuat oleh ahli perhiasaan Kerajaan Inggris, Garrard pada tahun 1914 lalu.
Kate hadir ke majlis jamuan kenegaraan pertamanya sejak menyandang gelaran Princess Of Wales. (Sumber Kompas.com)
Jamuan ini diadakan sebagai sebahagian daripada rangka lawatan negara pertama pemerintahan Raja Charless III yang mengalu-alukan kehadiran Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa ke U.K.
Tiara itu berhiaskan mutiara berbentuk air mata yang dilengkapi berlian, membuatnya bentuknya begitu indah sekaligus berat.
Di antara ramai-ramai selebriti dan kenamaan, Duchess of Cambridge, Kate Middleton antara yang menjadi perhatian ramai yang kagum terhadap kulit wajahnya sehingga menimbulkan rasa ingin tahu.
Ramai terkejut apabila mengetahui petua kecantikan isteri Putera William itu adalah racun lebah!
Sumber melaporkan, Kate membayar sekitar AS$325 (RM1,300) untuk satu sesi bagi menikmati rawatan wajah menggunakan racun lebah.
Namun sesuai dengan harganya, racun lebah mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kulit.
Dalam satu kajian yang dilakukan mendapati ia mampu secara aktif mengurangkan dan melambatkan proses penuaan serta menghilangkan kedutan di wajah.
Oleh sebab itu, ia semakin mendapat perhatian dalam kalangan orang muda bagi mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan rawatan racun lebah.
Rawatan wajah menggunakan racun lebah juga memberi tambah nilai kerana ia bersifat anafilaksis dan mampu menegangkan otot wajah, selain meningkatkan peredaran darah wajah.
Semua elemen ini sekaligus membuatkan wajah anda lebih bercahaya dan bersinar. Jadi tak hairan, Kate nampak sentiasa cantik setiap kali gambarnya dirakam kamera.
Selain Kate, antara selebriti yang melakukan rawatan serupa termasuklah Gwyneth Paltrow dan Victoria Beckham.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.