Bagaikan tidak menyangka dirinya kini tidak mempunyai rahim. Ini adalah kerana keputusan terpaksa membuang rahim selepas terdapat ketumbuhan pada organnya.

Bagi pemilik nama Nourul Deep ini, keputusan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga bagi menyelamatkan nyawanya.

Tambahnya lagi, jika dapat mengesan dari peringkat awal, peluang untuk dirawat jadi lebih tinggi.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kerana Terluka ini berkongsi cerita itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya miliknya mengenai prosedur menjalani pembedahan membuang rahim.

Kongsi Pengalaman Buang Rahim. Nourul Depp Ingatkan Kaum Wanita Buat ‘Checkup’ Setiap Tahun!

Ujar Nourul, perkongsian itu dibuat sebagai rasa tanggungjawab sebagai seorang wanita dalam memberi kesedaran kepada umum mengenai betapa pentingnya pencegahan terhadap sebarang ketumbuhan pada tubuh badan.

Tambahnya lagi, dia berasa bersyukur kerana ketumbuhan pada rahimnya itu diketahui pada peringkat awal dan dapat mengambil langkah berjaga-jaga untuk menyelamatkan nyawanya.

Meskipun sudah setahun menjalani prosedur pembuangan rahim itu,  Nourul memaklumkan sebarang ketumbuhan yang ada pada tubuh badan harus diperiksa oleh doktor bertauliah.

7 September lalu genap setahun penyanyi popular Nourul Depp menjalani pembedahan pembuangan rahim selepas disahkan mempunyai ketumbuhan.

Menurut Nourul ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai untuk peka dengan kesihatan dalaman. Dia tahu ramai yang takut dengan pembedahan namun ia lebih baik daripada menanggung sakit dalam tempoh lama.

IKLAN

Kongsi Pengalaman Buang Rahim. Nourul Depp Ingatkan Kaum Wanita Buat ‘Checkup’ Setiap Tahun!

“Cerita setahun yang lalu.. Terpaksa remove uterus (rahim) bila doktor terjumpa something yang boleh memudaratkan di masa yang akan datang.

“Apa yang kami nak cerita kat sini ialah buat medical check setiap 12 bulan. Semua ni gambar 5,6,7 September 2020. Tak akan lupa perasaan bila doktor break the news. Genetically kami memang jenis ada ketumbuhan ni. Memang dari sebelah arwah abah. Sebab tu jaga diri dan bersenam.

Selain itu:  Bermodalkan RM1, Gadis Ini Kongsi Caranya Rawat Kulit Wajah 'Breakout' Di Hospital Kerajaan

“Takut? Siapa tak takut nak bedah. Tapi lebih baik sakit sat (tak lama) dari sakit berpanjangan seperti penyakit kanser dan sebagainya.

Dalam pada itu, Nourul berkata dia tidak berfikir panjang selepas dimaklumkan doktor yang dia perlu menjalani pembedahan. Ujarnya, dia perlu sihat demi anak-anaknya yang masih kecil.

Kongsi Pengalaman Buang Rahim. Nourul Depp Ingatkan Kaum Wanita Buat ‘Checkup’ Setiap Tahun!

IKLAN

“Kami tak tunggu lama. Kami kata buang!!! Booked date terus jalan! Kami tak tunggu dah. Anak anak masih kecil. I have to live for them. Allah perkenankan Alhamdulillah Allah permudahkan.

“Itulah kisahnya. Kami cerita ini sebab ramai yang takut nak pi bedah bila kena bedah. Takut tu sat ja. Dengan ubat doktor bagi tu, awak akan lena. Best rasa. Dapat rehat. Semua doktor adalah bagus dalam bidang depa. Mereka nak selamatkan nyawa. Jadi mereka  jaga kita sepanjang dibedah.

Kata Nourul, selain daripada faktor genetik, antara punca dia mengalami ketumbungan tersebut adalah disebabkan tekanan yang melampau.

Kongsi Pengalaman Buang Rahim. Nourul Depp Ingatkan Kaum Wanita Buat ‘Checkup’ Setiap Tahun!

 

“Genetically kami memang jenis ada tumbuh-tumbuh ni. Memang dari belah arwah abah. Sebab tu jaga diri dan exercise. 30% adalah gene kita, 70% gaya hidup.

IKLAN

“Kes kami berlaku sebab stress atas satu perkara berlaku November 2018. Simpan dalam diri bawak penyakit. Tercabar ego dan kebijaksanaan kami apabila ditipu oleh seorang Dato dan wanita untuk album bahasa Perancis kami.

Sekadar rekod, Nourul dan suami, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2.

Sementera menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 23 tahun.

Kongsi Pengalaman Buang Rahim. Nourul Depp Ingatkan Kaum Wanita Buat ‘Checkup’ Setiap Tahun!

Kredit Foto: Instagram Nourul Depp

Artikel Berkaitan:

Sejak Remaja Diajar Amal Minum Herba Buatan Ibu. Rahsia Tya Arifin Kekal Menawan & Aktif!

Selain itu:  100 Peratus Diet Lakukan Exercise & Jaga Makan. Rahsia Wanita Lenyap 30KG Tak Sampai Setahun!

Selain Demam, Gangguan Saraf Juga Antara Kesan Sampingan Penerima Vaksin AstraZeneca

Dr. Izzar Jelaskan Risiko Salah Guna Spray Gun. Boleh Mudharatkan Pernafasan & Kesihatan Lain!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI