Memiiki tubuh yang langsing idaman setiap wanita. Terutama bagi mereka yang mengalami kenaikan berat badan mendadak disebabkan beberapa faktor.

Pelbagai tip yang dikongsi di laman sosial bagi mereka yang mahu mendapatkan berat badan ideal.

Cuma terpulang pada seseorang itu untuk kekal dengan berat yang ada atau terinspirasi melihat orang lain sudah berjaya melepasi pelbagai rintangan untuk kurus.

Kena ingat salah satu sebab untuk kurus adalah disebakan kesihatan, selain untuk tampil lebih yakin di khalayak.

Seperti perkongsian wanita ini Hidayah Adam dalam Grup Diet Suku-Suku Separuh memberitahu rahsia berjaya menurunkan berat sehingga 43 kg.

Menurutnya sebelum itu beratnya adalah 100 kg dan dalam tempot 11 bulan telah berjaya menurunkan berat sehingga 57 kg.

Ibu kepada empat anak ini juga memulakan usaha dietnya sekitar Septemner 2019 dan berjaya pendapat berat ideal ketika PKP tahun lalu.

Tambahnya lagi, paling penting adalah mengurangkan pengambilan makanan dan mengikuti kaedah suku-suku separuh.

Walaupun setelah berjaya capai berat idaman, dia masih lagi mengamalkan pengambilan diet demikian kerana baik untuk tubuh setiap individu.

IKLAN

Ayuh ikuti perkongsiannya apa lagi amalan dibuat untuk lenyapkan sehingga 43 kg.

Rahsia Lenyapkan 43Kg

Just nak share pengalaman saya turunkan berat badan dari 100 kg kepada 57 kg dalam masa 11 bulan..

Saya berusia 33 tahun dan emak kepada 4 anak. Journey saya start bulan 9/2019 dan berjaya dapat berat ideal masa PKP 2020…

First thing saya buat adalah cut portion makan. Full bertukar kepada suku-suku separuh..

Dan sekarang pun masih mengamalkan suku-suku separuh… bagi saya portion ini sangat-sangat terbaik dan bagus untuk tubuh badan kita..

IKLAN

Hasil Setahun Tak Makan Manis, Akhirnya Dapat Berat Ideal. Kisahnya Beri Inspirasi!

Jika tanya senaman, hanya 2 jenis senaman sahaja saya lakukan 1) sukan muaythai 2) bodyweight training. Saya lakukan senaman 3x seminggu selama 1 jam…

Kepada fighter yang sedang turunkan berat badan 1 je saya nk pesan kentalkn fizikal dan mental..

Aim untuk cara hidup yang sihat dan bukan untuk kurus semata-mata. Journey kita bukan stop bila kita dapat berat ideal tapi sepanjang kita hidup..

Hasil Setahun Tak Makan Manis, Akhirnya Dapat Berat Ideal. Kisahnya Beri Inspirasi!

IKLAN

Pesannya lagi seseorang kena kuat semangat untuk teruskan misi mendapatkan berat ideal ini. Apabila kita sihat badan jadi lebih ringan. Dia juga turut berkata terpaksa menahan godaan melawan nafsu makan sementelah dirinya juga seorang baker.

Apa yang saya boleh cakap, kita kena sentiasa kuatkan semangat untuk teruskan misi kita dapatkan berat ideal.

Selain itu:  Tak Nampak 'Baby Bump' Tapi Seri Bakal Ibu Terserlah. Mira Filzah Kini Hamil Masuk Trimester Ketiga!

Bila kita sihat badan rasa lebih ringan. Mental kena kuat untuk lawan nafsu makan. Tinggalkan makanan manis untuk yang nak loose weight.

Saya sendiri seorang bakers dan saya tahan diri dari sentuh mknan manis selama setahun. Percaya yang kita mampu buat. Makanan yang kita suka makan apabila dah loose weight. Ingat makanan lain kali boleh makan, tapi kesihatan kita sekali je tau. Keep a goodwork n stayFIT… KATA KUNCI RAPI – RAPI DEDIKASI UNTUK GAYA HIDUP SIHAT

Hasil Setahun Tak Makan Manis, Akhirnya Dapat Berat Ideal. Kisahnya Beri Inspirasi!

Artikel Berkaitan:

“Saya Berbasikal, Selain Amalkan Diet Sihat” – Ini Rupanya Rahsia ‘Kurus’ Rina Harun Hingga Tarik Perhatian

Alami Alahan Teruk Hingga Ganggu Pernafasan, DJ Lin Terpaksa Dikejarkan Ke ICU. Berat Pun Susut 4KG!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI