Setiap wanita pastinya mahu tampil cantik. Pantang mendengar ada produk kosmetik yang dijual untuk memutih atau mencerahkan wajah pasti akan dibeli di pasaran.
Namun jangan terpedaya dengan segala promosi dilakukan kerana ada sesetengah produk kosmetik ini sangat berbahaya untuk kesihatan.
Seperti yang dimuat naik dalam Public Health Malaysia memberi ingatan kepada penjual dan pengedar produk kosmetik ini supaya menghentikan penjualan serta-merta.
Ini kerana krim yang dijual berkenaan dikatakan boleh sebabkan kerosakan saraf dan buah pinggang.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya
Ads
Sementara itu menurut Sinar Harian, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui kenyataan pada Rabu berkata, produk berkenaan mengandungi bahan-bahan yang boleh menyebabkan kesan sampingan jika tiada pengawasan profesional kesihatan.
Menurutnya, salah satu bahan produk tersebut, Betamethasone 17-Valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD) dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
“Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
Ads
“Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.
“Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, notifikasi produk tersebut telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
Jelasnya, penjualan dan pengedaran produk berkenaan adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
“Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan-peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya,” tambahnya lagi
Ads
Justeru orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli produk ini di pasaran walaupun dijual dengan harga promosi.
Masih terbayang sambutan Raya tahun lalu tidak semeriah seperti hari ini. Kita semua tidak dibenarkan balik ke kampung dan hanya beraya di rumah sendiri dengan SOP ketat.
Bukan itu saja, malah angka kes yang terpaksa duduk di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan meninggal juga meningkat tinggi hingga menimbulkan kebimbangan ramai dengan kadar jangkitan virus Covid-19 ini.
Tetapi sambutan Raya kali ini sangat berbeza. Tidak seperti sebelumnya, masih ada kes baru dan kematian, tetapi angkanya tidak seperti sebelumnya.
Perkongsian Dr Hana Hadzrami ini memberitahu perbezaan sebelum kita menerima vaksin dan tidak mahu lagi melalui pengalaman gelap seperti itu.
Seminggu sebelum raya, kadar kebolehjangkitan (R0/Rt) kita adalah 0.53. Waktu itu hampir seminggu juga ICU Covid kami tiada pesakit. Kosong.
Apabila minggu raya bermula; kadar kebolehjangkitan menaik dengan lajunya. Dari 0.53 hinggalah ke 1.14. Kami memerhati dengan rasa berdebar.
Gambar sekadar hiasan.
Selepas Raya juga kes bilangan pesakit di ICU hanya naik sekitar 2-3 orang sahaja dan tidak perlukan intubasi atau berada lama di ICU. Berbeza dengan tahun sebelumnya.
Namun syukur; bilangan pesakit di ICU Covid kami hanya naik sekitar 2-3 orang saja. Itupun majoriti tak memerlukan intubasi dan tak lama mana pun berada di ICU.
Kemasukan ke wad Covid biasa ada sedikit peningkatan namun tak perlu dibuka wad baru. Makin dikurangkan lagi adalah.
Kalau tahun lepas pada kenaikan R yang sama; dah bergelimpangan pesakit Covid di kecemasan. ICU Covid tak cukup hingga terpaksa dibuka ICU sementara di merata tempat.
Kalau dulu sampai peti simpanan mayat juga tidak mencukupi dan terpaksa simpan bertindih-tindih. Lebih teruk pasuka perubatan perlu bekerja lebih masa hingga sudah tiada rupa manusia
Peti simpanan mayat tak cukup; terpaksa disimpan bertindih-tindih. Pasukan perubatan perlu bekerja lebih masa hingga dah tak rupa manusia.
Ia sebuah pengalaman gelap yang tidak ingin lagi kami lalui.
Namun betapa besarnya nikmat Tuhan. Dia berikan ujian dan Dia juga bukakan jalan keluar.
Gambar sekadar hiasan.
Namun selepas lipitan pemberian vaksinasi menyeluruh, kita akhirnya berjaya hidup dengan tenang dan hampir kembali pada kehidupan sebelum pandemik.
Dengan liputan vaksinasi menyeluruh, kita berjaya hidup dengan tenang; hampir kembali ke kehidupan sewaktu sebelum pandemik.
Dan hari ini kadar R pun telah menurun perlahan-lahan ke 0.97.
Menaik dan menurun tanpa sebarang cetusan gelombang.
Nikmat Tuhan yang mana satukah yang kamu dustakan?
Bukan satu masalah untuk buat senaman kuruskan pipi ini, anda boleh buat di mana saja walau sedang tengok televisyen.
Ya, ada antara kita yang memiliki badan langsing tetapi tidak pada bentuk wajah apabila kelihatan sedikit berisi dan seperti ada double chin.
Masalah ini sedikit sebanyak membuatkan penampilan seperti ada kekurangan disebabkan penampakan dagu berlapis.
Namun tahukah anda sebenarnya bahagian wajah kita juga perlukan rutin senaman tertentu untuk memastikan bentuk pipi tidak nampak berisi seperti kuih pau.
Ayuh, kita lihat beberapa senaman di bahagian muka yang boleh dilakukan secara rutin.
7 Senaman Kuruskan Pipi
1. Prakstis menyebut hurup A E I O U setiap magi dan malam sebayak 40 kali. Lakukan secara konsisten untuk lihat kesan lebih efektif.
2. Sebut huruf X dan O sehingga akan membentuk sebuah gerakan membuka dan menutup mulut. Senaman X-O adalah antara senaman muka yang sangat popular.
3. Tepuk dagu menggunakan belakang tangan setiap pagi dan malam sebanyak 40 kali. Ini bertujuan untuk mengurangkanp terjadinya dagu berlapis/double chin.
4. Kebanyakan selebriti Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut Ma Me Mi Mo Mu sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.
5. Senyum lebar sambil bibir tertutup rapat. Tahan selama 15 saat. Kemudian kembali ke wajah asal dan lakukan senyuman lebar hingga menampakkan barisan gigi anda. Tahan selama 15 saat dan ulang langkah ini beberapa kali.
6. Tutup mulut dan kembongkan pipi kiri, tahan selama 5 saat. Kemudian lakukan pada pipi kanan dalam kira dan masa yang sama. Ulang langkah ini beberapa kali.
7. Bentukkan bibir seperti hurup O buat beberapa ketika dan kemudian lepaskan perlahan-lahan sehingga anda senyum lebar selebarnya. Ulang langkah ini beberapa kali.
Jadikan rutin senaman ini pada wajah dan anda akan lihat hasilnya mampu menjadikan bentuk muka jadi lebih runcing dan tirus.
Rupanya penyanyi nombor satu, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga turut mengamalkan senaman wajah ini. Patut wajah beliau kelihatan runcing bila tersenyum.
Semakin hari kita lihat angka kes baru Covid-19 tinggi dan turut juga mencatat kematian baru setiap hari.
Terbaru, virus yang mula dikesan hujung tahun 2019 ini telah mengorbankan seorang jururawat yang bertugas di Jabatan Perubatan Pemulihan, Pusat Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sungai Buloh.
Artini Dzolkarnaini yang juga petugas barisan hadapan ini meninggal dunia awal awal pagi tadi disebabkan oleh komplikasi Covid-19.
Berita ni dikongsi oleh Faculti Perubatan UiTM melalui hebahan di laman sosial Facebook hari ini.
“Dukacita dimaklumkan Sr Artini Dzolkarnaini telah meninggal dunia, di Hospital UiTM pada 5.30 pagi tadi.
“Seluruh warga Fakulti Perubatan UiTM ingin merakamkan ucapan salam takziah. Kami mendoakan semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,”
Laporan portal memberitahu, arwah dijangkiti Covid-19 ketika sedang mengandung 30 minggu.
Dikatakan juga, bayi arwah Artini berjaya diselamatkan secara pembedahan cesarean dan ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) hospital berkenaan.
Menurut sumber juga, allahyarham Artini merupakan penulis buku bertajuk Penjagaan dan Pemulihan Jantung terbitan UiTM dan bertugas sebagai jururawat program pemulihan jantung dan merupakan ibu kepada lima anak, termasuk baru dilahirkan.
Marilah kita sedekah Al-Fatihah (dengan bacaan) dan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga.