Sering kali kita dengar rungutan, “Kenapa orang perempuan ni nampak penat sangat, padahal buat kerja yang sama dengan lelaki?” Jawapannya bukan pada tahap kerajinan, tetapi pada biologi tubuh kita sendiri.
Kajian menunjukkan bahawa struktur otak dan sistem hormon wanita berfungsi dengan cara yang lebih kompleks, sekaligus memerlukan waktu rehat yang lebih khusus.
Jom kita fahami kenapa tidur yang cukup bukan sekadar hobi, tapi keperluan mendesak untuk setiap wanita:
1. Otak Wanita Lebih ‘Multi-tasking’
Wanita cenderung menggunakan lebih banyak bahagian otak mereka sepanjang hari kerana sifat semula jadi yang suka melakukan pelbagai kerja dalam satu masa (multi-tasking).
Akibatnya, otak wanita memerlukan masa yang lebih lama untuk “menyejuk” dan pulih semula. Tidur yang berkualiti adalah satu-satunya cara untuk otak kita melakukan proses penyelenggaraan ini.
Ads
2. Perubahan Hormon Yang Berterusan
Berbanding lelaki yang mempunyai tahap hormon yang lebih stabil, wanita melalui kitaran hormon yang berubah-ubah setiap bulan—daripada fasa period, kehamilan, sehinggalah menopaus.
Perubahan ini sering mengganggu corak tidur, menyebabkan kita lebih mudah terjaga di tengah malam atau rasa tidak puas tidur pada waktu pagi.
Ads
3. Risiko Kesihatan Mental & Emosi
Kekurangan tidur memberi impak yang lebih besar kepada wanita dari segi emosi. Kajian mendapati wanita yang kurang tidur lebih cenderung untuk merasa tertekan, cepat marah, dan mengalami kegelisahan (anxiety) berbanding lelaki. Tidur yang cukup adalah “benteng” utama untuk kesihatan mental anda, sis!
Ads
4. Hubungan Erat Dengan Kecantikan Kulit (Beauty Sleep)
Ini fakta yang kita semua suka! Semasa tidur nyenyak, badan kita menghasilkan kolagen dan membaiki sel kulit yang rosak akibat sinaran matahari atau debu.
Tanpa tidur yang cukup, proses pemulihan ini terganggu, sekaligus menyebabkan lingkaran gelap bawah mata dan kulit nampak kusam.
A women is feeling sick and sleeping on a sofa at home.
Tips Dapatkan Tidur Berkualiti (Deep Sleep):
Cipta Rutin Malam: Matikan peranti elektronik 30 minit sebelum tidur. Cahaya biru dari telefon boleh “menipu” otak kita untuk kekal berjaga.
Suhu Bilik Yang Sesuai: Pastikan bilik tidur anda sejuk dan gelap untuk merangsang pengeluaran hormon melatonin.
Minuman Menenangkan: Segelas susu suam atau teh herba tanpa kafein (seperti Chamomile) boleh membantu badan berasa lebih relaks.
Kesimpulan: Tidur bukan satu pembaziran masa, tetapi ia adalah pelaburan untuk kesihatan dan kecantikan anda.
Jadi, jangan rasa bersalah jika anda memerlukan 20 minit atau sejam lebih lama untuk berehat berbanding pasangan anda. Tubuh anda sedang bekerja keras untuk memastikan anda kekal hebat keesokan harinya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dua Produk Mi Sedaap Ada Racun, Tapi Tiada Dijual Di Malaysia. Ini Pula Pesanan Untuk Peniaga Online! Produk mi segera ini memang sangat popular dan digemari ramai. Cara menyediakannya yang pantas dan ringkas menyebabkan ramai memilih untuk mengisi perut jika lapar.
Lambakan produk jenama ini yang dijual di pasaran dengan harga berpatutan. Namun baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberitahu penarikan semula produk Mi Sedaap yang dikatakan mengandungi Ethylene Oxide (racun serangga perosak).
Penarikan ini membabitkan produk Mi Sedaap Korean Spicy Chicken – batch tarikh luput 21 Mei 2023 dan Mi Sedaap Korean Spicy Soup- Batch 17 Mac 2023.
Dalam pemberitahuan ini juga memberitahu Melalui semakan KKM ke atas data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) mengesahkan Mi Sedaap Korean Spicy Soup Instant Noodles ada diimport ke negara ini.
Walau bagaimanapun, tiada kemasukan produk terlibat dengan dengan tarikh luput seperti di atas direkodkan.
Namun begitu, KKM juga turut berpesan jika anda menemui produk batch ini di pasaran laporkan ke Pejabat Kesihatan berhampiran.
Tambah KKM juga, setakat ini hanya untuk batch yang mempunyai tarikh luput di atas kerana dikesan mengandungi racun tersebut.
Manakala bagi penjual online di shopee/lazada dan sebagainya, sila semak tarikh luput dan dinasihatkan jangan jual. Jika terjumpa, sila laporkan pada PKD berdekatan.
Dalam satu kenyataan, Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, semakan data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) hanya mengesahkan Mi Sedaap Korean Spicy Soup Instant Noodles ada dimport tetapi tidak melibatkan produk yang bertarikh luput seperti didakwa.
“KKM akan terus menjalankan pemantauan di pasaran dan mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) di semua pintu masuk negara.
“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna,” kata Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelas Dr Noor Hisham, ethylene oxide adalah racun perosak yang tidak dibenarkan penggunaannya dalam makanan berdasarkan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Tambah beliau, bahan tersebut merupakan sebatian gas kimia yang bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untük membasmi makhluk perosak seperti serangga.
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berharap sekiranya terdapat sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu berkenaan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat, menyalurkan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).
Rumah atau kediaman yang bersih menjadikan kawasan persekitaran lebih sihat dan selamat untuk kita tinggal bersama keluarga.
Tidak perlukan perabot mahal untuk mencantikkan atau memberishkan rumah, sebaliknya hanya gunakan barang bajet bagi menjadikan kawasan rumah anda jadi bersih, menyihatkan dan terhindar dari pelbagai penyakit.
Perkongsian wanita ini Hani Mynis menyenaraikan 12 barangan pembersihan rumah wajib beli di kedai Eco atau popular dengan nama Kedai RM2.
Siapa yang personally kenal hani tahu betapa obses nya hani dengan Kedai Eco RM2.12 (soon-to-be RM2)!
Hani punya obses kalau boleh setiap hari nak pegi, tak dapat beli apa-apa, dapat cuci mata pun jadi! Tapi macam mustahil kalau keluar dari Eco tak melayang paling koman RM20
Punyalah obses, Hani paling suka kalau ada orang cakap dia tak pernah pergi kedai Eco Lepas tu Hani ajak dia pergi mcm buat lawatan bersejarah sambil “meracun” kaw2 beli ini beli itu
Punyalah obses, tahun ni punya hadiah birhday, antara hadiah yang Hani dpt dari Alif ialah “baucer” RM50 untuk dihabiskan kat Eco tanpa diganggu. Heaven! Nampak sangat dia pun tahu betapa obses bini dia kat Eco.
Punyalah obses, kalau Hani jumpa barang viral yang susah gila nak “dijumpai” tiba-tiba dia ada kat situ berlambak, Hani akan tegur stranger makcik yang ada dikawasan rak tu hasut dia suruh beli, siap explain apa kegunaan semua dan bagi tahu “ini viral makcik, susah nak dapat, bagus sanagt!,beli lah!” haha sangat kepochi kan
So sangat obses, Hani kongsi kan 13 barang pembersihan rumah yang korang wajib beli kalau terjumpa kat Eco itu (sebab ada antara barang yang viral susah betul nak jumpa!!). Walaupun harga dia RM2.12 jangan pndang rendah keberkesanan dia ok! Serious talk haha
Ni post panjang, maaf!! Tapo mode #hanisimakjemah is on! Haha
Semoga bermanfaat dan semoga berjaya mengumpul kesemua item dlm gambar ni!
Ps : Siapa ada semua item dalam gambar2 gimme 5!! #doneracun
No 1 atas takhta ! Sudah semestinya magic span! Siapa tak kenal magic span punya magic?? Memang magic sungguh Hani rasa macam terharu kejap
Apa je dia tak boleh cuci? -Bersihkan permanent marker pen, pensil, crayon kat mana2 permukaan -Bersihkan kekotoran, watermark, tahi lalat kat lantai bilik air -Bersihkan kesan-kesan tangan jari kat suis2 -Bersihkan kesan minyak , minyak sambal kat bekas makanan -Kilatkan silverware, utensils, gelas kaca mangkuk kaca dan banyak lagi.
Kalau ada orang tanya hani mcm nak hilangkan kesan kotoran sekian sekian, jawapn hani, cuba dulu dengan magic span! Tak berkesan baru cuba cara lain
Disebabkan viralnya magic span ni mmg bertuah sangat lah haritu kalau terjumpa kat kedai Eco menayang diri untuk dibeli
Sabun basuh baju viral, Hani bagi tahu kat alif ni nama dia bongkah emas sebab nampak ini kat rak mata Hani bulat macam nampak sebongkah emas haha
Nama je laundry soap! Nope! Bukan hanya utk laundry je, sangat dan simpan dalam bekas, agak-agak tengah rajin nak menyental bawah kuali dan periuk campurkan sabun ni dengan sabun basuh pinggan biasa (nak lebih buih) untuk kesan extra extra shiny!
Masukkan sikit dalam air panas + cuka, mop lantai! Berkilat oit lantai lagi-lagi lantai tiles
Sabun ini kalau nak basuh baju anak yang putih, baju sekolah hilangkan daki-daki kat kolar baju, tahi lalat kat baju memang berkesan, rendam kejap dalam air panas campur sabun yang dah disagat. Memang magic! Tapi kalau malas nak rendam-rendam terus je masuk dalam mesin boleh
Sama mcm magic span, disebabkan viralnya susah nak jmpa, option lain ada jual kat mydin. Sabun buruh namanya tak silap
Ingat tak Hani pernah share roller sticker kat cleaning caddy hani? Hani dh tak guna tu, Hani dah jumpa pengganti yang lebih power! Haha kenapa power? Sebab roller ini boleh basuh! Tak perlu lagi nak cabut-cabut sticker. Roll and wash. Dah senang bertambah senang kerja
Fungsi dia: Khas untuk kutip rambut-rambut habuk kecil kat karpet kalau mood malas nak guna vacuum!
Nama je RM2.12 tapi dia wangi dan berkilat! Wangi dia memang wangi sungguh. Yang penting tak payah nak bilas, tak melekit!
Ini pun wajib ada lagi-lagi dalam “quick cleaning caddy” Hani, bayangkan orang nak datang rumah lagi 30 minit, kita nak kena kemas dan “bersihkan rumah” sikit ala kadar sebelum tetamu datang, jenuhlah kalau time tu juga nak lap habuk bagai kan
Yup pakai sarung tangan ni, sapu je kat mana-mana permukaan yang obvious habuk nya tu. Senang kerja
Hani guna masa nak quick cleaning je benda alah ini, lagi berkesan guna ni dari sapu-sapu guna duster,bulu ayam sebab microfiber ni…
Kalau nak lap kotoran-kotoran kecil kat meja makan atau atas perabot
Ni berus 2 in 1 terbaik untuk cuci kerak belakang kuali dan periuk yang dah bertahun tak bersental tu
Hujung besi itu untuk kikis kerak-kerak tu sebelum kita berus dgn berus besi tu. Belakang kuali dan periuk akan berkilat in no time. Jangan lupa masa gosok itu guna sabun viral yang kuning tadi! Shiny
Sebab dalam kandungan dia ada peluntur macam clorox, tuang je dalam mangkuk tandas biarkan 15 minit gitu, hilang segala kotoran tak perlu nak berus dah tuang kat lantai pun boleh tapi biarkan dia few minutes “bekerja” lepas itu basuh dengan air.
Elakkan kena kulit, sama macam clorox semua tu. Kat Mr diy pun ada benda yang sama, label yang berbeza
Disclaimer: Disebabkan stain remover ini sangt “kuat” dikhuatiri beri effect pada tiles (ada sesetengah jenis tiles tak tahan), curah pada kawasan tile yang terlindung dulu. Letak sikit je tengok kesannya.
Untuk Hani bersihkan dapur masak sebab kadang-kadang kat bahagian tungku itu ada keras-keras atau kesan karat susah nak tanggalkan even guna magic span. So guna ni terbaik! Memang bersih. Untuk bersihkan jaring dalam oven pun
Penyelamat tangan dari terluka membersihkan tingkap nako dari zaman kita sekolah. Still relevant sampai sekarang gunakan
Memang wangi sungguh, satu dapur bau wangi . Elok sangat kalau letak kat bakul sampah pampers anak tu
Yang ni walau tak “sekuat” stain remover (lebih mild) Hani guna kalau setakat nak cuci-cuci biasa yang mingguan buat. Untuk kotoran biasa-biasa je. Kalau kotoran susah tanggal guna je stain remover tadi atau clorox.
Ada banyak kombinasi susu dan buah dalam menu viral, salah satunya koktail buah. Namun ada sesetengah orang yang seolah-olah tidak berani untuk mencuba menu ini dek risau akan mendatangkan kemudratan pada kesihatan.
Adakah info ini tepat? Sebenarnya anda patut ambil tahu tentang kebaikan menu susu dan buah daripada sumber yang tepat kerana jika anda hanya tahu dari mulut-mulut orang dan sampaikan dari mulut ke mulut, tanpa disedari anda telah menyebarkan informasi yang salah.
Menerusi portal Public Health Malaysia, kombinasi antara susu dan buah tiada masalah jika anda tiada alahan kepada susu. Jadi tak ada masalah pun kalau anda nak makan susu dan buah sebagai pemanis mulut. Untuk lebih jelas, baca perkongsian ini.
Kombinasi pisang dan susu memang biasa di lakukan. Ia sedap dan berfungsi sebagai boster nutrisi.
Gabungan ini juga membantu penghadaman, memberi tenaga segera dan membantu untuk pertumbuhan otot Mungkin ada yang mempunyai masalah alahan atau lactose intolerance tidak boleh mengambil susu, tetapi ia bukan bermakna kombinasi ini dilarang sama sekali.
Pisang adalah sumber potasium, serat, dan pelbagai vitamin dan mineral yang baik, manakala tembikai tinggi kandungan air, vitamin C, dan likopena. Menggabungkan kedua-dua buah ini boleh memberikan pelbagai nutrien dan menawarkan makanan ringan yang menyegarkan dan lazat. Tiada kesan negatif jika dimakan bersama.
Kombinasi pisang dan kentang jarang dilakukan kerana kedua duanya mengenyangkan. Tetapi ia bukan masalah jika anda makan pisang dan kentang bersama. boleh sahaja makan kentang penyek bersama topping pisang dihiris.
Tiada kesan negatif. Diharapkan mana mana pengamal perubatan boleh menghentikan penyebaran infomasi palsu dan mengelirukan masyarakat. Henti fitnah buah dan makanan berkhasiat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.