Tidak dinafikan ada sesetengah daripada kita terlalu obses untuk menurunkan berat dengan melakukan cara tidak sepatutnya.
Misalnya sanggup berlapar tanpa makan dan minum sepanjang hari, muntah balik apa yang dimakan ataupun bergantung sepenuhnya dengan produk suplemen kerana mengandaikan boleh cepat menurunkan berat badan.
Namun sebenarnya untuk kurus tidak perlu terlalu obses diet sebegitu, cukup sekadar melakukan apa yang termampu dengan kemampuan diri.
Seperti perkongsian wanita ini Hazwah Mohamed yang hanya amalkan kalori defisit dan juga workout. Tetapi menurutnya sebelum itu dia juga turut mengamalkan kaedah intermittent fasting.
Dia hanya memilih senaman aerobik ataupun mengayuh basikal untuk mengeluarkan peluh. Akhirnya berjaya menurunkan berat sehingga 23 kg berbanding berat sebelumnya.
Ads
Turun 23 KG, Lepas Pilih Aerobic Untuk Workout
Nak share la jugak.. Baju yang sama, saiz yang berbeza. Berat tahun 2018 itu 87kg rasanya dengan ketinggian 157cm. Berat sekarang lebih kurang 64kg.
Tips… Saya memang amalkan kalori defisit & workout. Workout apa saya buat? Saya suka pegi erobik. Kat rumah Kadang-kadang saya ngayuh untuk keluar peluh.
Belum dapat berat normal pun. Slow je progress, tapi saya hepi2 je. Time nak makan sedap, saya makan je.
Yang penting saya tau saya tak terlebih makan & consistent dengan exercise & workout. Itu je dah buat puas hati.
Tidak dinafikan setiap rumah pastinya ada menjadikan kotak simpanan ubåt sebagai persediaan bila diserang sakit.
Namun tahukah kita ubat yang disimpan ini boleh bertukar menjadi racun. Tidak kira dalam bentuk tablet, cecair atau krim.
Malah dikatakan ia akan bertukar jadi racun sekiranya tidak digunakan mengikut peraturan disarankan.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad menjelaskan mengenai perkara ini dan mengingatkan agar ubat-ubatan ini dijauhkan dari kanak-kanak kerana boleh mendatangkan kemudhratan.
Apakah keracunan ubat-ubatan?
Hampir setiap rumah mempunyai atau menyimpan ubat sama ada dalam bentuk ubat biji atau cecair yang boleh dimakan, atau bentuk yang tidak boleh dimakan seperti ubat sedut, supositori, krim, salap, losyen dan ubat titis.
Setiap ubat adalah racun sekiranya tidak digunakan mengikut peraturan yang disarankan.
Oleh itu, setiap arahan penggunaan pada label atau yang diberitahu oleh doktor dan petugas di kaunter farmasi mestilah difahami dan dipatuhi untuk mengelakkan risiko keracunan.
Selain itu, keracunan juga boleh berlaku akibat kelalaian ibu bapa atau penjaga dalam mengambil langkah-langkah tertentu memastikan semua ubat-ubatan dalam rumah sentiasa dijauhkan daripada kanak-kanak.
APAKAH KERACUNAN TANPA DISEDARI DAN KERACUNAN TIDAK SENGAJA?
Keracunan ubat-ubatan pada kanak-kanak boleh berlaku secara tidak disedari atau tidak sengaja. Keracunan tanpa disedari biasanya terjadi kerana salah anggapan ibu bapa atau penjaga terhadap ubat. Kebanyakan kita menganggap bahawa ubat adalah ‘sangat selamat’ dan mengambil sikap sambil lewa semasa memberikan ubat tersebut kepada anak. Untuk mencegah, beberapa perkara berikut adalah disarankan:
1. Pastikan anda memahami betul-betul arahan yang tercatat pada label ubat contohnya dos atau sukatan ubat yang betul, masa penggunaan dan cara penggunaan ubat yang tepat. Selain itu, arahan tambahan yang diberikan oleh petugas di kaunter farmasi juga perlu difahami dengan baik.
2. Sukatan ubat cecair mesti tepat dan menggunakan penyukat yang betul.
3. Elakkan memberi formulasi ubat untuk orang dewasa kepada kanak-kanak.
4. Goncang botol ubat cecair dahulu sebelum menyukat untuk memastikan kandungannya dicampurkan dengan baik.
5. Buang semua ubat-ubatan yang telah luput atau rosak seperti:
a. Ubat yang telah berubah warna, bau atau rasa.
b. Ubat yang telah tamat tarikh luput atau melebihi dua tahun dalam simpanan anda.
c. Krim atau salap yang telah berubah warna serta pecah.
d. Ubat cecair antibiotik lebihan yang tidak habis dimakan.
e. Ubat titis mata yang tidak habis dipakai.
Elakkan mengambil ubat yang telah dipreskripkan kepada orang lain walaupun anda mempunyai tanda-tanda sakit yang serupa.
BAGAIMANA MENCEGAH KERACUNAN UBAT?
1. Elakkan daripada mengambil ubat di hadapan kanak-kanak kerana mereka selalunya akan cuba meniru perbuatan orang dewasa.
2. Jangan panggil ubat-ubatan sebagai ‘gula-gula’.
3. Gunakan penutup botol jenis yang tidak dapat dibuka oleh kanak-kanak untuk menyimpan ubat dan produk kesihatan lain. (Orang dewasa yang menghadapi masalah untuk membuka penutup botol jenis tersebut boleh minta untuk mendapatkan penutup botol jenis biasa yang senang untuk dibuka).
4. Simpan kesemua ubat (preskripsi dan bukan-preskripsi) di dalam bekas asal masing-masing.
5. Sentiasa pasangkan lampu semasa memberi atau mengambil ubat.
6. Semak tarikh luput ubat anda dari masa ke semasa. Sekiranya ubat anda tidak dilabel dengan tarikh luput, anda boleh membuat anggapan bahawa ubat tersebut akan luput dalam tempoh 6 bulan selepas anda beli.
7. Elakkan daripada membuang ubat ke dalam tong sampah yang tidak bertutup di bilik masak atau bilik mandi kerana kebanyakan ubat orang dewasa adalah merbahaya dan ini boleh menyebabkan kematian kanak-kanak dan binatang kecil.
8. Berhati-hati dengan cara penyimpanan vitamin, terutamanya produk yang mengandungi zat besi kerana ia boleh menyebabkan keracunan jika diambil dalam dos yang tinggi. Kanak-kanak adalah lebih mudah mengalami kesan advers berbanding dengan orang dewasa jika terambil dos vitamin berlebihan.
9. Sekiranya bekas ubat tidak mempunyai sebarang label, atau labelnya tidak jelas dan anda tidak dapat membaca cetakan atas label dengan jelas, jangan gunakan ubat berkenaan.
10. Pastikan beg yang mengandungi ubat-ubatan disimpan jauh daripada kanak-kanak pada setiap masa.
Selain pelitup muka, penggunaan hand sanitizer penting bagi memastikan kita dapat mengelak penyebaran virus Covid-19.
Dan biasanya kita akan membeli dalam bekas besar sebagai stok simpanan di rumah.
Namun tahukah kita hand sanitizer ini juga ada tarikh lúput yang kita perlu tahu. Penggunaannya tidak lagi berkesan untuk membunuh kuman.
Malah jika terlihat seperti ada tompokan (kulat dan bakteria) boleH terus buang saja hand sanitizer berkenaan.
Perkongsian Public Health Malaysia memberitahu mengenai perkara ini dengan mengingatkan kita semua agar sentiasa memeriksa tarikh luput sesuatu produk berkenaan.
Perhatian kepada mereka yang masih menggunakan hand sanitizer yang dibeli semasa awal pandemik.
Min nak kongsikan sesuatu yang penting. Pastinya ada yang beli dan tidak habis-habis lagi sejak tahun lepas. Hand sanitizer ada tarikh luput. Boleh semak tarikh luput.
Ia mungkin kurang atau tidak lagi berkesan jika sudah sampai tarikh luput. Kandungan alkohol mungkin sudah tidak lagi mencukupi kerana ia telah meruap.
Jika ia berkulat atau bertompok, ia mungkin sudah tidak lagi berkesan untuk membunuh kuman. Semoga membantu.
Penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Yuna Zarai meluahkan rasa bengang apabila masih menerima komen negatif tentang penampilannya.
Menerusi hantaran di Instagram, Yuna berkata, dia perlu bersuara memandangkan terdapat golongan dalam pengikutnya yang suka menghukum cara pemakaiannya.
Menurutnya, selama 15 tahun di dalam industri, dia masih menerima komen-komen yang sama malah ada yang menyuruhnya menanggalkan hijab.
Orang beritahu saya untuk abaikan komen-komen (negatif) macam ni tapi saya kena bersuara sebab apa nak jadi dengan masyarakat kita kalau dibiarkan sesuka hati cakap apa mereka nak hanya kerana mereka rasa ada hak berbuat demikian?
Satu perkara yang masih mengejutkan saya, pada usia 37 tahun dan berkarya dalam muzik selama 15 tahun sampai sekarang, macam mana masyarakat saya sendiri masih lagi di ruangan meninggalkan komen-komen buruk, suruh saya pakai itu ini atau ‘tanggalkan hijab awak’ dan menghukum saya tanpa berada di tempat saya.
Ada perkataan untuk perbuatan itu iaitu toksik. Ini ke apa yang korang nak jadi? Bukankah kita di ajar untuk saling sayang menyayangi? Apa yang saya buat dekat awak sampai marah sangat saya tak pernah jumpa awak, tolong fikirkan. Saya harap awak dapat kenal diri awak.
Dalam pada itu, Yuna menyatakan penampilannya itu menunjukkan dirinya yang sebenar dan sekiranya tidak selesa, dia meminta mereka untuk ‘unfollow’ akaunnya di media sosial.
Disebabkan itu, tolong ‘unfollow’ saya kalau awak tak senang dengan saya yang semakin bertumbuh, sebab saya ada banyak lagi muzik, muzik video, promosi, persembahan, penggambaran pada masa akan datang.
Sayang dan cahaya buat semua ‘haters’ sebab mereka sangat memerlukannya. Dan juga tolong ‘unfollow’ saya kalau awak rindu ‘yuna yang dulu…’, awak pun tak kenal saya yang dulu juga ha!! Terima kasih.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.