Pernah atau tidak anda mengalami masalah seperti adanya lebihan daging yang tumbuh terutama di bahagian jari tangan.

Ini dipanggil ketuat yang mana kehadirannya sedikit sebanyak menghilangkan rasa kurang keyakinan kerana mengangap diri seperti orang cacat.

Menurut perkongsian Dr Zubaidi Ahmad ketuat ini adalah ketumbuhan kecil disebabkan jangkitan sejenis virus.

Jangan Sesekali Gigit Kuku Jari, Ketuat Mudah Berlaku Jika Kulit Cedera. Ini Cara Elak Merebak!

KETUAT PADA KULIT

Ketuat adalah ketumbuhan kecil pada kulit yang disebabkan oleh jangkitan sejenis virus yang dinamakan sebagai Human Papiloma Virus (HPV). Terdapat lebih dari 100 jenis HPV dengan pelbagai jenis gejala.

Setakat ini, sebanyak 100 jenis HPV telah dikenalpasti dan ia boleh menyebabkan ketuat pada mana-mana bahagian badan. Kawasan yang sering dijangkiti adalah pada tangan, jari,dan kaki.

APAKAH JENIS-JENIS KETUAT?

1. Ketuat yang biasa – kecil, keras, kasar ianya biasa terjadi pada jari-jari.

2. Ketuat plantar – terjadi di bawah tapak kaki yang selalu berkaki ayam

3. Ketuat flat – terjadi pada muka dan tangan.

APAKAH PUNCA KETUAT?

Ketuat boleh berjangkit dari satu individu kepada individu yang lain. Garu atau mengorek ketuat juga boleh menyebabkan jangkitan merebak. Kulit yang lembab akibat direndam, terluka atau calar lebih mudah dijangkiti ketuat.

RISIKO MENDAPAT KETUAT

Sesiapa sahaja boleh terdedah kepada risiko untuk dijangkiti oleh virus ini. Hal ini disebabkan oleh sifat HPV yang mudah untuk merebak dan oleh sebab itu, ketuat berjangkit dengan cepat.

IKLAN

Anda boleh dijangkiti ketuat hanya dengan menyentuh ketumbuhan yang sama berada pada badan anda sendiri atau badan orang lain. Selain itu, berkongsi tuala atau pisau cukur dengan seseorang yang sudah dijangkiti juga akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat virus ini.

Kebarangkalian tersebut juga semakin bertambah sekiranya anda mempunyai luka pada tempat sentuhan di mana ia memudahkan virus HPV untuk menyelinap masuk ke bahagian bawah kulit.

Oleh sebab itu, amalan korek ketuat adalah dilarang kerana ia boleh merebak dengan mudah pada tangan atau muka anda. Kulit yang lembab akibat direndam, terluka atau calar lebih mudah dijangkiti ketuat.

Jangan Sesekali Gigit Kuku Jari, Ketuat Mudah Berlaku Jika Kulit Cedera. Ini Cara Elak Merebak!
Jangan kongsi tuala.

RAWATAN

Terdapat beberapa rawatan yang boleh dilakukan untuk merawat masalah ini. Akan tetapi perlu diketahui bahawa majoriti daripada benjolan ini boleh hilang dengan sendirinya.

Jika anda merasakan perkara tersebut tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada anda dan ia tidak terlampau besar, membiarkan ia baik dengan sendirinya adalah sesuatu perkara yang boleh dibuat. Akan tetapi jika benjolan itu semakin membesar ataupun mengganggu penampilan anda, beberapa rawatan boleh digunakan.

1. Ubat sapu

Ubat sapu yang selalunya dipakai adalah ‘Salicylic acid’ yang bertindak untuk membunuh sel-sel epithelium dibahagian kulit yang mempunyai masalah tersebut. Ia perlu digunakan secara berterusan dalam 12 minggu

IKLAN

2. Cryotherapy

Dalam rawatan ini, cecair nitrogen yang sejuk digunakan untuk membunuh kawasan kulit yang mempunyai masalah tersebut. Cecair tersebut diletakkan selama beberapa saat dan kemudian dibuang. Kawasan kulit tersebut akan melepuh dan benjolan itu akan hilang. Ia mengambil masa beberapa hari untuk luka dikawasan tersebut benar-benar baik. Cara rawatan seperti ini mungkin akan mendatangkan parut dikawasan kulit.

LANGKAH PENCEGAHAN DARI MENDAPAT KETUAT

1. Jaga kebersihan diri yang baik

2. Tidak berkongsi sarung tangan atau kasut dengan orang lain

3. Basuh dan keringkan tangan dengan kadar yang kerap

4. Jangan gigit kuku jari anda. Ketuat mudah berlaku pada kulit yang cedera.

5. Jangan cabut ketuat anda. Mencabut ketuat boleh membuat virus merebak.

IKLAN

6. Penjagaan kulit. Jangan berus, potong atau cukur di kawasan ketuat. Jika perlu, gunakan pencukur elektrik.

7. Jangan kongsi barangan peribadi. Virus boleh merebak dari barangan peribadi individu yang mempunyai ketuat.

8. Elakkan sentuhan langsung dengan ketuat. Ini termasuk ketuat anda sendiri.

9. Pastikan kaki anda bersih dan kering. Tukar kasut dan stokin anda setiap hari.

10. Pakai kasut atau selipar di kawasan yang terdedah kepada virus penyebab ketuat seperti kolam mandi atau bilik mandi di gym.

Jangan Sesekali Gigit Kuku Jari, Ketuat Mudah Berlaku Jika Kulit Cedera. Ini Cara Elak Merebak!
Elak gigit kuku.

#HealthDrZubaidi

Selain itu:  Buat 6 Tip Ini Kalau Nak Mesin Basuh Tahan Lama Dan Bersih

Artikel Berkaitan:

“Ibu Mengandung Digalakkan Segera Ambik Vaksin, Elak Risiko Kena Jangkitan Lebih Teruk” – Dr. Amalina

Kes Makin Tinggi. Doktor Izzar Pesan 3 Alat Wajib Ada Di Setiap Rumah, Untuk Pantau Tahap Kesihatan!

Tak Potong Gula & Minyak Tapi Berjaya Hilangkan 15 KG Dalam Setahun. Hanya Amal DSSS & Bersukan!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI