Cuaca panas sekarang ini menyebabkan kita mudah jadi letih dan kurang bertenaga  hingga ke petang.

Rasa bahang panas ini mampu membuatkan kita letih dan kehilangan banyak tenaga untuk meneruskan aktiviti seharian.

Jsuteru ramai mencari pilihan untuk cuba boost tenaga agar mampu kekal fit hingga ke petang.

Salah satu caranya adalah dengan mengambil minuman yang direbus menggunakan bahan herba terpilih seperti kurma Cina.

Artikel Lain: Pengambilan Gula Pasir Berlebihan Bukan Je Rosakkan Gigi, Tapi Juga Beri Kesan Pada Hati

Perkongsian Dr Rizal Abu Bakar yang berkongsi resipi membuat minuman alternatif untuk boost tenaga dan juga mampu buatkan seseorang itu jadi tenang.

Minuman Alternatif Dari Herba Terpilih Bantu Boost Tenaga

Hari ni ramai yang dah selesai puasa enam. Alhamdulillah dan tahniah atas usaha.
Puasa luar ramadan lain dari dalam bulan ramadan. Maklumlah kita saja puasa. Orang lain tidak.

Pada yang puasa bagus minum air hikmat. Air apa air hikmat ini? Air longan kering campur red dates, Goji Berry dan gula kelapa. Dalam masa sama nak cari minuman alternatif yang boleh boost energi, fokus dan rasa tenang.

Saya pun teringin. Jadi saya selongkar almari cari bahan-bahan. Mujur jumpa Red Dates. Red Dates ini terkenal di kalangan orang Cina. Orang Melayu kurang sikit dengan Red Dates ni. Apapun Red Dates ni power khasiatnya.

Rebus Herba Terpilih Termasuk Kurma Cina, Minuman Alternatif Bantu ‘Boost’ Tenaga Musim Panas

IKLAN

Power kat mana? Power pada anti oksida. Bayangkan Red Dates ni ada 3 anti oksida hebat.
Flavonoids: Bantu hilangkan inflamasi. Juga dikaji dalam konteks kurangkan risiko diabetes, alzheimer dan kanser. Sebab tu kena rajin ambil makanan yang ada flavonoids ni.

Carotenoids: Carotenoids penting untuk kesihatan jantung. Juga didapti dapat jauhkan risiko penyakit mata seperti macular degeneration. Masa buat PhD dulu ada kawan yang buat research pasal macular degeneration. Orang Asia kurang sikit kena penyakit ni.

Phenolic acid: Kurangkan risiko terkena kanser dan penyakit jantung. Nampak tak dia punya power.

Yang paling saya suka pasal Red Dates ni ialah kesannya pada otak. Kajian dapati pengambilan Red Dates tingkatkan memori. Ambil Red Dates juga bantu pembelajaran. Juga kurangkan anxiety.

Paling best Red Dates dapat hilangkan plak dalam otak. Ya plak macam plak gigi tu. Plak ini biasanya jadi penyebab kepada Alzheimer. Ganggu komunikasi antara sel. Macam jalan kena Lockdown dengan kawat besi. Tapi bil arajin ambil Red Dates, kawat besi pun hilang. Macam tulah lebih kurang.

Kajian lain pula sebut mudahkan proses bersalin. Jadi ibu-ibu bolehlah rujuk pegawai perubatan kalau berminat nak ambil.

Rebus Herba Terpilih Termasuk Kurma Cina, Minuman Alternatif Bantu ‘Boost’ Tenaga Musim Panas

IKLAN

Artikel Lain: Pakai Bedak Sejuk & Minum Jus Kunyit. Cara Tradisional Asmidar Jaga Kecantikan Luar & Dalam!

Selain itu:  Hidung Tersumbat Berpanjangan Penyebab Resdung & Boleh Bawa Maut. Doktor Kongsi Rawatan Atasinya!

Macam mana dengan Goji Berry pula?

Goji Berry ni secara ringkasnya ada 7 kebaikan. Kebaikan ini dibuktikan oleh sains. Kalau kaki selsema dan rasa mudah sakit perlu sangat berjinak dengan Goji Berry ni. Sebab Goji Berry tingkatkan imun sistem dan lindungi kita dari selsema.

Paling disukai ialah bab Goji Berry bantu turunkan berat badan. Untuk lelaki sesuai sangat ambil. Kajian dapati boleh tingkatkan testosteron. Ada pula research kata pengganti kepada viagra. Nak tahu kenalah cuba. Jangan abam gi telan sekilo pulak.

Untuk nak maraton beribadat kenalah ambil Goji Berry ni. Sebab dia beri ekstra energi, tidur jadi berkualiti, lebih tenang dan kuasa fokus juga meningkat. Yang sakit sendi lutut tu bokehlah cuba. Sangat membantu. Senang nak turun naik sujud.

Rebus Herba Terpilih Termasuk Kurma Cina, Minuman Alternatif Bantu ‘Boost’ Tenaga Musim Panas

IKLAN

Gula kelapa pun hebat khasiatnya. Terutamannya pasal Inulin. Bahan yang akan stabilkan gula dalam darah kita.

Macam mana nak buat? Begini caranya.

1. Basuh Goji Berry, Red Dates dan Longan.
2. Red Dates rendam sekitar 15 minit. Nak bagi lembut sikit.
3. Masuk air lebih kurang 1 liter atau satu liter setengah.
4. Masukkan semua bahan kecuali gula kelapa.
5. Rebus sampai mendidih.
6. Masukkan gula kelapa secukup rasa
7. Boleh masukkan daun pandan kalau nak. Tak nak pun tak apa.

Mungkin ada yang akan tanya berapa biji nak letak? Untuk Goji Berry masukkan segenggam. Longan dalam 30 biji dan Red Dates dalam 20 biji. Nak tambah boleh. Nak kurangkan pun boleh.

Rebus Herba Terpilih Termasuk Kurma Cina, Minuman Alternatif Bantu ‘Boost’ Tenaga Musim Panas

Rebus Herba Terpilih Termasuk Kurma Cina, Minuman Alternatif Bantu ‘Boost’ Tenaga Musim Panas

Senangkan? Power pun power. Sempat lagi kalau nak buat ni. Apakata SHARE resepi ni dengan kawan-kawan dan adik beradik.

#DrRizal
#OCOC

Artikel Lain: Rahsia Wanita Jepun Miliki Kulit Putih Bersih, Rupanya Hanya Guna Toner Air Beras

Selain itu:  Doktor Jelaskan Pengalaman Bersalin Hingga Anxiety, Antara Sebab Penyakit Vaginismus Atau Faraj Tertutup
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI