Bintang atau influencer Instagram, Asyalliee kongsi kesalahan bersolek yang selalu orang ramai buat. Owh ya, wanita ini pernah viral dengan memuat turun video “macam cantik je, macam comel je”.
Haa… sejak itu dia telah mencipta nama di media sosial dan kini mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram.
Cara solekan Asyalliee sentiasa mendapat perhatian warganet kerana ianya kelihatan cantik. Sering berkongsi tip dan banyak lagi menerusi laman media sosialnya.
Asyalliee berkongsi pendapat tentang lima kesalahan yang dilakukan ketika bersolek. Bermain dengan teknik solekan dan solekan memang menyeronokkan, tetapi sila berhati-hati, jika teknik atau kaedah solekan anda salah, anda mungkin kelihatan lebih tua daripada umur sebenar anda.
Ada tak yang tak ambil berat persiapan sebelum makeup, tak cuci muka, tak pakai moisturizer atau foundation? Jangan lakukan ini kerana ia hanya akan membuat solekan kusam dan menyumbat pori-pori anda.
Anda perlu tahu tentang serum, pelembap, asas dan pengelupasan, apatah lagi alat yang betul untuk memastikan solekan kelihatan cantik dan kekal selesa.
Mana-mana wanita atau gadis yang memakai solek tidak mahu mempunyai “caked-face.” Terlalu banyak “foundation” akan menyebabkan muka anda menampakkan garis halus atau kedutan, atau mengurangkan “kecerahan” wajah.
Tip semasa pembelian foundation adalah, calit di bahagian jawline anda kerana itu adalah warna kulit muka sebenar anda. Bukan meletakkannya di bahagian tangan.
Jika anda mempunyai kulit yang sedikit gelap, anda harus mengelak daripada memilih warna yang lebih terang daripada warna kulit anda, jika tidak, muka anda akan kelihatan kelabu. Sebaliknya, pilih warna yang menyempurnakan warna kulit anda untuk kelihatan “sempurna.”
Peminat solek mesti biasa dengan istilah “contour,” bukan? Jika anda baru mendengarnya, kontur adalah teknik yang digunakan untuk membentuk dan menyerlahkan struktur muka atau badan.
Fungsi kontur adalah sama seperti yang diterangkan dalam definisinya, yang terdiri daripada memberikan wajah rupa yang lebih jelas atau berstruktur dan menekankan ciri muka atau badan. Manakala highlight pula bertujuan untuk menyerlahkan atau mencerahkan kawasan wajah yang ingin ditonjolkan.
Jika melakukan silap apabila membuat contour ianya akan merubah muka anda 100 peratus. Dan ianya membuatkan solekan anda nampak tidak cantik.
Memilih kombinasi warna gincu yang sesuai untuk bibir adalah sangat penting dan dititikberatkan.Warna gelap gincu adalah dilarang. Kerana warna gelap tidak mendedahkan bentuk penuh bibir kita.Ia hanya memberikan ilusi bibir yang lebih kecil dengan jumlah yang kurang dan bersinar”.
Jadi pilih warna terang atau neutral untuk bibir anda… merah jambu, ungu atau merah terang akan sesuai.Ini mewujudkan fullness dan menjadikan kita kelihatan lebih muda.
Tambahan Asya lagi, pemilihan gincu yang betul akan menaikkan aura seseorang.
Loose powder ialah sejenis bedak dengan tekstur halus digunakan untuk “set” foundation dan concealer, menjadikan solekan tahan lebih lama.
Pada masa yang sama, bedak tabur boleh menyumbat pori-pori anda, menjadikannya kurang kelihatan, menjadikan kulit anda kelihatan lebih licin.
Walau bagaimanapun, bedak tabur hanya mengandungi bahan serbuk dan tidak mempunyai faktor pelembab atau perlindungan matahari.
Produk ini juga sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak atau berjerawat selepas setiap penggunaan solekan mereka.
Ramai yang beranggapan jika memiliki kulit kering mereka tidak perlu menggunakan loose powder. Ini adalah silap besar, kerana inilah yang akan menyebabkan solekan bercapuk.
Harap pembaca Rapi boleh gunakan tip yang diberikan Asyalliee sebaiknya untuk melawa di rumah dan pergi majlis yang boleh mengubah seri anda nanti!
Bagaimana jika pasangan anda kenal dan yang mahu dijadikan suami/isteri yang sah memberitahu dirinya mempunyai penyakit thalassemia.
Apakah penyakit ini akan menjadi punca kepada sebuah perhubungan yang mahu dicipta. Sejauh mana bahayanya penyakit ini yang berpunca daripada genetik.
Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman sosial Facebook memberitahu secara detail mengenai penyakit thalassemia ini.
THALASSEMIA: topik hangat minggu ini.
Apabila tular kisah sepasang kekasih yang mengambil keputusan untuk putus hubungan setelah mengetahui kedua-duanya adalah pembawa talassemia, maka penyakit ini menjadi topik bualan netizen.
Antara persoalan yang timbul: Kenapa mereka perlu putuskan hubungan? Kalau kahwin juga, apa bakal terjadi? Macam mana mereka boleh dapat penyakit talasemia?
Saya cuba ringkaskan agar mudah difahami.
1. Thalassemia (talasemia) adalah penyakit genetik(keturunan) yang berbahaya. Ia menjejaskan penghasilan darah, sehingga ia tidak mencukupi untuk kehidupan yang normal.
2. Terdapat beberapa jenis talasemia, antaranya talasemia alfa dan talasemia beta. Setiap satunya ada pecahan masing-masing. Kita akan fokus perbincangan kita kepada talasemia beta.
3. Talasemia beta terbagi kepada 2: ▪️Talasemia major ▪️Talasemia minor * Terdapat juga: talasemia intermedia (pertengahan).
4. Individu yang mempunyai talasemia major dipanggil pesakit talasemia. Pesakit talasemia mempunyai gejala: cepat letih, pucat, sesak nafas, perkembangan fizikal terjejas, dll.
5. Individu yang mempunyai talasemia minor dipanggil pembawa. Pembawa talasemia lazimnya tidak bergejala, dan hanya menunjukkan tanda-tanda dalam keadaan tertentu.
6. Bila 2 pembawa talasemia berkahwin, maka : ▪️25% risiko anak = pesakit (major) ▪️50% risiko anak = pembawa (minor) ▪️25% anak = normal
7. Mengapa kita perlu khuatir dengan risiko anak menjadi pesakit talasemia(major)? Kerana rawatannya panjang, rumit dan memerlukan kos yang tinggi. Ia juga menjejaskan kualiti hidup mereka.
8. Rawatan talasemia major: ▪️Transfusi darah 2-4 minggu sekali ▪️Terapi chelation (buang zat besi terkumpul) ▪️Splenectomy (buang limpa: jika perlu)
9. Rawatan hanya boleh dihentikan sekiranya pesakit menjalani pemindahan sum-sum tulang. Itupun ada tidak semuanya berjaya. Jika gagal, transfusi dan chelation dilakukan sepanjang hayat.
10. Oleh kerana rawatannya rumit, talasemia perlu dicegah. Caranya, adalah dengan menyaring pasangan yang ingin berkahwin, untuk menilai sama ada mereka ada genetik talasemia atau tidak.
11. Saringan talasemia dibuat dengan melakukan ujian darah. Ia disaring pada semua kerana pembawa biasanya tiada gejala. Jadi pengecaman melalui pantauan gejala tidak mencukupi
12. Jika kedua-dua pasangan didapati adalah pembawa talasemia, maka pasangan akan diberi konsultasi tentang penyakit ini, diterangkan risiko berkenaan zuriat, dan sebagainya.
13. Pasangan tidak akan dipaksa putuskan hubungan. Malah pasangan akan membuat keputusan berdasarkan informasi yang telah diberi, dan hasil perbincangan mereka sendiri.
14. Keputusan yang boleh dibuat oleh pasangan. ▪️Tidak berkahwin ▪️Kahwin, rancang tiada anak (biological) ▪️Kahwin, dapatkan anak, dan sedia hadapi risiko.
15. Kempen kesedaran tentang talasemia kini giat dijalankan. Saringannya juga bukan sahaja dibuat kepada pasangan yang hendak berkahwin sahaja, malah telah dibuat di sekolah.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Kesihatan dan Perubatan
Pelbagai cara dilakukan seseorang yang mempunyai masalah berat badan untuk mendapatkan berat ideal yang diidamkan.
Bukan tidak cantik badan berisi, tetapi untuk menambah keyakinan apabila berdepan khalayak. Tanpa usaha dan semangat, pastinya kejayaan tidak akan diperolehi dalam masa singkat.
Seperti perkongsian gadis ini menggunakan nama akaun twitter @izzahhazwaniii berjaya menurunkan berat sebanyak 10kg hanya dalam masa 2 bulan.
Perubahan yang sangat ketara ini membuatkan tweetnya menarik perhatian hingga ramai yang meminta tip daripadanya.
Menurut gadis manis inj dia tidak skip makan dan dia tidak mengamalkan diet yang terlalu tegas kerana risau tertekan.
“I breakfast biasa nya makan roti wrap gardenia, takpun roti wholemeal gardenia. Letak telur salad or conflakes/pure oat letak low fat milk dutch lady nak lagi sedap tambah la pisang or apple.
10am tu biasa nya time snacking amek buah2, salad buah ke, bell pepper plus cream cheese tu ke ha. Tengok jugak la stok apa ada dekat rumah haha. Lunch biasa nya I tak tggl nasi. But small portion. satu senduk je.
Lebih kan lauk and sayur. I amalkan makan suku suku separuh and kalau boleh jangan makan malam atas pukul 8 tu. Sebab perut nak rehat sebelum 3 jam nak tidur tu.
Exersice I buat jugak. Tapi I pilih exercise yang I rasa happy nak buat. Jangan pressure kan diri. I minum air masak banyak. Atleast 3 litre. If malam tu I ambik green tea or minum air limau suam tanpa gula,” katanya.
Menurut Izzah, dia sangat gembira kerana telah mencapai berat yang dia inginkan selama ini.
Hasil daripada semua tips yang diamalkan olehnya, dia kini nampak lebih bergaya dan yakin setelah berjaya turunkan berat badan dari 55kg kepada 45kg dalam tempoh 2 bulan.
Ternyata perubahan ini menjadi inspirasi kepada warganet lain untuk mendapat penampilan sepertinya kerana penampilannya semakin cantik.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.