Nampaknya jumlah kes terbaru jangkitan Covid-19 telah meningkat setiap hari di negara kita.

Malah dikatakan setiap hari virus merbahaya ini semakin ganas dan tidak mengenal usia menyerang mangsa.

Dalam satu perkongsian di laman sosial Facebook daripada Dr Hana Hadzarami memberitahu mengenai perkara ini.

Menurut Dr Hana, di ICU yang merawat Covid-19, seorang pemuda berusia 36 tahun kritikal akibat Covid pneumonia kategori 5. Jangkitan daripada abang yang baru pulang dari India terus membuatkan kondisi kesihatan pesakit terbabit bertambah teruk dalam masa yang singkat.

Lebih menyedihkan, pada hari sama pemuda berkenaan dimasukkan ke ICU, abangnya yang mendapat turut dirawat di ICU di sebuah hospital swasta pula menghembuskan nafas terakhir.

Dr Hana juga mendedahkan pelbagai cara dan usaha dicadangkan keluarga pesakit berkenaan.

Antaranya disuruh menggunakan ubat tertentu, memberikan bantuan oksigen begitu dan begini. Semunya untuk mengelakkan pihak hospital menggunakan ventilator.

Selain itu, Dr Hana juga berkongsi bahawa Covid-19 kini lebih banyak mengorbankan pesakit muda berbanding sebelum ini.

Doktor Ini Dedah Virus Covid-19 Mula Serang Orang Muda & Akui Jangkitan Makin Cepat

Dr Hana sempat menitipkan pesanan buat masyarakat: “Jangkitan Covid-19 bukan perkara lawak tuan puan. Mangsanya semakin muda. Proses jangkitan semakin cepat. Fasiliti perubatan semakin genting.

IKLAN

Ikuti perkongsiannya.

Di ICU Covid kami ada seorang pemuda berusia 36 tahun yang kritikal akibat Covid pneumonia kategori 5.

Dia mulanya hanya menjalani ujian swab kerana abangnya yang pulang dari India telah positif Covid. Selang beberapa hari beliau menjadi simptomatik, kategori 3 dan perlu masuk wad. Tak lama kemudian beliau memerlukan oksigen, menjadi kategori 4.

Hanya dalam 5 hari dari tarikh ujian swab, beliau berubah menjadi kategori 5 dan dimasukkan ke ICU.

Hari yang sama dia masuk ke ICU, abangnya pula meninggal dunia akibat Covid di ICU sebuah hospital swasta.

Apabila kami hubungi keluarganya sejurus nak memasukkan tiub pernafasan, menangis-nangis mereka tak mahu pesakit disambungkan ke mesin bantuan hayat. Ini kerana abang pesakit telah meninggal dunia selepas suatu tempoh bernafas melalui ventilator. Jadi keluarga sangka, penggunaan ventilator itulah menyebabkan kematian anak mereka.

IKLAN

Bermacam-macam usaha mereka cadangkan; suruh guna ubat itu ini, oksigen begitu begini; untuk mengelakkan kami guna ventilator.

Pesakit semakin hypoxic (kurang oksigen). Dah pakai kanula oksigen berkelajuan tinggi (High Flow Nasal Cannula) berjam-jam, dah pusing kiri kanan telangkup semua tak berhasil. Tunggu lebih lama, boleh pengsan, berhenti bernafas dan terus ‘jalan’.

Jadi keluarga terpaksa pasrah. Sama ada mati tanpa usaha atau cuba peluang terakhir.

Semalam beliau bernafas telangkup dibantu mesin ventilator. Buah pinggang dan jantung beliau mulai terkesan. Harap Tuhan mengasihani beliau.

Baru minggu lepas di Johor, sekeluarga dijangkiti Covid. Dua orang anak lelaki mereka berusia 20an dah meninggal. Kedua ibubapa pula bertarung nyawa di ICU.

IKLAN

Jangkitan Covid bukan perkara lawak tuan puan. Mangsanya semakin muda. Proses jangkitan semakin cepat. Fasiliti perubatan semakin genting.

Tak nampak tanda gelombang kali ini akan reda dalam masa terdekat. Semakin teruk adalah.

Jaga diri semua.

Hana Hadzrami

Selain itu:  Doktor Izzar Pesan 3 Alat Wajib Ada Di Setiap Rumah, Untuk Pantau Tahap Kesihatan!

Doktor Ini Dedah Virus Covid-19 Mula Serang Orang Muda & Akui Jangkitan Makin Cepat

Artikel Berkaitan:

Elak Stress Berat Naik Syawal Nanti, KKM Kongsi Panduan Kalori Setiap Kuih Raya Diambil

Giliran Tiz Zaqyah & Nora Danish Pula Disahkan Positif Covid-19. Alami Gejala Batuk Ringan & Mengigil!

KKM Kesan Produk Kosmetik Mengandungi Racun, Sebabkan Kulit Muka Nipis & Risiko Kanser

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI