Sebagai seorang wanita pastinya kita sangat menjaga penampilan dan kecantikan diri.

Pantang mendengar pelbagai lambakan produk kecantikan menjual item terbaru di pasaran.

Namun kita sebenarnya perlu sentiasa berhati-hati kerana ada antaranya disahkan mengandungi racun.

Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu dan mengingatkan orang ramai supaya elak membeli beberapa produk kosmetik ini kerana mengandungi racun berjadual.

Ini kerana kesannya boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan antaranya kemerahan pada kulit, berjerawat, kulit jadi nipis dan juga meningkatkan risiko kanser kulit.

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:

Bil.Nama ProdukRacun Berjadual Yang Dikesan
1.Deeja Cosmetic Yulai CreamHydroquinone
2.Deeja Cosmetic Laila CreamMerkuri dan Betamethasone 17-Valerate
3.Deluxe Beauty – Ultra Lightening Cream Pearl Perfect FairnessMerkuri

 

Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM. Oleh itu, produk-produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL

IKLAN

Produk yang mengandungi hydroquinone dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:

  • Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
  • Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

KKM Kesan Produk Kosmetik Mengandungi Racun, Sebabkan Kulit Muka Nipis & Risiko Kanser

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI

Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

IKLAN

Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.  

KKM Kesan Produk Kosmetik Mengandungi Racun, Sebabkan Kulit Muka Nipis & Risiko Kanser

 

Selain itu:  Lepas Setahun Covid-19, Dr. Izzar Dedah Ada Frontliner Jumpa 'Psychiatrist' Sebab Alami Stres Melampau

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

IKLAN

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

SUMBER: DG OF HEALTH

Artikel Berkaitan:

Bahaya Pakai Kosmetik Luput Tarikh Boleh Sebabkan Cela Wajah, Ini Caranya Kenal Pasti Expired Date!

Lagi Produk Kosmetik Bahaya Dikesan, Boleh Sebabkan Kerosakan Muka & Buah Pinggang

Pulihkan Wajah Breakout Guna Produk Disyorkan, Hasilnya Kulit Jadi Lebih Cantik & Flawless

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI