Setiap dari kita diuji dengan pelbagai dugaan. Ada yang diuji dengan penyakit kronik seperti kanser, jantung ataupun penyakit lain.

Namun tetap bersemangat untuk melawan penyakit yang ada demi untuk mahu menjalani gaya hidup lebih sihat.

Seperti perkongsian seorang wanita dari Sarawak, Chin dari Grup Facebook Malaysia Runner yang diuji dengan penyakit diabetes hingga kehilangan dua jari kaki di sebelah kiri.

Walau bagaimanapun tetapi berjuang melawan penyakit dideritai dengan mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti senaman seperti berları dan menjaga pemakanan.

Hasilnya berjaya menurunkan berat badan daripada 126 kg ke 68 kg. Ternyata kejayaan ini bagi dirinya amat membanggakan.

Ini kerana berjaya menggubah tanggapan orang ramai bahawa penghidap diabètes adalah insan lemah yang perlu bergantung pada ubat seumur hidup.

Ikuti perkongsiannya.

Pesakit Diabes Berjaya Kurus Lepas Amal Gaya Hidup Sihat

Hi semua. Saya Plain Didek atau Chin. Asal dari Sarawak, sekarang berkerja di Johor.

Saya bukan pelari yang hebat. Saya cuma mampu berlari, berjalan atau hiking sejauh 8-9km dalam masa 1 jam 30 minit. Atau jika kudrat dan tenaga masih ada, saya akan completekan sehingga 10km.

Dan saya berlari bukan untuk menjadi kurus. Tetapi saya berlari untuk melawan diabetes saya. Saya pesakit diabetes yang teruk dulu, 8-9 tahun tak terjaga. Makan minum sesuka hati tak terkawal walaupun hakikatnya saya merupakan pesakit kencing manis.

Sehingga akhirnya pada Februari 2019 saya diduga hebat. Jari kedua kaki retak akibat terlanggar sesuatu, dan ada melecet di bawah tapak kaki. Disebabkan diabetes tak terkawal, akhirnya kaki saya mengalami ray amputation pada jari kedua dan ke tiga. Sedih? Saya menangis dalam hati..

Saya mengubah gaya hidup selepas itu. Mula menjaga makan, Low Carb No Sugar. Dalam dua tahun saya mengalami perubahan berat badan yang ketara dari 124kg dan sekarang fluctuated di antara 68-70kg. 

Dan setelah genap dua tahun berjuang, akhirnya ubat diabetes (Metformin) dihentikan oleh doktor. Saya kini hanya menjaga diabetes dengan penjagaan pemakanan yang berkesan dan jua senaman yang konsisten.

IKLAN

Walaupun ubat saya diberhentikan oleh doktor, tetapi saya tetap seorang pesakit diabetes. Makanya, untuk berlari, saya memerlukan tapak kasut atau insole kasut yang sesuai, yang dibuat khas oleh syarikat yang menguruskan kasut khas untuk orang seperti saya dengan pantauan ketat dari Jabatan Rehabilitasi Hospital Sultan Ismail.

‘Lari Untuk Lawan Penyakit’ – Pesakit Diabetes Berjaya Hilangkan 56KG, Lepas Aktif Berlari & Jaga Makan

Kesesuaian tapak kasut ini sangat penting bagi pesakit diabetes seperti saya untuk mengelakkan kaki melecet. Tambahan pula, kaki saya dah tak sempurna macam dulu. Saya tak mampu beli kasut mahal, sebab sepasang insole atau tapak kasut ini sahaja sudah berharga RM650.. Jadinya sekarang saya hanya menggunakan Kasut Kronos dengan insole yang ditempah khas ini.

Saya bukan berlari untuk kurus. Saya bukan berlari untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik. Tetapi saya berlari untuk melawan diabetes saya. Senaman dan penjagaan pemakanan yang berdisiplin sangat membantu dalam mengawal diabetes. Dan dalam proses menjaga makan dan juga bersenam, saya kehilangan banyak berat badan.

Saya takda ilmu pasal larian.. Pasal pecut-pecut. Pasal teknik bernafas. Langsung takda. Tapi jika korang nak tanya pasal diabetes, saya sedia membantu. Jangan tanya pasal SUPPLEMENT DIABETES, sebab saya tak percaya akan semua benda² supplement ni.

Terima kasih kerana membaca. Semoga semua kita sihat sentiasa.

Plain Didek  @ Chin.

-I run to fight my diabetes-

‘Lari Untuk Lawan Penyakit’ – Pesakit Diabetes Berjaya Hilangkan 56KG, Lepas Aktif Berlari & Jaga Makan

IKLAN

Turut berkongsi bagaimana pesakit diabetes sepertinya melakukan aktiviti larian. Baginya tidak mudah kerana perlu ada persiapan seperti ada kaki yang sihat dan kasut bersesuaian.

Selain itu:  Jangan Minum Kopi Elak Rasa Dahaga Melampau, Semak 3 Lagi Tip Kekal Cergas Sepanjang Berpuasa

Menjadi pelari bila disahkan sebagai pesakit diabetes juga tidak mudah. Dalam ni saya sangat mengagumi pelari-pelari yang hebat-hebat belaka, boleh berlari sejauh yang mereka mahu bahkan boleh menggunakan pelbagai jenis kasut atau jika sudah menamatkan larian, boleh meneguk minuman isotonik seperti 100 plus tanpa rasa bimbang bacaan gula akan mencanak naik

Keadaan ini berbeza bagi kami pesakit diabetes, atau ada di antara pelari-pelari di dalam ni yang mengalami diabetes tapi mungkin segan untuk meluahkan mengenai keadaan diri mereka, maka biar saya ceritakan serba sedikit bagaimana kaki pesakit diabetes ini melakukan persediaan sebelum berlari.

Bila kita sebut pasal larian, perkara pertama yang terbayang ialah kaki yang sihat dan kasut yang sesuai. Keadaan ni sangat penting bagi pesakit diabetes, kami perlu memilih kasut yang sesuai atau insole (tapak) kasut khas bagi mengurangkan lecetan atau blister pada kaki.

Pesakit diabetes ni sinonim dengan potong kaki, maka kami sangat berhati-hati bab kaki. Jika ada luka, ditambah bacaan gula tak cantik, ini sangat merisikokan kami kehilangan kaki.. Apatah lagi saya yang pernah mengalami kehilangan dua jari kaki akibat diabetes ni, struktur kaki dan berubah bentuk dan sudah pasti insole khas diperlukan untuk mengurangkan risiko kecederaan pada kaki..

Saya ingin bagi tips untuk pesakit diabetes dalam group ni (jika ada), agar menggunakan Vaseline untuk melicinkan celah-celah jari kaki atau tapak kaki bagi mengurangkan risiko melecet atau blister. Guna stokin yang sesuai juga. Pesakit diabetes, kebanyakkan saraf kaki dah rosak, jadi kami kehilangan deria rasa pada bahagian kaki.

‘Lari Untuk Lawan Penyakit’ – Pesakit Diabetes Berjaya Hilangkan 56KG, Lepas Aktif Berlari & Jaga Makan

Oleh atas sebab itu, saya nasihatkan pelari yang ada diabetes ni supaya memeriksa setiap celah jari kaki atau tapak kaki untuk mengesan jika ada terdapat sebarang luka lecetan atau blister. Sentiasa alert dengan keadaan kaki, jika ternampak sebarang luka atau perubahan pada kaki, sila bawa ke klinik dengan segera. Rawatan awal sangat penting untuk mengelakkan berdepan risiko kehilangan kaki.

IKLAN

Saya bukan pelari hebat. Bahkan 8km hari ni saya habiskan dalam masa 1jam 38minit. Seperti yang saya katakan, saya bukan berlari untuk menjadi kurus, atau mendapatkan bentuk badan yang cantik dan langsing. Saya berlari kerana saya sudah mengisytiharkan perang terhadap diabetes dan larian ini adalah salah satu cara saya menguatkan saf pertahanan saya agar lebih kuat melawan diabetes.

Saya degil, jika ada yang nak tahu..Sekarang saya masih seorang pesakit diabetes. Cuma diabetes sangat terkawal. Saya jaga diabetes dengan pemakanan dan senaman atau larian yang konsisten ja.

Apa yang orang cakap tak boleh, saya akan buat dan buktikan saya boleh. Saya ingin menukar persepsi dan perspektif orang di luar sana yang berpandangan pesakit diabetes biasanya berkeadaan lemah, selalu sakit dan kena makan ubat seumur hidup. Silap. Buktinya saya sentiasa cergas, mampu memberhentikan pengambilan ubat dan 100% menjaga diabetes dengan pemakanan dan senaman larian sahaja.

Ayuh kawan-kawan. Kuatkan semangat kita. Saya juga memohon tunjuk ajar dari sifu² otai dalam ni untuk memberikan bimbingan dan semangat agar saya dapat memperbaiki mutu larian saya agar lebih baik dan sentiasa stabil.

Plain Didek @ Chin.

-I Run To Fight My Diabetes-

** Gambar saat terlantar sebaik sahaja selesai ray amputation dua jari kaki. Saya down dua hari ja. Kemudian bangkit menyusun strategi melawan diabetes. Dan hari ni, saya mampu running, hiking dan walking sejauh 10-12 km.

‘Lari Untuk Lawan Penyakit’ – Pesakit Diabetes Berjaya Hilangkan 56KG, Lepas Aktif Berlari & Jaga Makan

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Lepas Empat Bulan Buat Bariatrik, Hasilnya Penampilan Melly Goeslaw Makin Cantik & Langsing

‘Walk-In’ Tak Dibenarkan. Esok Slot Tempahan Vaksin AstraZeneca Dibuka Untuk Usia 60 Tahun Ke Bawah!

Teruja Gayakan Baju Raya Dengan Berat Normal, Gadis Guna Kaedah Intermittent Fasting (IF) Turunkan 26 KG

Faktor Kegemukan & Anxiety Disorder Boleh Cetus Sesak Nafas. Segera Ke Hospital Jika Jari Jadi Biru!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI