Hujung minggu lalu telah berlangsungnya anugerah berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi ke 34.
Majlis berlansung gemilang tetapi mengikut SOP ditetapkan itu dipancarkan secara langsung di kaca TV melalui TV3.
Walaupun dilakukan dalam situasi new norm, tetapi rata-rata selebriti yang hadir tidak kalah bergaya.
Ada yang bergaya pelik, memilih busana rona terang, unik dan sopan, tetapi rata-ratanya tampil cantik bagi memeriahkan anugerah yang memberi pengiktiran kepada mereka yang popular di media massa/sosial.
ABPBH kali ini turut memperlihatkan pengacara yang juga pelakon, Janna Nick meraih gelaran bintang popular dengan jumlah undian 86 juta.
Beliau juga antara selebriti yang tampil glamor dalam majlis bertemakan #KITABERSAMA anjuran kali kedua tanpa kehadiran penonton di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).
Ayuh kita lihat selebriti yang bergaya cantik malam itu. Dan yang paling menarik perhatian apabila penganjur turut menjemput frontliner, Dr Malar yang terkenal dengan Celoteh Dr Malar untuk sama-sama menyampaikan anugerah.
Pelakon wanita, Diana Rafar pilih jamu dan tidak hanya bergantung kepada produk kecantikan semata-mata, sebaliknya dia mempunyai rahsia tersendiri untuk mengekal kecantikan.
Memiliki kulit yang cantik berseri, dia yang berusia 41 berkata, lebih selesa mengamalkan cara semula jadi untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan diri.
Menurut Diana, sudah menjadi kelaziman untuk mereka adik-beradik mengamalkan jamu turun-temurun keluarga mereka. Biarpun pahit, khasiat daripada ramuan semula jadi itu mempunyai kesan yang bagus untuk kecantikan dalaman dan luaran.
Selain mengamalkan jamu, isteri kepada pelakon Zamarul Hisham itu turut berkongsi mengamalkan minuman susu kambing sebagai rutin hariannya.
“Minum susu kambing merupakan terapi yang paling dekat dengan keluarga kami. Susu kambing merupakan makanan sunah dan mempunyai pelbagai khasiat antaranya mampu mengurangkan berat badan, menambah tenaga, mengurangkan tekanan darah rendah dan darah tinggi, baik untuk kesihatan jantung, menguatkan tulang, meningkatkan metabolisme dan tahap imunisasi badan,” katanya.
Selain mengamalkan cara semula jadi, Diana turut berkongsi mengenai jaga pemakanan yang diambil setiap hari.
“Selain makan jamu sejak zaman anak dara, saya juga mengamalkan pemakanan sihat dengan mengurangkan pengambilan gula dan memperbanyakkan makan sayur serta buah-buahan.
“Saya juga gemar bersenam setiap hari terutama apabila ada waktu terluang untuk menjaga kesihatan badan,” kongsi ibu kepada lima orang anak itu.
Hah, nak pilih jamu macam Diana Rafar tak? Apa pun, kalau nak sihat dan cantik dalam usia 40-an, sebaiknya jaga lah pemakanan yang diambil. Kurangkan gula dan rajinkan buat senaman walau cuma 30 minit!
Pengambilan Vitamin C dikatakan perlu dalam situasi sekarang ini bagi meningkatkan sistem pertahanan tubuh seseorang.
Namun berapa dos sukatan yang perlu diambli setiap hari dan apa kesannya jika tablet ini diambil secara berlebihan.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad memberitahu manfaat Vitamin C dalam pengambilan seharian.
Semenjak wabak virus Co19 menular ke seluruh dunia, ramai pakar perubatan mencadangkan pengambilan vitamin C selain dari yang kita ambil dari makanan.
Ini bertujuan untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
Menurut kajian, tahap vitamin C dalam badan yang mencukupi dapat mengurangkan risiko mendapat jangkitan virus Co19.
Untuk mendapatkan tahap vitamin C yang mencukupi dalam badan, ia bergantung kepada kadar penyerapan vitamin C mengikut penyediaan. Jika dalam bentuk pil, penyerapannya lebih rendah (mungkin dalam 40-50%). Ini disebabkan faktor asid yang ada di dalam perut. Jadi jika kita mengambil 1000mg, hanya 400-500mg yang menyerap dalam tubuh.
Jika ia ditambah gula, penyerapannya semakin menurun. Ini kerana dalam proses penyerapan, enzim GLUT-1 dan GLUT-3 yang bertanggungjawab dlm proses penyerapan vitamin C juga bertanggungjawab menyerap glukosa. Bila kita mengambil suplemen vitamin C yang mengandungi gula, enzim-enzim ini lebih suka menyerap glukosa berbanding dengan vitamin C. Jadi penyerapan vitamin C semakin rendah.
Itu tidak termasuk ubat-ubatan yang diambil untuk mengawal penyakit kronik termasuk ubat gastritis dan anti-diabetes. Ia juga merendahkan penyerapan vitamin C.
Mengikut pandangan doktor-doktor di sesawang Mayo Clinic, secara purata sebanyak 100mg sehari diperlukan oleh tubuh. Ini bermakna kita perlu memastikan penyerapan sebanyak 10mg ke dalam darah.
Jika kita mengambil 1000mg vitamin C secara oral (masuk ke dalam mulut), hanya 400mg-500mg yang akan diserap dengan cepat. Kemudian penyerapan menjadi perlahan jika kita menambah dos pengambilan sehingga 1000mg, di mana vitamin C tidak diserap lagi.
Maka tahap optimum (terbaik) pengambilan vitamin C adalah 1000mg, terutama pesakit metabolik seperti diabetes, hipertensi dan hiperkolestrolemia. Begitu juga pesakit auto-immune dan pesakit kanser selepas menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi.
Perokok dan peminum arak juga memerlukan dos vitamin C yang lebih besar (1000mg). Wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak juga berkongsi vitamin dengan anak mereka. Mereka memerlukan vitamin C yang lebih banyak.
Tahap maksima pengambilan vitamin C yang selamat adalah 2000mg. Jika ambil lebih 2000mg, tanpa minum air yang cukup, ia menyebabkan pembentukan batu dalam ginjal.
Oleh itu minum air secukupnya, agar oxalate yang terhasil dari metabolisme vitamin C tidak membentuk batu dalam ginjal. Ia akan dikeluarkan melalui air kencing. Minum sebanyak 2-2.5L sehari sudah cukup untuk membuang bahan kumuh seperti oxalate dari tubuh melalui air kencing.
Tiada kajian yang spesifik menunjukkan pengambilan vitamin C memberikan kesan negatif atau kerosakan pada ginjal jika diambil dalam dos 1000mg sehari. Apatah lagi jika meminum air yang mencukupi.
Pengambilan dos yang lebih tinggi (mega dos iaitu lebih 3000mg)sebagai rawatan komplimentari kepada pesakit kanser, Co19 dan lain-lainnya, harus mendapat pemantauan doktor yang mahir. Ia diambil untuk jangkamasa tertentu (pendek).
Pengambilan makanan dan suplemen untuk meningkat tahap vitamin C dalam tubuh juga dapat mempercepatkan penyembuhan luka untuk pesakit diabetis (diabetic ulcer), selepas pembedahan atau luka akibat trauma.
Vitamin C merupakan vitamin yang bersifat antioksida yang sangat bagus melawan sebatian radikal bebas. Jadi sangat bagus untuk pesakit kronik dan perokok.
Ia juga mencantikkan dan memutihkan kulit dan menguatkan tulang.
Kesimpulannya *selamat dan bermanfaat mengambil vitamin C 1000mg* terutama bagi mereka yg berisiko dan memerlukan. Kebanyakan vitamin C dijual di farmasi juga pada dos 1000mg. Jika berbahaya dan merosakkan ginjal, sudah tentu pihak berkuasa kesihatan telah mengeluarkan kenyataan dan merampasnya dari farmasim
1. Waring AJ, Drake IM, Schorah CJ, et al. *Ascorbic acid and total vitamin C concentrations in plasma, gastric juice, and gastrointestinal mucosa: effects of gastritis and oral supplementation*. Gut. 1996;38:171–176.
2. Mowat C, McColl KE. Alterations in intragastric nitrite and vitamin C levels during acid inhibitory therapy. Best Pract Res Clin Gastroenterol. 2001;15:523–537.
3. Wilson JX. Regulation of vitamin C transport. Annu Rev Nutr. 2005;25:105–125.
Penyakit ekzema adalah masalah kulit yang biasa terjadi terutama bagi mereka berkulit sensitif.
Masalah ini sukar untuk dipulihkan dan mengambil masa lama sebelum kulit jadi cantik seperti sebelumnya.
Perkongsian di laman twitter Sahira memberitahu caranya menangani ekzema mengikut saranan doktor dan juga menggunkan beberapa krim pelembap bersesuaian.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.