Ada masanya seseorang itu akan mengalami masalah gangguan sakit kepala dan boleh jadi berpanjangan jika tidak diusahakan sesuatu.

Namun rupanya sakit kepala ini ada beberapa jenis dan perlu tahu tahap mana kesakitan dialami. Ada yang selepas tidur untuk seketika sakit akan hilang dan ada juga sebaliknya.

Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad memberitahu mengenai masalah sakit kepala dan waspada jika berlarutan lebih 5 hari.

Waspada Bila Sakit Kepala Lebih 5 Hari. Doktor Terangkan Jenis Kategori & Cara Rawatan Terbaik!

WASPADA BILA SAKIT KEPALA LEBIH 5 HARI

Ramai yang mengalami sakit kepala sekurang-kurangnya sekali sepanjang hayat dan ia selalunya dianggap sebagai penyakit biasa kerana kesakitannya dirasakan sementara sahaja.

Namun, sakit kepala yang dialami perlu dikenal pasti sama ada serangan yang dialami itu biasa atau bahaya.

Tidak dinafikan ada sakit kepala tidak membahayakan tetapi sesetengahnya boleh menyebabkan bencana atau sesuatu yang lebih teruk sehingga menjejaskan rutin harian sekiranya tidak ditangani.

Apa yang penting adalah mengenal pasti apakah jenis sakit kepala yang menyerang anda sama ada ia boleh membahayakan kesihatan atau sebaliknya.

Terdapat dua jenis sakit kepala iaitu primer dan sekunder. Sakit kepala jenis primer ada masanya menyebabkan kehidupan harian terjejas tetapi tidak akan menyebabkan kemerosotan dari segi kesihatan atau tidak bahaya dalam tempoh jangka panjang.

KENAL PASTI KATEGORI SERANGAN

Sakit kepala sekunder pula mesti dikenal pasti kerana akan menyebabkan sesuatu yang bahaya dan boleh menyebabkan maut sekiranya tidak dirawat.

Migrain yang lazim dialami oleh kebanyakan orang adalah jenis sakit kepala jenis tekanan dan kluster.

Sakit kepala jenis tekanan adalah paling kerap menyerang sesiapa saja.

Beliau menjelaskan, kebanyakan orang keliru antara migrain dan sakit kepala jenis tekanan yang lazimnya tidak begitu teruk, berbanding sakit kepala akibat migrain yang boleh menjadi teruk sehingga muntah.

Sakit kepala jenis sekunder boleh berlaku secara tiba-tiba.

Bagi penghidap tekanan darah tinggi serta tidak pernah mengalami sakit kepala yang teruk, mereka perlu segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Ini kerana sakit kepala berkenaan berkemungkinan berpunca dari salur darah yang bergumpal di dalam otak yang boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan.

IKLAN

Waspada Bila Sakit Kepala Lebih 5 Hari. Doktor Terangkan Jenis Kategori & Cara Rawatan Terbaik!

KESAKITAN MELAMPAU

Sakit kepala jenis kluster jarang berlaku, tetapi serangannya menjadi teruk apabila pesakit menerangkan kesakitan yang dialami melebihi penderitaan ibu melahirkan atau keretakan tulang.

Sakit kepala kluster berlaku akibat terdapat pendarahan atau ketumbuhan di dalam kepala yang perlu dikenal pasti bagi mengatasinya.

Pengambilan ubat penahan sakit perlu dibataskan iaitu tidak lebih lima kali dalam tempoh sebulan bagi mengelakkan kesan sampingan seperti kerosakan buah pinggang.

Makan ubat tahan sakit terlalu kerap boleh menyebabkan sakit kepala yang dialami berterusan hingga sukar dirawat.

Pesakit yang kerap diserang sakit kepala seperti migrain iaitu tiga kali sebulan perlu menjalani rawatan menggunakan profilaksis untuk mengeluarkan kesan ubat penahan sakit yang dimakan sebelum ini.

BAGAIMANA MENGENAL PASTI MIGRAIN

1. Sakit kepala berdenyut denyut

2. Sakit membabitkan satu kepala atau separuh kepala

3. Dikaitkan dengan loya dan muntah

4. Sensitif kepada cuaca persekitaran, terlalu panas atau terlalu bising

IKLAN

5. Sakit kepala mula terasa apabila melakukan aktiviti luar kebiasaan seperti menaiki kereta untuk perjalanan jauh dan tidur lewat

6. Sesetengah pesakit nampak titik titik atau corak zig zag sebelum sakit bermula

7. Sesetengah orang tidak sakit kepala tetapi hanya nampak titik titik, zig zag, silau (okular migrain)

8. Rasa berpusing pusing (vestibular migrain)

9. Sakit kepala ketika datang haid.

Waspada Bila Sakit Kepala Lebih 5 Hari. Doktor Terangkan Jenis Kategori & Cara Rawatan Terbaik!

KAEDAH RAWATAN

Tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dikawal dengan:

1. Anti migrain

2. Perubahan gaya hidup (contoh: memakai cermin mata gelap ketika berada di bawah cahaya matahari)

3. Memastikan rutin dijalani tidak banyak berubah seperti waktu tidur yang tetap.

IKLAN

SAKIT KEPALA JENIS TEKANAN

1. Kadar kesakitan: ringan sehingga sederhana.

2. Serangan lazimnya berlaku di sebelah petang.

3. Tidak menjejaskan kualiti hidup.

KAEDAH RAWATAN

Paracetamol dan Profilaksis untuk mengawal serangan.

SAKIT KEPALA JENIS KLUSTER

1. Kadar kesakitan: sangat sakit

2. Jarang berlaku dengan purata 0.1 peratus

3. Serangan datang dalam bentuk tetap,

contohnya pada Mac dan April

4. Pendarahan yang besar boleh menyebabkan edema atau bengkak (perlu dibedah bagi mengelakkan kesan buruk termasuk maut)

SAKIT KEPALA YANG MEMERLUKAN PEMERIKSAAN LANJUT

1. Sakit kepala disertai demam sehingga lima hari (berkemungkinan berpunca daripada tibi, meningitis atau difteria

2. Meracau-racau

3. Sakit kepala lebih dua hingga tiga minggu tanpa demam.

Waspada Bila Sakit Kepala Lebih 5 Hari. Doktor Terangkan Jenis Kategori & Cara Rawatan Terbaik!

Sumber : Berita Harian

#HealthDrZubaidi

Selain itu:  Sukar Tidur Jantung Berdegup Kuat. Pengalaman Wanita Ini Hidap Masalah Berkaitan Darah!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI