Gambar sekadar hiasan.

Tidak dinafikan terdapat lambakan produk atau suplemen sama ada berasaskan buah-buahan ataupun perisa lain.

Tidak pasti sejauh mana keberkesanan produk dijual kerana masing-masing memberitahu baik untuk kesihatan dan boleh mengurangkan penyakit tertentu.

Namun, perlu diingatkan sebagai pengguna bijak, jangan sesekali percaya dengan apa yang diiklankan. Suplemen begini tidak begitu pasti keberkesanananya selagi tidak mendapat kelulusan dari pihak KKM sendiri.

Perkongsian Dr. Arisman MD memberitahu mengenai perkara ini sebagai panduan untuk mengelak terus jadi mangsa scammer ubatan overclaim ini.

Artikel Lain: Nyawa 3 Anak Hampir Melayang, Gara-Gara Terhidu Kebocoran Gas Monoksida Tengah Tidur

Rupanya Bahaya Makan Ubat Tiada Kelulusan KKM, Boleh Rosakkan Buah Pinggang & Hati

Bahaya Guna Ubatan/Suplemen Tanpa Kelulusan KKM

“Doktor, kalau saya ambil jus ****** dan vitamin ****** ok tak? Untuk lawaskan kencing kotor saya.” tanya pesakit.

“Minta maaf puan. Saya tak tahu pasal jus dan nama produk vitamin puan ni. Jadi saya tak boleh nak cakap bagus atau tak.” jawabku

IKLAN

Pesakit cuba menunjukkan gambar produk dalam galeri handphone beliau “ … yang ni doktor, yang ni…”

“Maaf puan. Saya masih tak tahu pasal dua produk ni. Puan beli dari mana? Online? Pharmacy?” Tanyaku kepada pesakit.

“Yang ni (sambil tunjuk gambar dalam hp) saya beli online, yang vitamin ni ada anak kawan jual.” jawab pesakit.

Rupanya Bahaya Makan Ubat Tiada Kelulusan KKM, Boleh Rosakkan Buah Pinggang & Hati

IKLAN

“Beginilah puan. Saya ni doktor perubatan memang kami tak pernah belajar tentang produk-produk begini. Bukan bidang tugas kami untuk pastikan. Saya cuma tahu bahawa ada komponen-komponen tertentu yang tidak sepatutnya ada dalam satu produk minuman misalnya yang mengandungi steroid. Ia ubat terkawal dan tidak boleh dicampurkan dalam produk minuman.”

“Ada yang merasa sihat dan bertenaga selepas minum jus atau teh produk tertentu, padahal cuma teh biasa. Kenapa boleh jadi begitu? So kena hati-hati sebab boleh jadi ada campuran bahan terlarang didalamnya tetapi tidak dipaparkan dalam kotak produk.”

“Yang akan rosak nanti kemudian hari adalah buah pinggang dan hati kita.”

“Waktu tu kalau nak salahkan produk dan nak saman, amat susah nak menang sebab dah lama dan banyak produk lain yang diambil. Menyesal sangat nanti. Yang menanggung derita si pembeli. Saya ada pernah berjumpa pesakit saya yang buat dialisis beberapa kali kerana mengambil produk terlarang ini.” jawabku.

IKLAN

Artikel Lain: Rebus Herba Terpilih Termasuk Kurma Cina, Minuman Alternatif Bantu ‘Boost’ Tenaga Musim Panas

Selain itu:  Bahaya Guna Minyak Masak Berulang Kali, Doktor Jelaskan Boleh Sebabkan Kerosakan Hati

“Saranan saya kepada puan, untuk bersihkan buah pinggang dan cepat sembuh dari kencing kotor puan ni, pertama terpaksa ambil ubat antibiotik untuk bunuh kuman dulu puan. Kedua silakan minum air banyak supaya kencing kerap dan ini satu cara alami untuk sihatkan buah pinggang kita. Sangat mudah dan murah untuk sihatkan buah pinggang. Kan?” jawabku.

“Ya. Betul doktor. Faham.” pesakit tadi jawab dengan nada perlahan.

Berhati-hati dengan jualan produk kesihatan yang memberi tuntutan melampau. Apatah lagi jika produk itu tidak ada kelulusan dari KKM.

Begitu juga halnya apabila anda pergi berjumpa doktor di klinik atau pergi ke farmasi, jangan terpengaruh dengan promosi dan penjualan produk suplemen mereka yang sebenarnya tidak perlu pun. Berhati-hati ya.

Rupanya Bahaya Makan Ubat Tiada Kelulusan KKM, Boleh Rosakkan Buah Pinggang & Hati
(Gambar adalah contoh sahaja)

Dr. Arisman, MD.
“Sama-sama belajar”
Ekonomi sekarang tak stabil sangat, berjimatlah. Amalkan gaya sihat InshaAllah.
(Gambar adalah contoh sahaja)

Artikel Lain: Elak Beli Ubat Tidak Dilulus KKM, Doktor Nasihat Jangan Jadi Mangsa Scammer Produk ‘Overclaim’

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI