Gambar sekadar hiasan.

Tanggal 30 Mac lalu rupanya adalah sambutan Hari Bipolar Sedunia. Ramai yang tak ambil kisah kerana tidak tahu betapa bahayanya masalah ini jika tidak ditangani segera.

Lihat saja kes Janna Nick baru-baru ini yang mengadu seperti mahu berhenti kerja disebabkan gangguan masalah ini.

Perkongsian Puan Areefah Ahmad sebagai pesakit bipolar disorder bagi meningkatkan kefahaman serta kesedaran orang awam tentang kesihatan mental.

Pengalaman Sebagai Pengidap Bipolar Disorder

Bersempena Hari Bipolar Sedunia 30 Mac 2020, aku nak kongsikan pengalaman aku sebagai pesakit yang mengidap bipolar disorder. Versi 2020.

Lebih kurang 5 tahun lepas aku telah disahkan mengidap penyakit mental.

Bipolar disorder atau kecelaruan dwikutub ni ada 2 polar, which are (1) depression dan (2) manic. Kedua mood extreme ini akan berlangsung bersilih ganti.

Secara ringkasnya depression ni berada dalam mood yang sangat rendah, namun bukan sekadar sedih sahaja. Tetapi terhidang dengan beberapa gejala lain.

Manic pulak, bila pesakit ada dalam peringkat dimana kami terlampau eksaited, terlalu gembira dan sangat bersemangat.

5 Tahun Alami Bipolar Disorder, Wanita Ini Kongsi Simptom Cakap Seorang Diri, Menggigil & Kerap Penat
Gambar sekadar hiasan.

Ini simtpom yang dialami. Mula-mula disahkan hidap Major Depressive Disorder (MDD). Tak bercakap, tiada selera makan dan malam tak boleh tidur.

Aku akan kongsikan simptom-simptom yang aku alami.

Pada awalnya, aku disahkan mengidap Major Depressive Disorder (MDD).

Gejalanya sama macam dalam poster bawah.

Selama beberapa bulan aku tak bercakap, tak ada selera makan, malam tak boleh tidur walaupun sangat penat. Aku umpamakan penat tu macam pergi mukhayyam (kem), sedangkan duduk tak buat apa pun. Malam tak boleh tidur, tapi siang melekat kat katil.

Aku sentiasa gelisah, tak tenang, rasa sayu dan tak keruan. Rasa bersalah yang teramat. Rasa tak guna. Setiap masa ada suara dalam kepala bisikkan supaya bunuh diri. Susah nak buang suara tu. Macam real. Aku bagai ditindih dengan makhluk hitam yang kelam. Memang serba gelap hidup aku masa tu. Tak nampak cahaya langsung.

Aku makin sangsi dengan diri aku bila baca Quran, solat taubat, istikharah, hajat, witr semua tak boleh buatkan aku tenang. Aku makin hukum diri aku yang Allah tak terima ibadah aku sebab banyak dosa.

Tapi aku tetap tak putus asa. Sebelum ni kalau aku nak kuat, aku paksa diri aku untuk tahajjud. Tu kunci kekuatan sebab aku banyak terinspirasi dengan tempat aku internship yang mana mereka mengamalkan tahajjud hari-hari. Tapi masa tu setiap malam buat tahajjud, tetap tak boleh tenang dan sentiasa gusar. Hidup serba tak kena. Aku makin down.

IKLAN

Juga sering bercakap seorang diri. Sentiasa berfikiran negatif, sentiasa rasa looser dan lebih baik mati. Juga alami simptom delusi di mana rasa smua orang tak suka

Aku juga sering cakap dalam diri, kalau nak dijauhkan dari perkara-perkara negatif, tak boleh tinggal bacaan mathurat. Memang aku tak pernah baca mathurat qubra secara nafsi nafsi (bersendirian), tak hafal pun,  tapi time tu aku baca versi qubra untuk buangkan fikiran negatif.

Siap baca makna. Tapi aku tetap tak boleh stop fikiran negatif. Perasaan untuk tamatkan hidup tu sangaat kuat. Aku tak tahu arah tujuan, kecuali dengan berdoa pada Allah. Masa tu tak ada apa yang boleh buatkan aku kuat.

Sebagai orang noob dan taktau yang aku sedang sakit, aku makin kuat kecam dan salahkan diri sendiri. Aku rasa loser, tak guna dan lebih baik mati. Ada simptom delusi dimana aku rasa semua orang bencikan aku, aku menyusahkan orang, orang tengah berpakat nak kenakan aku. Serius sangat tak tenteram.

Simptom pada fizikal pulak aku akan kerap penat, sakit kepala, tegang urat, menggigil, sesak nafas, sakit dada dan lain-lain.

Dalam 6 bulan selepas itu, aku disahkan mengidap bipolar II disorder.

Pada mulanya aku ingatkan aku dah sembuh daripada depression. Sebab aku dah okay, takde rasa nak bunuh diri, takde rasa sedih, takde rasa penat, tak boleh tidur tapi tak mengantuk, rasa nak buat macam-macam.

Yang paling obvious bila aku spending spree kot. Aku ni sebelum ni sangat la berkira kalau nak beli barang. Tapi masa tu aku belanja macam orang kaya, sedangkan tengah tak ada duit.

5 Tahun Alami Bipolar Disorder, Wanita Ini Kongsi Simptom Cakap Seorang Diri, Menggigil & Kerap Penat
Gambar sekadar hiasan.

Depression hingga rasa paranoid dan sangat takut untuk berjumpa orang lain sebab takit sesak nafas. Turut deactivate semua akaun media sosial

Masa depression tu, aku sangat paranoid. Aku rasa semua orang tengah berkata tak elok pasal aku. Aku sangat takut nak berjumpa manusia sebab nanti sesak nafas dan menggigil. Aku memang tak boleh mengadap orang walaupun dalam alam maya. Jadi aku deactivate semua akaun media sosial aku.

Tapi masa manic tu aku terus rasa nak on phone, bukak balik semua sosial media aku. Aku banyak ‘membebel’ dalam whatsapp group. Banyak cakap la. Rasa diri special.

IKLAN

Pada mulanya aku anggap semua gejala manic tu adalah nafsu semata-mata. So sebab tu aku tak rasa ada keperluan untuk bagitau doktor simptom-simptom tu.

Tapi ada satu hari tu, ada sorang pesakit post dalam support group kata doktor baru diagnose dia mengidap bipolar disorder. Aku tanya kenapa doktor diagnose bipolar. So dia cerita symptom yang dia alami. Aku terkejut sebab sebijik macam apa aku rasa.

Dari situ aku rasa aku perlu maklumkan pada doktor psikiatri dan dia diagnose aku as bipolar II disorder. Doktor memulakan ubat pertama aripiprazole. Dan lepas tu sebab aku tak tidur, doktor suruh tidur dan bagi aku diazepam untuk tidur.

Gejala (hypo)manic ni berlangsung selama 2 minggu berterusan. Lepas 2 minggu tu, aku terus depress balik. Aku mula menjauhkan diri dan mendiamkan diri seperti sebelum ni. Dunia kembali gelap.

Beberapa bulan selepas tu, aku di diagnose dengan bipolar I disorder.

Begitu la nasib sang pengidap bipolar. Ada masa extreme low, ada masa extreme high. Tapi aku most of the time low la. Alhamdulillah sekarang tak low, tak high. Normal untuk 4 bulan selepas keluar wad and buat ECT. Ini sangat amaizing. Tak penah lagi macam ni. Subhanallah.

5 Tahun Alami Bipolar Disorder, Wanita Ini Kongsi Simptom Cakap Seorang Diri, Menggigil & Kerap Penat
Gambar sekadar hiasan.

Berkongsi masalah bukan untuk menagih simpati tetapi mahu berkongsi masalah dengan orang lain yang ada masalah sama

Aku suka berkongsi simptom yang aku alami bukan untuk menagih simpati. Tapi since aku dapat petunjuk (hidayah) daripada perkongsian orang lain, aku rasa terpanggil untuk menceritakan kisah aku supaya pesakit MDD terutamanya memaklumkan pada doktor psikiatri jika mengalami gejala manic.

Kalau sorang baca dan sorang tu jumpa doktor, aku sangat syukur. Sebab apa? Sebab manic ni bahaya kalau dibiarkan begitu sahaja. Boleh melarat dan kesannya teruk contohnya tak tidur berhari-hari boleh halusinasi. Ni yang doktor bagitau dan nasihat aku untuk makan ubat tidur kalau tak boleh tidur.

IKLAN

Sekarang takde ubat tidur. Just lamotrigine, olanzapine, lithium and sertraline. Tapi tidur tak hengat dunia.

Yang aku share ni hanya sikit info pasal manic sebab aku tak alami banyak sangat gejala. Tapi penting untuk kita maklum, kalau diri sendiri atau orang terdekat ada ciri-ciri manic, cepatlah berjumpa psikiatri.

Antara salahfaham pasal bipolar ni orang selalu kaitkan dengan ‘gila isim’. Tiba-tiba dia nak belajar ilmu makrifat, cakap perkara yang aneh pasal syurga neraka, rajin ke masjid atau majlis ilmu dan banyak cakap pasal ilmu agama. Perwatakan pun berubah jadi semakin islamik.

Sini antara point kenapa orang rasa pesakit bipolar ni ada gangguan makhluk halus. Sebab kata disampuk ‘jin Islam’ la. Sebab tu jugak pesakit biasanya dibawa ke bomoh dulu sebelum dibawa ke hospital untuk bertemu pakar.

Antara lain, dia rasa dia berkuasa dan mampu mengubah dunia. Dia rasa diri dia special, sebagai contoh nama Ahmad tapi tiba-tiba mengaku nama Tengku Ahmad. Kononnya keturunan raja.

Pesakit juga mungkin akan drive kereta laju-laju. Selain tu, dia akan rasa ada semangat yang luar biasa contohnya berhenti keje as penjawat awam dan bukak business sendiri.

Harap kawan lain boleh share pengalaman diri juga. Supaya masyarakat lebih faham penyakit kita dan tak salah anggap macam-macam.

Selamat Hari Bipolar Sedunia 30 Mac 2020.

Areefah,

Impikan kesembuhan.

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Dua Produk Mi Sedaap Ada Racun, Tapi Tiada Dijual Di Malaysia. Ini Pula Pesanan Untuk Peniaga Online!

Hilang Deria Rasa & Bau, Sweet Qismina Disahkan Positif Covid-19. Kini Di Pusat Kuarantin!

Hamil Anak Kedua Di Usia 40, Elly Mazlein Akui Cepat Penat. Tiada Selera Makan, Kecuali Sushi!

Lepas Habis Pantang Perut Nampak ‘Flat’. Scha Alyahya Dedah Rahsianya Amal Menyusu Badan!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI