Nampaknya penularan virus Covid-19 kembali mencecah angka lebih dua ribu sejak seminggu yang lalu.
Dan salah seorang rakan selebriti yang turut disahkan positif adalah pelakon Sweet Qismina.
Berita tersebut dikongsi Sweet atau nama sebenarnya, Farhana Qismina Supandi, 24, menerusi satu kenyataan media daripada syarikat pengurusannya, Warner Music Malaysia di laman Instagramnya semalam.
“Sweet berada di Kuala Kangsar, Perak untuk menjalani penggambaran filem Tariandi sejak 15 April lalu telah memberitahu berasa tidak sihat pada 16 April.
“Sweet mengambil ubat selama tiga hari berturut-turut tetapi keadaannya masih belum pulih dan sukar untuk bernafas.
“Menyedari keadaan itu, Sweet mengambil langkah untuk membuat ujian calitan RTK di Hospital Columbia Taiping dan keputusannya adalah positif,” ujar Warner dalam kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu lagi, Sweet dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dikuarantin dan menjalani ujian saringan PCR sebelum mendapati keputusannya adalah positif.
“Sweet kemudiannya dihantar ke Pusat Kuarantin di Ipoh untuk dikuarantin. Keadaan semasa Sweet sekarang tidak mempunyai sebarang komplikasi, cuma hilang deria rasa dan bau,” jelasnya.
Sementara itu, pelakon Pink Smile itu turut memuat naik foto terbaharunya ketika berada di pusat kuarantin.
Ads
“Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh.
“Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak menyisakan rasa nyeri,” tulis Sweet dengan memetik sepotong doa untuk dikongsikan pada kapsyen foto tersebut.
Kita doakan semoga Sweet Qismina akan cepat sembuh dan boleh meneruskan rutin harian seperti biasa.
Setiap kali apabila diserang demam, kita biasanya akan mengambil ubat tahan sakit seperti panadol atau paracetamol bagi mengurangkan kesakitan dialami.
Jika serasi dan hanya demam biasa, panas akan kebah dalam masa sehari. Namun begitu ada juga yang takut untuk mengambil apa-apa jenis panadol kerana dikatakan akan merosakkan hati.
Adakah benar atau sekadar mitos yang didengari di mana-mana platform. Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini menjelaskan mengenai perkara ini yan sebenarnya tidak ada kemudharatan jika mengambil panadol atau paracetamol ketika demam kecuali dos berlebihan.
“Doktor, Panadol ni boleh rosakkan hati, kan?”
Pesakit ni dah demam 2 hari, hari ini datang ke klinik kerana demamnya tak kebah-kebah. Macam biasa, saya akan tanya sama ada ada ambil apa-apa ubat tak sepanjang tak sihat ni. Dia kata tiada, maka sana tanyalah kenapa tak ambil Panadol(Paracetamol).
Dia beritahu yang dia ada baca satu hantaran di Facebook yang mendakwa Paracetamol ni boleh merosakkan hati. Jadi, dia tak mahu ambil risiko itu.
Ya, benar! Paracetamol boleh merosakkan hati! Namun hanya jika ia diambil melebihi dos yang disarankan. Jika diambil pada dos yang ditetapkan, ia adalah ubat yang selamat.
Paracetamol atau nama penuhnya para-acetylaminophenol ini, adalah ubat yang telah dicipta untuk meredakan demam dan kesakitan. Ia agak inferior dari segi keberkesanan kepada ubat deman dan sakit jenis NSAID (aspirin, Ibuprofen, Voltaren, dsb) kerana ia kurang meredakan keradangan, TETAPI paracetamol lebih superior dari segi keselamatan.
Berbanding NSAID, Paracetamol tidak menyebabkan risiko pendarahan atau keradangan salur penghadaman. Jadi, Paracetamol lebih selamat digunakan untuk pesakit yang mempunyai masalah pembekuan darah, atau pesakit yang ada gastritis. Malah ia juga selamat untuk kanak-kanak dan ibu hamil atau menyusu.
Paracetamol adalah ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi. Sebab itu, selain di farmasi ia jugadijual di kedai 7-11, kedai runcit, malah juga di premis restoran.
Dos Paracetamol yang selamat untuk orang dewasa adalah 4000mg/hari. Satu tablet Paracetamol biasanya mengandungi 500mg bahan aktif, bermakna anda boleh makan maksimum 8 biji Paracetamol sehari (500mg x 8 biji = 4000mg/sehari)
Tapi janganlah makan 8 biji sekaligus. Makanlah 2 biji, empat kali sehari.
Dos kanak-kanak dikira mengikut berat badan kanak-kanak, iaitu 15mg/kg. Jadi jika berat kanak-kanak itu 10kg, maka dos yang sesuai adalah 15mg/kg x 10kg = 150mg untuk satu kali makan. Maksimum boleh makan 4 kali (sela masa 6 jam).
Kalau beli Paracetamol di farmasi atau klinik, doktor atau pegawai farmasi akan kirakan siap-siap dalam bentuk berapa mililiter.
Selain dalam bentuk pil dan sirap yang diambil melalui mulut, Paracetamol juga wujud dalam bentuk suppositori(ubat peluru) untuk dimasukkan ke dalam dubur, dan dalam bentuk cecair intravena(masuk melalui salur darah). Ini pun ada dosnya yang selamat. Suppositori :30mg/kg x4 sehari. IV : 1mg x4 sehari
Kalau makan lebih daripada dos yang ditetapkan ini, maka ada risiko kerosakan hati. Ini kerana Paracetamol diuraikan di hati. Oleh sebab yang sama, individu yang mempunyai masalah/penyakit hati, perlu ambil dos yang lebih sedikit daripada yang disyorkan di atas tadi.
Dos toksik paracetamol ialah pengambilan lebih 10g(20 biji) sehari. Jika berlaku keracunan Paracetamol (akibat terlebih dos secara sengaja atau tidak), ada antidot untuk mengurangkan risiko komplikasi keracunan. Antidot untuk keracunan Paracetamol adalah N-acetylcystein(NAC). Selain itu, pesakit akan dipantau oleh doktor untuk beberapa hari.
Kesimpulannya, Paracetamol adalah ubat yang selamat jika diambil mengikut dos dan cara yang disyorkan oleh pengeluar. Diakui juga paracetamol mempunyai kesan sampingan lain seperti alahan, loya dan sebagainya, tetapi ia jarang berlaku. Penghidap G6PD perlu dapatkan nasihat doktor sebelum ambil Paracetamol.
Kalau demam, atau sakit kepala, lenguh-lenguh badan, period pain, boleh cuba makan Paracetamol dahulu. Demam tinggi tak terkawal lagi bahaya! Boleh sawan!
Ohya! Jangan pula gunakan Paracetamol tidak mengikut saranan, seperti gunakan tablet Paracetamol yang ditumbuk halus pada luka, atau makan suppositori Paracetamol. Jangan buat pelik.
Ternyata jawapan meyakinkan diberi Andrea pada pusingan akhir berjaya menyerlahkan penampilan ratu cantik ini yang menggayakan dress rona merah di mata juri.
Beliau yang dilahirkan pada 3 Ogos, 1994 di Chihuahua, Mexico telah menyingkirkan empat pencabar terdekat dari Peru, India, Republik Dominika dan Brazil.
Ayuh ikuti info menarik mengenai Miss Universe 2021 ini.
– Dilahirkan di Kota Chihuahua City merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Juga memiliki dua adik perempuan bernama Mariana dan Karen. Andrea juga turut memiliki keluarga yang cukup besar, di mana mempunya 40 sepupu dan amat menyukainya.
– Menjadi wanita Mexico ketiga yang diangkat sebagai Miss Universe.
– Kemenangannya menamatkan kemarau wail negara latin bagi merebut takhta berkenaan. Kali terakhr wakil negara latin dimahkotakan Miss Universe pada 2013 menerusi Gabriela Isler dari Venezuela.
– Jurutera Perisian lulusan Bachelor of Science di bidang Teknik dari Autonomous University of Chihuahua yang menceburkan diri dalam bidang peragaan itu pernah memenangi gelaran Mexicana Universal 2020 dan Miss Mexico 2017 serta Naib Juara Miss World 2017.
– Aktif dalam kegiatan outdoor dengan menceburkan diri pelbagai olahraga ekstrem seperti Rapelling dan Sand Boarding serta berlatih berlatih crossfit dan tinju. Dan Andrea juga boleh melakukan aktiviti plank selama 3 minit tanpa henti.
Bagi peminat drama bersiri Squid Game di Netflix pasti mengenali watak Kang Sae-byeok yang dibawakan oleh Jung Ho Yeon.
Sebenarnya ramai tak tahu rupanya watak yang dibawakan oleh Jung Ho Yeon dikatakan antara watak yang paling menyerlah dan memberikan kesan dalam drama tersebut.
Drama itu mengisahkan tentang 456 peserta dengan pelbagai masalah hidup direkrut dalam siri permainan kanak-kanak yang menyaksikan sekiranya kalah, mereka akan dibunuh.
Jung Ho-yeon, 27, menjadi antara watak paling menonjol menerusi karakter Kang Sae-byeok atau peserta Nombor 67. Malah dikatakan wajahnya jadi pelaris drama yang kini trending di seluruh dunia.
Malah dikatakan sebelum popular sebagai pelakon, dia juga merupakan seorang model. Berikut adalah beberapa fakta yang perlu anda tahu mengenai Jung Ho Yeon.
Menurut Wikipedia, drama Squid Game merupakan naskah lakonan pertama Ho-yeon dalam hidupnya. Ho-yeon yang ketika itu berada di New York mendapat panggilan daripada agensinya yang meminta agar dia merakamkan video uji bakat.
Pengarah Squid Game, Hwang Dong-hyuk tertarik dengan aura serta rupanya yang dirasakan ‘masuk’ dengan karakter Kang Seo-byeok.
Ho Yeon pernah tampil dalam program realiti Korea’s Next Top Model untuk musim keempat. Dia berjaya mencuri tumpuan masyarakat di Korea Selatan setelah berjaya menempatkan diri sebagai naib juara dalam program tersebut.
Rupanya sejak berusia 16 tahun lagi sudah terbabit dalam dunia model sebelum melangkah lebih jauh dalam bidang ini. Jadi tidak hairanlah dia agak takut untuk menceburkan diri dalam dunia lakonan.
Setelah menjadi naib juara dalam program Korea’s Next Top Model, dia telah melebarkan sayap dalam dunia fashion diperingkat antarabangsa dan diberikan peluang untuk terlibat dalam begitu banyak pertunjukan fesyen. Antaranya Chanel, Louis Vuitton, Marc Jacobs, Fendi, Max Mara, Alberta Ferretti dan pelbagai lagi.
Ho-yeon pada mulanya mendapat panggilan dari pengarah Squid Game terus pulang ke Korea untuk menandatangani kontrak lakonan sebaik tamat Minggu Fesyen New York. Dia juga pernah tinggal di Eropah untuk seketika dek tuntutan kerja dalam dunia modeling.
Jennie Blackpink berteman baik dengan Jung Ho Yeon sejak masih menjadi model. Via Instagram, keduanya sering membagikan aktivitas yang dilakukan bersama seperti memasak.
Pelakon Squid Game ini juga adalah dari lulusan Dongduk Woman University College of Perfoming Arts Korea Selatan.
Meskipun terkenal sebagai model, aktingnya mendapat pujian. Salah satu usaha yang dilakukan Jung Ho Yeon untuk mendalami peranannya sebagai Kang Sae Byeok adalah dengan belajar loghat Korea Utara.
Penampilan pertama Ho-yeon dalam Squid Game menyaksikan aktres itu memperoleh perhatian dan populariti dalam sekelip mata.
Sebagai bukti, jumlah pengikutnya dalam media sosial meningkat mendadak hanya dalam masa beberapa hari iaitu dari 400 kepada 1.6 juta pengikut.
Selain itu, pelbagai pihak terus memberi sokongan kepada pelakon wanita itu supaya meneruskan lakonan yang mantap.
Lakonannya sebagai Kang Seo-byeok telah membuahkan hasil dan membuatkan ramai penonton Squid Game jatuh cinta dengannya.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.