Dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) untuk tempóh dua minggu, membeli belah secara online menjadi pilihan terbaik.
Ini kerana kita tidak perlu rumah yang mana boleh mengurangi risiko jangkitan virus covid-19 ini.
Namun begitu, jika mahu membeli secara online terutama ubat perlu melihat dua faktor utama untuk elak jadi manga penipuan.
Perkara ini diterangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang memberi panduan kepada pengguna yang mahu beli ubat secara online ini.
Gambar sekadar hiasan.
NAK BELI UBAT ONLINE?
Berhati-hati dengan ubat yang dijual melalui internet@media sosial. Ubat tidak berdaftar berisiko dan boleh menjejaskan kesihatan anda dan keluarga.
Tidak semua promosi dan tuntutan iklan ubat adalah benar dan boleh dipercayai. Jangan jadi mangsa penipuan oleh penjual-penjual yang tidak bertanggungjawab.
Pastikan 2 perkara sebelum membelikan ubat :
1. Pastikan ubat yang dijual adalah BERDAFTAR dengan KKM (mempunyai no. MAL dan pelekat keselamatan hologram).
2. Iklan ubat mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (mempunyai no. KKLIU)
Ads
JADILAH PENGUNA YANG BIJAK!
Berikut adalah tip pembelian ubat dalam talian yang KKM ingin kongsikan dengan anda:
1. Dapatkan nasihat daripada ahli farmasi anda sebelum membeli sebarang produk kesihatan dan jika mempunyai penyakit kronik sila dapatkan rawatan dengan pengamal perubatan berdaftar
2. Hanya boleh membeli ubat berdaftar dengan KKM (No. MAL diakhiri dengan X, T atau N sahaja) dan mempunyai pelekat keselamatan hologram. Semak pendaftaran ubat di https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/information/products-search.html atau menggunakan aplikasi “NPRA Product Status” yang boleh didapati dari Google Play, Apple AppStore dan Huawei AppGallery.
3. Jangan beli ubat yang memerlukan preskripsi dan ubat terkawal secara online (No. MAL diakhiri dengan huruf A).
Ads
4. Elakkan membeli ubat daripada laman sosial dan penjual daripada luar negara
5. Pastikan iklan ubat mempunyai nombor kelulusan (Contoh: KKLIU 1234/2020)
6. Jangan terpedaya dengan iklan yang mengandungi janji-janji manis terutamanya melibatkan penyakit-penyakit kronik dan peningkatan seksual serta mengandungi kenyataan superlatif seperti ‘TERBAIK’, ‘BERKESAN’, ‘DIJAMIN SELAMAT’, ‘MUJARAB’ dan lain-lain.
Wanita cukup takut muka naik jeragat atau kulit jadi terbakar dek kerana terdedah cahaya matahari tetapi masih kurang jelas tentang puncanya.
Padahal bukan kerana produk tidak berkesan tetapi silap pakai dan kurang ambil tahu cara pakai sunscreen dengan betul.
Patutlah Muka Naik Jeragat Dan Tetap ‘Hangus’, Pakai Sunscreen Tapi Buat Kesalahan Ini
Haaa.. cuba semak perkongsian daripada Dr. Ingky yang merupakan pakar kulit dan kecantikkan, beliau ada berkongsi di laman Twitternya mengenai kesalahan yang sering dilakukan apabila memakai sunscreen.
TAK LETAK SUNSCREEN SECUKUPNYA
Kuantiti yang terbaik untuk letak sunscreen di wajah adalah dengan letak dua line sunscreen guna jari telunjuk dan jari tengah.
TAK RE-APPLY SUNSCREEN
Malas nak sapu banyak kali. Hah, sebenarnya anda perlu re-apply sunscreen setiap dua jam, terutama sekali selepas berpeluh dan berenang.
HARAPKAN SUNSCREEN DALAM MAKE-UP
Harapkan SPF yan ada dalam pelembap sahaja. Ambil peduli ya, kandungan SPF dalam make-up yang dipakai tidak cukup ya. Kena letak juga sunscreen sebelum pakai make-up yang mempunyai SPF.
JANGAN CAMPUR SUNSCREEN
Mencampurkan antara sunscreen chemical dan mineral sebenarnya tidak berkesan untuk elak UV.
LETAK MOISTURIZER ATAS SUNSCREEN
Sebenarnya anda kena letak dahulu moisturizer muka dan akhiri dengan sunscreen.
6. JANGAN SKIP BAHAGIAN BADAN LAIN
Nak jimat, jadi cuma letak kat wajah sahaja. Salah ni! Bukan wajah sahaja yang kena letak sunscreen, semua bahagian badan yang terdedah kepada cahaya matahari wajib letak sunscreen!
CUACA TAK PANAS TAK PAKAI SUNSCREEN
Walaupun cuaca tak panas, sebenarnya 80 peratus cahaya matahari dapat memberi kesan kepada kulit.
CARA SIMPAN SUNSCREEN SALAH
Selalunya ada yang jenis suka letak dalam kereta, tapi lupa bila parking tengah panas dalam masa yang lama, sunscreen tu jadi tak elok ya. Anda perlu sentiasa letakkan sunscreen jauh dari terdedah kepada cahaya matahari, panas dan lembap. Ini akan mengurangkan keberkesanan sunscreen sehingga kosong!
Apa pun, cara terbaik penggunaan sunscreen adalah memilih kandunga SPF 5, tekstur seperti air, tak melekit dan ringan pada kulit supaya selesa bila pakai dan tak bercapuk bila anda mekap.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah berjaya dalam Program Imunisasi Covid-19 Keangsaan, kini kerajaan melalui Kementerian kesiahatan melaksanakan pula pemberian dos penggalak atau booster shot.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, penggalak ini akan diberikan kepada individu yang berusia 40 tahun ke atas dan mempunyai komorbiditi.
Justeru beliau mengingatkan orang ramai akan mula menerima janji temu menerusi aplikasi MySejahtera dalam tempoh terdekat.
“Sekarang ini kita sudah mula program PICK Booster atau dos penggalak kepada penduduk di Malaysia dan mereka yang layak iaitu mereka yang berusia 40 tahun ke atas dan juga mereka yang mempunyai komorbiditi akan menerima janji temu melalui MySejahtera.
“Apabila terima janji temu melalui MySejahtera, tolonglah hadir untuk mendapatkan booster dose anda. Ini akan meningkatkan perlindungan kita terhadap COVID-19,” jelasnya menerusi akaun Twitter.
Kerajaan sebelum ini bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 bagi golongan rentan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Jelas Ismail Sabri, keutamaan pemberian dos ketiga ini akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun (immunocompromised), warga tua dengan komorbiditi.
Nak beli krim mata dengan rasa tak perlu tu sama banyak, itu yang selalu bermain dalam kepala setiap kali masuk kedai penjagaan wajah.
Maklumlah, kulit kawasan mata adalah lebih nipis, kering, sensitif, dan lebih mudah menampakkan garisan kedutan serta tona lebih gelap. Jadi krim mata adalah produk yang dirumus khusus untuk merawat masalah kawasan mata.
Memang ada banyak pendapat bercanggah berkenaan perlu atau tidak untuk seseorang menggunakan eye cream dalam rutin penjagaan kulit, jadi ini jawapannya.
Ini yang tak perlu:
Kalau dari muda-muda dah jaga kulit, jaga tidur, jaga makan dan bersenam. Maka tak perlu lah pakai eye cream kalau tiada masalah pada kawasan mata.
Kawasan mata boleh terima skincare yang biasa pakai pada muka. Cukup sekadar extend pemakaian skincare hingga meliputi kawasan mata. Contohnya sapu toner, essence, serum, moisturizer, sunscreen hingga ke kawasan bawah mata juga.
Kawasan mata sensitif kepada kandungan krim mata. Walaupun krim mata diformulasi khusus untuk kulit kawasan mata tapi ini bukan jaminan sesuai dengan semua jenis kulit.
Berhenti guna jika krim mata menyebabkan kekeringan, irritasi, menimbulkan milia seed, atau sebarang ketidakselesaan pada mata.
Perlu:
Jika ada masalah pada kawasan mata untuk dirawat seperti kekeringan, kulit kusam, dan kedutan. Kena faham bahawa kawasan mata memang ada garisan.
Kawasan mata tak dapat terima skincare biasa. Maksudnya toner, essence, serum, moisturizer, sunscreen yang biasa dipakai tu menyebabkan mata tak selesa atau bertindak balas dengan buruk. Jadi kenalah melabur sikit untuk cari krim mata yang sesuai.
Tiada paksaan untuk memakai krim mata, yang penting kena faham bahawa kawasan mata adalah sensitif dan perlu dilindungi dengan baik.
Hah, jadi nak pakai krim mata atau tidak, terpulang kepada keadaan kulit dan keperluan masing-masing.
Tips Orang Lama Jaga Kulit Bahagian Mata
Ambil timun yang telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata untuk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!