
Dagu berlapis sering dikaitkan dengan badan yang berisi tetapi sebenarnya tak kira badan kurus atau tidak, kalau postur rahang tak betul, ini boleh jadi penyebabnya.
Sebab diet tinggi lemak. Pun sama. Jadi macam mana nak atasi?
Hilangkan Dagu Berlapis
Tak perlu buat pembedahan plastik, anda boleh amalkan dua petua mudah ini, guna putih telur atau cocoa butter.
1) Putih Telur
Ini petua rare punya. Ramai tak tahu putih telur ni boleh kurangkan dagu berlapis. Kalau malas boleh buat seminggu 2 kali. Kalau rajin, amalkan setiap hari.
Yang penting, bebas bahan kimia.
Bahan-bahan:
Putih telur (2 atau 3 biji)
1 sudu makan susu
1 sudu makan madu
1 sudu makan jus lemon
Peppermint essential oil
1) Campurkan bahan 1-4.
2) Masukkan 2 atau 3 titis peppermint oil.
3) Kacau dan sapu pada bahagian dagu, rahang sehingga tengkuk.
4) Biarkan selama 30-40 minit.
Putih telur, susu dengan madu ni ada sifat ‘skin-tightening’.
Bantu ketatkan balik bahagian dagu.
Lemon dan peppermint untuk bakar lemak.
Peppermint ada menthol – ejen cooling serta lancarkan aliran darah pada muka.
2) Cocoa Butter
Cocoa butter juga elok untuk dagu berlapis.
- Panaskan dalam microwave sampai cair.
- Urut pada dagu dan tengkuk selama 10 minit.
- Amal 2 kali sehari.
Tidak memerlukan bahan yang mahal, selepas ini anda boleh pilih antara dua cara di atas untuk kurangkan masalah dagu berlapis.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Diet Tak Sihat Punca Perut Buncit. Ini Senaman Disaran Buat Untuk Hasil Lebih Berkesan!

Tidak dinafikan perut buncit akan menyebabkan penampilan seseorang itu jadi tidak cantik dan kurang menyelesakan.
Faktor utama kepada masalah ini adalah disebabkan diet yang tidak seimbang atau selepas melahirkan anak.
Jadi pelbagai cara dllakukan termasuk makan pelbagai jenis produk untuk mengempiskan perut, namun segalanya sia-sia.
Sebenarnya tidak perlu bajet mahal, sebaliknya kita boleh melakukannya hanya dengan melalukan beberapa senaman mudah.
Ini antara senaman yang boleh dlakukan untuk mengempiskan perut dengan lebih berkesan.
Cara-Cara Mengempiskan Perut Yang Berkesan
Berbasikal – Senaman ini merupakan aktiviti kardio berimpak rendah yang boleh merangsang pembakaran lemak dalam badan. Anda boleh mendapatkan mesin basikal yang statik di dalam rumah atau membeli basikal sebenar dan berkayuh di taman sambil menikmati udara yang segar.
Berjoging – Semasa berjoging, anda akan membakar lemak di seluruh badan. Aktiviti ini sememangnya tidak menyasar pembakaran lemak di perut sahaja. Namun, ianya penting untuk meningkatkan aktiviti otot-otot untuk membakar lemak sebagai sumber tenaga.
Senaman kayuhan basikal – Dalam bahasa Inggeris, senaman ini dinamakan ‘bicycle crunches’. Hal ini kerana pergerakan senaman ini seperti anda berkayuh basikal tetapi dalam posisi terlentang. Cara melakukan senaman ini adalah mudah. Baring di atas tikar yoga anda.
Letakkan tangan di belakang kepala. Mulakan dengan bawa lutut kanan anda sehingga menyentuh siku kiri anda. Tegangkan otot abdomen anda untuk hasil yang lebih mantap. Ulang dengan menyentuh lutut kiri dengan siku kanan. Pergerakan ini akan seiras mengayuh basikal.
Berjalan pantas – Ini merupakan pilihan jika anda tidak larat untuk berjoging atau berlari Mekanismenya sama dengan berjoging. Namun, terdapat kajian yang menunjukkan berjalan pantas dapat mengekalkan kadar degupan jantung dalam fasa membakar lemak.
Aktiviti berjoging yang terlampau boleh memasukkan badan dalam fasa membakar otot. Anda disarankan untuk melakukan aktiviti berjalan pantas selama 20-30 minit pada awal pagi semasa badan anda masih dalam status berpuasa.
Squats – Jika dilakukan dengan betul, senaman squats boleh mengempiskan perut, mencantikkan punggung dan juga paha. Caranya amat mudah. Kangkangkan kaki anda seluas bahu dan turunkan badan anda ke posisi mencangkung. Pastikan lutut anda tidak melepasi hujung jari kaki anda apabila dalam posisi ini. Anda boleh stabilkan diri dengan menghulurkan tangan anda ke depan. Ulang pergerakan ini sebanyak yang mampu.
Tekan tubi – Senaman ini sangat popular sebagai senaman untuk menguatkan otot. Kedudukan awal adalah dengan memposisikan diri anda dalam plank tinggi(tangan lurus). Kemudian, rendahkan badan dalam posisi ini sambil menegangkan abdomen anda. Pastikan siku anda selari dengan badan anda apabila dibengkokkan. Tolakkan badan anda ke posisi plank tinggi semula. Ulangi pergerakan ini sebanyak yang mampu.
‘Crunch/sit-ups’ – Senaman ini merupakan senaman yang menyasar otot di abdomen. Terdapat pelbagai variasi ‘crunch’ yang boleh dilakukan. Contohnya, ‘vertical leg crunch’, ‘long arm crunch’, ‘side-to-side crunch’ dan sebagainya. Pergerakan asasnya adalah baring di atas tikar yoga dengan kaki dibengkokkan/lurus ke atas kemudian tegangkan otot abdomen sehingga badan anda diangkat dari lantai.
Plank – Seperti tekan tubi, plank menyasar pelbagai otot dalam satu masa. Biarpun nampak senang, senaman ini sebenarnya susah kerana memerlukan kekuatan otot untuk menahan badan anda dalam posisi mendatar.
Cara melakukan plank adalah dengan baring meniarap kemudian angkat badan anda dari lantai menggunakan siku atau terus meluruskan tangan anda (‘high plank’). Kekalkan posisi ini untuk beberapa saat atau sehingga beberapa minit sekiranya anda mampu.
‘Burpees’ – Senaman ini berfungsi untuk bukan sahaja bahagian abdomen, tetapi juga dada, bahu, dan kaki. Senaman ini juga akan meningkatkan kadar degupan jantung anda. Untuk melakukan burpees, berdiri dan jarakkan kaki anda seluas bahu anda.
Kemudian, turunkan pinggul anda ke belakang sehingga mencecah posisi squat rendah. Letakkan tangan anda di luar tapak kaki anda dan lompatkan tapak kaki anda ke belakang sambil menurunkan dada anda ke lantai.
Anda sepatutnya dalam posisi meniarap sekarang. Kemudian, gunakan tangan anda untuk menolak badan anda dari lantai dan masuk ke dalam posisi plank. Lompat kembali ke dalam posisi squat rendah lalu tolakkan badan anda ke atas setinggi yang boleh menggunakan tumit anda.
Sumber: Doctor On Call
Artikel Berkaitan:
Buat 5 Senaman Ini Bantu Hilangkan Lemak & Kurangkan Berat Badan Sepanjang PKP
Senaman Bersungguh, Tapi Hasilnya Tetap Sama. Ini Perlu Anda Lakukan Untuk Kesan Berganda!
Ini Senaman Dicadangkan Untuk Kekal Cergas Sepanjang Hari, Walaupun Kerja Dari Rumah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lisdawati Pilih Bersenam Lepas Subuh, Nak Tubuh Sihat Kena Rajin!

Isi Kandungan
TogglePelakon wanita, Lisdawati Nazaruddin mendedahkan pernah diuji tanpa sebarang tawaran lakonan selama empat tahun.
Dan ujian itu datang selepas dia membuat keputusan menutup aurat sepenuhnya. Namun apa pun yang tiba, isteri kepada Fauzi Nawawi ini tetap memilih untuk istiqomah walau tiada tawaran daripada pihak produksi.
Berumur 45 tahun dengan status ibu kepada empat orang anak, tidak mematahkan semangatnya untuk jaga badan. Apatah lagi dia sekarang fokus keluarga sebagai suri rumah.
Lisdawati Pilih Bersenam Lepas Subuh
Melihat perkembangan semasa Lisda, dia cukup aktif berkongsi video senaman di laman media sosial. Patutlah maintain badan slim, dia rajin bersenam dan amalkan gaya kehidupan sihat.
Cerita Lisdawati, “Sekarang tak ada kerja, hanya suri rumah. Jadi lepas subuh, curi masa pergi jogging lah.
“Saya suka makan, jadi kena senam. Ambil supplements tambahan untuk maintain berat badan.”
Cara Keluarkan Peluh Bagi Ibu Sibuk
Pernah juga Lisdawati berkongsi cara dia keluarkan peluh lepas bersalin dulu di majalah Pama, salah satu tip untuk sentiasa sihat ialah melakukan senaman ringan dan tugasan harian di rumah tanpa menggunakan kipas dan penyaman udara.
Mungkin ini adalah salah satu cara semula jadi untuk bersauna.
Lisdawati juga sempat selitkan tip sihat untuk wanita bergelar ibu sibuk:
- Banyak sayur dalam masakan.
2. Banyak minum air suam.
3. Rajinkan diri senam ringan atau lakukan tugasan harian di rumah (tutup kipas dan aircond) / Sauna.
4. Berhenti makan sebelum jam 9 malam.
Hah, mudah bukan? Anda yang tak ada masa pun boleh buat kalau nak maintain berat badan dan pakai baju saiz kecil. Yang niat nak jaga badan biasanya bukan nak cantik sahaja tetapi lebih kepada nak sihat untuk mudah bergerak dan beribadat.
Selamat mencuba, wanita sibuk!
Kredit gambar dan info: Lisdawati
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Paru-Paru Berdarah & Terpaksa Ditidurkan. Nad Zainal Kini Terima Rawatan Rapi Di Unit ICU!

Isi Kandungan
ToggleParu-Paru Berdarah & Terpaksa Ditidurkan. Nad Zainal Kini Terima Rawatan Rapi Di Unit ICU! Pelakon genit, Nad Zainal dikatakan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dipercayai menghidap jangkitan kuman pada paru-paru.
Dalam artikel di Kosmo memberitahu pelakon ini dimasukkan ke wad ICU Hospital Pakar Ampang Puteri dua hari lalu dan besar kemungkinan mengalami gejala Long Covid selepas sembuh daripada virus maut tersebut beberapa bulan lalu.
Paru-Paru Berdarah & Terpaksa Ditidurkan
Artikel Lain: Patut Masih Cantik Di Usia Cecah 50 Tahun. Sofea Jane Pilih Jadi ‘Vegetarian’ Sejak 7 Tahun Lalu!
Nad juga dikatakan sebelum itu mengadu tidak sedap badan dan membiarkan keadaan berlarutan hinggalah dia tidak boleh bangun dan terpaksa dimasukkan ke hospital.
Menurut perkongsian dimaklumkan rakan baikkan Aina Liza, Nad ditidurkan dua hari sebab keadaan paru-parunya berdarah. Namun, Doktor sudah keluarkan semua darah dan dia ditidurkan supaya boleh berehat dan paru-paru kembali kering.
Artikel Lain: Lepas Empat Bulan Buat Bariatrik, Hasilnya Penampilan Melly Goeslaw Makin Cantik & Langsing
Nad Zainal Kini Terima Rawatan Rapi Di Unit ICU
Dalam artikel di Harian Metro pula, pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin memberitahu ada bertemu dengan pelakon ini dua minggu lalu.
Menurutnya ketika itu, keadaan Nad okey saja, cuma kelihatan wajahnya sedikit letih dan stres. Namun dia tidak menyangkan Nad sedang menanggung kesakitan dan rasanya pelakon ini pun tak tahu mengenai penyakitnya itu.
Justeru Shahrulezad bersama rakan selebriti serta pasukan produksi berikhtiar dengan melakukan solat hajat dan bacaan Yaasin supaya Nad kembali sihat serta mendoakan yang terbaik untuknya.
Artikel Lain: Puasa Lebih 12 Jam Selang Sehari, Ambil Nasi 2 Sudu. Rahsia Bonda Rozita Jadi Kurus & Cantik!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI