Masa yang banyak di rumah disebabkan PKP menyebabkan kita tidak lepas dari aktiviti makan bersama keluarga.
Situasi ini jika tidak dikawal boleh menyebabkan seseorang itu boleh mengalami pertambahan berat badan mendadak.
Oleh itu, melakukan aktiviti riadah atau senaman mampu mengurangkan risiko penyakit seperti serangan jantung atau diabetes.
Menurut kajian Majlis Amerika, aktiviti fizikal juga dapat meningkatkan kekuatan otot badan, meningkatkan kadar metabolisma, mengurangkan pertumbuhan lemak sekali gus dapat menurunkan berat badan.
Bagaimanapun, terdapat banyak senaman yang memiliki fungsi berbeza sama ada untuk menguatkan otot atau menurunkan berat badan.
Ini antara senaman disarankan yang dapat membantu menurunkan berat badan menurut Insider Monkey:
1. Plank
Senaman ini dapat menguatkan otot teras dan meningkatkan proses pembakaran kalori. Senaman ini melibatkan kekuatan otot di bahagian belakang badan, tangan, kaki dan perut.
Cara melakukan senaman ini kelihatan sama seperti senaman tekan tubi. Sedikit berbeza dengan plank yang memperuntukkan untuk meletakkan tangan ke lantai pada posisi 90 darjah.
Pastikan kaki berada pada keadaan lurus. Cuba bertahan dalam posisi tersebut selama 10 saat, rehat seketika kemudian ulang sebanyak dua kali.
Ads
2. Tinju Bayang
Senaman tinju bayang merupakan salah satu kaedah kardio yang menghubungkan lengan dan kaki.
Keadah ini biasanya digunakan oleh peninju profesional untuk mengekalkan stamina mereka di gelanggang.
Senaman ini dipercayai dapat membakar sekitar 300 kalori dalam tempoh masa satu jam selain dapat menguatkan bahagian otot dan sendi badan.
3. Tendangan Pinggul
Proses tendangan pinggul ini sama seperti melakukan senaman lari setempat. Bagaimanapun, sedikit berbeza apabila kaki perlu diangkat sehingga mengena bahagian pinggul.
Difahamkan sebanyak 240 hingga 255.5 kalori berjaya dibakar dalam tempoh masa 30 minit senaman.
Ads
4. Lompat Bintang
Senaman lompat bintang ini boleh dikategorikan sebagai ‘senaman klasik’ kerana ia telah diajar sejak kecil di sekolah.
Senaman lompat bintang ini merupakan salah satu cara untuk menurunkan berat badan dengan efektif.
Bagi mendapatkan kadar penurunan berat badan yang memuaskan, lakukan 30 kali lompatan sebanyak 10 set. Sebelum melakukan set seterusnya, ambil 30 saat untuk berehat.
Ads
5. Lompatan Tali Skip
Sama seperti senaman lompat bintang, aktiviti lompatan tali skip ini turut menjadi salah satu rutin ketika di usia kanak-kanak.
Bukan sahaja anak kecil, malah atlet profesional juga gemar melalukan lompatan tali skip sebagai senaman memanaskan badan.
Senaman ini menghubungkan banyak anggota tubuh seperti bahu, kaki, tangan dan betis. Lakukan senaman ini selama 15 minit sahaja dapat membakar sekitar 200 hingga 300 kalori.
Kena Lebih Peka, Kaum Wanita Rupanya Lebih Mudah Diserang Penyakit Autoimun Seperti SLE. Ramai tidak tahu sebenarnya kaum wanita adalah golongan yang sangat mudah mendapat penyakit autoimun berbanding lelaki.
Namun begitu, ramai yang tidak begitu arif dan faham apa sebenarnya penyakit ini yang biasanya menyerang kaum wanita sahaja.
Pakar Perundingan Perubatan Hospital Columbia Asia Puchong, Dr. Muhammad Bin Shahruddin berkata secara umumnya penyakit autoimun ini adalah di mana badan manusia itu menghasilkan antibodi sendiri yang menyerang sel-sel badan atau organ manusia itu sendiri.
Sepatutnya sistem keimunan dan antibodi kita ini adalah untuk menyerang penyakit seperti contohnya bakteria, fungus dan virus dari luar.
Tetapi dalam kes penyakit autoimun ini, badan kita menghasilkan antibodi yang sama dan menyerang organ dalam diri sendiri.
Ini kerana sistem imun badan tidak dapat membezakan sel atau tisu badan sendiri dan menganggapnya sebagai sel atau tisu asing.
Ada banyak jenis penyakit autoimun yang dikenalpasti setakat ini. Jumlah penyakit adalah lebih 80 jenis di dalam spektrum penyakit autoimun ini. Biasanya dalam sesuatu penyakit autoimun itu dari segi insidennya 80 hingga 90 peratus dihidapi oleh wanita.
Kebiasaanya penyakit autoimun ini akan menyerang umur wanita yang sedang dalam jangka waktu subur.
Contohnya di antara usia 15 hingga 45 tahun. Namun, ada juga kes yang melibatkan wanita berusia 45 tahun dan ke atas, tetapi ia jarang berlaku.
Ia masih dalam kajian yang dilakukan oleh para saintis. Salah satu teori yang saintis terangkan adalah wanita ini sistem keimunannya lebih kuat sedikit daripada lelaki.
Oleh itu dari segi jangkitan penyakit berjangkit, lelaki lebih senang mendapat kuman berbanding wanita.
Mungkin juga disebabkan keimunan wanita itu lebih kuat daripada lelaki itu telah menyebabkan risiko mendapat penyakit autoimun lebih tinggi.
Tetapi kebanyakan saintis mengatakan bahawa penyebab autoimun ini adalah kombinasi dari faktor genetik dan persekitaran.
Selain daripada itu, penyakit autoimun itu juga berkait rapat dengan genetik.
Sebagai contohnya jika ada ahli keluarga seperti ibu dan nenek menghidap penyakit autoimun, seorang wanita itu boleh mendapat penyakit yang sama.
Bagi mengesan secara genetik, tidak ada ujian khusus yang boleh dilakukan. Secara asanya, bila doktor bertemu pesakit, dia akan bertanya sejarah penyakit yang menyerang keluarganya.
Genetik itu bukannya semestinya mendapat penyakit yang sama. Ia boleh menghidap penyakit dalam spektrum penyakit autoimun itu.
Dalam penyakit autoimun ini, contohnya jika ibu menghidap penyakit tiroid, tidak bermakna anaknya akan mendapat penyakit tiroid.
Ada kemungkinan jika ibu mendapat penyakit SLE, anaknya mungkin akan mendapat penyakit yang lain berkaitan dengan autoimun contohnya penyakit tiroid, psoriasis atau rheumatoid arthritis.
Apabila penyakit autoimun berlaku, antibodi ini akan menyerang organ tubuh badan yang tertentu.. Contoh-contoh adalah seperti berikut;
1. Sendi-Sendi
Sendi-sendi akan sakit dan membengkak. Contoh penyakit sendi ini adalah rheumatoid arthritis.
2. Systemic Lupus Erythematosus atau SLE
SLE ia boleh memberi kesan pada lebih dari satu organ dalam seluruh badan dan di antara jenis yang paling kerap di diagnosa.
Ia akan menyerang sendi tetapi tidak seteruk rheumatoid arthritis. Ia juga boleh menyerang kulit sehinggakan kulit naik ruam-ruam, ruam-ruam pada muka, rambut gugur.
Paling teruk apabila SLE ini menyerang buah pinggang. Apabila buah pinggang telah diserang dan kita tidak dapat mengesannya terlebih awal, ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang jika tidak dirawat.
SLE juga boleh menyebabkan serangan antibodi ke bahagian otak sekaligus menyebabkan radang otak.
3. Penyakit tiroid
Penyakit tiroid lebih banyak menyerang wanita. Puncanya adalah antibodi menyerang organ tiroid. Dua jenis penyakit tiroid ini adalah Graves disease dan Hashimoto disease.
Graves disease berlaku apabila hormon tiroid berlebihan manakala Hashimoto disease berlaku apabila hormon tiroid terlalu rendah. Punca-punca berlaku adalah sama tetapi rawatan yang akan dilakukan adalah berbeza.
4. Penyakit Psoriasis
Penyakit psoriasis juga adalah penyakit autoimun. Ini berlaku apabila antibodi badan menyerang kulit sehinggakan kulit menggelupas.
Cara untuk mengesahkan penyakit psoriasis ini adalah dengan mengambil sampel dan hantar ke makmal untuk diuji. Cara rawatan adalah untuk menurunkan sistem imum dengan rawatan tertentu oleh pakar kulit.
5. Immune thrombocytopenic purpura (ITP)
ITP ini adalah masalah darah. Apabla berlaku, antibodi menyerang platelet dan menyebabkan bacaan bilangan platelet menjadi rendah.
Ia membuatkan seseorangan itu mudah lebam. Ia juga boleh menyebabkan pendarahan hidung dan pendarahan gusi.
Bahaya ITP ini pada ibu mengandung adalah jika bacaan platelet itu rendah, ia boleh menyebabkan pendarahan. Penyakit ITP ini biasanya dirawat oleh pakar hematologi (darah).
Selain dari penyakit yang disebut di atas, banyak lagi penyakit autoimun lain yang wujud. Contohnya Celiac disease, Addison’s disease, scleroderma, Myasthenia gravis dan Type 1 Diabetes mellitus.
Permulaanya, simptom-simptom tidak spesifik dan tidak jelas. Antaranya adalah seperti berikut;
1. Biasanya simptom-simpton itu akan bermula dengan rasa letih, lemah dan badan atau otot-otot rasa sakit.
2. Selepas itu kebiasaanya seseorang itu akan mula demam yang tidak tinggi (suhu badan 37.5 dan 37.8 Celsius). Tetapi demam ini agak lama dan berterusan lebih kurang seminggu hingga dua minggu.
3. Sendi-sendi juga akan rasa sakit dan bengkak. Sukar untuk bergerak sebaik bangun tidur pada waktu pagi.
4. Keguguran rambut yang berlebihan
Mereka yang menghidap simptom-simptom ini agar tidak menganggap simpton-simpton ini normal. Segeralah bertemu doctor bagi memeriksa apa sebenarnya yang berlaku pada tubuh anda.
Sebaik bertemu doktor perubatan atau doktor pakar, pemeriksaan akan dilakukan. Antaranya;
1. Doktor akan melihat simptom-simptom yang pesakit alami
2. Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal yang lengkap
3. Doktor membuat ujian darah yang asas
Jika kemungkinan pesakit menghidap penyakit autoimun, doktor perubatan akan merujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.
Rawatan penyakit autoimun akan bergantung kepada gejala dan jenis penyakit tertentu.
Buat masa ini pesakit yang disahkan positif virus Covid-19 akan menjalani kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Mereka yang dihantar ke sana akan menjalani rawaan sehingga dibenarkan keluar oleh pihak pengurusan.
Biarpun kelengkapan telah disediakan, tetapi bagi mereka yang dihantar ke sana diingatkan perlu membawa beberapa barangan peribadi.
Ini adalah bagi memudahkan pesakit lebih selesa bergerak dan memudahkan memandangkan ramai pesakit yang di kuarantin di sana.
Perkongsian seorang pengguna laman sosial facebook, Nur Izyani Kamaruzman mengingatkan beberapa barangan penting yang perlu dibawa sepanjang tempoh kuarantin di sana.
Wad Exora lebih kepada sharing halls, manakala Wad Airiz ada pembahagian bilik-bilik (mungkin 2 katil double decker).
Bilik air sharing. So far bersih dan selesa. Adakalanya perlu ambil masa beratur. It is okay, just beratur and your turn will come.
Pesakit perlu di kuarantin lebih kurang 10 hari daripada tarikh swab diambil. Jadi boleh agak masa untuk masing-masing. Antara item penting yang perlu dibawa:
1) Ubatan sendiri (lebih mudah)
2) Peralatan mandi (sabun etc)
3) Telekung sejadah
4) Makanan (instant noodle ke, biscuits, 3 in drinks etc, untuk 10 hari tu, depends kes masing-masing). Makan diberi 3 kali sehari. Sarapan dalam pukul 8.15am, makan tengah hari dalam pukul 12pm (macam hari tu ada kes lambat, makan malam around 6.30pm. Ada kes check in 2-3 pagi, mungkin yang dari Melaka. Jadi makanan yang dibawa sangat diperlukan.
5) Mug/cawan (nak bancuh air panas)
6) Baju panas yang betul2 boleh memanaskan
7) Stokin (gloves pun boleh bawa jika nak, sebab memang sangat sejuk!!!!)
8) Extra selimut (same case, sometimes habis stok)
11) Quran, books, any gadgets to kill time/to do work
12) Di bangunan ni ada coffee machine yang guna QR code or bank cards (mahal rm8.99 the cheapest coffee, and selalu rosak . so far xde vending machine makanan lain. di Hall B tiada vending machines)
13) Selipar untuk ke toilet
14) Tuala wanita/liners
15) Plug extension, untuk charge electronic items
16) Duit, untuk tambang balik. Discharge from Maeps adalah tanggungan sendiri ya. Jadi bersedia. sehari sebelum discharge, pesakit akan dimaklumkan dan slip discharge akan diberikan.
That’s all for now. Moga dapat membantu persediaan bagi yang terpaksa kuarantin di Maeps (Oh ya, saya dimaklumkan akan ke Maeps, di atas bas selepas ambulan yang ambil di rumah, hantar ke pusat pengumpulan pesakit-pesakit. PIC yang call maklumkan saya perlu dikuarantin pun tak dapat pastikan saya ke mana masa tu
Selain suplemen ubatan yang sesuai, mengamalkan petua tradisional juga sangat baik untuk kesihatan tubuh.
Antaranya adalah minum air rebusan bahan-bahan herba seperti red dates (jujube) atau kurma merah yang merupakan adalah salah satu makanan kesihatan popular di China.
Bukan sahaja dijadikan ubat-ubatan, malah kurma merah ini turut digunakan dalam pelbagai jenis makanan harian mereka di sana.
Ternyata, kurma merah ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri kerana dikatakan mampu untuk menurukan tekanan darah tinggi dan juga sangat bagus untuk wanita.
Kurma merah atau yang disebut juga dengan Red Dates dapat memulihkan tubuh setelah sakit, baik bagi wanita yang menopause, period dan yang sedang berpantang.
Buah ini juga melindungi fungsi hati, dengan kandungan antioksidan yang berlimpah kurma merah juga baik untuk mencegah pertumbuhan sel kanser.
Dan masih banyak lagi manfaat dari kurma merah ini sehingga dalam rawatan china buah ini sering dimasukkan dalam resipi sinshe.
Tips yang Bos (Chinese) bagi:- -Masak Red dates lebih sedap. -Biasa orang cina masukkan dalam sup -Koyakkan red dates untuk seimbangkan rasa manis dalam masakkan atau minuman. -Buang biji red dates sebab menurutnya biji dia bersifat boleh memanaskan badan. -Nak lebih sedap dan elok boleh letak gingko biloba dan longan kering. -Minum red dates lepas makan dalam keadaan suam sangat elok.
Best tau kalau amalkan kurma cina ni. Terutama time datang bulan. Elok sesangat
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.