Tidak dinafikan bagi sesiapa yang mengandung pastia akan berdepan dengan masalah kenaikan berat badan mendadak sepanjang kehamilan.
Namun itu bukan alasan untuk malas menurunkan dan mendapat berat ideal selepas tempoh melahirkan.
Begitu juga bagi penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berazam untuk menurunkan lagi berat 10 kilogram selepas melahirkan anak keduanyaMuhammad Afqa 19 April lalu.
Siti berkata sebelum ini dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram sleepas melahirkan anak lelakinya itu.
“Ketika hamilkan Muhammad Afwa, berat badan saya mencecah sehingga 92kg. Alhamdulillah, saya kemudiannya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg selepas itu.
Ads
“Kini saya mensasarkan untuk turunkan lagi 10kg berat badan untuk mencapai berat ideal iaitu 60kg,” katanya ketika menjayakan sidang media virtual, BeauRaya semalam.
Bagi pemilik suaralagu Aku Bidadari Syurgamu itu lagi, dia mengakui berat badannya sukar untuk turun berbanding wanita lain selepas selesai berpantang.
“Sesetengah wanita senang sahaja untuk menurunkan berat badan selepas bersalin. Tapi tidak bagi saya kerana agak sukar untuk turunkan berat badan,” jelasnya.
Dalam pada itu, isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K berkata, sejak menimang cahaya mata kedua, dia kini lebih tertumpu dengan Afwa.
“Sebelum ini memang saya manjakan dan lebihkan tumpuan pada Aafiyah. Tapi sekarang saya fokus dan lebihkan kepada dengan Afwa pula.
“Alhamdulillah Aafiyah okay sahaja dan dia pun sangat sayangkan adiknya. Setiap pagi selepas bangun dia akan mencari adiknya untuk dicium. Saya sangat bersyukur dengan kehadiran dua cahaya ini melengkapkan lagi kehidupan keluarga saya,” katanya.
Siti mendirikan rumah tangga dengan Datuk K pada 2006. Pasangan itu dikurniakan puteri sulung, Siti Aafiyah juga hasil proses IVF selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga. Siti sebelum ini pernah keguguran pada November 2015.
Pernah atau tidak anda mengalami situasi di mana rasa mengantuk walaupun sudah mempunyai waktu tidur mencukupi.
Bagaimana situasi ini boleh berlaku dan apakah bahaya pada diri kita jika hanya membiarkannya begitu sahaja.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad menjelaskan situasi ini dan bagaimana cara menyelesaikanya.
Rasa mengantuk akan hadir apabila tubuh badan dalam keadaan letih dan memerlukan istirehat. Biasanya pada waktu malam, memang lumrah alam dijadikan siang untuk kerja dan malam pula untuk tidur.
Persoalannya rasa mengantuk hadir pada waktu siang walaupun cukup tidur pada malam harinya. Simptom mengantuk yang teramat sangat ketika didalam kuliah atau tempat kerja membuatkan kita hilang tumpuan. Sebenarnya ini tanda badan kita berada dalam masalah.
Terdapat pelbagai punca kenapa anda boleh kerap berasa mengantuk.
Kekurangan tidur boleh disebabkan oleh banyak perkara. Kebanyakan orang dewasa memerlukan tujuh hingga sembilan jam setiap malam.
2. Tabiat tidur yang buruk
Juga dikenali sebagai “sleep hygiene”. “Sleep hygiene” yang tidak baik merujuk kepada tabiat yang menjejaskan kualiti tidur anda. Apakah tabiat tidur yang tidak elok?
a) Jadual tidur yang tidak teratur. Anda seharusnya tidur pada waktu yang sama setiap malam dan bangun pada waktu yang sama setiap pagi (termasuk hujung minggu) bagi meningkatkan kualiti tidur anda.
b) Mengambil kopi atau minuman berkafein lain pada waktu malam atau petang. Kafein berlegar di dalam sistem anda selama 8 jam atau lebih, mengganggu keupayaan anda untuk tidur.
c) Pengambilan alkohol. Pengambilan alkohol memberi kesan buruk kepada kitaran tidur anda.
d) Menggunakan peranti yang memancarkan cahaya biru, seperti komputer dan telefon bimbit, terutamanya beberapa jam sebelum tidur.
e) Tidur berlebihan pada waktu petang Tidur tidak lebih dari 30 minit adalah yang terbaik jika anda tidak mahu memberi kesan terhadap tidur malam anda.
f) Bersenam pada lewat petang atau sebelum tidur. Ini akan menyukarkan anda untuk tidur dengan baik pada waktu malam.Latihan yang meningkatkan denyutan jantung dan menyebabkan adrenalin melonjak, boleh memberi kesan kepada kualiti tidur anda.
Senaman perlu dilakukan pada waktu pagi atau petang supaya dapat membantu anda untuk tidur dengan lena dan bukan sebaliknya. Kurang bersenam boleh menyebabkan anda tidak cergas dan mengantuk pada siang hari.
g) Membaca di atas katil. Sebenarnya, melakukan aktiviti lain di tempat tidur seperti membaca boleh menjejaskan tidur anda.
h) Makan sebelum tidur. Anda harus berhenti makan sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur. Ini juga dapat mengelakkan masalah pedih ulu hati.
3. Sindrom Prahaid/Premenstrual Syndrome
Wanita sering mengalami insomnia sama ada semasa atau sebelum sebelum haid. Melatoniniaitu hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pineal dan berperanan mengawal tidur, menurun semasa haid. Ini boleh menyebabkan insomnia.
• Mengantuk pada siang hari yang kronik mungkin adalah gejala idiopatik (penyebab yang tidak dapat dikenal pasti) hypersomnia (mengantuk yang berlebihan).
• Hipersomnia Idiopatik mengakibatkan perlunya tidur untuk jangka masa yang panjang, selalunya lebih dari sepuluh jam. Walaupun telah tidur untuk jangka masa yang panjang, ramai orang dengan hipersomnia idiopatik kekal mengantuk.
• Mengantuk yang berlebihan disebabkan oleh gangguan sistem saraf. Walaupun penyebab sebenar masih belum dikenalpasti. Disebabkan masalah ini tidak difahami sepenuhnya, tiada ubat untuk hypersomnia idiopatik.
• Ramai yang terkeliru antara hipersomnia idiopatik dan trypanosomiasis Afrika (juga dikenali sebagai “sakit tidur”). Trypanosomiasis Afrika mennyebabkan seseorang itu tidur secara berterusan.
5. Masalah insomnia
Terdapat pelbagai jenis insomnia. Jika anda letih tetapi anda tidak boleh tidur, ini dipanggil “onset insomnia”. Penyebab utama insomnia adalah:
• Masalah perubatan, seperti sakit kronik atau refluks
• Masalah psikiatri, seperti kebimbangan dan kemurungan
• Kerja shift yang memerlukan waktu bekerja yang tidak teratur
• Tabiat gaya hidup seperti yang dinyatakan di atas
• Tidur selepas makan atau makan kurang 30 minit sebelum waktu tidur
• Merokok, minum arak atau mengambil kafein
• Tekanan/stress
Insomnia jenis akan sembuh dengan sendirinya dan tidak memerlukan penilaian perubatan. Jika anda menghadapi masalah tidur sekurang-kurangnya tiga malam seminggu untuk sekurang-kurangnya tiga bulan, anda menghidap insomnia jenis kronik. Mengatasi masalah insomnia memerlukan perubahan gaya hidup atau pengambilan ubat. Insomnia jenis kronik memerlukan rawatan dan intervensi.
6.Fibromyalgia
Fibromyalgia adalah masalah kesihatan dengan gejala seperti rasa sakit, keletihan, masalah tidur, dan tekanan emosi. Jika anda menghidap penyakit fibromyalgia, anda mungkin mengalami masalah seperti kesukaran untuk tidur, masalah tidur, atau bangun terlalu awal.
7.Hypothyroidism
Tiroid adalah kelenjar yang terletak di belakang trakea. Tiroid menghasilkan hormon yang mengawal suhu badan dan metabolisme anda. Masalah hipotiroid mungkin disebabkan oleh rawatan hipertiroidisme. Masalah hipotiroid juga mungkin disebabkan oleh kekurangan iodin, atau mungkin akibat gangguan autoimun. “Hypothyroidism” lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita.
Selain rasa lelah dan mengantuk sepanjang masa, anda juga mungkin berasa sejuk walaupun orang di sekitar anda berasa panas. Anda mungkin akan menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian.
Sembelit adalah satu lagi gejala hipotiroidisme selain pertmbahan berat badan yang tidak disengajakan. Setelah diberi diagnosis, hipotiroidisme akan dirawat dengan ubat-ubatan.
8. Anemia
Anemia adalah keadaan apabila anda mempunyai paras hemoglobin yang rendah. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah. Hemoglobin membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh.
Dalam kes anemia, tisu anda tidak mendapat oksigen yang mencukupi, sama ada kerana bilangan sel darah merah anda rendah (terlalu sedikit sel darah merah) atau kerana beberapa keadaan yang mengurangkan paras hemoglobin anda.
Dalam hal ini, jantung anda perlu bekerja keras untuk mendapatkan oksigen yang cukup bagi tisu anda. Apabila jantung anda terpaksa bekerja lebih keras, anda akan menjadi lebih mudah letih, tanpa mengira sama ada anda mendapat tidur yang berkualiti atau tidak.
• Patuhi jadual tidur yang tepat dan sama untuk setiap hari supaya anda tidak akan kekurangan tidur
• Dapakan vitamin D dari matahari setiap pagi bagi menyegarkan minda anda dan mengurangkan rasa mengantuk
• Basuh muka anda dengan air sejuk setiap kali anda mengantuk
• Makan sarapan pagi yang berkhasiat
• Bersenam setiap hari
Anda harus berjumpa doktor bila rasa mengantuk yang dihadapi menganggu rutin harian anda atau rasa mengantuk menjejaskan perhatian anda sewaktu bekerja atau memandu. Rawatan untuk masalah ini bergantung kepada puncanya.
Anda boleh berbincang dengan doktor untuk mengetahui punca anda kerap mengantuk dan rawatan yang diperlukan.
Apabila seseorang dijangkiti virus Covid-19, pelbagai simptom akan dapat dikesan seperti hilang deria bau selain mengalami demam dan batuk.
Malah jika dijangkiti dalam stage 5, berkemungkinan boleh menyebabkan kematian dan dan sehingga hari ini di Malaysia virus Covid-19 telah membunuh lebih 3000 pesakit.
Dan satu lagi pembunuh senyap Covid-19 yang juga patut kita takuti adalah Happy Hypoxia, terutamanya bagi golongan muda.
Dengarkan penjelasan Dr Samhan di laman twitter berkaitan Happy Hypoxia ini.
Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mendedahkan, Happy Hypoxia mula dikesan menyerang segelintir pesakit Covid-19 di negara ini hasil pemerhatian klinikal yang dibuat kebelakangan ini.
Tidak hanya di Malaysia, gejala ini yang kebanyakannya menyerang pesakit Covid-19 dalam kalangan individu muda turut berlaku dilaporkan di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, India dan Indonesia.
Bukan setahun dua penyanyi dan pelakon ini berjuang dengan kanser yang dihidapi.
Tetapi lebih 10 tahun dirinya menderita kanser limfoma hingga mengakibatkan dia berdepan masalah setahun hilang berat badan, tumpah darah dan sebagainya.
Dan hari ini, penderitaan berakhir apabila Elyana memaklumkan dirinya kini bebas dan pulih daripada kanser limfoma yang dihadapi sesak 11 tahun lalu.
Perkhabaran itu dikongsi melalui laman Instagramnya dengan memuat naik sekeping foto dan video hasil imbasan bersama doktor untuk tatapan umum.
Menurut Elyana, dia sentiasa menunggu detik bahagia ini selain tidak putus berdoa agar dirinya kembali sihat.
Sebaik muat naik posting, ramai rakan selebriti dan netizen turut mengucap syukur dengan perkembangan terbaru dirinya itu. Rata-rata terus memberikan kata-kata semangat pada Elyana untuk meneruskan kehidupan.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.