Pelakon wanita, Lisdawati Nazaruddin mendedahkan pernah diuji tanpa sebarang tawaran lakonan selama empat tahun.
Dan ujian itu datang selepas dia membuat keputusan menutup aurat sepenuhnya. Namun apa pun yang tiba, isteri kepada Fauzi Nawawi ini tetap memilih untuk istiqomah walau tiada tawaran daripada pihak produksi.
Berumur 45 tahun dengan status ibu kepada empat orang anak, tidak mematahkan semangatnya untuk jaga badan. Apatah lagi dia sekarang fokus keluarga sebagai suri rumah.
Lisdawati Pilih Bersenam Lepas Subuh
Melihat perkembangan semasa Lisda, dia cukup aktif berkongsi video senaman di laman media sosial. Patutlah maintain badan slim, dia rajin bersenam dan amalkan gaya kehidupan sihat.
Ads
Cerita Lisdawati, “Sekarang tak ada kerja, hanya suri rumah. Jadi lepas subuh, curi masa pergi jogging lah.
“Saya suka makan, jadi kena senam. Ambil supplements tambahan untuk maintain berat badan.”
Cara Keluarkan Peluh Bagi Ibu Sibuk
Pernah juga Lisdawati berkongsi cara dia keluarkan peluh lepas bersalin dulu di majalah Pama, salah satu tip untuk sentiasa sihat ialah melakukan senaman ringan dan tugasan harian di rumah tanpa menggunakan kipas dan penyaman udara.
Ads
Mungkin ini adalah salah satu cara semula jadi untuk bersauna.
Lisdawati juga sempat selitkan tip sihat untuk wanita bergelar ibu sibuk:
Banyak sayur dalam masakan.
2. Banyak minum air suam.
Ads
3. Rajinkan diri senam ringan atau lakukan tugasan harian di rumah (tutup kipas dan aircond) / Sauna.
Hah, mudah bukan? Anda yang tak ada masa pun boleh buat kalau nak maintain berat badan dan pakai baju saiz kecil. Yang niat nak jaga badan biasanya bukan nak cantik sahaja tetapi lebih kepada nak sihat untuk mudah bergerak dan beribadat.
Kopi sebenarnya mempunyai tahap antioksidan yang sangat baik yang boleh mengurangkan risiko penyakit tertentu (termasuk beberapa penyakit seperti penyakit jantung dan barah). Namun, untuk PCOS, kopi antara minuman yang kurang baik untuk dijadikan minuman harian kerana: ⠀
Pengambilan yang berlebihan mungkin dikaitkan dengan risiko keguguran – Sekiranya anda hamil, anda harus mengehadkan pengambilan kafein hingga 200 mg sahaja sehari bersamaan dengan 2 cawan sehari.
Boleh memburukkan masalah adrenal- Pengambilan kafein boleh meningkatkan hormon kortisol serta boleh memburukkan lagi rintangan insulin dan meningkatkan gula dalam darah. Ia juga dapat meningkatkan masalah ‘anxiety’ anda.
Dapat meningkatkan kadar estrogen dalam badan dan menjadi dominan – Hormon estrogen yang tinggi di dalam badan akan menyebabkan anda mengalami pendarahan haid yang berlebihan, mood yang tidak stabil dan sakit kepala.
Boleh mengganggu tidur anda – PCOS memang mudah mengalami masalah kesukaran untuk tidur, ditambah pula dengan minuman berkafein, ianya lagi boleh menyukarkan anda untuk tidur kerana minuman berkafein boleh mengurangkan hormon melatonin anda iaitu hormon tidur!
Boleh memburukkan lagi masalah pedih ulu hati (atau GERD) kerana kafein boleh meningkatkan acid perut anda.
Kesimpulannya, pengambilan kopi untuk PCOS banyak buruknya dari baik. Jadi, saya mengesyorkan satu cawan sehari sebanyak 50mg, atau kurang atau lebih baik tinggalkan kopi dan gantikan dengan teh herba.
Saya tahu ia agak mengecewakan bagi penggemar kopi, tetapi korbankanlah sedikit kesukaan anda untuk mendapat hormon yang lebih stabil dan badan yang lebih sihat!
Dia yang memulakan diet November lalu dengan berat sekitar 83 kg dan kini beratnya sudah pun mencecah 73 kg dengan ketinggian 54 cm.
Hanya mengamalkan diet suku-suku separuh dengan latihan workout 3 hingga 4 kali seminggu dia berjaya menurunkan berat badannya. Masih lagi berazam untuk turunkan lagi berat untuk misi raya nanti.
Tapi saya dapati, diet suku suku separuh ini sangat enjoy dan tidak menyeksakan. So, dengan tekad & azam yang ada, saya mulakan juga perubahan ini.
Saya hari-hari akan jenguk Page ni untuk mendapatkan suntikan motivasi. Seumur hidup saya inilah kali pertama saya mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Setakat ni saya masih positif dan belum mahu mengalah kerana BMI belum Normal. Target saya sebelum Raya, Kurus, sihat dan Cantik
My Journey:
– Start 26 Nov 2021 berat 83 KG
– Now 73KG
– Tinggi 154 cm
– SSS Portion
– Workout 3-4 Kali Seminggu dalam 30mins-1 Jam (Cardio) nnt nak try weight Training plak
– Air Masak 2-3 Ltrs sehari
– 10K Steps sehari
– Cut gula 90% sebab kadang seminggu sekali makan dessert, kadang tak
Selain demam berpanjangan salah satu simptom diserang virus Covid-19 adalah sesak nafas. Jika ini berlaku cepat-cepat berjumpa doktor untuk lakukan swab test.
Namun begitu, sesak nafas juga boleh terjadi disebabkan beberapa faktor lain seperti alahan pada debu atau terdedah pada semburan bahan kimia atau mempunyai masalah anaemia.
Perkongsian menarik dari Doktor Zubaidi Hj Ahmad mengenai gejala sesak nafas yang jarang kita ambil tahu punca dan tindakan apa perlu dibuat jika terkena serangan ini.
Sesak nafas adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal.
Sesak nafas ini boleh berlaku secara akut dan kronik :
1. Sesak nafas akut adalah gejala datang secara tiba-tiba dan hilang dalam jangka masa beberapa hari setelah rawatan.
2. Sesak nafas kronik adalah keadaan di mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangka waktu yang lama.
Sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular.
Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah asma, jangkitan paru-paru akut (pneumonia), jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema), penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease) dan kanser paru-paru.
Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah kegagalan jantung, serangan jantung dan kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah kekurangan darah merah (anaemia), alahan , resdung, kegelisahan (AnxietyDisorders) dan kegemukan.
GEJALA SESAK NAFAS
1. Jika anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit atau ketat dada, kemungkinan anda mengalami serangan jantung, pneumothorax (udara berada antara paru-paru dan dinding dada) atau pulmonary embolism (darah beku dari bahagian kaki telah bergerak ke paru-paru).
2. Jika anda mengalami sesak nafas mengikut episod disertai oleh bunyi seperti wisel (wheezing) atau batuk, anda mungkin menghidapi serangan asma atau jangkitan yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit.
3. Jika anda mengalami sesak nafas yang berterusan dan semakin teruk disertai dengan sejarah pendedahan kepada asap rokok, habuk dan semburan bahan kimia anda mungkin menghidapi penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik (COPD).
4. Jika anda pernah bekerja di tempat yang mendedahkan anda kepada asbestos, habuk kayu, semburan bahan kimia, anda mungkin menghidapi penyakit paru-paru berkaitan pekerjaan (Occupational Lung Diseases).
5. Jika kaki anda bengkak dan mengalami sesak nafas semasa baring mendatar, anda mungkin mengalami kegagalan jantung (heart failure).
6. Jika anda cepat berasa letih, kelihatan pucat dan sesak nafas terutamanya bila melakukan aktiviti fizikal, anda mungkin mengalami anaemia.
7. Jika anda bernafas dengan cepat disertai dengan rasa pening atau berasa kebas pada tangan atau sekitar mulut, anda mungkin mengalami hyperventilation (bernafas keterlaluan biasanya disebabkan oleh aktiviti fizikal yang berlebihan dan tekanan emosi).
8. Jika anda sesak nafas disertai demam, batuk atau batuk darah dan kehilangan berat badan,anda mungkin menghidapi jangkitan seperti tibi atau kanser paru-paru atau pulmonary embolism.
9. Jika anda demam, disertai hingus berair dan batuk berkahak anda mungkin mengalami jangkitan saluran pernafasan (bronchitis) atau jangkitan paru-paru (pneumonia).
TINDAKAN
Sekiranya anda mengalami salah satu gejala yang dinyatakan, sila pergi ke Jabatan kecemasan hospital atau klinik kesihatan dengan atau hubungi perkhidmatan ambulan dengan serta-merta, sekiranya anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba dan disertai oleh sakit atau ketat dada, serangan asma teruk, bibir dan jari anda menjadi biru dan rasa seperti hendak pengsan.
Sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami sesak nafas hanya dengan melakukan aktiviti fizikal ringan, sesak nafas semasa baring dan perlu bersandar dengan beberapa bantal untuk melegakannya, nafas berbunyi, sesak nafas disertai demam dan batuk.
Jika anda mengalami sesak nafas yang berterusan kerana menghidapi penyakit paru-paru kronik, anda digalakkan untuk berhenti merokok, lakukan senaman secara berkala mengikut kemampuan fizikal anda, elakkan dari terdedah kepada udara tercemar dan bahan alahan dan berterusan mengambil ubat-ubatan yang dibekal oleh doktor mengikut arahan.
DIAGNOSA DAN RAWATAN SESAK NAFAS
Doktor akan bertanya lebih lanjut dan membuat pemeriksaan fizikal serta melakukan ujian tertentu bagi mengenal pasti penyakit anda.
Antara ujian yang mungkin dilakukan oleh doktoradalah X-Ray dada, electrocardiogram (ECG), ujian fungsi paru-paru (PEAK FLOW METER / SPIROMETER), pemeriksaan darah dan kahak.
Rawatan yang diberi adalah khusus untuk penyakit yang menyebabkan gejala sesak nafas tersebut.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.