Yoga antara señaman yang tidak begitu popular tetapi sebenarnya mempunyai banyak manfaat berguna untuk kesihatan mental dan fizikal.
Perkataan yoga berasal daripada sanskrit kuno ”yuj” yang membawa maksud menyatukan, menyambungkan atau menggabungkan.
Ini kerana ia adalah aktiviti yang mampu menyatukan keseimbangan di antara kesihatan tubuh badan dalam aspek fizikal dan mental.
Buat anda yang belum pernah melakukannya, ia adalah sejenis senaman berasaskan 3 perkara iaitu pergerakan, pernafasan dan meditasi.
Ayuh kita lihat kebaikan senaman yoga yang baik diamalkan sepanjang PKP ini.
#1. Menyingkirkan Stres
Kita tidak boleh terlalu jumud dengan menyangka hanya mental sahaja yang mengalami stres. Jangan tak tahu, fizikal pun boleh stres juga.
Selain mengambil ubatan yang dipreskripsikan doktor, senaman ini turut boleh membantu menyingkirkan stres.
Ini kerana ia mampu menstabilkan degupan jantung, tekanan darah serta sistem pernafasan yang akan mencanak naik setiap kali kita berasa tertekan.
Dalam pada itu, senaman ini juga mampu mengurangkan pengeluaran kortisol dalam tubuh badan – sejenis hormon yang dirembeskan ketika stres.
#2. Mengurangkan Berat Badan
Ada satu jenis senaman ini bernama Hot Yoga yang sangat sesuai dilakukan oleh individu yang ingin kurus.
Ads
Kesemua jenis senaman ini juga mampu membantu membakar lemak berlebihan di dalam tubuh badan.
Kajian Harvard Medical School mendapati bahawa individu yang melakukan senaman ini sekurang-kurangnya 30 minit seminggu selama 4 tahun, berjaya mencapai BMI yang sesuai.
#3. Meningkatkan Kekuatan, Kestabilan dan Fleksibiliti
Setiap pergerakan, pernafasan dan meditasi secara perlahan yang berlaku semasa senaman ini mampu melancarkan salur darah serta menguatkan otot badan. Dengan ini, kekuatan, kestabilan dan fleksibiliti akan dapat ditingkatkan.
Sebagai contoh, kalian boleh cuba posisi Tree Pose – berdiri dengan sebelah kaki sementara sebelah kaki yang lain dibengkokkan pada atas lutut.
Cuba kekalkan posisi ini selama seminit dengan fokus kepada satu tempat di hadapan anda dan lihat kesannya selepas seminggu melakukannya.
#4. Tidur Lebih Berkualiti Dengan Yoga
Secara umumnya, senaman ini boleh membuat tubuh badan kita berasa lebih relaks dan bebas stres. Kesannya, sudah pasti kita dapat tidur dengan lebih cepat, lebih lama dan berasa aman setiap kali terjaga.
Ads
Ini kerana yoga mampu meningkatkan pengeluaran melatonin dalam tubuh badan – sejenis hormon yang mampu membuat tidur lebih berkualiti.
#5. Mengelakkan Pelbagai Jenis Penyakit
Kajian Harvard Medical School juga mendapati bahawa yoga membantu mengurangkan faktor risiko pelbagai jenis penyakit ekoran impaknya yang positif dalam menstabilkan tekanan darah.
Antara penyakit yang mungkin boleh dielakkan melalui senaman ini adalah:
Penyakit arteri koronari
Hipertensi
Arthritis
Diabetes
Depresi
Pun begitu, wajar untuk kalian tahu bahawa ia hanya boleh membantu dan perubatan profesional masih perlu diikuti untuk kesihatan tubuh badan yang lebih baik.
#6. Menguatkan Fungsi, Memori dan Intuisi
Dengan bermeditasi semasa melakukan senaman ini, fungsi, memori, intuisi dan pemikiran kita mampu menjadi lebih kuat!
Ads
Selepas sekian waktu mengamalkannya dalam masa 15 minit sehari, anda akan lebih mudah ingat dan fikir sesuatu perkara dengan lebih mudah.
Selain itu, pergerakan dan pernafasan yang dilakukan secara perlahan dapat membuat otak kalian lebih fokus dan teliti dalam kehidupan seharian.
#7. Kekal Relaks Dengan Yoga
Akhir sekali, ini adalah manfaat yang paling penting kerana ia sangat sinonim dengan apa itu yoga. Untuk pengetahuan anda, yoga boleh membantu tubuh badan kita sama ada fizikal atau mental agar lebih relaks.
Ini ekoran daripada rembesan hormon serotonin serta peningkatan kadar aktiviti otak iaitu brain’s gamma-aminobutyric (GABA) yang akan lebih tinggi hanya dengan 15 minit yoga!
Esok semua umat Islam akan menyambut bulan Ramadan. Dan pastinya persediaan telah dlakukan dari awal termasuk kelengkapan hidangan untuk bersahur.
Bagi yang mahu kekalkan diet sihat ketika bersahur, boleh ikut perkongsian wanita ini Fadhlia Nuur yang memberitahu resipi sahur daripada rolled out.
Menurutnya dia memilih rolled out kerana lebih kenyang berbanding nasi. Malah ia juga sesuai untuk mereka yang tiada selera nak makan nasi.
Selain lebih sihat, hidangan rolled out ini juga sesuai untuk jantung dan boleh kurangkan berat badan dengan cepat.
Hidangan Sahur Dengan Rolled Out
Salam. Sempena puasa esok, nak kongsi beberapa cadangan resepi untuk menu sahur.
Bahan utama: OAT (Rolled Oat)
Kenapa oat?
– Lebih kenyang berbanding nasi
– Sesuai untuk sesiapa yang tak selera nak makan nasi ketika sahur
– Lebih sihat. Bagus untuk jantung, kurangkan berat dan kolestrol.
– Mudah dan cepat
- Sesuai untuk sesiapa yang tak nak makan berat tapi nak kenyang
Ada macam-macam jenama rolled oat ni. Saya paling suka yang merah tu. Boleh beli di kedai bakery, giant, tesco atau aeon. Pasaraya kecil selalunya tak ada rolled oat. Ada oat kisar yang biasa tu je. Instant oat tak sesuai untuk resepi overnight oat ya. Nama pun ‘instant’ kan, masa nak makan tu baru bancuh. Jika direndam lama nanti kembang semangkuk jadinya. Takut tekak muak tak boleh telan. Instant oat lebih halus dan lembut, serta dah dicampur dengan pemanis/perasa tambahan.
Kenapa rolled oat?
Sebab tekstur rolled oat lebih tebal dan kasar berbanding oat biasa. Jadi, bila direndam dalam air atau dimasak, ianya tidak terlalu lembik dan muak bila dimakan. Lagi satu, rolled oat memang asli tanpa sebarang gula atau bahan tambahan lain. Jadi memang ‘clean’ ye.
Cara makan:
Boleh dimasak atas api, direndam dalam air panas, dimakan dengan sup/tomyam, dikisar halus sebagai smoothie atau dijadikan overnight oat dan dimakan sejuk.
Bahan-bahan utama: – 4-5 sudu rolled oat – Susu low fat/ full cream/ berperisa – Buah-buahan – Kiwi tak sesuai untuk overnight ya nanti pahit. Nak makan baru letak. – Buah segar lagi bagus untuk lawas. Buah kering pun beres.
Bahan tambahan (optional); – Yogurt – Madu – Chia seed/ flaxseed – Kekacang – Peanut butter – Serbuk kayu manis - Serbuk koko
Nota kaki: Ni saya tunjuk cara versi sihat ya. Kalau anda tak kisah pasal kalori, gula dan sebagainya, terpulanglah nak letak apa dan banyak mana kuantitinya
Tak boleh telan oat? Kembang tekak?
Cuba dulu resepi-resepi ini. Kalau tak boleh telan juga, makanlah roti atau biskut. Tak selera juga? Minum susu dengan kurma je dah.
Semoga Ramadhan kali ini mengajar kita ke arah hidup lebih sihat. Ramadhan kareem everyone. Selamat berpuasa!
1. Papaya Dragonfruit Overnight Oat
Tak pernah cuba lagi letak betik. Letak buah naga untuk tambah kesedapan. Gambar sebelum letak susu.
2.Overnight Oat Kurma
– Kurma 3 biji. Kisar dengan susu dan chia seed.
– Gaul dengan rolled oat. Sejukkan.
5. Oat Mango Chia Pudding
– 4 SB chia seed dicampur dengan sedikit susu. Biarkan hingga pekat jadi puding.
– Lapiskan dengan mangga, susu dan oat.
6. Oat Dragonfruit Chia Pudding
– Cara sama macam oat mango tadi
7. Chocolate Banana Overnight Oat
– Kisar sebiji pisang, susu dan serbuk koko
– Campurkan rolled oat & sejukkan
8. Banana Dragonfruit Smoothie
– Kisar rolled oat, pisang, dragonfruit dan susu
– Tabur ketulan pisang dan kuaci labu
9. Dragonfruit Overnight Oat
Buah ni pun antara yang paling sedap.
10. Mango Overnight Oat
Guna mangga jenis lain. Tak ingat apa nama. Masam2 sikit. Chia pudding kat lapisan atas.
11. Mango Overnight Oat
12. Red Apple Overnight Oat
13. Banana Overnight Oat
14. Green Apple Overnight Oat With Strawberry Milk
15. Overnight Oat With Mulberry & Blueberry
16. Red Apple Overnight Oat
– Ada tambah yogurt
– Susu kurma farm fresh
17. Versi cepat dan malas. Masa nak makan, tak ada rendam-rendam dah. Kena rajin kunyah la sikit ye. Letak strawberi dan bluberi.
18. Campur dengan susu kurma je. Nak panaskan susu tu pun boleh.
19. Campuran Epal Merah & Kranberi
– Didihkan air masak.
– Masukkan rolled oat.
– Sudah kembang kejap, masukkan susu.
– Lepas itu masukkan epal merah dan kranberi.
– Tutup api. Gaul chia seed dan flaxseed.
* Adjust sendiri susu nak banyak ke sikit. Kalau tak letak air masak pun tak apa.
* Epal itu kalau nak masak asing pun boleh. Buat caramelized apple sedap.
20. Versi masak. Letak pisang dan kranberi. Kalau rasa tawar, masa nak makan itu boleh tambah madu.
21. Versi smoothie. Boleh campur dengan apa-apa buah. Yang ni banana latte.
– Kisar rolled oat, pisang, susu dan serbuk kopi
Walaupun hanya duduk di rumah, anda sebenarnya masih boleh melakukan señaman kardio yang mudah seperti menaiki tangga.
Oleh itu, jika anda tinggal di rumah atau bekerja di pejabat yang mempunyai lift, elakkan menggunakannya dan gunakan tangga sebagai alternatif.
Amalan menaiki tangga ini sebenarnya mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan anda. Ini antara manfaat yang diperoleh jika anda melakukannya setiap hari dan secara konsisten.
Kebaikan Senaman Menaiki Tangga
1. Mengurangkan Risiko Angin Ahmar
Menerusi kajian bertajuk Promoting Stair Climbing as an Exercise Routine among Healthy Older Adults yang diterbitkan MDPI 2019 menyebut, rutin menaiki tangga secara konsisten (sekitar 20 hingga 34 anak tangga seminggu) dapat menurunkan risiko serangan angin ahmar, selain meningkatkan denyutan jantung dan menurunkan kesan fisiologi kepada warga emas.
2. Bakar Lebih Banyak Kalori
Menurut jurnal diterbitkan BMC Public Health pada 2012, menaiki tangga dapat membantu membakar lebih banyak kalori dalam kiraan seminit daripada berjoging atau melakukan aktiviti mendayung.
3. Boleh Menguatkan Otot
Jurnal bertajuk The effect of step climbing exercise on balance and step length in chronic stroke patients (2015) pula menyatakan, menaiki tangga dapat menguatkan otot kaki kerana ia melibatkan gerakan secara vertikal dan horizontal selain menjaga keseimbangan badan.
4. Meningkatkan Fungsi Paru-Paru
Aktiviti naik tangga juga dapat membantu meningkatkan fungsi paru-paru seseorang, malah ia juga baik buat mereka yang menghidap masalah paru-paru.
5. Menurunkan Kadar Kematian
Kajian berjudul Stair-Climbing Capacity as a Marker of Improvement Following Pulmonary Rehabilitation yang diterbitkan oleh Preventive Medicine Reports (2019) menyatakan memanjat tangga secara konsisten berpotensi membantu mengurangkan risiko pelbagai penyakit yang boleh mendatangkan maut seperti diabetes, jantung dan kanser.
6. Meningkatkan Kesihatan Mental
Tidak hanya bermanfaat untuk kesihatan fizikal, menaiki tangga juga membantu meningkatkan kerja kognitif berbanding sesi senaman berat.
Ia sekaligus dapat menjaga fungsi mental agar sentiasa lebih fokus dan terhindar daripada sebarang penyakit berkaitan mental seperti kemurungan dan kebimbangan melampau.
7. Mencegah Risiko Osteoporosis
Osteoporosis adalah masalah kesihatan global berkaitan dengan tulang. Amalan menaiki tangga dan berjalan kaki mampu membantu mencegah tulang mereput.
8. Meningkatkan Sensitiviti Insulin
Bagi penderita penyakit diabetes, amalan menaiki tangga dalam tempoh pendek dapat menurunkan kadar gula dalam darah sekaligus meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan.
Ada tak yang cari jalan nak kecutkan jerawat cara kilat? Tak payah picit guna jari atau sapu krim, anda boleh tampal acne patch pada bahagian yang perlu.
Menurut perkongsian Rosnani Ikan, lepas ini tak payah pening macam mana nak bagi jerawat cepat kecut. Anda boleh tampal dengan ‘acne patch’. Ya, hanya satu malam, terus kecut!
Kecutkan Jerawat Satu Malam, Tampal Acne Patch Saja
Lebih dikenali dengan panggilan Che Nanie, katanya dia sendiri baru tahu benda ni wujud. Kalau anda pun baru tahu, lepas ni boleh berlari pergi Watson, Guardian atau farmasi.
Acne patch ni sebenarnya bulatan kecil yang ditampal pada jerawat. Yang gila k pop mesti biasa nampak artis Korea guna benda ni kan.
Cara pakai ACNE PATCH :
1. Pastikan muka dalam keadaan bersih dan kering. Bersihkan dari makeup dan kotoran dulu.
2. Koyak satu acne patch. Nak cepat kecut, guna pada waktu malam. Tampal sebelum tidur dan tanggalkan esok pagi.
3. Lepas dah tampal tu, tekan beberapa saat. Then, siap! Senang kan?
Acne patch ni bantu sedut isi jerawat dalam masa 8 jam je.
Bangun pagi, tanggalkan acne patch dan anda boleh tengok isi jerawat dah melekat pada patch tu.
Lagi satu acne patch ni boleh tolong tutup jerawat. Tampal je dan boleh make up macam biasa.
Antara brand yang sangat disyorkan untuk anda cuba :
Miacare acne patch. Melekat pada kulit dengan kuat dan tak mudah tanggal. Sesuai nak bawa tidur. Tak mudah lah pelekat tu tertanggal dan melekat di bantal.
Nex Care acne patch pula jenis non-medicated. Maknanya ia tak menyebabkan kulit alami kerengsaan atau reaksi yang tidak diingini.
OXY Acne Patch. Dengan formula anti-bakteria yang terbukti berkesan menghalang bakteria jerawat. Lagi satu ia sangat nipis dan lutsinar seakan-akan warna kulit. Bila pakai tak ada lah nampak sangat kat muka.
Acne patch ni harganya pun mampu milik. Cari je kat drugstore dan farmasi. Confirm ada. Rate harga dari RM9 hingga RM15. Tapi boleh guna untuk sebulan.
Anda yang selalu merungut jerawat suka naik tiba-tiba seketul besar jangan lupa cuba, ya. Boleh kurangkan stress bila ada pelekat macam ini.
Untuk pengguna WD, tak yah pening dah. Boleh sapu tipis kat jerawat setiap malam. Bangun pagi jerawat GONE tanpa kesan!
Selamat Mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!