Tidak dinafikan perut buncit akan menyebabkan penampilan seseorang itu jadi tidak cantik dan kurang menyelesakan.
Faktor utama kepada masalah ini adalah disebabkan diet yang tidak seimbang atau selepas melahirkan anak.
Jadi pelbagai cara dllakukan termasuk makan pelbagai jenis produk untuk mengempiskan perut, namun segalanya sia-sia.
Sebenarnya tidak perlu bajet mahal, sebaliknya kita boleh melakukannya hanya dengan melalukan beberapa senaman mudah.
Ini antara senaman yang boleh dlakukan untuk mengempiskan perut dengan lebih berkesan.
Cara-Cara Mengempiskan Perut Yang Berkesan
Berbasikal – Senaman ini merupakan aktiviti kardio berimpak rendah yang boleh merangsang pembakaran lemak dalam badan. Anda boleh mendapatkan mesin basikal yang statik di dalam rumah atau membeli basikal sebenar dan berkayuh di taman sambil menikmati udara yang segar.
Berjoging – Semasa berjoging, anda akan membakar lemak di seluruh badan. Aktiviti ini sememangnya tidak menyasar pembakaran lemak di perut sahaja. Namun, ianya penting untuk meningkatkan aktiviti otot-otot untuk membakar lemak sebagai sumber tenaga.
Senaman kayuhan basikal – Dalam bahasa Inggeris, senaman ini dinamakan ‘bicycle crunches’. Hal ini kerana pergerakan senaman ini seperti anda berkayuh basikal tetapi dalam posisi terlentang. Cara melakukan senaman ini adalah mudah. Baring di atas tikar yoga anda.
Ads
Letakkan tangan di belakang kepala. Mulakan dengan bawa lutut kanan anda sehingga menyentuh siku kiri anda. Tegangkan otot abdomen anda untuk hasil yang lebih mantap. Ulang dengan menyentuh lutut kiri dengan siku kanan. Pergerakan ini akan seiras mengayuh basikal.
Berjalan pantas – Ini merupakan pilihan jika anda tidak larat untuk berjoging atau berlari Mekanismenya sama dengan berjoging. Namun, terdapat kajian yang menunjukkan berjalan pantas dapat mengekalkan kadar degupan jantung dalam fasa membakar lemak.
Aktiviti berjoging yang terlampau boleh memasukkan badan dalam fasa membakar otot. Anda disarankan untuk melakukan aktiviti berjalan pantas selama 20-30 minit pada awal pagi semasa badan anda masih dalam status berpuasa.
Squats – Jika dilakukan dengan betul, senaman squats boleh mengempiskan perut, mencantikkan punggung dan juga paha. Caranya amat mudah. Kangkangkan kaki anda seluas bahu dan turunkan badan anda ke posisi mencangkung. Pastikan lutut anda tidak melepasi hujung jari kaki anda apabila dalam posisi ini. Anda boleh stabilkan diri dengan menghulurkan tangan anda ke depan. Ulang pergerakan ini sebanyak yang mampu.
Ads
Tekan tubi – Senaman ini sangat popular sebagai senaman untuk menguatkan otot. Kedudukan awal adalah dengan memposisikan diri anda dalam plank tinggi(tangan lurus). Kemudian, rendahkan badan dalam posisi ini sambil menegangkan abdomen anda. Pastikan siku anda selari dengan badan anda apabila dibengkokkan. Tolakkan badan anda ke posisi plank tinggi semula. Ulangi pergerakan ini sebanyak yang mampu.
‘Crunch/sit-ups’ – Senaman ini merupakan senaman yang menyasar otot di abdomen. Terdapat pelbagai variasi ‘crunch’ yang boleh dilakukan. Contohnya, ‘vertical leg crunch’, ‘long arm crunch’, ‘side-to-side crunch’ dan sebagainya. Pergerakan asasnya adalah baring di atas tikar yoga dengan kaki dibengkokkan/lurus ke atas kemudian tegangkan otot abdomen sehingga badan anda diangkat dari lantai.
Plank – Seperti tekan tubi, plank menyasar pelbagai otot dalam satu masa. Biarpun nampak senang, senaman ini sebenarnya susah kerana memerlukan kekuatan otot untuk menahan badan anda dalam posisi mendatar.
Cara melakukan plank adalah dengan baring meniarap kemudian angkat badan anda dari lantai menggunakan siku atau terus meluruskan tangan anda (‘high plank’). Kekalkan posisi ini untuk beberapa saat atau sehingga beberapa minit sekiranya anda mampu.
Ads
‘Burpees’ – Senaman ini berfungsi untuk bukan sahaja bahagian abdomen, tetapi juga dada, bahu, dan kaki. Senaman ini juga akan meningkatkan kadar degupan jantung anda. Untuk melakukan burpees, berdiri dan jarakkan kaki anda seluas bahu anda.
Kemudian, turunkan pinggul anda ke belakang sehingga mencecah posisi squat rendah. Letakkan tangan anda di luar tapak kaki anda dan lompatkan tapak kaki anda ke belakang sambil menurunkan dada anda ke lantai.
Anda sepatutnya dalam posisi meniarap sekarang. Kemudian, gunakan tangan anda untuk menolak badan anda dari lantai dan masuk ke dalam posisi plank. Lompat kembali ke dalam posisi squat rendah lalu tolakkan badan anda ke atas setinggi yang boleh menggunakan tumit anda.
Tidak dinafikan bukan mudah untuk seseorang mengurangkan berat badan. Tanpa sebab dan keazaman akan menyebabkan niat tertangguh.
Seperti juga kisah gadis ini yang mengambil kisah putus cinta menjadi motivasi untuknya menurunkan berat badan sehingga 24 kg dalam tempoh 6 bulan.
Menurut Nur Amierah Syafiqah Mohamad, 20 tahun mengakui sangat gembira dengan transformasi sehingga berjaya mengubah fizikal dirinya berbanding tahun lalu.
Menurutnya sebelum ini mempunyai berat badan sehingga 74 kg, tetapi berjaya mendapat berat ideal 50 kg.
“Sebelum ini memang banyak kali nak turunkan berat dadan tetapi tidak pernah berjaya.
“Ini mungkin disebabkan tak konsisten dan tiada alasan kukuh Tapi tahun lepas saya putus cinta dan jadi sebab kuat untuk push diri turunkan berat badan.
“Saya mulakan perjalanan diet hujung Mei dan terhenti pada Jun dan kemudian sambung semula Julai.
“Perasaan gembira yang teramat sangat dan tak sangka boleh mendorong diri saya sehingga ke tahap ini. Malah kawan-kawan juga banyak tolong dan setiap hari beri motivasi,” ujarnya kepada Mstar.
Tambah pelajar dalam kursus bidang Bioteknologi UMS ini, ada antara ahli keluarga yang tak kenal lepas kuruskan badan. Terutama pakcik dan makcik yang jarang-jarang jumpa.
“Saya tegur, lama mereka tengok sebab tak cam. Saya akui perubahan fizikal ini bukan sekadar untuk kelihatan cantik semata-mata, namun berkait rapat dengan keyakinan dan kesihatan diri.
“Saya juga terbuka untuk berkongsi rahsia menuntukan berat di media sosial. Perjalanan ini bukan semata-mata untuk kurus. Saya pernah insecure, sebelum ni malu nak keluarga. Nak cuba baju di kedai pun malu.
“Sekarang lebih yakin dan tak malu tegur orang. Ramai mesej tanya dan saya terbuka untuk bantu dan membalas satu persatu,” jelasnya yang mengutamakan calory deficit. Maksudnya makan kurang daripada kalori harian.
Katanya lagi dia juga turut melakukan senaman tiga hingga empat kali seminggu dalam masa 40 minit. Dia hanya mengikuti video di Youtube dan ikut senaman diajar.
Menurut Amierah juga, seseorang itu juga kena latih minda supaya misi tidak kecundang di tengah jalan. Dia akan sentiasa cuba bersikap positif dan kuat semangat kerana alasan untuk kurus akan push diri capai target.
Turut muat naik video transformasi fizikal di aplikasi Tik Tak dan sehingga kini meraih 1.2 juta tontonan.
Langsung tak ambil gula, makan nasi separuh. Rahsia Zaidi Omar kekal sihat di usia 64 tahun. Jika orang lain dilewat usia 60 tahun ke atas pasti akan berdepan dengan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis atau masalah urat saraf.
Tetapi bagi pelakon berpengalaman, Zaidi Omar diihat masih kekal fit dan bertenaga walau usia lewat 64 tahun.
Tidak lokek berkongsi rahsianya, menurut Zaidi dia memberitahu tidak langsung mengambil gula dan hanya minum air kosong.
Inilah amalan dilakukan selama ini untuk membantu dirinya sentiasa sihat dan bertenaga dalam usia begitu.
Kata Zaidi, dia amat menjaga pemakanan dan tidak menyentuh minuman manis sejak dahulu lagi. Malah katanya di rumah memang tidak ada stok gula. Selain mengamalkan diet pemakanan suku-suku separuh.
“Di rumah saya tidak ada gula. Kalau pergi ke mana-mana majlis, saya tidak akan mengambil minuman manis, sebaliknya hanya minum air kosong.
“Saya juga jaga pemakanan. Tidak pernah tambah nasi dan hanya mengamalkan pengambilan separuh. Itupun, kadang-kadang tidak habis.
“Kalau tidak ada penggambaran drama, saya akan tidur awal. Pukul 10 malam sudah atas katil. Saya jarang keluar jumpa kawan jika sudah lewat malam,” katanya yang juga mengamalkan senaman di gimnasium setiap hari.