Biasanya kalau kulit kemerahan macam terbakar itu disebabkan salah pakai produk atau ada kemungkinan produk yang digunakan mempunyai bahan kimia yang tinggi.
Jadi untuk membantu anda yang mengalami masalah seperti ini, cuba ikut cara Puan Yanaa Nordin, katanya alhamdulillah semakin pulih dan kulitnya nampak lebih sihat.
Kulit Kemerahan Macam Terbakar, Wanita Ini Cuba Dua Barang Saja Dan Terus Pulih
Kulit kering kemerahan gatal-gatal sampai menggelupas, kena macam ni rasa sedih sangat.
Ads
Selepas kejadian ini, saya dah cuba macam-macam moisturizer, dari yang beratus dan yang viral semua tak jalan. Makin pedih ada lah.
Pastu tengok di media sosial ada orang kongsi safi pink ini, alhamdulillah kulit dah beransur pulih!
Ads
Tak sangka produk murah tak sampai RM30 pun tapi kesan memang best. 2 hari saja kulit dah tak merah pedih-pedih dan gelupas lagi.
Sebelum ini gelupas teruk, kulit tegang sebab kering sangat.
Ads
Saya pakai dua ini saja, memang berkesan. Jadi kepada anda yang jenis kulit kering, boleh cuba dua barang ini ya.
Inshaa Allah sangat membantu bagi kulit sihat kembali.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tersenarai dalam 100 Wanita Paling Cantik 2020 (Top 100 Most Beautiful Woman) dalam satu undian yang dilakukan laman web Starmometer, pelakon, Che Puan Juliana Evans semakin kelihatan jelita dengan status ibu anak dua.
Disoal tentang kecantikan kulit, ibu kepada dua puteri yang bernama Tengku Kamiliah Zanariah Ruby Ehsan Putri dan Tengku Saidatul’Ihsan Zabedah Fauziah Putri itu berkata, dia lebih selesa dengan kecantikan semula jadi.
Che Puan Juliana Evans Percaya Kecantikan Semula Jadi
“Saya percayakan kecantikan semula jadi. Jadi, bila ada orang yang menghargai, saya tumpang rasa gembira.
“Apabila usia meningkat, saya tak terlepas daripada berdepan garisan dan kedutan serta masalah kulit yang lain. Namun, itu tak menjadi masalah buat saya,” katanya.
Kelihatan Jue juga ada menggunakan produk Nivea untuk maintain cantik, mungkin anda pun boleh cuba?
Minat Pada Dunia Lakonan
Kekal rendah diri walaupun menjadi suri hati kepada seorang kerabat diraja, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah, wanita berusia 34 tahun ini tak loket bercerita soal cantik.
Aktres yang mesra disapa sebagai Jue itu memilih untuk lebih selektif dalam proses pemilihan karakter yang hendak dijayakannya, agar seiring dengan portfolio peribadi.
Dalam satu temu bual Jue berkata, “Entah kenapa ramai orang menyangka sejak saya berkahwin, saya sudah tidak aktif lagi di bidang ini. Namun, ini bidang jiwa saya dan akan terus mencintainya sepenuh hati.”
Jangan Ukur Rupa Paras Dengan Bakat
Ada yang berani melontarkan kata-kata sindiran bab kecantikan yang dimilki membuatkan seseorang berjaya dalam industri hiburan. Namun ujar Jue, situasi tersebut membuatkan dia rasa tak selesa dan berpendapat sebaliknya.
“Saya paling benci mendengar orang cakap, memanglah awak boleh berjaya kerana memiliki wajah yang cantik.
“Semua itu tidak benar pun sebab semua kejayaan atau apa sahaja yang dimiliki hari ini kerana titik peluh sendiri sehingga sanggup mengorbankan zaman kanak-kanak dan remaja suatu ketika dahulu.
“Jadi tolonglah berhenti mempersoalkan setiap perkara yang dimiliki seseorang. Buanglah sifat dengki atau suka menghakimi hidup orang lain,” tuturnya lagi.
Seri ibu anak dua, nampak Jue pun memang cantik dari zaman anak dara. Kalau pun semakin jelita selepas jadi ibu, itu atas usahanya yang suka jaga penampilan. Jom lah, ikut sama jaga penampilan!
Tidak dinafikan bagi mereka yang sering memasak, kebiasaannya akan menggunakan semula minyak masak yang telah digunakan sebelum itu.
Ini adalah kerana faktor jimat dan merasakan minyak berkenaan masih elok untuk digunakan. Adakah benar ia selamat digunakan atau sebaliknya.
Perkongsian di laman Facebook oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad memberitahu mengenai penggunaan semula minyak masak di kalangan kita.
Beliau turut menasihatkan bahawa penting untuk menjaga kesihatan dan salah satunya tidak gunakan minyak masak berulang kali
JANGAN GUNA MINYAK MASAK BERKALI-KALI
Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari dua atau tiga kali untuk menggoreng.Yang terbaik menggunakannya hanya sekali.
Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakanya lagi beberapa kali sebelum dibuang.
Selain itu dalam kajian yang pernah dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, ke atas 19 jenama minyak masak mendapati bahawa kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Oleh itu masyarakat diingatkan agar berhati-hati menggunakan minyak masak dalam peket 1kg. Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja.
Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah.
Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula.
Bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan, masyarakat mestilah mengurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.
Selain itu, dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjamin kesihatan tubuh dan minda, malah perkara utama adalah makanan yang dinikmati dijamin berkualiti dan halal.
Rumusannya, mana-mana minyak masak boleh digunakan selagi ada label SIRIM untuk menjamin kesihatan kita. Jangan gunakan minyak masak berulang kali. Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodisel untuk bahan bakar.