Namun sebenarnya kita sebagai pengguna perlu berhati-hati menggunakan bekas makanan jenis ini kerama boleh mengundang bahaya.
Ikuti kupasan lanjut Dr Mazliana Mazlan berkenaan penggunaan bekas jenis styrofoam ini.
Bekas makanan styrofoam macam ni, tak boleh ada kat rumah kita.
Kadang ada jamuan harijadi anak, kita guna.
Kadang buat kenduri, kita beli untuk tetamu guna.
Karang pergi berkelah, kita guna makan tepi pantai.
Kadang kita tapau dari kedai, makanan letak dalam ni.
Dalam styrofoam, ada styrene. Tak kisah makanan dan minuman panas, sejuk, atau suhu bilik sekalipun, tetap akan berlaku tindakbalas dengan permukaan styrofoam bila ia digunakan.
Styrene dalam styrofoam ni, antara penyebab ketakseimbangan hormon pada badan kita dan anak-anak.
Badan kita ni main banyak sangat dengan hormon sebenarnya, terutama yang wanita.
Masalah paling utama buat kanak-kanak perempuan yang beri kesan seumur hidup, haid yang tak teratur.
Terlalu ramai. Tak kira umur. Dari seawal usia 10 tahun pun dah ada masalah haid tak regular.
Perhatikan, bukan setakat makanan yang anak-anak makan. Tapi bekas makanan yang kita guna untuk letak makanan anak pun, sangat penting untuk diambil kira.
Kita cuba sama-sama ya, cari ilmu baru setiap hari, untuk sediakan yang terbaik buat anak-anak dan keluarga.
Mazliana Mazlan Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Follow saya di sini jugak instagram.com/mazliana.mazlan t.me/sembangsihat
Ada banyak kelebihan orang kulit gelap, jadi tak perlu obses nak cerahkan kulit dengan menggunakan produk yang kadang boleh membahayakan kulit.
Namun kebiasaannya anda yang berkulit gelap, terpaksa melalui fasa yang dipandang ‘pelik’ oleh sesetengah pihak. Lagi teruk ada yang berani body shaming hingga menyebabkan mereka yang memiliki tona kulit sebegini rasa rendah diri.
Haneesya Hanee yang baru meraih gelaran Dewi Remaja 2018/2019 juga mengalami pengalaman yang sama.
Namun begitu ramai yang tak tahu bahawa mereka yang berkulit gelap ini mempunyai kelebihan yang tersendiri terutama dari aspek kesihatan.
Mereka yang berkulit gelap memang beruntung kerana lapisan kulitnya sudah dilapisi ‘pelindung’ cahaya matahari semula jadi dipanggil melanin!
Berbeza dengan yang berkulit cerah, mereka kekurangan melanin membuatkan sinar uv mudah tembus sehingga ke lapisan kulit paling dalam. Sinar uv ini menyebabkan kerosakan DNA serta sel-sel yang ada padanya sehingga boleh mengakibatkan terjadinya kanser kulit.
Untuk pengetahuan semua, kanser kulit juga membunuh sama seperti mana penyakit barah yang lain.
Biarpun begitu, orang berkulit gelap ini biasanya sering kekurangan vitamin D yang biasa diperolehi dari matahari untuk kekuatan tulang.
Sunburn atau selaran matahari biasa dialami oleh mereka yang berkulit putih. Kulit berasa perit dan jadi kemerahan apabila terdedah pada cahaya matahari untuk jangka masa panjang tanpa seberang perlindungan. Lebih parah, selaran matahari juga mampu buat sesetengah kulit mengelupas.
Berbeza dengan mereka yang berkulit gelap, biarpun harus menghabiskan sehari suntuk di bawah matahari, adalah sukar bagi mereka untuk mengalami keperitan kulit disebabkan sunburn itu!
Kulit akan cepat tua jika terlalu banyak terdedah pada sinaran matahari. Namun begitu, individu berkulit gelap tanda penuaan pada kulit mereka tidak ketara.
Pakar kulit mengatakan mereka yang berkulit hitam akan kelihatan lebih muda jika dibandingkan dengan teman sebaya mereka yang berkulit cerah. Kadar melanin yang tinggi pada individu berkulit gelap akan membantutkan tempoh penuaan termasuklah kemunculan pigmentasi, bintik hitam, kedutan serta kulit kasar.
Selain dari menentukan warna kulit dan rambut seseorang, melanin yang banyak pada kulit mereka yang berkulit hitam juga ada fungsi lain. Ia adalah sumber utama yang mengekalkan fungsi tubuh antaranya membantu otak dan saraf berfungsi sebaiknya, membantu mata untuk melihat serta menggalakkan pertumbuhan sel. Hebat kan!
Pigmentasi gelap berupaya mengelak kerosakan DNA dan mengawal penyerapan jumlah radiasi UV yang seimbang untuk tubuh manusia. Ia juga akan melindungi tubuh dari gejala kekurangan zat folat.
Folat adalah vitamin B larut air yang boleh didapati dari sayuran berdaun hijau, bijian penuh serta buah sitrus seperti limau. Wanita amat memerlukan folat untuk mengekalkan kesihatan telur yang dihasilkan agar ia mampu disenyawakan secara sihat serta menggalak pertumbuhan plasenta yang normal selepas proses persenyawaan.
Bagi kaum lelaki pula, folat penting untuk penghasilan sperma berkualiti. Folat sememangnya mustahak untuk perkembangan kandungan, pertumbuhan organ janin serta menyokong kejadian rangka tubuh dan otak janin.
Radikal bebas mengancam kesihatan manusia. Ia boleh merosak dan memusnahkan sel tubuh manusia. Tapi individu berkulit gelap yang memiliki kadar melanin tinggi mampu membebaskan radikal bebas tersebut agar sel-sel tubuh sentiasa berada dalam keadaan baik.
Buat anda yang berkulit gelap bersyukurlah dengan apa yang anda miliki, dah tentunya setiap kejadian Tuhan itu ada hikmahnya.
Anda patut bangga kerana memiliki warna kulit yang dianggap eksotik. Tak ramai yang memiliki kelebihan ini malah ramai wanita di negara barat yang cukup mengidamkan memiliki kulit sebegini.
Hah, selepas ini raikan anugerah yang Allah cipta. Ketahuilah berkulit gelap itu unik dan cukup banyak kelebihan. Tengok saja model dan pelakon, Haneesya Hanee, nampak anggun dengan auranya tersendiri. Begitulah yang sepatutnya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah dengar tak orang pakai masker coklat? Dan rupanya petua ini boleh hilangkan jerawat, buang noda hitam, menegangkan kulit dan mencegah penuaan.
Haa… jangan ingat coklat tu menggemukkan sahaja! Sebab itu banyak pusat rawatan yang menawarkan pakej masker coklat.
Namun, anda boleh juga membuatnya sendiri. Berikut kami kongsikan beberapa jenis masker yang diperbuat daripada coklat yang boleh anda cuba dirumah :
Campur coklat serbuk dengan susu dan buat pes halus. Sebelum itu jangan lupa bersihkan wajah dengan air lalu sapukan masker campuran coklat serbuk dan susu tersebut pada wajah dan leher anda. Biarkan kering, lalu bilas dengan air sejuk.
Campurkan ketiga bahan ini dan buatkan pes pekat. Sapukan campuran ini pada wajah anda selepas dibersihkan. Biarkan selama 15-20 minit lalu bilas dengan air. Buat 1-2 kali seminggu dan anda akan nampak hasilnya.
Ramuan ini boleh membantu kulit lebih bercahaya secara semulajadi. Campur coklat serbuk dengan yogurt dan tambahkan beberapa titis madu. Sapukan campuran ini dan biarkan selama 25-30 minit dan bilas dengan air sejuk untuk mendapatkan kulit lembut dan bercahaya.
Cairkan dark chocolate, dan biarkan sejuk. Tambah susu dan taburi sedikit garam. Masker yang dapat membersihkan kulit, memutihkan, mencegah jerawat dan mengelupas kulit ini dapat dilakukan dua kali setiap minggu untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Sapukan masker pada wajah dan leher, biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air sejuk.
Ketiga bahan ini dicampur bersamaan dan digaukan sampai halus. Setelah itu sapukan pada wajah dan leher dan biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air sejuk.
Cubalah kelima-lima masker ini dan jangan lupa untuk melakukannya secara rutin. Buktikan sendiri bahawa masker ini memang baik untuk dapatkan wajah idaman anda.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.