Mesti ramai lagi yang belum tahu kegunaan baking soda dalam dunia kecantikan, bukan? Bukan hanya untuk wajah, malah ketiak, gigi dan rambut pun boleh pakai baking soda saja.
Haaa.. anda sebenarnya patut cuba dan amalkan kalau nak cantik cara jimat poket. Nak-nak pula kalau anda jenis yang kurang rajin nak pakai skincare dan tak suka membeli produk.
Kegunaan Baking Soda Dalam Kecantikan
Jangan risau, anda boleh cuba kesemua tips yang ada. Lihat satu persatu dan sediakan bahan-bahan.
1. Deodorant
Campur baking soda dengan sedikit air , ini akan membentuk satu pes lembap. Sapukan di bahagian bawah lengan.
2. Mencegah Kelemumur
Campur sedikit baking soda dalam syampu dan gunakan seperti biasa. Kaedah ini jaga akan memberi volume pada rambut.
3. Dry shampoo
Ads
Tak perlu membazir beli syampu kering, tabur sedikit baking soda pada akar rambut dan ratakan.
4. Jerawat
Campur baking soda dengan madu dan letakkan pada jerawat selama 15 minit, kemudian bilas.
5. Putihkan gigi
i) Campurkan 1 sudu makan baking soda dan 5 titik hydrogen peroxide hingga menjadi satu pes. Tambah beberapa titik air jika perlu. Sapukan solusi ini ke gigi anda dengan rata menggunakan berus gigi dan biarkan selama 5 minit
Ads
Gosok gigi seperti biasa dengan menggunakan ubat gigi.
ii) Campur baking soda , strawberry, dan jus lemon . Gunakan pes untuk menggosok gigi.
6. Eksfloitasi kulit
Campur dengan sedikit air di tapak tangan anda dan gosok pada muka untuk menanggalkan sel kulit mati. Boleh juga dicampur dengan pembersih muka anda.
7. Mengatasi nafas berbau
Masukkan 1 sudu kecil baking soda dalam setengah gelas air dan kumur.
Ads
8. Membersih alat kecantikan
Sikat anda boleh dikotori dengan minyak pada rambut. Cuci sikat dengan air suam bercampur dengan 3 sudu makan soda.
9. Manicure Pedicure
Campur dengan peroxide dan skrub pada kuku. Untuk kaki, campur 2-3 sudu makan dengan air untuk merendm kaki . Anda boleh tambah minyak pati (seperti minyak lavender) untuk haruman dan rendam selama 20 minit. Skrub kaki menggunakan pes pekat campuran baking soda dan air.
10 . Mencerahkan kulit
Campur dengan 1 sudu makan jus lemon dan beberapa titik minyak zaitun. Selepas membersihkan muka, sapu pes pada muka dan biar selama 10 minit. Bilas.
Agak-agak yang mana satu anda nak guna dulu? Boleh pilih dan suaikan dengan diri dulu. Jadikan rutin dan anda akan dapat hasilnya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) untuk tempóh dua minggu, membeli belah secara online menjadi pilihan terbaik.
Ini kerana kita tidak perlu rumah yang mana boleh mengurangi risiko jangkitan virus covid-19 ini.
Namun begitu, jika mahu membeli secara online terutama ubat perlu melihat dua faktor utama untuk elak jadi manga penipuan.
Perkara ini diterangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang memberi panduan kepada pengguna yang mahu beli ubat secara online ini.
Gambar sekadar hiasan.
NAK BELI UBAT ONLINE?
Berhati-hati dengan ubat yang dijual melalui internet@media sosial. Ubat tidak berdaftar berisiko dan boleh menjejaskan kesihatan anda dan keluarga.
Tidak semua promosi dan tuntutan iklan ubat adalah benar dan boleh dipercayai. Jangan jadi mangsa penipuan oleh penjual-penjual yang tidak bertanggungjawab.
Pastikan 2 perkara sebelum membelikan ubat :
1. Pastikan ubat yang dijual adalah BERDAFTAR dengan KKM (mempunyai no. MAL dan pelekat keselamatan hologram).
2. Iklan ubat mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (mempunyai no. KKLIU)
JADILAH PENGUNA YANG BIJAK!
Berikut adalah tip pembelian ubat dalam talian yang KKM ingin kongsikan dengan anda:
1. Dapatkan nasihat daripada ahli farmasi anda sebelum membeli sebarang produk kesihatan dan jika mempunyai penyakit kronik sila dapatkan rawatan dengan pengamal perubatan berdaftar
2. Hanya boleh membeli ubat berdaftar dengan KKM (No. MAL diakhiri dengan X, T atau N sahaja) dan mempunyai pelekat keselamatan hologram. Semak pendaftaran ubat di https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/information/products-search.html atau menggunakan aplikasi “NPRA Product Status” yang boleh didapati dari Google Play, Apple AppStore dan Huawei AppGallery.
3. Jangan beli ubat yang memerlukan preskripsi dan ubat terkawal secara online (No. MAL diakhiri dengan huruf A).
4. Elakkan membeli ubat daripada laman sosial dan penjual daripada luar negara
5. Pastikan iklan ubat mempunyai nombor kelulusan (Contoh: KKLIU 1234/2020)
6. Jangan terpedaya dengan iklan yang mengandungi janji-janji manis terutamanya melibatkan penyakit-penyakit kronik dan peningkatan seksual serta mengandungi kenyataan superlatif seperti ‘TERBAIK’, ‘BERKESAN’, ‘DIJAMIN SELAMAT’, ‘MUJARAB’ dan lain-lain.
Nak tahu tip awet muda paling jimat kos? Ini lah yang selalu dikejar golongan wanita yang suka tengok benda cantik.
Nak berwajah polos tanpa mekap dengan aura natural beauty, betul tak? Jom ketahui cara jaga kulit muka yang betul perlu dipraktikkan supaya tidak mudah berkedut sebelum usia.
Ini ada 10 cara anda boleh cuba sejak dari usia muda supaya boleh nampak kesan yang maksima.
1. Pokok lidah buaya
Ramai yang tahu bahawa lidah buaya atau aloe vera merupakan salah satu bahan kecantikan yang sangat bagus untuk kulit. Jadi, boleh juga tanam pokok lidah buaya ini di rumah supaya mudah digunakan.
Caranya: Kerat sebatang daun lidah buaya, asingkan isi yang jernih dan kemudian disapukan ke bahagian muka sehingga menyeluruh. Biarkan ianya kering dalam 20 minit dan bilas muka dengan air suam. Lakukan sebanyak 3 kali seminggu dan kesannya pasti tidak mengecewakan dan lakukan secara konsisten selama sebulan.
2. Putih telur ayam kampung
Tidak seperti telur ayam biasa, telur ayam kampung mempunyai nutrisi Vitamin E yang tinggi. Bukan sahaja murah, ia juga sangat bagus untuk kecantikan kulit.
Caranya: Asingkan putih telur dari kuning telur dan kemudian sapukan putih telur pda muka secara menyeluruh. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan pastikan ianya betul-betul kering. Bilas muka dengan air suam sehingga bersih. Sebaiknya gunakan masker putih telur ini selama sebulan dan rasainya kelainan pada kulit muka kita.
3. Makan ikan
Cuba tengok kulit orang Jepun, semua cantik cantik bukan? Hal ini kerana dalam menu seharian mereka, ikan sering dijadikan menu utama. Jenis ikan terutama ikan salmon yang kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang boleh membantu mengekalkan keanjalan kulit sekaligus mengelakkan kedutan pada kulit wajah.
4. Madu
Bukan sahaja bagus untuk rawatan dalam pelbagai jenis penyakit, madu yang mempunyai ciri pelembap dan anti-bakteria sangat bagus dalam penjagaan kulit.
Caranya: Sapukan madu di muka secara menyeluruh dengan beberapa lapisan. Biarkan selamat 15 hingga 20 minit, kemudian di bilas dengan air suam sehingga bersih. Lakukan sebanyak 3 kali seminggu dan pasti teruja dengan hasil kulit yang menegang dan bersinar. Pastikan madu yang di ambil merupakan madu asli tanpa bahan campuran atau madu kelulut yang punya fungsi yang sama.
5. Guna beras
Beras merupakan antara bahan yang digunakan dalam petua kecantikan orang lama dan orang Thai. Banyak petua menggunakan beras sering dikongsikan ramai.
Caranya: ambil segengam beras, di basuh 1 kali dan kemudian di rendam buat semalaman supaya menjadi lebih lembut dan kembang. Kemudian toskan beras tersebut dengan penapis hingga kering dan kemudian di tumbuk sehingga benar-benar halus seakan tepung.
Ambil sedikit dan campurkan susu segar, digaul hingga sebati dan sapukan ke seluruh muka seakan memakai masker selama 15 hingga 20 minit. Bilas muka dengan air suam dan dapat kita rasa kelembutan pada kulit wajah. Disarankan menggunakan mastker beras ini 3 kali seminggu untuk melihat kesan yang menakjubkan.
6. Banyak makan buah-buahan dan sayur
Tidak ketinggalan, jadikan memakan buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A, E dan C ini kebiasaan dalam menu harian kerana ianya mampu menghindarkan kulit dari menjadi kering. Malah akan membuatkan kulit kita sihat dan lembap!
7. Tukar minuman berasaskan kopi kepada koko
Buat peminat kopi semua, nampaknya anda kena kurangkan pengambilan kopi dan tukar kepada koko. Hal ini kerana, kandungan antioksidan dalam koko membantu pengaliran darah di dalam badan dan seterusnya mengatasi masalah kekurangan air serta menjadikan kulit sentiasa lembap.
8. Minum banyak air kosong
Ini sudah semestinya! Pengambilan air yang secukupnya mampu membuatkan kulit kita lembab malah meminum 8 gelas air sehari atau lebih dapat menyingkirkan segala kekotoran dan memenuhi keperluan kulit kita. Barulah cukup air dalam badan!
9. Guna krim pelembap
Penggunaan krim pelembap atau moisturizer yang mempunyai minimum SPF-30 dan ke atas bagi mengatasi masalah kulit kering adalah sangat penting kerana selain kekerapan kita berada di persekitaran berhawa dingin mahupun di bawah sinaran matahari akan membuatkan kulit kita mudah kekeringan. Jadi krim pelembap dengan vitamin C membantu melindungi serta mengekalkan kelembapan kulit wajah.
10. Guna sabun atau cecair mandian yang sesuai
Selain pelembap, pastikan sabun atau cecair mandian yang digunakan mengandungi pH seimbang dan sesuai keadaan kulit. Anda perlu elakkan sabun yang sifatnya terlalu kuat yang boleh mengeringkan kulit serta akan menyebabkan kulit gatal.
Apa apa pun, diingatkan bahawa proses penjagaan kulit ini perlu dimulakan sejak awal iaitu dari muda untuk kesan yang maksima. Jangan usia sudah berumur baru nak jaga kulit, itu mustahil!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!