Michelle Yeoh

Siapa tidak kenal bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh yang tetap unggul di persada pentas lakonan antarabangsa.

Biarpun usianya sudah mencecah 60 tahun, namun bintang kesayangan ramai ini masih kekal jelita, aktif dan fit menjalani kehidupan seharian.

Malah beliau yang baru-baru ini menerima pencalonan Anugerah Gotham atas peranan utamanya dalam ‘Everything Everywhere All At Once’ yang mendapat pujian kritis. 

Persembahannya cukup menggambarkan bakatnya dan disebabkan itu, Michelle Yeoh berdiri dalam kalangan tempat teratas untuk Oscars akan datang. 

Inilah Amalan Michelle Yeoh

Pada usia 60 tahun, beliau terus melangkau sempadan tanpa henti dalam menentang stereotaip bahawa kita sudah terlambat untuk mencipta peristiwa penting dalam hidup disebabkan oleh usia yang semakin meningkat.

IKLAN

Rupa-rupanya rahsia Michelle Yeoh kekal jelita, sihat dan aktif ini disebabkan pengambilan nutrisi yang secukupnya, terutama pengambilan susu. 

Dah 15 Tahun Amal, Rahsia Michelle Yeoh Kekal Jelita Dan Fit Pada Usia 60 Tahun

Bintang Hollywood ini mengambil minuman susu Anlene sejak 15 tahun lalu dan terus kekal menjalin kerjasama hebat.

IKLAN

“Pertama kali saya minum Anlene adalah lima belas tahun lalu, dan saya memilih untuk bekerjasama dengan jenama ini pada tahun 2008 kerana falsafah mereka menarik perhatian saya. 

“Mereka percaya dalam membolehkan anda menjadi lebih kuat daripada umur agar boleh terus bergerak bebas dan menjalani kehidupan yang sihat walaupun usia meningkat. 

“Jadi, saya juga mahu terus membawa kebaikan kepada kehidupan orang lain melalui Anlene,” katanya yang kembali dengan kempen bersama Anlene setelah lebih sedekad.

Dah 15 Tahun Amal, Rahsia Michelle Yeoh Kekal Jelita Dan Fit Pada Usia 60 Tahun

Michelle Yeoh bersedia memainkan peranannya sebagai duta jenama untuk kempen #PergerakanTanpaBatasan Anlene yang menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengatasi batasan fizikal dan mental dengan kekal aktif. 

Kempen ini juga menumpukan tentang sumbangan penting yang kita boleh berikan kepada komuniti dan kehidupan kita sendiri, walaupun dalam peringkat kehidupan yang berbeza.

IKLAN
Selain itu:  Patutlah Muka Naik Jeragat Dan Tetap ‘Hangus’, Pakai Sunscreen Tapi Buat Kesalahan Ini

Dah 15 Tahun Amal, Rahsia Michelle Yeoh Kekal Jelita Dan Fit Pada Usia 60 Tahun

Untuk melawan stereotaip ini, Anlene menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai kempen #PergerakanTanpaBatasan. Ia juga  bertujuan untuk mengajar kita tentang cara kita boleh bergerak dengan lebih bertenaga dan fleksibel, supaya kita dapat menjadi versi diri yang terbaik, walaupun setelah meningkat usia.

 

 

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI