Sebelum ini ramai yang memperkatakan tentang penampilan seorang selebriti yang dilihat semakin langsing dan rahsianya hanya makan 6 sudu saja setiap hari.
Agaknya macam mana yang dikatakan 6 sudu makan ini dan adakah cukup kenyang untuk jumlah kuantiti berkenaan.
Betulkah jika makan dalam kuantiti begini akan cepat membuatkan seseorang itu jadi kurus atau boleh mendatangkan masalah lain.
Ikuti penjelasan pakar dietition, Lily Moha tentang apa yang dikatakan dengan pengambilan hanya 6 sudu nasi saja.
Seronok sebenarnya bila baca coaches boleh cerita dengan baik berkenaan pertukaran karbohidrat. Rasa hilang letih berleter dan bercerita tentang perkara ni sebelum ni.
6 sudu nasi tu nampak kejam sangat kalau anda bayangkan. Sikitnya, matilanakkkk. Tapi apabila disukat jadi macam gambar dibawahlah. Lebih kurang.
6 sudu nasi tersebut adalah lebih kurang 1.5 sehingga 2 pertukaran karbohidrat. Ia bersamaan dengan:
1.5 – 2 keping roti.
1.5 – 2 biji kentang.
1 cawan mi/bihun/kueyteow.
Nilai kalorinya adalah sekitar 112 – 150kCal.
Jika anda tahu berapa pertukaran makanan sehari anda tak perlu pun kira kalori dah kalori is sooo yesteryear kan.
Manis dan mirip kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Fida Ibrahim mengakui banyak cabaran yang perlu dilalui seseorang untuk kekal istiqamah dalam berhijrah.
Malah, bekas juara Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007 ini tidak pernah sekali pun menyesal dengan penghijrahannya.
Kongsi Fida atau nama lengkapnya, Rafidah Ibrahim, golongan artis atau orang biasa juga tidak lari dari membuat kesilapan namun tetaplah saling menasihati.
“Apabila sesuatu keadaan itu boleh menggugat Iman atau penghijrahan kita, saya fikir paling penting ialah memilih ‘circle’ atau kawan-kawan yang boleh membantu pada niat asal kita.
“Saya percaya bahawa iman tak boleh diwarisi mahupun ‘copy and paste’. Setiap anak Adam itu pasti tidak lari dari melakukan kesilapan.
“Sama ada kalangan artis atau tidak, jika ada kalangan kawan-kawan kita yang sedang diuji, nasihat dan berikan galakkan padanya.
“Tapi kalau tak mampu, kita juga boleh mendoakan dia dari jauh. Tugas dakwah bukan hanya terletak pada ustaz atau ulama. Tetapi itu adalah tanggungjawab setiap Muslim.
“Dalam berdakwah perumpamaannya macam ini, ‘kita bukannya nak hapuskan pesakit, tetapi kita nak merawat penyakit,” katanya.
Sepupu kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini juga berpendapat, perlunya bersangka baik dengan Allah sekiranya seseorang selebriti itu hilang tawaran dek kerana penghijrahan yang dibuat.
“Bila berkaitan sesuatu perkara yang diwajibkan dalam Islam ini, pada peringkat permulaan memang saya faham, kita seolah-olah perlu memaksa diri sehinggalah datangnya keikhlasan itu. Artis lebih dilihat orang sebab mereka selalu di depan kamera.
“Bagi saya, semua orang dalam industri memainkan peranan masing-masing kerana setiap daripada kita faham agama dan syariat termasuklah penerbit, pengarah, stesen tv, radio, media dan lain-lain. Paling penting kita kena sentiasa ingat bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah.
“Kalau kita rasa dengan hijrah kita kehilangan atau kurang tawaran, sentiasa bersangka baik pada ketentuan yang Allah tetapkan. Yakinlah pasti ada lebih baik dari itu sebab dalam hidup ini tak semestinya yang kita rasa tak baik tu, tak baik untuk kita mahu pun sebaliknya,” katanya.
Begitulah ujian buat sesiapa sahaja yang baru behijrah, kadang hati berbolak-balik dek kerana pandangan selalu melihat orang sekeliling. Namun jika kuat iman dan mampu tepis godaan, insha Allah, semua orang akan tetapkan hati untuk istiqamah.
Tidak dinafikan ramai antara kita tak dapat dipisahkan dengan masakan pedas. Jika setangkai dua cili tidak terasa pedasnya, tetapi kalau yang ambil banyak mesti tak cukup segelas minum air.
Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan memberitahu tip untuk hilangkan pedas yang keterlaluan. Antaranya adalah makan mentega kacang selain gula.
Namun beliau turut menasihat agar tidak keterlaluan makan pedas kerana boleh menyebabkan masalah gastritis dan juga cirit birit.
“PEDAS GILA! MACAM MANA NAK HILANGKAN?”
Kalau tak pedas, tak sedap, tapi kalau terlebih pedas, merana! Pijar lidah, berpeluh-peluh dahi, dan kadang-kadang tak tahu kenapa, sampai gatal kepala.
Apa nak buat kalau termakan makanan yang pedas gila? Minum air? Kemam air? Itu tak berapa berkesan. Ada cara lebih cepat dan efektif untuk kurangkan pijar lidah.
Rasa pedas pada cili dan cabai adalah disebabkan bahan yang dipanggil #capsaicin. Ia mempunyai sifat tidak larut air, sebab itu minum air atau kemam ais tak berapa efektif kurangkan kepedasan.
Capsaicin adalah bahan yang mudah larut dalam bahan berminyak atau berlemak. Oleh itu, bahan-bahan berikut sangat efektif untuk kurangkan kepedasan di lidah.
Susu
Susu dan keju mengandungi lemak serta casein( protein) yang boleh memisahkan capsaicin dari tunas rasa. Santan dan soya pun boleh.
Coklat
Ini sedap! Coklat, terutamanya coklat susu mempunyai banyak minyak dan lemak, maka ia efektif larutkan capsaicin.
Mentega Kacang
Ini pun sedap! Kacang mengandungi minyak, ia membuatkan rasanya berlemak dan berkesan untuk basmi kepedasan.
Asid
Makanan Thai banyak gunakan cili padi, serta limau, cuka dan mangga muda. Kenapa? Sebab bahan berasid boleh mengurangkan rasa pedas.
Gula
Biasa dengar kan, orang tambah gula dalam masakan untuk kurangkan kepedasan? Rasa manis boleh membantutkan pedas. Nak sihat, guna madu.
Roti
Roti serta makanan berkanji seperti nasi boleh serap capsaicin. Mungkin sebab tu makan makanan pedas, mesti nasi bertambah. Haha!
Makanan pedas-pedas ini memang nikmat, tapi hendaklah berpada-pada. Makanan terlalu pedas boleh menyebabkan gastritis, cirit birit, dan masalah kesihatan yang lain.
Kalau kepedasan dah tahu nak buat apa? Apa lagi, kongsi tips ni supaya orang lain pun tahu!
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Tips Hilangkan Pedas
Nota: baca senarai terfikir Nutella. Ada coklat, susu, kacang hazel, gula. Sapu pula atas roti. Fuh!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.