Kalau berada di tepi pantai atau berkelah di air terjun, kita akan jadi seronok jika berjalan hanya dengan berkaki ayam saja.

Namun pernah atau tidak terfikir ada bendasing yang akan masuk dan berada dalam badan tanpa disedari.

Jika boleh dihilangkan begitu saja tidak ada masalah, tetapi bagaimana jika makhluk hidup ini terus berada dalam badan hingga akibatkan timbul masalah lain.

Seperti perkongsian wanita ini Nurul Ezzatul yang memberitahu pengalamannya dua tahun lalu apabila kakinya dimasuki cacing ketika bercuti di pantai hingga akibatkan jangkitan pada kaki.

Kaki Gatal & Bengkak Dimasuki Cacing

Haaa nah susulan kes akak

Akak nk share uolss kalau nak pergi mandi pantai ke apa kee pergi la beli pakai kasut untuk beach tu, senang cerita janji beralas.

Nak dijadikan cerita akak ada pergi PD 1 week lepas raya dan off coz la mandi bukak selipar semua sebab galak main pasir dan mandi laut

Memang  tak terpkir dek akal nak jadi macam ini

Punca Berkaki Ayam Kaki Jadi Gatal & Bengkak, Wanita Kongsi Pengalaman Kaki Dimasuki Cacing!

Mula-mula just ada macam belon kecik je akak ingat sebab melecet kena apa-apa ke kan..

IKLAN

Tup-tup 5 hari lepas balik tu tiba ada line macam itu..

So akak assume urat or wat ever makanya buat tak tahu dan just urut-urut saja dan guess what tak rasa dah sakit…

Tapi every night akak tidur akak memang rasa ade benda merayap-rayap kat kaki dan kadang gatal yang tak boleh  brain gatalnya.

Dan sejak 2 hari lepas makin teruk. So sebab dok baca dan semua dah bebel-bebel 

Makanya akak pun pergi la hospital…

Punca Berkaki Ayam Kaki Jadi Gatal & Bengkak, Wanita Kongsi Pengalaman Kaki Dimasuki Cacing!

So doc diagnose cutaneous larva migrans nama penyakitnya

IKLAN

Dia dah jadi kaum nomad dok berjalan 1 kaki.

Bengkak itu sebab dah infection sampai bisa sangat even melangkah…

Doc bagi 1 week untuk matikan cacing itu dan if tak ok kena terus jumpa pakar kulit untuk keluarkan benda alah itu!!

Doakan cacing tu mati cepat yeeeee

Sebab akak tak tahan dan terasa macam dia sedang zumba dalam kaki akak

Moral of the story

IKLAN

ALWAYS PAKAI ALAS KAKI!!!

EVEN DRIVE PON MOHON PAKAI SEBAB KITA TAK TAHU APA YANG KITA PIJAK

Punca Berkaki Ayam Kaki Jadi Gatal & Bengkak, Wanita Kongsi Pengalaman Kaki Dimasuki Cacing!

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Hilang Suara, Salah Satu Gejala Luar Biasa Covid-19 Ramai Tak Tahu. Biasa Dialami Pesakit Berusia!

Terbukti Baik Untuk Kesihatan, Saintis Kongsi Teknik Sebenar Sediakan Jus Kunyit

Bahaya Rupanya Gigitan Kutu Babi Dalam Telinga, Boleh Sebabkan Muka Jadi Senget

Diet Tanpa Berlapar, Fitness Coach Kongsi Senarai Stok Makanan Sihat Patut Ada Di Rumah

 

.

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI