Minyak zaitun mempunyai khasiat yang tersendiri terutama untuk kecantikan wajah dan kesihatan tubuh badan.
Oleh sebab itu harganya agak mahal sedikit di pasaran dan penggunaannya juga tidak perlu banyak seperti minyak masak lain. Jom, kita lihat khasiatnya mengikut kategori.
Minyak ini mengandungi sejumlah besar vitamin E, antioksidan yang melindungi kulit daripada pelbagai faktor luaran seperti sinaran matahari atau angin yang kuat. Tekstur minyak zaitun yang ringan menjadikannya pelembap sempurna yang tidak melekit yang tahan lama dan sesuai dengan semua jenis kulit.
Minyak zaitun mengandungi vitamin E, yang dapat meningkatkan kesihatan kulit dengan merawat keradangan, jerawat, dan melindungi kulit dari penyakit yang serius seperti psoriasis dan kanser kulit.
Minyak zaitun dara adalah alternatif pembuang mekap yang mudah dan murah berbanding daripada jenama lain yang berada di pasaran. Ia bertindak dengan baik tanpa merosakkan kulit anda.
Apabila umur anda meningkat, kulit akan mula mengendur dan kedutan akan terbentuk. Anda boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan ini dengan menggunakan minyak zaitun.
Sebagai skrub bibir:
Minyak zaitun boleh membuatkan bibir anda nampak lembut dan cantik dengan mencampurkan beberapa titis minyak zaitun bersama gula perang yang telah dihancurkan dan sedikit jus lemon, kemudian sapukan campuran ini di permukaan bibir anda.
Gosokkan tumit anda dengan menggunakan air lemon yang panas dan sapukan sekali minyak zaitun pada tumit untuk menambahkan kelembapan dan kelembutan. Anda boleh memakai stoking untuk kelegaan yang lebih cepat.
Vitamin E dalam minyak zaitun boleh meningkatkan penampilan kuku yang terjejas oleh penyakit.
Dalam kajian Arab Saudi, didapati bahawa oleuropein, sebatian semula jadi yang terdapat pada daun zaitun, mempunyai potensi sebagai antikanser payudara. Di dalam percubaan klinikal yang lain yang dijalankan di Sepanyol, didapati bahawa wanita yang mengamalkan diet yang mengandungi minyak zaitun, 62 peratus daripada mereka kurang berkemungkinan menghidap kanser payudara.
Menurut Harvard School of Public Health, diet yang kaya dengan lemak mono dan “polyunsaturated’, seperti yang terkandung dalam minyak zaitun, dapat membantu mencegah diabetes. Dalam kajian lain yang diterbitkan oleh The American Journal of Clinical Nutrition, penggunaan minyak zaitun dikaitkan dengan berkurangnya risiko diabetes dalam kalangan wanita.
Menurut Scientific American, oleocanthal dalam minyak zaitun dapat membantu mencegah penyakit Alzheimer. Persatuan Kimia Amerika juga turut menjumpai penemuan yang serupa. Dalam kajian Amerika, minyak zaitun “extra virgin” didapati dapat meningkatkan pembelajaran dan memori pada tikus, menyokong kemungkinan replikasinya pada manusia yang menderita penyakit Alzheimer.
Dalam kajian yang melibatkan lelaki yang mengamalkan diet Mediterranean, didapati minyak zaitun mungkin menyumbang kepada tulang yang kuat. Darah mereka didapati mengandungi tahap osteocalcin yang lebih tinggi, yang merupakan petanda bagi pembentukan tulang yang sihat.
Minyak zaitun boleh meningkatkan tahap serotonin, bahan kimia dalam otak. Ini, telah dijumpai, serupa dengan kesan beberapa antidepresi.
Satu kajian yang diterbitkan di Harvard School of Public Health telah menyokong keberkesanan minyak zaitun dalam membantu penurunan berat badan. Kehilangan berat badan yang berlaku disebabkan oleh dua jenis diet yang berbeza (diet Mediterranean berlemak sederhana yang mengandungi minyak zaitun dan diet rendah lemak) dibandingkan. Menjelang akhir kajian, hanya 20 peratus daripada sukarelawan dalam kumpulan rendah lemak yang masih mengikut diet.
Minyak zaitun mengandungi tahap lemak tepu dan lemak tak tepu yang minima. Ini membolehkan ia mengawal paras kolesterol dalam darah pada badan. Minyak zaitun mengandungi tahap tertinggi bagi lemak “monounsaturated” – sekitar 75-80 peratus, yang membantu membentuk kolesterol baik dan HDL dalam badan.
Minyak zaitun kaya dengan lemak “monounsaturated”. Ini membantu dalam meningkatkan mobiliti supaya makanan dapat bergerak dengan lancar melalui usus besar tanpa sebarang masalah. Ia juga membantu dalam mempercepatkan pergerakan usus dan menghalang sembelit.
Penggunaan minyak zaitun juga dapat membantu melarutkan batu karang pada buah pinggang.
Ia membantu melembutkan tahi telinga, menjadikannya lebih mudah bagi anda untuk mengeluarkan tahi telinga. Sebaik sahaja ia telah disapu secukupnya, tahi telinga akan pecah menjadi kepingan yang lebih kecil, dan mula bergerak keluar di saluran telinga, di mana ia boleh dibersihkan dengan kain lembut atau tisu.
Jika kita membeli makanan di luar sama ada tepi jalan atau restoran, ada sesetengah peniaga akan membungkus menggunakan kertas surat khabar.
Biarpun kita lihat tulisan tidak menyentuh secara langsung dengan makan, malah asal dapat menyerap minyak daripada makanan bergoreng.
Namun hakikatnya masalah pencemaran boleh terjadi sekiranya penjual makanan menyentuh kertas surat khabar terlebih dahulu dan kemudian menyentuh makanan siap untuk dimakan secara langsung.
Baru-baru ini, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dalam entri Facebook mereka menjelaskan, bahan kimia pada dakwat surat khabar boleh mencemarkan makanan seterusnya memberi kesan berbahaya kepada kesihatan manusia.
Kata mereka, jika terpaksa menggunakan kertas surat khabar juga, jadikan ia sebagai lapisan kedua untuk membungkus makanan.
“Paling terbaik adalah gunakan pembalut makanan yang dikhaskan untuk makanan (food grade) bagi mengelak berlakunya pencemaran silang.
“Surat khabar mengandungi bahan kimia seperti karbon, logam berat dan pelarut. Apabila minyak yang diserap oleh surat khabar akan melarut dakwat dan seterusnya menyerap ke dalam makanan,” jelasnya.
Menurut Pusat Racun Negara pula, dakwat yang digunakan untuk mencetak akhbar mempunyai kebarangkalian yang tinggi menggunakan bahan kimia yang boleh manjadi punca kepada beberapa jenis penyakit kronik.
Lembaga Keselamatan dan Piawaian Makanan India juga melaporkan bahawa dakwat surat khabar mengandungi bahan yang boleh memberi pelbagai kesan negatif pada tubuh badan.
Kajian mereka juga menunjukkan terdapat dakwat surat khabar yang bersifat karsinogenik (punca berlakunya kanser) dan ia boleh meresap ke dalam makanan dengan begitu mudah sekali.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, juga berkata bahan pembungkus seperti plastik (lutsinar) atau daun pisang perlu digunakan sebagai lapisan pertama yang bersih dan bebas kotoran serta pencemaran.
Katanya, ini bagi melindungi sepenuhnya makanan itu daripada bersentuhan secara langsung dengan kertas surat khabar.
“Pembungkusan makanan sedia dimakan dengan surat khabar sebagai lapisan kedua hendaklah dikendalikan dengan kaedah yang dapat mengelakkan pencemaran dakwat daripada kertas surat khabar kepada makanan itu melalui apa jua cara.
“Contohnya, pencemaran boleh terjadi melalui tangan pengendali makanan yang sudah menyentuh kertas surat khabar terlebih dahulu dan kemudiannya menyentuh makanan sedia dimakan secara langsung.
“Kertas surat khabar hendaklah tidak digunakan bersentuhan secara langsung dengan makanan sedia dimakan seperti untuk menutup makanan atau menyerap minyak daripada makanan bergoreng,” katanya.
Suka melihat penampilan penyanyi, Ernie Zakri yang semakin anggun dengan gaya bertudung dan sesekali ternampak manisnya senyuman dengan pipinya yang comel.
Berkongsi tentang amalan pemakanan hariannya, isteri kepada Syamel ini memilih jalan makan semua makanan tanpa berpantang. Cuma tidak melampau sampai memudaratkan kesihatan.
“Saya tidak bermusuh dengan makanan. Saya makan semua benda, minuman manis pun saya ambil tapi dalam kadar yang sedikit lah.
Pernah ada masalah kulit selepas melahirkan anak sulung, Nur Khawla Soleha, tetiba jadi sensitif. Jadi kebanyakan produk lama tak dapat dipakai.
Ceritanya menerusi satu video majalah Nona, “Salah pakai bedak pun naik jerawat, jadi sekarang saya jaga dengan baik. Pergi facial untuk bersih kulit dari dalam, alhamdulillah makin okay.”
Jadi jika anda lalui situasi yang sama, tiba-tiba rasa naik jerawat disebabkan pakai produk tertentu, sebaiknya berhenti dan bagi kulit rehat.
Jika ada bajet lebih, pergi facial untuk tahu apa masalah kulit anda. Jangan suka-suka sambung pakai yang lain, ya. Nanti makin teruk!
Terbaru, Ernie berkongsi cerita tentang kejayaan menerbitkan album kedua yang berjudul ‘Aura’ terhasil daripada kematangan dan semangat juang untuk terus meletakkan namanya sebaris penyanyi-penyanyi hebat di negara ini.
Haa.. kepada peminat Ernie, boleh lah layan lagu terbaru Ernie sebagai sokongan kepada artis wanita ini untuk terus melebarkan sayapnya dalam industri muzik tanah air. Album ini dijadualkan bakal dilancarkan sepenuhnya pada bulan November.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.