Wanita cukup takut muka naik jeragat atau kulit jadi terbakar dek kerana terdedah cahaya matahari tetapi masih kurang jelas tentang puncanya.
Padahal bukan kerana produk tidak berkesan tetapi silap pakai dan kurang ambil tahu cara pakai sunscreen dengan betul.
Patutlah Muka Naik Jeragat Dan Tetap ‘Hangus’, Pakai Sunscreen Tapi Buat Kesalahan Ini
Haaa.. cuba semak perkongsian daripada Dr. Ingky yang merupakan pakar kulit dan kecantikkan, beliau ada berkongsi di laman Twitternya mengenai kesalahan yang sering dilakukan apabila memakai sunscreen.
TAK LETAK SUNSCREEN SECUKUPNYA
Kuantiti yang terbaik untuk letak sunscreen di wajah adalah dengan letak dua line sunscreen guna jari telunjuk dan jari tengah.
Ads
TAK RE-APPLY SUNSCREEN
Malas nak sapu banyak kali. Hah, sebenarnya anda perlu re-apply sunscreen setiap dua jam, terutama sekali selepas berpeluh dan berenang.
HARAPKAN SUNSCREEN DALAM MAKE-UP
Harapkan SPF yan ada dalam pelembap sahaja. Ambil peduli ya, kandungan SPF dalam make-up yang dipakai tidak cukup ya. Kena letak juga sunscreen sebelum pakai make-up yang mempunyai SPF.
JANGAN CAMPUR SUNSCREEN
Mencampurkan antara sunscreen chemical dan mineral sebenarnya tidak berkesan untuk elak UV.
Ads
LETAK MOISTURIZER ATAS SUNSCREEN
Sebenarnya anda kena letak dahulu moisturizer muka dan akhiri dengan sunscreen.
6. JANGAN SKIP BAHAGIAN BADAN LAIN
Ads
Nak jimat, jadi cuma letak kat wajah sahaja. Salah ni! Bukan wajah sahaja yang kena letak sunscreen, semua bahagian badan yang terdedah kepada cahaya matahari wajib letak sunscreen!
CUACA TAK PANAS TAK PAKAI SUNSCREEN
Walaupun cuaca tak panas, sebenarnya 80 peratus cahaya matahari dapat memberi kesan kepada kulit.
CARA SIMPAN SUNSCREEN SALAH
Selalunya ada yang jenis suka letak dalam kereta, tapi lupa bila parking tengah panas dalam masa yang lama, sunscreen tu jadi tak elok ya. Anda perlu sentiasa letakkan sunscreen jauh dari terdedah kepada cahaya matahari, panas dan lembap. Ini akan mengurangkan keberkesanan sunscreen sehingga kosong!
Apa pun, cara terbaik penggunaan sunscreen adalah memilih kandunga SPF 5, tekstur seperti air, tak melekit dan ringan pada kulit supaya selesa bila pakai dan tak bercapuk bila anda mekap.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat aksinya di Sukan Olimpik lalu menujukkan betapa komitmenm\ cukup tinggi ditunjukkan penerjun negara, Datuk Pandelela Renong.
Biarpun tidak memenangi sebarang pingat kali ini, tetapi semangat juang ditunjukkan tetap tinggi di sukan berprestij ini.
Ternyata segala keazaman dan kerja keras ditunjukkan selama ini berbaloi apabila baru-baru ini beliau telah dianugerahkan Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak di Bangunan Lapau, Dewan Undangan Negeri Sarawak yang membawa gelaran Datuk.
Ayuh kita litat fakta menarik Datuk Pandelela Rinong yang mana kejayaan diraih sangat membanggakan kita seluruh rakyat Malaysia.
1. Dilahirkan pada 2 Mac 1993 di Kupuo Jugan, sebuah perkampungan di Bau, Sarawak.
2. Beketurunan Bidayuh dan berketinggian 5’3″ serta memiliki berat badan 52kg.
4. Pada usia tujuh tahun Pandelela dipilih menjadi perenang negeri dan menyambung latihan di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
3. Beliau menjadi pembawa bendera wanita pertama Malaysia ketika mengetuai kontinjen negara pada pembukaan Sukan Olimpik London 2020.
4. Beliau juga merupakan atlet wanita negara pertama yang meraih pingat dalam Sukan Olimpik pada Temasya London 2012 bagi acara terjunan 10 meter platform wanita.
4. Atlet kelahiran Sarawak tersebut pernah meraih pingat perak dalam acara 10m papan anjal seirama bergandingan dengan Cheong Jun Hoong pada Temasya Rio 2016.
5. Juga menjadi pemenang pingat emas pada Piala Dunia Tokyo, selain satu perak dan empat gangsa (Kejohanan Dunia).
6. Anugerah Datuk yang diterima berkenaan merupakan memori yang terindah. Beliau turut ingin menjadikan penganugerahan itu sebagai pembakar semangat buat dirinya dan inspirasi untuknya terus berjuang dalam bidang sukan terjun.
7. Selain itu, Pandelela juga pernah menerima pingat Ahli Mangku Negara dan Jasa Bakti Sarawak setelah mencapai kejayaan pingat perak di Sukan Olimpik Rio De Jeinero, pada 2016.
8. Beliau kini mengambil Ijazah Sains Sukan di Universiti Malaya.
Masih ramai yang memandang remeh tentang sakit belakang, anggap cuma perlukan rehat namun sebenarnya ini berkait rapat dengan slipped disc.
Slip disc selalunya berlaku secara tiba-tiba. Ada yang mengatakan bunyi ‘pop’ di tulang belakang. Bagi yang tertanya-tanya tentang punca dan cara rawatannya, anda boleh mengetahui lebih jelas menerusi perkongsian ilmu daripada Dr Syid ini.
Aduh sakitnya belakang! Terus ada yang jadi doktor segera kata ‘ha itu mesti masalah slipped disc’. Sebenarnya banyak punca sakit belakang yang sebenarnya bukan berpunca daripada slipped disc.
Jadi untuk ketahui adakah benar itu slipped disc ataupun tidak perlu dapatkan nasihat doktor yang bertauliah. Bukannya doktor segera kedai kopi.
70% daripada kita semua pernah sakit belakang. 50% pernah sakit sedikit sahaja mungkin disebabkan oleh salah duduk dan boleh sembuh dalam masa seminggu. Manakala 90% sakit belakang mengambil masa untuk sembuh sekitar 1-3 bulan manakala 10% perlukan rawatan invasif iaitu pembedahan (ini kategori serius).
Apa itu disc?
Secara generalnya tulang belakang setiap manusia itu mempunyai 33 vertebra (tulang).
Di antara tulang itu pula mesti ada satu benda yang memainkan peranan seperti kusyen yang akan menyerap setiap hentakan pada tulang supaya setiap tulang itu tidak bertemu apabila berlaku hentakan.
Rupa bentuknya adalah bulat dan mempunyai dua bahagian utama iaitu bahagian “inti” yang dinamakan sebagai Nucleus Pulposus manakala bahagian luarnya adalah gentian-gentian elastik yang terdiri daripada kolagen yang dinamakan sebagai Annulus Fibrosus.
Apa yang berlaku hingga menyebabkan terjadinya masalah Slipped Disc?
Tulang belakang fungsinya untuk menstabilkan tubuh kita. Peranannya juga adalah untuk memegang unsur utama iaitu saraf tunjang.
Apa yang berlaku membawa kepada slipped disc yang mana disebabkan oleh hentakan ataupun salah pergerakan adalah keran disc berbentuk bulat. Apabila terkena hentakan, ia akan menyebabkan terhasilnya benjolan yang akan menghimpit saraf akar yang letaknya berhampiran saraf tunjang.
Apabila saraf akar tertekan akan menyebabkan terjadinya lenguh-lenguh, tak selesa dan sakitnya akan menjalar hingga ke kaki. Simptom lain yang sering terjadi ialah terasa seperti adanya letrik, panas dan kebas.
Slipped disc ini mempunyai banyak peringkat dan kesakitannya bergantung kepada tahap seriusnya benjolan yang menghimpit saraf akar tadi.
Peringkat Slip Disc
Peringkat pertama – Hanya terdapat benjolan tetapi fiber atau Annulus Fibrosus masih tidak pecah. Pada tahap ini ia masih boleh cepat sembuh dan tiada masalah. Keadaan ini dipanggil sebagai Disc Protrusion.
Peringkat kedua – Apabila disc sudah mengalami luka ataupun ianya sudah pecah akibat benjolan dari Nucleus Pulposus. Keadaan ini dipanggil sebagai Disc Extrusion.
Peringkat ketiga – Sudah pecah dan bahagian “inti” atau Nucleus Pulposus tadi sudah keluar dan masuk ke dalam rongga lain. Ia merupakan peringkat slipped disc yang serius dan saraf terhimpit dengan teruk. Kebiasaannya pada tahap ini, individu akan memerlukan pembedahan. Keadaan ini dipanggil Disc Sequestration.
Punca membawa kepada Slipped Disc
1) Angkat barang berat
– Angkat berat mesti dengan postur yang betul. Iaitu duduk, peluk, berdiri dan baru pusingkan badan.
– Slipped Disc mudah berlaku kepada lelaki yang berusia 35-50 tahun. Apabila usia melebihi 50 tahun, slipped disc jarang berlaku tetapi masalah spinal stenosis pula yang menyerang.
2) Obes
– Individu obes mudah mengalami masalah slipped disc. Ini kerana, berat badan berlebihan akan memberi beban yang tidak sepatutnya.
– Walaupun slipped disc dirawat, individu ini juga berisiko 12 kali ganda untuk mendapat slipped disc ini semula. Jadi, penting untuk turunkan berat badan.
3) Pekerjaan
– Kerja-kerja berat seperti buruh kasar atau pekerjaan yang sentiasa mengangkat benda berat boleh menjadi punca kepada masalah slipped disc.
– Pekerjaan yang terlalu duduk lama seperti driver juga mudah terkena slipped disc. Individu ini memerlukan lumbar support. Bila duduk lama tulang akan terbeban.
4) Sejarah keluarga
– Jika dalam keluarga mempunyai sejarah slip disc, ahli keluarga lain juga berisiko mengalami slipped disc.
5) Tumit tinggi
– Wanita harus berhati-hati. Pada bahagian kaki mempunyai 28 tulang dan 44 sendi.
– Pemakaian kasut tumit tinggi yang lama akan menganggu paksi tulang menyebabkan tulang melengkung. Malah, ia meningkatkan risiko sakit belakang.
– Penggunaan kasut tumit tinggi seperti stiletto adalah tidak digalakkan. Jika ingin memakai kasut tumit tinggi, haruslah memilih kasut yang mempunyai tapak belakang yang lebih besar agar dapat mengimbangi berat badan seseorang.
Bagaimana untuk mengenal pasti adakah anda mempunyai masalah slipped disc?
1. Satu ujian mudah boleh dilakukan, iaitu dengan luruskan kaki dan angkat kaki anda hingga 90 darjah.
2. Jika anda tidak mempunyai sebarang kesakitan, anda bebas slipped disc.
3. Jika angkat kaki dan terasa sakit pada bahagian belakang, anda perlu ke klinik dan membuat pemeriksaan lanjut.
4. Sakit belakang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor lain, contohnya seperti jangkitan kuman yang membawa kepada penyakit tuberculosis (TB), kanser, osteoporosis atau faktor penuaan. Sakit belakang juga boleh disebabkan oleh penyakit batu karang.
5. Oleh itu, pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital perlu dilakukan. Jika benar ia adalah disebabkan oleh slipped disc, rawatan susulan seperti X-ray dan MRI akan dilakukan.
Rawatan Slipped Disc
1) Gaya Hidup
– Individu yang mempunyai slipped disc perlu tahu bagaimana cara terbaik untuk baring, duduk atau berdiri dengan betul. Jika perlu berdiri lama, elakkan lenguh dengan mengangkat sebelah kaki dan gilir-gilirkan di antara kanan dan kiri.
– Cara duduk – Elakkan duduk di atas sofa secara sembarangan. Sofa atau kerusi hendaklah mempunyai lumbar support.
– Cara tidur – Perlu teliti pada pemilihan tilam yang betul. Tilam tidak boleh terlalu lembut (spring) dan tidak boleh terlalu keras. Sebaiknya perlu ada lumbar support.
– Berjalan kaki – Elakkan jalan secara mendaki. Jika banyak berjalan dan terasa sakit pada bahagian belakang, perlu berhenti dan berehat seketika. Ia bertujuan untuk merehatkan otot.
– Elakkan letak dompet pada bahagian belakang seluar. – Elakkan kasut tumit tinggi. – Angkat benda berat dengan cara yang betul.
2) Senaman
– Senaman paling disyorkan untuk individu yang ada masalah slipped disc adalah berenang iaitu ‘frog style’. Ini adalah sangat bagus untuk menguatkan tulang belakang. Yoga juga sesuai untuk slipped disc.
– Selebihnya, dinasihatkan untuk berjumpa pakar fisioterapi bertauliah untuk dapatkan nasihat mengenai senaman yang sesuai.
3) Ubat
– Jika terasa sakit jangan sekali-kali untuk tunjuk hero/kuat. Segera dapatkan rawatan dan ubat.
– Ubat yang biasa diberi adalah seperti NSAID iaitu sejenis ubat tahan sakit. Namun, pengambilan ubat tahan sakit tidak boleh diambil secara berterusan selama 6 bulan kerana ia boleh memberi kesan sampingan seperti ulser perut, gastrik dan masalah buah pinggang.
– Selain itu, koyok juga boleh digunakan bertujuan untuk dapatkan muscle relaxion.
4) Kuruskan badan
– Obesiti menyebabkan bebanan berlebihan pada tulang belakang. Oleh itu, individu ini dinasihatkan untuk menurunkan berat badan.
5) Urut
– Kiropraktik boleh dilakukan.
– Selain itu, acupuncture juga disyorkan untuk mengatasi masalah slipped disc.
6) Pembedahan
– Microdiscetomy – Kaedah dimana doktor hanya akan membedah keluar bahagian disc yang terkeluar dari tempat asalnya dan bukan keseluruhan disc tersebut.
– Laminectomy – Potongan bahagian tulang belakang untuk mengurangkan tekanan ke atas saraf atau memberi ruang kepada saraf tunjang.
– Foraminotomy – Pembedahan untuk mengurangkan tekanan ke atas saraf yang ditekan oleh intervertebral foramina.
– Spinal fusion- Pembedahan yang dilakukan untuk menghubungkan satu atau lebih vertebra di bahagian tulang belakang.
– Pembedahan biasanya disarankan bagi individu yang mula mengalami kesan neurologi yang serius (Neurological Deficit). Sebagai contoh, seperti kesan sakit yang amat sangat hingga menyebabkan kaki mula lumpuh atau kebas yang serius. Juga pada situasi apabila buang air kecil dan air besar sudah tidak terasa. Pada tahap ini, pembedahan amatlah diperlukan. Perlu rujuk pakar ortopedik.
7) Nutrisi
– Bahan yang memegang atau menguatkan disc itu sebenarnya adalah kolagen. Dan kolagen ini pula akan menurun sebanyak 1.5 peratus setahun bermula usia individu itu mencecah 25 tahun. Pengambilan kolagen adalah digalakkan untuk menampung dan mengelakkan kemerosotan disc.
– Selain itu, pengambilan nutrisi anti-oksidan semulajadi seperti AstaREAL adalah disyorkan. Ini kerana ia mempunyai unsur yang hebat untuk melindungi disc daripada radikal bebas yang meyebabkan kepada kemerosotan diri.
– Ini boleh diambil sebagai suplemen untuk mencegah dan merawat masalah slipped disc pada tahap awal untuk sembuh.
BONUS untuk anda. KOMPLIKASI PEMBEDAHAN.
– Setiap pembedahan yang dilakukan sememangnya mempunyai risiko dan komplikasi.
– Journal yang membuat meta-analysis menyatakan antara komplikasi pembedahan slipped disc adalah:
a) 1-2 peratus pembedahan mempunyai risiko pendarahan dan menyebabkan jangkitan kuman.
b) 1-3 peratus mungkin boleh menyebabkan saraf calar, rosak atau terpotong.
c) 4-10 peratus yang telah dibedah juga mempunyai risiko untuk tak pulih sepenuhnya.
d) Namun kadar berjaya dalam pembedahan adalah tinggi.
Jadi, ambil langkah pencegahan awal sebelum ianya parah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai berkongsi sarapan guna roti Gardenia Gourmet yang viral di media sosial, katanya sedap dan paling best boleh kurangkan pengambilan kalori yang diambil setiap kali makan.
Kalau nak tahu, jumlah hidangan roti plastik hijau dan merah untuk 2 keping roti 46.2g lebih rendah berbanding roti putih biasa Gardenia dengan 2 keping 61.5g.
Ada dua pilihan dua jenis roti buku istimewa berasaskan cita rasa Eropah selepas penjenamaan semula Gourmet Selections iaitu Roti Bonjour Sesawhite Gardenia Gourmet Selections dan Roti Sommerset Cottage Gardenia Gourmet Selections.
Dengan Bonjour Sesawhite, anda dapat menikmati kemewahan bijirin bunga matahari yang memberikan kerangupan dan rasa kekacang dalam rotinya.
Dan jika pilih Sommerset Cottage pula, yang ini mempunyai adunan istimewa 12 bijirin premium diantaranya termasuklah biji chia, biji rami, kuinoa dan barli bagi menghasilkan tekstur dan rasa berbeza yang semestinya menepati cita rasa dan memuaskan selera.
Gourmet Selections dicipta untuk memenuhi selera para penggemar roti yang sentiasa menginginkan hidangan mewah setiap hari.
Gardenia Gourmet Selections ini sangat versatil, sama ada anda nak rasa hidangan savuri seperti Sandwic Tomato Panggang & Keju, mahupun Sandwic manis dengan kombinasi beri biru dan krim keju, roti ini sangat sesuai sebagai asas kreativiti kulinari yang sangat menyelerakan.
Sebenarnya sebelum ini Gardenia sudah memperkenalkan produk ini ke pasaran, tetapi terpaksa menghentikan pengeluaran buat sementara untuk pembinaan semula kilang yang terjejas akibat bencana banjir pada 2021.
Gardenia mengambil kesempatan itu untuk melaksanakan penjenamaan semula dan mengumpulkan produk-produk berkenaan di bawah jenama Gourmet Selections.
Owh ya, kalau rasa nak cuba Roti Gardenia Gourmet Selections, boleh cari di pasar raya runcit terpilih termasuk 7-Eleven, Giant, Aeon, Aeon Big, Jaya Grocer, VillageGrocer, Mydin, Tunas Manja, TF Value dan Lotus.
Bagi pelanggan-pelanggan yang lebih selesa membeli-belah dari rumah, Gardenia Gourmet Selections juga boleh dibeli secara atas talian melalui PandaMart. Tekan-tekan, sampai kaedahnya!
Bagi anda yang masih tiada idea nak makan macam mana, boleh tiru dua resepi ini.
1. Tuangkan air & 1/2 kotak beri biru di dalam periuk kecil.
2. Apabila air mula mendidih, masukkan esen vanilla, jus lemon & madu dan masak di atas api kecil
selama lebih kurang 20 minit atau sehingga airnya memekat.
3. Padamkan apinya dan ketepikan untuk menyejuk.
4. Apabila tidak panas lagi, gaulkan rebusan beri biru bersama keju krim sehingga sebati.
5. Apabila hendak menghidang, sapukan dua sudu keju krim beri biru ke atas setiap keping roti Bonjour Sesawhite Gardenia Gourmet Selections.
6. Susunkan baki beri biru dan raspberi di atas krim beri biru.
7. Hiaskan dengan petikan daun pudina dan bunga yang boleh dimakan.
Mestilah sedap, nanti boleh lah anda guna salah satu resepi ini buat menu diet anda semakin menarik dengan mengurangkan banyak kalori.
Sekadar info, Gardenia kini mengusahakan bakeri-bakeri di Malaysia dan merupakan pengeluar 56 jenis produk setiap hari termasuk pelbagai jenis roti buku, roti bun, rol, kek, wafel, dan produk-produk lain termasuk sapuan roti dan mee kuning.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.