Siapa tidak mengenali pelakon Kilafairy yang kelihatan semakin cantik selepas mengenakan hijab.
Dianugerahkan kulit yang halus dan cantik, namun anak kepada penyanyi Rohana Jalil ini juga pernah mengalami masalah kulit wajah.
Menurut Kilafairy dia pernah ada masalah jerawat ketika bersekolah menengah tetapi tidak begitu serius. Bagi mengelak jadi lebih peruk, dia turut pergi ke klinik untuk mengambil ubat.
Jaga Rutin Kecantikan Macam Biasa
Apabila sudah terdedah kepada dunia seni, Kilafairy tetap menjaga rutin kecantikan wajah seperti orang lain.
“Seperti orang lain saya juga melakukan rutin penjagaan wajah dengan kerap mencuci muka, kemudian pakai toner, essence, serum sebelum mengenakan pelembap dan sunblock.
“Bagi saya pemakaian sunblock itu sangat penting walaupun kita hanya duduk di rumah saja,” katanya yang mengakui tidak ada kesulitan menjaga wajah walaupun sudah berhijab.
“Rutin diamalkan tetap sama, malah saya rasa lebih senang kerana tidak payah pikir nak buat rambut macam mana.
“Apa yang penning kena rajin mencuci wajah terutama mengenakan solekan untuk shooting atau menghadiri sebarang majlis,” tambahnya yang juga turut mengakui pernah mengalami kenaikan berat badan mendadak.
“Tidak ada rahsia tertentu cuma saya memang cut sugar je. Kalau bab yang satu ini kita amalkan, masalah berat badan akan setel.
Ads
“Banyakkan minum air kosong kerana itu yang terbaik untuk menjaga kesihatan dan kekal fit sentiasa,” jelas Kila yang hanya mengamalkan workout dilakukan di rumah saja. Dia lebih senang memilih senaman dengan treadmill saja untuk menjaga kesihatan diri.
Masih Kekal Istiqamah
Dia yang sudah hampir dua tahun berhijrah bersyukur kerana kekal istiqamah dengan penampilannya kini.
Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan percaya proses lumrah itu menjadi pengukur kematangan dan pendinding diri.
Baru-baru ini dirinya turut beroleh tuah dan rezeki dilamar menjadi wajah wakilan jenama tudung bawal MINAZ Hijab Blossom 3.0 kempen Next Chapter.
Ads
“Daripada kerendahan hati, saya bangga kerana terpilih menjadi wajah wakilan koleksi tudung bawal ini. Berurusan dan bekerjasama dengan pasukan kerjanya juga menyenangkan.
“Mereka juga memastikan saya selesa dan berpuas hati dengan tudung yang dipakai serta digayakan. Begitu juga dengan hasil gambar kempen fotografi yang dijayakan.
“Pendek kata tudung yang digayakan bukan sekadar selesa dalam konteks percakapan dan penulisan. Tapi saat dipakai pun dapat rasa keselesaan yang digambarkan itu. Saya sangat besyukur dengan rezeki yang Allah limpahkan selain dikelilingidengan orang yang baik waktu bekerja,” katanya.
Koleksi tudung yang dilancarkan secara rasmi pada malam ini (2 Februari 2020), menampilkan Kilafairy sebagai ‘muse’itu sudah menerima 250,000 pra tempahan.
MINAZ Hijab yang dilancarkan pada Ogos 2021 dengan taruhan signature printed Blossom Series teruspantas menjadi kegilaan wanita Malaysia.
Ads
Kejayaan koleksi terdahulu contohnya sebanyak 300,000 helai telah terjual selepas lima bulan dilancarkan turut berpanjangan kali ini saat menggunakan khidmat dan pesona Kilafairy.
Wajah Kempen
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif jenamatudung itu, Hafiza Datuk Abd Hamidatau lebih dikenali dengan nama Pija MINAZ memanjat kesyukuran kerana kejayaan awal itu.
“Saya anggap tuah dan rezeki ini datang daripada pelbagai sudut. Tentunya kejayaan ini takkan diperoleh tanpa kerja keras team MINAZ, stokis dan agent seluruh Malaysia seterusnya sokongan Kilafairy sebagai wajah wakilan kempen.
“Kami mensasarkan lima orang bakal Jutawan Hijab hujung tahun ini. Marilah sama sama kita jadi Kaya, Berjaya & Bergaya bersama MINAZ.
“Perniagaan tudung bawal material kapas berkualiti tinggi ini dijual dengan harga mampu milik RM29 sehelai. Pembungkusannya setanding jenama mewah. Bagi mendapatkan tudung bawal itu boleh layari www.minaz.com.my,” katanya yang turut memberitahu MINAZ akan membawakan ikon berhijab dengan cerita tersendiri.
Pija MINAZ
Kisah penghijrahan Kilafairy dua tahun lalu memberikan mereka inspirasi dalam merangka kempen Next Chapter.
Tidak dinafikan bagi mereka yang mempunyai saiz badan besar pasti akan mengalami masalah badan berdaki hingga menimbulkan bau masam.
Terdapat beberapa tempat yan sering mengalami masalah ini antaranya celah peha, punggung dan di bawah payudara.
Perkongsian dari Mastura Rashid memberitahu cara untuk mengatasi masalah ini.
Dia juga turut berkongsi cara membuat skrub untuk menghilangkan selulit di bahagian berkenaan.
DIY Skrub Buang Selulit Di Badan
Khas untuk wanita, terutama yang saiz badan dia comey-comey gitu.
Ada 4 tempat di badan wanita, yang paling mudah mengumpul daki dan bau masam tau.
1. Celah peha dan v-line. Kedua-dua tempat ini paling mudah mengumpul bau masam disebabkan seluar dalam yang sering lembab akibat aktiviti ke bilik air, ditambah pula dengan peluh dan keputihan yang ada.
2. Celah punggung. Sini pun peluh selalu terperangkap minta tolong okay. Baik kau lepaskan cepat-cepat.
3. Bawah payudara terutama yang berpayudara besar dan jatuh. Kawasan ini selalu ramai terlepas pandang! Sebab tu bra cepat masam okay.
4. Celah jari kaki. Haa sebab tulahh kasut dan stokin cepat busuk. Tapi kau pula salahkan kasut cap ayam, material cap ayam, sedangkan kaki tu dijaga alar kadar menggunakan sabun cap ayam.
Jadi apa perlu dibuat?
– Skrub/exfoliate kulit. Fiona suka skrub guna sarung tangan, kain panjang, berus panjang, kopi atau gula. Tengok mana yang rajin. Tapi hari-hari mesti akan skrub. Lepas dah skrub badan, dah habis mandi, kita sapu losyen atau body oil supaya kulit maintain muda dan lembab. Awww
– Boleh elakkan pakai bra sama selama seminggu, dua minggu atau sebulan di rumah.
– Always always alwaysss bawa sabun dan feminine wash sendiri (travel size) ke mana-mana, especially public toilet. Jangan biarkan punggung dan faraj tak bersabun okay.
– Pakai losyen/body oil yang natural. V-oil insyaAllah sangat membantu bahagian faraj kekal wangi dan bersih. Oh please jangan minta V-oil. Dah habis.
– Pakaian dalam pastikan bertukar setiap hari. Jika ada banyak keputihan, biasakan bawa panty extra, dan pakai pad liner. Kalau risau alergik dengan pad/panty liner, boleh pakai cloth pad. Sekarang pun jenis organik dah ada.
Nahh fiona kongsikan resipi skrub anti selulit. Ada dalam gambar. Jemput klik dan buat ya.
Skrub kopi yang dibuat dengan serbuk kopi arabica starbucks (mintak sisa kopi dengan diorang sebelum tutup kedai), oat, minyak, madu dan gula.
Ni hand mitten untuk skrub badan waktu mandi
Lepas mandi sapu losyen bagi lembab dan lembut.
Ni loofah. Natural body scrub
Berus panjang ni bagus sangat untuk sesi dry brush sebelum mandi. Banyak manfaat dia tau
Agaknya umur berapa sesuai pakai set penjagaan wajah sebenarnya? Ini bergantung kepada kulit masing-masing tetapi secara kasarnya, seawal umur 9 tahun bagi perempuan dan 12 tahun bagi lelaki.
Apa item yang penting dalam penjagaan muka bagi remaja? Jom baca perkongsian daripada saudari Sarah Sofea tentang penjagaan kulit seawal remaja.
Set Penjagaan Wajah Untuk Awal Remaja
Asas set penjagaan wajah yang pertama ialah pencuci muka. Pencuci muka sangat penting bagi membersihkan liang-liang pori di muka yang berminyak agar tidak tumbuh jerawat dan bintik hitam dan bintik putih. Pencuci muka juga membantu merawat kulit kusam.
Yang kedua pula ialah mosituriser ataupun pelembab muka. Pelembab muka sangat penting
bagi menjaga kulit dan mencegah kulit kering atau pun kulit terlalu berminyak. Pelembab muka juga adalah skincare yang dapat menjaga kulit kita daripada kedutan apabila menjelang tua.
Manakala yang ketiga ialah sunscreen. Kulit memerlukan perlindungan dari sinaran matahari.
Dengan menggunakan sunscreen sejak usia remaja dapat mencegah bintik hitam pada kulit. Selain itu, manfaat dari produk sunscreen ini ialah dapat:
– Mengurangi tanda-tanda penuaan.
– Melindungi kulit terbakar akibat sinar uv.
– Mengurangkan risiko kanser kulit.
Cara Guna
Pilihlah produk sunscreen dengan minima SPF 30 atau lebih tinggi. Cara menggunakan sunscreen adalah dengan sapu secara berulang kali setiap 3-4 jam sekali pada waktu pagi dan tengahari selepas memakai pelembab muka.
Ada banyak manfaat dari menggunakan produk skincare sejak remaja antaranya:
– Mencerahkan kulit
– Mencegah penuaan
– Kulit lebih terawat dan sihat
– Memakai skincare di usia muda dapat membuatkan kulit nampak sihat di usia tua nanti.
Jadi sebaiknya anda ajar dan biasakan anak-anak memakai set penjagaan wajah sejak awal remaja, barulah dapat kulit sihat tanpa cela.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rentas negeri selepas vaksinasi lengkap akhirnya dibenarkan kerajaan selepas hampir setahun rakyat menunggu. Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus.
“Mulai esok (hari ini), bebaslah dan inilah sebenarnya yang ditunggu-tunggukan masyarakat selepas kerajaan sebelum ini terpaksa tegas dari segi pergerakan rentas negeri. Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang lama berpisah, melancong dan sebagainya,” katanya dalam sidang media khas yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan platform media sosial.
Persediaan Sebelum Rentas Negeri Selepas Vaksinasi
Sebelum kita gembira balik menemui keluarga tersayang, ada beberapa perkara penting yang perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan kedua-dua belah pihak. Dalam perkongsian Dr. Izzar Anwari di laman Instagram, beliau menekankan beberapa pesanan utama sebelum balik kampung.
Ingat Prinsip TRIIS
TEST – Buat ujian saringan C-19 kendiri.
REPORT – Laporkan keputusan ujian di MySejahtera walaupun negatif.
ISOLATE – Jika positif, jangan pulang kampung. Asingkan diri di rumah dahulu dan patuhi arahan HSO oleh KKM.
INFORM – Maklumkan kepada kontak rapat jika positif C-19, serta hubungi CAC jika gejala semakin teruk.
SEEK – Segera ke pusat perubatan atau CAC jika alami gejala berat seperti sakit dada, sesak nafas atau suhu tinggi.
Rentas negeri selepas vaksinasi bermakna tiada lagi roadblock untuk menyekat perjalanan anda. Namun, tanggungjawab kini terletak di bahu sendiri. Jika anda memilih untuk tidak divaksinasi tetapi masih mahu pulang kampung, fikirkan risiko yang dibawa kepada ahli keluarga terutama warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.
Tiada siapa menghalang anda kerana rentas negeri kini bebas, tetapi jujurlah dengan diri sendiri. Jika rasa tidak sihat, tangguhkanlah perjalanan. Menipu status kesihatan hanya membahayakan insan tersayang.
Kesimpulan: Selamat Bertemu Keluarga
Rentas negeri selepas vaksinasi adalah peluang yang dinanti ramai untuk bertemu keluarga. Namun, jangan lupa mengambil langkah berjaga-jaga. Ambil vaksin, lakukan ujian kendiri, patuhi SOP, dan sentiasa menjaga keselamatan diri serta orang lain.
Selamat berjumpa dengan orang yang tersayang. Jangan tiba-tiba EL pula minggu ini!