Air rendaman buah delima cukup bagus untuk melembapkan kulit, jadi mak-mak yang sibuk boleh amalkan minum setiap hari. Nak mudah, anda boleh simpan dalam peti sesiap.
Seperti yang Puan Mastura Rashid kongsikan ini, dia suka beli buah delima banyak-banyak dan leraikan, kemudian masuk botol untuk direndam. Haa… minum air rendaman buah delima ini banyak khasiatnya, lagi pun senang dan rasa fresh!
Air Rendaman Delima
Ceritanya melalui laman Facebook, “Seminggu dua ni saya perasan badan macam penat lain macam. Mungkin kurang minum air, kurang rehat dan tidur.”
“Macam betul je kurang tidur. Kadang-kadang tak perasan yang sehari saya cuma dapat tidur kurang 4 jam.”
No wonderlah kulit tangan jadi kering dan kesat. Kalau dah kurang tidur, kulit yang glowing pun boleh jadi malap macam debu.
“Bagus sangat untuk kulit kering dan badan yang lesu, jadi saya pun beli sekotak dari pak arab yang selalu jual buah depan masjid biru melawati.”
“Banyak benda boleh buat dengan sekotak buah delima ni nanti. Dari buat jus, ratah macam tu saja, tambah dalam salad, dan juga buat infused water.”
Mak Pun Minum Sama
Ads
Tidak hanya dia seorang merasa, Puan Mastura juga turut bagi air minuman ini kepada ibunya yang sakit. Hasilnya sangat memuaskan!
“Saya teringat beberapa tahun lepas, kesihatan mak merundum teruk lepas dikesan ada penyakit pulmonary fibrosis. Lepas keluar wad, nak turun tangga pun mak tak larat.”
“Kebetulan waktu tu musim delima, jadi saya bagilah mak makan buah delima ni setiap hari. Alhamdulillah mak recover dengan sangat cepat. Mak masih ada penyakit yang sama, cuma tenaga mak dah makin pulih. Turun naik tangga pun makin laju.”
Bagus Untuk Kesuburan Suami Isteri
Selain itu, delima juga bagus untuk kesuburan suami isteri. Kalau sedang berusaha nak dapatkan anak, boleh makan buah delima setiap hari sebagai salah satu ikhtiar. Selain itu, boleh cuba minum raspberry leaf tea.
Ads
Bantu Naikkan HB Rendah
Untuk anda yang ada anemia, makanlah buah delima. Buah yang tinggi vitamin A, C, E dan iron ni boleh boost hgb kita. InsyaAllah bagus sangat untuk mak-mak yang tengah mengandung dan ada masalah hb low setiap kali mengandung. Maka risiko tumpah darah waktu bersalin pun boleh dielakkan.
Kolestrol dan Kesihatan Jantung
Makan buah delima selalu pun boleh tingkatkan kesihatan jantung dan kurangkan kolestrol. Jadi orang yang obes, ada masalah kolestrol digalakkan sangat makan buah ni setiap hari.
Walaupun buah delima ni banyak khasiat, tapi bila anda ada makan ubat untuk penyakit tertentu, kena hati-hati takut ada kesan yang mengakibatkan tekanan darah naik. Okay, ini contoh infused water.
Ads
“Saya suka buat infused water dengan buah dan herba. Contoh buah delima, celery, halia, kayu manis, dan banyaklah lagi. Hanya masukkan bahan dalam botol air malam sebelum tidur, esok pagi terus minum.” kongsi Puan Mastura lagi.
Kulit Jadi Lembap
Air rendaman buah delima ini bagus untuk diamalkan. Kalau nak cuba boleh ikut cara ini ya.
Sediakan biji buah delima 100 gram dan Air 500 ml.
2. Masukkan biji buah delima ke dalam air, kemudian simpan di dalam botol tertutup.
3. Anda boleh masukkan botol tersebut ke dalam peti dan simpan selama 4-5 jam.
4. Kemudian, minum sedikit demi sedikit sampai habis.
Sebaiknya amal air rendaman buah delima secara rutin untuk dapat manfaatnya. Antara kesan yang kita boleh nampak daripada minum infused water ni, kulit jadi bersih dan glowing, membuang pun lawas, kulit lembap dan perut kenyang lama sikit.
Jadi mak-mak yang selalu sibuk, tak sempat nak eat beauty, bolehlah cuba buat infused water je nanti!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum anda membuat pilihan nak pakai sunscreen atau foundation, lebih baik anda ketahui dulu kelebihan dua produk ini lebih jauh.
Mungkin ada yang suka pakai foundation atau lebih dikenali bedak asas tebal untuk tutup cela, tetapi kalau tiada pelindung apa gunanya? Jom baca perkongsian daripada Sakinah Zaily Johari berkenaan dua produk ini.
Sunscreen Dan Foundation, Mana Satu Pilihan Terbaik?
“Dalam foundation saya dah ada spf. Perlu pakai lagi ke sunscreen?”
Biasa tak dengar ayat macam tu? Okay, kalau awak yakin nak pakai foundation sama jumlah sunscreen dengan 2 JARI. Dipersilakan.
Tetapi wajah anda akan kelihatan seperti ini lah. Agak-agak selesa ke? Dengan berminyak, tebal dan berat je rasa. Dah, rupa apa entah muka.
Mahu ke pakai foundation tebal macam itu?
Rajin dan sanggup ke tiap 3 jam sekali nak tepek foundation macam ni?
Yelah, nak sama kan dengan sunscreen kena apply balik. Rasanya lebih baik pakai sunscreen lah dari pakai foundation sampai banyak macam ni jadinya.
Untuk pengetahuan anda, Spf yang ada dalam pelembap, foundation, cc cream, bb cream tak sama formulasi dalam sunscreen.
Pilihan terbaik nak lindungi kulit perlu lah pakai SUNSCREEN.
Yang memang khas untuk melindungi kulit dari UVA/UVB. Tolong sematkan diminda tu. Skincare dan make up tidak sama. Berbeza.
Cara Pakai Sunscreen
Cara memakai sunscreen adalah sapu pada bahagian kulit wajah dan tubuh secara rata, sekitar 15-30 minit sebelum mula beraktiviti. Pilih jenis sunscreen yang sesuai dengan jenis kulit. Kulit kering tak akan sama dengan jenis kulit berminyak, itu anda patut tahu.
Ini Pula Cara Pakai Foundation
Kalau nak jimat, pakai jari saja. Cara ini sesuai untuk semua jenis kulit dan memberikan coverage yang nipis atau sederhana. Tapi sebelum itu, pastikan tangan anda bersih untuk mengelakkan sebarang kotoran atau bakteria daripada tersebar.
Picitkan foundation sebesar syiling 10 sen ke bahagian belakang tapak tangan. Kemudian, sapukan sikit-sikit ke muka. Cara yang sesuai ialah tepek-sapu-tepek-sapu dengan menggunakan dua jari. Ini memastikan foundation itu betul-betul rata.
Ambil peduli bahawa, skincare untuk melindungi dan merawat kulit. Manakala solekan seperti foundation itu fungsinya untuk kecantikan.
Harap semua boleh faham dan raya nanti mampu buat pilihan terbaik.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah lama hati ayam bersimpan dalam peti sejuk beku kami. Memandangkan esok sudah mahu puasa, saya bersihkan dan masak rendang hati ayam.
Tahukah kawan-kawan yang hati merupakan organ yang paling tinggi jumlah nutrisi?
Ya. Organ hati kaya dengan nutrisi penting seperti zat besi (heme), kuprum, asid folik, riboflavin, protein, vitamin B12, selenium and vitamin A. Setiap 100 g organ hati ayam mengandungi sekitar 9 mg zat besi yang mana boleh menampung separuh daripada keperluan zat besi harian. Zat besi sangat penting untuk membina sel darah merah yang penting dalam mengekalkan kandungan oksigen badan.
Namun organ hati ayam juga sangat tinggi dengan kandungan vitamin A dan zat kuprum, melebihi keperluan harian (recommended dietary intake- RDI).
Vitamin A merupakan salah satu vitamin yang larut lemak. Apabila diambil secara berlebihan, ianya akan disimpan dalam badan. Pengumpulan vitamin A yang banyak dalam badan boleh menyebabkan ketoksikan. Antara gelaja ketoksikan vitamin A adalah gangguan penglihatan, sakit pada bahagian tulang, loya dan muntah.
Kandungan zat kuprum yang berlebihan juga boleh menyebabkan ketoksikan. Antara kesan berlebihan kuprum adalah stress dalaman badan (oxidative stress), gangguan sistem saraf dan boleh membawa risiko penyakit Alzheimer.
Hati juga tinggi kandungan purines iaitu bahan kimia yang bakal ditukarkan kepada asid urik. Bagi mereka yang mengalami masalah gout, pengumpulan asik urik pada sendi boleh memburukan lagi keadaan sedia ada.
Oleh yang demikian, organ hati boleh dimakan dan boleh menjadi salah satu sumber nutrisi yang bagus. Cuma usah berlebihan kerana ianya berpotensi membawa mudarat. Untuk individu normal, hadkan pengambilan seminggu sekali atau dua kali sahaja. Apa yang penting ialah ambil tahu tahap kesihatan dan timbang tara antara manfaat dan mudarat setiap makanan kepada kesihatan badan.
Nota kaki:
• Organ hati dari jenis haiwan yang berlainan (ayam, lembu, kambing) mengandungi jumlah nutrisi yang berbeza.
• Organ hati berfungsi untuk memproses toksin kepada komponen yang lebih selamat atau lebih mudah dikeluarkan dari sistem badan. Namun, ianya tidak menyimpan toksin.
Semoga bermanfaat dan Selamat berpuasa Ramadan kepada yang beragama Islam.
Dikatakan minum teh dapat membantu seseorang itu meredakan rasa sakit atau tidak selesa pada tekak.
Ini keran kandungan teh yang mempunyai antiokdisan yang dapat membantu badan melawan sakit seperti demam dan virus.
Pada masa sama, ia membantu meningkatkan imunisasi badan, sekali gus mempercepatkan proses penyembuhan.
Dalam artikel Detik Health turut memberitahu minum teh juga menjadikan seseorang kekal terhidrat supaya bahagian saluran pernafasan tidak kering dan pedih akibat sakit tekak.
Berikut beberapa jenis teh yang membantu mengurangkan batuk dan sakit tekak:
1. Teh Chamomile Atau Teh Hitam
– Teh itu dikatakan dapat membantu tidur lebih nyenyak. Merujuk artikel Molecular Medicine Report, ia berfungsi melancarkan tekak untuk mengurangkan rasa sakit dan serak pada tekak.
– Ia juga bersifar antiradang yang mengurangkan bengkak dan kemerahan serta kandungan antioksidan untuk membaik pulih tisu.
– Mudah didapati dalam bentuk teh uncang atau bunga kering yang baru dibancuh. Bukan sahaja dinikmati sebagai minuman, tetapi dengan menyedut wap panas teh sahaja boleh membantu meredakan selsema.
2. Teh Kunyit
– Teh kunyit boleh disediakan sendiri iaitu dengan cara merebus kunyit bersama air, kemudian tapis serbuknya.
-Anda juga boleh campurkan madu sebagai pemanis semula jadi. Madu juga mengandungi agen antibakteria semula jadi yang boleh legakan tekak.
– Menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam Indian Journal of Research in Homoeopathy, kunyit mengandungi sifat antioksidan, antiradang dan antiseptik yang kuat.
-Gabungan ketiga-tiganya sangat membantu memulihkan tekak daripada sakit dan kerengsaan.
3. Teh Hijau
– Teh hijau kaya dengan sifat antioksidan dan antiradang. Sesetengah orang percaya bahawa berkumur dengan teh hijau membantu melegakan sakit tekak.
– Hasil kajian yang diterbitkan Anesthesiology and Pain Medicine mendapati, berkumur teh hijau boleh mencegah gejala sakit tekak selepas pembedahan.
– Teh hijau mempunyai banyak manfaat kesihatan lain yang boleh meningkatkan fungsi dan penyembuhan keseluruhan.
– Cara yang betul untuk menggunakan kaedah itu adalah dengan cara bancuh secawan teh hijau. Kemudian, biarkan sejuk. Setelah itu, kumur selama beberapa saat sebelum membuangnya. Ulang proses itu selama dua hingga tiga kali mengikut keperluan.
– Selain berkumur, boleh juga dibuat minuman, tetapi elakkan bancuh dengan air yang terlalu panas supaya khasiatnya tidak hilang.
4. Teh Lemon & Madu
– Mengamalkan teh lemon dan madu juga boleh meredakan batuk.
– Madu itu terkenal dengan sifatnya yang menjadi penawar pelbagai penyakit.
– Penelitian membuktikan madu lebih efektif daripada ubat batuk.
-Cara penyediaannya senang sahaja, anda perlu masukkan satu sudu madu asli dan perahan lemon ke dalam secawan rebusan air.
5. Teh Halia
– Teh halia juga boleh melegakan batuk dan sakit tekak. Anda boleh menyediakan sendiri atau boleh mendapatkan teh halia yang telah siap di kedai.
– Pelbagai kajian menunjukkan halia mempunyai campuran antiradang dan antioksidan yang kuat. Kedua-duanya membantu memperbaiki keadaan tekak yang sakit.
– Selain itu, halia mengandungi komponen yang boleh mengendurkan saluran otot pernafasan. Hasil kajian terhadap haiwan pada tahun 2016 mendapati, ekstrak halia menghalang gejala batuk yang ketara dalam kalangan babi Guinea.