Sebelum anda membuat pilihan nak pakai sunscreen atau foundation, lebih baik anda ketahui dulu kelebihan dua produk ini lebih jauh.
Mungkin ada yang suka pakai foundation atau lebih dikenali bedak asas tebal untuk tutup cela, tetapi kalau tiada pelindung apa gunanya? Jom baca perkongsian daripada Sakinah Zaily Johari berkenaan dua produk ini.
Sunscreen Dan Foundation, Mana Satu Pilihan Terbaik?
“Dalam foundation saya dah ada spf. Perlu pakai lagi ke sunscreen?”
Biasa tak dengar ayat macam tu? Okay, kalau awak yakin nak pakai foundation sama jumlah sunscreen dengan 2 JARI. Dipersilakan.
Tetapi wajah anda akan kelihatan seperti ini lah. Agak-agak selesa ke? Dengan berminyak, tebal dan berat je rasa. Dah, rupa apa entah muka.
Ads
Mahu ke pakai foundation tebal macam itu?
Rajin dan sanggup ke tiap 3 jam sekali nak tepek foundation macam ni?
Yelah, nak sama kan dengan sunscreen kena apply balik. Rasanya lebih baik pakai sunscreen lah dari pakai foundation sampai banyak macam ni jadinya.
Ads
Untuk pengetahuan anda, Spf yang ada dalam pelembap, foundation, cc cream, bb cream tak sama formulasi dalam sunscreen.
Pilihan terbaik nak lindungi kulit perlu lah pakai SUNSCREEN.
Yang memang khas untuk melindungi kulit dari UVA/UVB. Tolong sematkan diminda tu. Skincare dan make up tidak sama. Berbeza.
Ads
Cara Pakai Sunscreen
Cara memakai sunscreen adalah sapu pada bahagian kulit wajah dan tubuh secara rata, sekitar 15-30 minit sebelum mula beraktiviti. Pilih jenis sunscreen yang sesuai dengan jenis kulit. Kulit kering tak akan sama dengan jenis kulit berminyak, itu anda patut tahu.
Ini Pula Cara Pakai Foundation
Kalau nak jimat, pakai jari saja. Cara ini sesuai untuk semua jenis kulit dan memberikan coverage yang nipis atau sederhana. Tapi sebelum itu, pastikan tangan anda bersih untuk mengelakkan sebarang kotoran atau bakteria daripada tersebar.
Picitkan foundation sebesar syiling 10 sen ke bahagian belakang tapak tangan. Kemudian, sapukan sikit-sikit ke muka. Cara yang sesuai ialah tepek-sapu-tepek-sapu dengan menggunakan dua jari. Ini memastikan foundation itu betul-betul rata.
Ambil peduli bahawa, skincare untuk melindungi dan merawat kulit. Manakala solekan seperti foundation itu fungsinya untuk kecantikan.
Harap semua boleh faham dan raya nanti mampu buat pilihan terbaik.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seperti yang kita teh hijau mempunyai banyak kebaikan terutama untuk kesihatan seperti menurunkan berat badan cara lebih sihat.
Ada yang hanya minum begitu saja tanpa gula atau meletakkan madu untu memberi sedikit rasa di dalamnya.
Walau apa jua cara untuk meminumnya, amalan pengambilan teh hijau ini dapat membantu beberapa masalah kesihatan seperti darah tinggi.
Perkongsian Dr Suri Roowi di laman sosial Facebook memberitahu cara menyediakan teh hijau untuk membantu dalam menurunkan masalah darah tinggi.
CARA SEDIAKAN TEH HIJAU untuk BANTU TURUNKAN DARAH TINGGI
Teh hijau kaya bahan khasiat untuk mencegah penyakit dan bertindak sebagai antioksidan. Epigallocatechin-3-gallate (EGCG) ialah bahan antioksidan yang paling banyak dan paling kuat dalam teh hijau.
Kajian selama 12 minggu di Purdue University mendapati minum teh hijau setiap hari dapat menurunkan tekanan tinggi
Antara pelbagai jenis teh hijau, Teh Hijau Matcha adalah yang terbaik. Teh Hijau Matcha adalah teh hijau yang diblender dan dijadikan dalam bentuk serbuk.
Selain sebagai sumber antioksidan yang baik, Teh Hijau Matcha kaya dengan vitamin serta mineral bermanfaat seperti zink, kromium dan selenium.
Untuk meningkatkan bahan khasiat dalam minuman, perahkan sedikit jus lemon dalam minuman Teh Hijau Matcha anda.
Hasil kajian juga mendapati jus lemon mengandungi vitamin C dan meningkatkan paras antioksidan dalam minuman teh hijau sehingga 5 X ganda dan menyebabkan 80 % bahan ini diserap ke dalam darah dan banyak memberi kesan baik terutama di kalangan pesakit darah tinggi.
Sebaiknya tambah sedikit madu tulen #DrSuriRoowi Ph.D KMN Principal Scientist
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa kata kecacatan jadi penghalang untuk berjaya. Tanpa sebarang usaha dan kerja kuat, pasti yang diimpikan tidak akan tercapai.
Diuji Tuhan apabila dia yang dilahirkan normal, namun 10 bulan selepas itu diserang kanser mata hingga hilang penglihatan, buat Khairul Anisa Mat Samsuddin, 32 tahun, tidak pernah berputus asa untuk berjaya seperti insan normal lain.
Kekurangan dan kelemahan diri tidak pernah menjadi batu penghalang buat wanita ini untuk melakar kejayaan dan mencari rezeki halal seperti insan sempurna lain.
Mesra disapa Anisa, ibu kepada dua cahaya mata ini terarah ke dunia niaga dan aktif menjadi pengedar pelbagai jenama produk daripada rangkaian makanan kesihatan hinggalah regim kecantikan.
Terbaru, wanita berasal dari Klang, Selangor namun menyewa di sebuah kawasan perumahan di Kuala Lumpur ini tular dan mencuri perhatian di aplikasi TikTok selepas berjinak jinak sebagai pengedar produk jenama Nurraysa.
Mahu Buktikan Boleh Berjaya
“Saya tak mahu berpeluk tubuh mengharapkan simpati dan belas kasihan. Saya nak buktikan biarpun tak nampak, insya-Allah dengan usaha berterusan pasti ada kejayaan menyusul.
“Namun lumrah di sebalik kekurangan diri itu saya juga terus diadili dengan pandangan skeptikal. Ada yang meragui kebolehan saya untuk menjual itu ini. Pernah satu tahap rasa nak menangis dan tinggalkan terus dunia berniaga.
“Tapi saya tak akan dapat apa pun jika terus menyerah dan mengeluh. Pilihan yang ada ialah untuk jadi kuat dan menepis ego dan rasa tak ‘best’. Saya fikir, jika tak cari rezeki, bagaimana nak meneruskan kelangsungan hidup,” katanya yang tidak minta lahir sebegini.
“Saya sudahlah lahir serba kekurangan, kemudian ditekan pula dengan kata sinis. Tentunya, lagi pedih rasa hati ini. Tapi saya tak minta lahir sebegini.
“Pernah ketika saya menjual produk makanan berasaskan coklat, ada yang komen kasar cakap saya ini sudahlah tak nampak, OKU (orang kurang upaya)… bersihkah dan terjaga ke kualiti makanan itu.
“Yang pernah meragui tahap halal makanan itu pun ada. Sedangkan terang terang makanan itu berstatus halal,” katanya yang berkahwin dengan cinta hatinya, Muhamad Mazwan Shakir dan wanita itu terus diuji.
Pandemik Beri Ujian Getir
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata masing masing berusia 9 dan 14 tahun.
“Keputusan berkahwin saya anggap jodoh yang sudah tertulis. Seperti perkahwinan orang lain, fasa turun naik itu ada. Cabaran utama saya dan suami ketika itu ialah aspek kewangan. Nak besarkan anak lagi.
“Dari Selangor, kami selepas berkahwin berpindah ke Port Dickson. Suami ketika itu bekerja sebagai tukang urut dengan gaji RM350. Kami seterusnya berpindah ke KL.
“Masa itu saya dan suami mencari rezeki dengan cara persembahan jalanan atau ‘busking’. Ditakdirkan pandemik COVID-19 menyerang dunia. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa, kerja ‘busking’ tak boleh diteruskan,” katanya.
Ketika hidupnya hampir gelap, timbul cahaya di hujung terowong, penyertaannya sebagai pengedar Nurraysa tanpa diduga membuka pintu rezeki.
“Saya sebenarnya selalu melihat iklan produk Nurraysa mengajak ramai menjadi pengedar. Tetapi ia berlalu begitu saja. Saya pun tak pernah didedahkan dengan jenama itu.
“Dipendekkan cerita, teman saya mengajak menjadi pengedar jenama itu. Produk pertama yang saya cuba ialah Glowing DD Moist Cake. Saya jatuh hati dengan foundation muka itu dan terus jadi pilihan.
“Saya mencuba nasib berjinak jinak dengan aplikasi TikTok untuk menjual barangan jenama itu. Selain foundation, saya juga jual gincu Magic Lipstick. Tak sangka pula, saya jadi perhatian di aplikasi itu hingga ramai yang nak membeli selepas menonton video pendek di Tiktok. Tak menang tangan jadinya mencatit tempahan dan membuat pesanan barang,” katanya.
Tular Di TikToK
Tanpa berselindung, Anisa mengakui rasa malu apabila namanya tular di TikTok.
“Rasa macam artislah ibaratnya. Tapi saya tetap Anisa yang dulu. Yang sentiasa nak buktikan diri ini juga boleh jadi sempurna macam orang normal lain.
“Dalam masa dua minggu, saya berjaya meraih jualan RM1700. Ia satu pengalaman menyeronokkan. Menjadi pengedar Nurraysa juga mendekatkan saya dengan insan baik di sekeliling.
“Saya sendiri mempunyai ketua dan pengasas yang mesra dengan pengedarnya. Terima kasih Nurraysa,” katanya lagi.
Nurraysa Global Sdn Bhd ditubuhkan sejak 2014 diterajui Nur Aini Zolkepeli. Bermula dengan jualan sabun kolagen, kini jenama itu berkembang dengan penghasilan lebih 50 produk kosmetik, minuman, makanan tambahan, makanan dan pakaian.
Memasuki tahun baru 2022, founder Nurraysa komited dan berazam untuk bantu 400,000 orang untuk berjaya bebas dari bebanan kewangan melalui kempen NAK
BERJAYA 2022.
Setakat ini, sudah ada 32 ‘billboard’ jenama itu menemani pengguna jalan raya di sepanjang lebuh raya dari Utara ke Selatan dengan ‘tagline’ Kosmetik Mesra Wuduk.
Mempunyai aura kecantikan semula jadi, Maya Karin salah seorang artis wanita yang tak jempu dipandang.
Walaupun kini berusia 43 tahun, namun wajah Maya langsung tindak menunjukkan tanda-tanda menua malah makin cantik dan sihat.
Maya Karin Makan Masakan Tanpa Bahan Pengawet, Ini Tip Untuk Awet Muda
Berbeza daripada wnita seusianya, kecantikan semula jadi Maya makin terserlah walaupun tidak mengenakan sebarang mekap atau hanya berhias nipis.
Rupanya ini adalah amalan Maya Karin sejak di usia remaja lagi. Amalan ini sememangnya sesuatu yang sihat kerana banyak menggunakan bahan semula jadi.
Banyakkan minum air suam
Kongsi Maya, rutin penjagaan wajahnya adalah mudah iaitu minum air suam setiap hari dengan secukupnya. Ini kerana air suam boleh meningkatkan suhu badan dan metabolisme dalam badan. Bukan itu saja, air suam juga dapat membantu tubuh badan kita membakar lebih banyak kalori sepanjang hari.
Guna bahan semula jadi di dapur untuk kecantikan
Menurut Maya, selain daripada air suam dia juga sering amalkan petua yang pernah diajarkan kepadanya ketika muda. Antaranya adalah memakai mask rambut dan wajah, scrub serta serum rambut.
Dibuat sendiri mengikut budaya Indonesia, bahan utama yang Maya guna untuk buat mask adalah alpukat. Kalau kamu nak tahu alpukat sangat bagus untuk rambut dan wajah kerana ia mengandungi pelbagai vitamin serta minyak yang diperlukan oleh badan.
Amalkan diet yang seimbang dan sihat
Akhir sekali, Maya turut amalkan diet pemakanan yang seimbang memandangkan dia alah pada kekacang dan hasil tenusu. Bagi makanan fast food, tin dan siap dibungkus akan cuba dielakkan serta dikurangkan.
“Saya hanya makan makanan yang baru dimasak tanpa bahan pengawet. Contohnya, makanan di kedai nasi campur kerana saya tahu mereka masaknya pagi tadi. Dan antara makanan yang akan saya pilih adalah sayur bayam, pucuk paku dan tempe.”
Jadi kepada para wanita diluar sana, masih belum terlewat lagi untuk anda mengekalkan kecantikan. Jom cuba tips dari Maya Karin ini.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!