Ada PCOS Tapi Lega Hamil Tanpa Buat Rawatan Kesuburan. Ini Yang Sheera Iskandar Amalkan! Sebelum hamil, pelakon ini disahkan mengalami masalah Polycystic Ovary Syndrome atau PCOS dan turut menjalani pembedahan membuang cyst di ovari.

Dalam temubual bersama Nona, pelakon cantik manis Sheera Iskandar memberitahu penyakit dialami ini adalah daripada keturunan dan genetik diabetic.

Ada PCOS Tapi Lega Hamil Tanpa Buat Rawatan Kesuburan

Artikel Lain: Jaga Makan Saja Tak Cukup, Kenalah Aktif & Ceria. Rahsia Raja Ema Awet Muda Usia Separuh Abad!

Menurutunya apabila sudah berumah tangga dia perlu jaga kesihatan agar tidak ada masalah lain berlaku.

“Sebelum bedah, bahagian yang ada cyst tu timbul tapi sekarang dah susut. Waktu saya kena bedah kalau tak silap tahun 2015. Masa tu saja pergi buat medical check uo memandangkan umur pun dah lebih 30 tahun.

IKLAN

“Start dari situ saya mula jaga pemakanan dan elakkan mengambil makanan yang boleh aktifkan cyst itu balik.

Artikel Lain: ‘Buat Sampai Separuh Nyawa’. Rajin Muaythai, Penampilan Tokti Semakin Cantik & Langsing

IKLAN

Ini Yang Sheera Iskandar Amalkan

“Alhamdulillah, kahwin ada rezeki dapat mengandung semula jadi tanpa apa-apa rawatan kesuburan. Yang penting kena tahu keadaan badan macam mana. Jaga pemakanan itu penting.

“Sebelum kahwin lagi saya memang dah amalkan pengambilan folic acid dan fish oil. Saya dapat tahu saya hamil bulan September lepas,” ujarnya yang selamat melahirkan anak sulung, Puteri Long Harissa Mei lalu.

Walaupun sudah bergelar ibu, kecantikan Sheera tetap terserlah di sebaliknya kelembutan wajahnya.

IKLAN

Sebelum ini Sheera yang juga anak kepada pelakon Aznah Hamid cukup sinonim dan terkenal dalam drama kepolisan Gerak Khas.

Artikel Lain: Rupanya Mandi Sebelum Subuh, Rahsia Anggun & Awet Muda Nasha Aziz Di Usia Cecah 51 Tahun