Tak sangka, rupanya hampas kelapa pun membantu untuk lembapkan kulit wajah yang kering. Ini cukup jimat dan selamat bagi anda yang mempunyai kulit wajah yang sensitif.
Apa yang bagus, hampas kelapa boleh menghaluskan, melembapkan, mencerahkan dan menanggalkan kulit mati.
Nak tahu macam mana nak buat, jom ikuti petua di bawah ini jadikan skrub untuk muka dan seluruh badan.
Jennifer Lopez, bukan sahaja kerjayanya yang cemerlang dalam industri muzik antarabangsa tetapi wajahnya yang cantik sering menjadi perhatian.
Sebab penyanyi berusia 50-an ini masih kelihatan cantik dan awet muda. J. Lo selalu tampil menawan dengan pelbagai solekan di wajahnya dan juga badannya yang seksi.
Ternyata, J.Lo, melakukan pelbagai rawatan untuk mengekalkan penampilannya. Berikut adalah rahsia J.Lo:
Walaupun jadual persembahan yang sibuk, J.Lo selalu meluangkan masa untuk berehat. Dia selalu berusaha untuk mendapatkan tidur yang cukup, tidak kira betapa sibuknya dia.
“Saya mahu tidur sembilan atau 10 jam, tetapi bagaimanapun, saya selalu memastikaN saya cukup tidur. Sekurang-kurangnya lapan jam sehari,” kata J.Lo.
Selain itu, J. Lo amalkan minum air yang mencukupi. Dia merasa, ketika minum air, tubuhnya akan terasa lebih baik.
“Saya merasakan bahawa minum air dan makan makanan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat menjadikan tubuh lebih sihat terutama untuk masalah kulit,” tambahnya.
Kita sering menganggap bahawa selebriti Hollywood ini tak lepas dari minuman alkohol, tetapi berbeza dengan J.Lo. Dia sebenarnya tidak mengambil alkohol atau merokok.
Menghindari Kafein
J. Lo selalu menikmati kopi di pagi hari, tetapi dia minum kopi tanpa kafein.
“Saya sudah lama tidak mengambil kafein,” katanya lagi.
Nampaknya, rahsia lain J. Lo adalah salah satunya kerana dia mempunyai gen yang baik. Dalam keluarganya, hampir semua ahli keluarganya mempunyai kulit yang baik walaupun mereka tidak lagi muda.
“Ibu dan nenek saya mempunyai kulit yang cantik, jadi saya mewarisinya. Saya bernasib baik,” tambahnya.
Untuk menjaga fikirannya tenang dan menjauhkan diri dari tekanan, J. Lo selalu meluangkan masa untuk bermeditasi. Bukan hanya fikirannya, dia juga ingin menenangkan jiwa sepanjang hidupnya dalam dunia muzik. Itu untuk membuat dirinya bahagia.
Semasa bersenam, sudah pastinya wajah menjadi berpeluh dan lebih berminyak. J. Lo tidak pernah menangguhkan membersihkan wajahnya agar segar kembali.
Ramai orang yang merasa letih ingin segera berehat, terutamanya jika anda telah memasuki bilik tidur. Walaupun sisa solek sepanjang hari masih menempel di wajah, jika tidak dibersihkan akan menyebabkan masalah kulit seperti jerawat.
Nah, untuk mengelakkannya, J. Lo selalu melakukan rutin membersihkan wajah setiap kali sebelum berehat. Dia juga menggunakan produk penjagaan kulit untuk menjaga kesihatan kulitnya.
Penting bagi kita untuk menggunakan pelindung cahaya matahari ketika keluar dari rumah. Itu juga dilakukan oleh J.Lo. Dia selalu melindungi kulitnya dari terkena cahaya matahari.
Untuk menjaga kulit yang bersinar, dia selalu memperhatikan isi setiap perawatan kulit yang digunakan. J. Lo menggunakan perawatan kulit yang mengandungi asid glikolik untuk menjaga kulitnya bersinar dan juga mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.
Walaupun dia mungkin menghabiskan berjam-jam di meja rias untuk kelihatan cantik dan memukau penonton, dia selalu memastikan kulitnya bernafas.
“Saya tidak begitu peduli dengan rutin kecantikan harian saya. Saya harus memakai banyak solek untuk bekerja, jadi ketika saya tidak bekerja, saya cenderung tidak terlalu kerap memakai alat solek,” katanya
Dia juga tidak pernah lupa menggunakan rawatan anti-penuaan untuk menjadikan kulitnya tetap muda.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makin hot pelakon, Nora Danish atau nama sebenarnya Nora binti Mohd Danish Hanif walau sudah mempunyai anak. Bukan sahaja mempunyai wajah yang gebu dan cantik, malah tubuhnya juga maintain kecil molek.
Nora yang dikenali ramai selepas memegang watak di dalam drama bersiri “Puteri” telah menghiasi banyak drama dan filem di Malaysia, antaranya ialah Sumpah Bunian, Khurafat The Series, Tentang Dhia, Ariana Mikhail dan banyak lagi.
Nora Danish dipuji bakat lakonannya ketika drama Tentang Dhia yang menjadi fenomena suatu ketika dahulu bersama pelakon lelaki Adi Putra.
Pernah berkongsi tentang petua kecantikan yang diamalkan menerusi portal Xtra, Nora mengamalkan diet yang sempurna seperti memilih akan ulam-ulaman, makanan organik, minum air secukupnya, mengambil makanan tambahan dan juga rajin melakukan senaman yoga.
Namun baru-baru ini, tular satu video di laman tiktok milik Nora Danish yang meraih perhatian ramai. Video tersebut kini meraih 931 ribu jumlah tontonan, 94 ribu tanda suka dansebanyak 5 ratus komen.
Di dalam video berkenaan memaparkan Nora Danish sedang menari mengikut trend yang terkini di laman tiktok tersebut.
Namun lain pula yang dilihat netizen selepas menonton video tersebut. Rata-rata mereka meninggalkan komen bahawa Nora Danish tampak semakin muda walaupun umurnya meningkat.
“Dia ni dari dulu sampai sekarang nampak muda je, my fav”– kata netizen.
“Makan apa je cantik sangat mummy ni”– ujar netizen.
“Ni lah salah satu bukti perempuan berada di tangan lelaki yang tepat, sentiasa cantik”-tambah netizen.
“Babyface sangat lahai dia ni laa. cantik betul kalau dalam movie ada Nora Danish ni aku wajib tengok yee sebab suka tengok cara dia berlakon”– tulis Netizen.
Apa-apa pun, Nora Danish sememangnya nampak semakin muda walaupun sudah mempunyai anak yang ramai.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini tular tentang kesan minum kolagen yang didakwa mampu mengaktifkan sel kanser sedia ada yang terdapat dalam badan seseorang.
Dakwaan tersebut dibuat oleh seorang wanita pengguna TikTok @adzrinadzhar yang memuat naik video menceritakan tentang dirinya yang didiagnosis dengan penyakit kanser ovari setelah sebulan sakit disebabkan pengambilan suplemen kolagen untuk memutihkan kulit.
Menurut akhbar Kosmo!, sehingga kini video tersebut telah berjaya meraih tontonan sebanyak 1.1 juta kali, mendapat 58,400 tanda suka dan dikongsi semula sebanyak 7,967 kali.
Agak menggangu fikiran bagi yang memang setia dengan pengambilan kolagen, ini pengakuan yang dibuat oleh wanita tersebut.
“Saya minum kolagen putihkan kulit, tetapi tidak mahu sebut jenama apa. Kolagen itu yang mengaktifkan kanser saya. Badan kita tidak memerlukan kolagen tambahan yang berjuta-juta pun sebenarnya.”
Akibat Ambil Kolagen
Apa yang lebih mengejutkan, di ruangan komen, ramai yang turut berkongsi pengalaman yang sama seperti wanita tersebut gara-gara pengambilan kolagen.
“Saya pernah ambil kolagen dan setelah dua bulan, fibroid yang ada pada tiroid saya membesar. Lepas saya stop, kembali susut. Masih ada, cuma tak besar,” komen seorang wanita.
Komen lain yang menakutkan, ada yang sampai disahkan kena cyst.
“Saya kena ‘ovarian cyst’ dan pecah lepas sebulan lebih minum produk pemutih kulit yang ada kolagen. Nasib baik dapat diselamatkan, jadi sebagai langkah berjaga-jaga elakkan ambil suplemen yang mengandungi kolagen,” jelas seorang lagi wanita di ruangan komen.
Sehingga kini video tersebut masih dikongsikan oleh orang ramai dan menjadi tanda tanya bagi pihak yang suka mengamalkan minuman kolagen dalam gaya hidupnya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.