Macam biasa apabila tibanya Syawal hidangan paling popular disediakan adalah rendang atau gulai daging.

Lebih sedap dicicah dengan lemang atau ketupat palas. Namun benarkah pengambilan daging berlebihan tidak bagus untuk kesihatan.

Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Pegawai Dietetik Medical Mythbuster Malaysia, Nur Hafizah Mahamad Sobri berkata, daging merupakan satu sumber gabungan zat penting seperti protein jenis tinggi bioavailabiliti, zink, glutein dan besi heme.

“Segala zat yang terkandung dalam daging sukar untuk didapati dalam kuantiti yang baik dalam makanan lain. Sebagai contoh, besi heme hanya boleh didapati di dalam daging dan bagi individu yang tidak mengambil daging, mereka akan berhadapan masalah anemia atau sel darah merah yang rendah yang memerlukan kebergantungan kepada suplemen,” terang Nur Hafizah.

Namun demikian, pengambilan daging perlu dikawal. Dalam erti kata lain, kuantiti yang diambil perlu cukup, tidak lebih atau tidak terlalu kurang.

“Kuantiti yang disarankan kepada golongan dewasa untuk gabungan pengambilan daging atau ayam atau telur adalah separuh hingga dua hidangan dalam sehari.

“Perbandingan mudah, satu hidangan tersebut bersamaan dengan satu biji telur atau daging atau ayam bersaiz tapak tangan. Maksudnya, maksimum pengambilan (gabungan) menu tersebut mestilah tidak melebihi dua tapak tangan atau dua biji telur,” jelasnya lagi.

Sementara itu menurut Pegawai Dietetik, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia, Nur Adilah Muhammadun Basar pula memberitahu bahawa daging diproses itu sebenarnya sangat-sangat tidak digalakkan untuk dikonsumsi.

Ini kerana 100 gram (g) daging lembu mengandungi 217 kalori, 26.1g protein dan 4.2g lemak berbanding kambing yang mengandungi 258 kalori, 25.6 g protein dan 8.8g lemak.

IKLAN

Manfaat Makan Daging Segar – (sumber – www.healthline.com, www.livestrong.com, www.nutritionadvance.com dan www.idntimes.co.id:)

1. Memperkuatkan jisim otot

Daging diklasifikasikan sebagai sumber protein yang berkualiti tinggi. Menikmati daging dengan kuantiti yang disyorkan akan menurunkan risiko sarcopenia atau hilangnya jisim dan kekuatan otot seiring pertambahan usia.

The American Journal of Clinical Nutrition, sarcopenia adalah masalah kesihatan yang serius di antara orang dewasa yang lebih tua tetapi dapat dicegah dengan peningkatan pengambilan protein.

Sumber protein makanan terbaik adalah makanan yang berasal dari haiwan seperti daging lembu, ikan dan produk susu.

2. Meningkatkan prestasi sukan

Salah satu nutrien yang terdapat dalam daging lembu adalah carnosine iaitu sebatian penting untuk fungsi otot.

Menurut Nutrition Advance, tahap ketinggian carnosine dikaitkan dengan penurunan keletihan dan peningkatan prestasi semasa latihan.

3. Mencegah anemia

Kekurangan zat besi merupakan salah satu penyebab anemia dan gejala utamanya adalah keletihan dan tubuh badan berasa lemah.

IKLAN

Daging lembu adalah sumber zat besi yang bagus terutama dalam bentuk besi heme dan paling mudah didapati kerana hanya terdapat dalam sumber protein haiwan.

Jika dibandingkan dengan besi bukan heme, besi heme lebih mudah diserap oleh badan. Oleh yang demikian,  memakan daging adalah salah satu kaedah terbaik untuk mencegah anemia.

4. Meningkatkan kepekaan insulin

Daging lembu juga dipercayai dapat meningkatkan kepekaan insulin dan mengurangkan risiko diabetes.

Asid linoleat yang terdapat di dalamnya membantu meningkatkan kepekaan insulin. Selain itu, sebatian L-carnitine yang terkandung di dalam badan lembu dapat meningkatkan tahap glukosa dan profil kolesterol keseluruhan pada pesakit diabetes jenis 2.

5. Sumber kompleks vitamin B

Tubuh manusia memerlukan pelbagai jenis kompleks vitamin B dan daging boleh menjadi sumber vitamin B kompleks yang baik.

IKLAN

Daging lembu turut mengandungi vitamin B12 yang diperlukan oleh sistem saraf, vitamin B3 yang dapat menyokong sistem pencernaan dan vitamin B2 yang baik untuk kesihatan kulit dan mata.

6. Mempercepatkan penyembuhan luka

Salah satu penyebab jangkitan luka yang paling biasa adalah penyaluran oksigen ke tisu yang rosak. Kekurangan mineral boleh melambatkan pembentukan dan pembaikan tisu. Justeru, mineral yang terkandung dalam daging membantu dalam penyembuhan kerana berperanan menyebarkan oksigen melalui darah.

Info Tambahan

Nutrisi yang terkandung dalam 100 gram daging lembu:

  • Kalori (kilokalori) 250
  • Lemak (15 gram)
  • Lemak tepu (6 gram)
  • Lemak trans (1.1 gram)
  • Protein (26 gram)
  • Kalsium (18 miligram)
  • Zat besi (2.6 miligram)
  • Vitamin D (7 IU)
  • Vitamin B6 (0.4 miligram)
  • Vitamin B12 (2.6 µg)
  • Magnesium (21 miligram)

Sumber: Sinar Plus

Artikel Berkaitan:

Walau Rai Syawal Di Rumah, OOTD Tetap Onz. Cantik Bergaya Dengan Busana & Mekap On Point!

Ramai Kata Sakit, Tapi Tak. Wanita Kongsi Buat Brachytherapy, Rawatan Terakhir Untuk Kanser Servik!

Gemar Lakukan Aktiviti Lasak & Sering Terdedah Sinaran UV, Ini Cara Wany Hasrita Jaga Kecantikan