Walaupun kes baru jangkitan Covid-19 sudah menunjukkan sedikit penurunan, tetapi kes membabittkan Brought In Dead (BID) tetap tinggi iaitu sebanyak 53 kes untuk hari ini.
Kebanyakan kes yang membabitkan BID ini adalah mereka yang menjalani kuarantin sendiri di rumah.
Ads
Salah satu sebab adalah kerana mengalami gejala sesak nafas. Jadi bagi mengelakkan masalah ini, perlukah kita menyimpan bekalan tong oksigen di rumah.
Perkongsian doktor perubatan, Dr. Tengku Ezulia memberitahu perkara ini. Menurutnya tidak perlu beli atau simpan tanki oksigen di rumah melainkan telah mendapat persetujuan doktor.
Ads
Perlu ke simpan Tangki Oksigen di rumah?
Selepas pos saya mengenai ‘Happy hypoxia’ hari tu, ada yang tanya perlu ke beli dan simpan tangki oksigen di rumah?
Sebenarnya, anda tak digalakkan guna oksigen di rumah melainkan telah mendapat bersetujuan dari doktor. Antara sebab- sebabnya ialah:
1. Anda mungkin mengambil terlalu banyak atau terlalu sedikit oksigen. Ada risiko seperti “oxygen toxicity” sekiranya menerima terlalu banyak oksigen. Kepekatan oksigen yang tinggi boleh merosakkan paru-paru kita. Sebaliknya, kalau kita tidak mendapat oksigen yang cukup ke dalam darah, keadaan yang dipanggil hypoxia, boleh merosakkan jantung, otak, dan organ-organ lain.
2. Boleh menyebabkan kelewatan dalam mendapatkan rawatan untuk COVID-19 Kategori 4 (mereka yang mempunyai gejala, jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen) sedangkan mereka perlu dirawat di hospital dengan segera.
3. Gas oksigen berfungsi sebagai pengoksida yang menyokong proses pembakaran. Maksudnya kalau ada kebakaran kecil bermula berhampiran silinder oksigen, ia boleh membuat satu letupan dan kebakaran besar. Lebih-lebih lagi kalau ada objek mudah terbakar seperti petrol, aerosol, lilin, dapur gas di sekitar silinder oksigen sememangnya sangat berbahaya.
Jadi, untuk pemantauan gejala di rumah, lebih baik focus ada 3 benda penting ni je:
1. Pulse Oximeter – Ukur Spo2 & nadi
2. Blood pressure monitor – Ukur tekanan darah
3. Thermometer – Ukur suhu badan
Kalau ada bacaan yang tak normal, dapatkan nasihat doktor, okay?
Jika anda nak hilangkan kesan parut jerawat, paling penting elakkan menggaru wajah. Terlalu kerap menyentuh muka juga menyebabkan bakteria berjangkit. Terutama untuk golongan yang mempunyai masalah jerawat.
Jangan gatal tangan memicit jerawat, ini bukan sahaja menyebabkan semakin teruk malah meninggalkan parut pada wajah. Elakkan juga perbuatan menggaru wajah.
Menjadi igauan juga apabila seseorang itu mempunyai parut bekas jerawat. Malah bekas jerawat yang dalam juga amat mempengaruhi kecantikan wajah dan keterampilan seseorang baik wanita mahupun lelaki. Ia menjadi salah satu permasalahan kulit yang dihadapi ramai orang.
Hampir kebanyakan orang menganggap bekas jerawat yang dalam sebagai masalah yang sangat menjengkelkan. Masalah ini tidak hanya mengganggu, bahkan boleh mengurangkan keyakinan diri apabila berdepan orang lain.
Tentu sekali pipi tidak licin dan tidak menarik. Mari kita lihat apa cara hilangkan jerawat yang efektif.
Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.
Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.
Kaedah ini lebih semulajadi; tetapi susah sedikit sebab tidak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.
Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
Namun kalau anda tak berapa suka guna petua orang lama, mungkin anda boleh sapu produk yang sedia ada dijual sahaja. Ini salah satu, cari kandungan yang mengandungi ARBUTIN.
Ramai juga yang kongsi kesannya, memang hilang dan di kedai hijau pun selalu habis. Jadi, mungkin anda pun boleh cuba sapu setiap malam. Yang best bukan hanya parut hilang tetapi cerahkan wajah juga!
Jika sebelum ini keletah selebriti Eina Azman acap kali menceriakan pengikutnya di laman sosial.
Dia yang gemar berkongsi resepi mudah di laman Instagramnya dengan cara penyampaian melalui suara lembut gemalai menyebabkan dirinya mempunyai pengikut tersendiri.
Dan apabila tidak muncul di media sosial, ramai tertanya-tanya ke mana hilangnya selebriti bermata cantik ini.
Dalam perkongsian di Instagramnya Eina Azman memberitahu sebab memgapa sejak kebelakangan dia tidak muat naik apa-apa status.
Rupanya Eina Azman mengakui dirinya tidak sihat dan memberitahu dia baru saja lepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta.
“Salam semua… Alhamdullilah after 6 hours + saya dah bangun… Ramai yang whatsapp n dm tanya saya kenapa takde update apa2 sangat di ig.
“Dan masih terlalu ramai yang nak tau saya sakit apa. Lately ni saya kurang sihat. Saya dah pernah buat biopsy sebanyak 4 kali di leher dari tahun 2016 sehingga harini.
“Dan sakit saya masih tak hilang. Hari ni saya berjaya buat surgery selepas 2 tahun sebab tempat biopsy yang saya pernah buat beberapa kali sebelum ini masih bengkak dan sakit.
“This is my 2nd option dari Prince Court ke Gleaneagles. Hopefully selepas surgery ni sakit saya akan hilang selamanya… Doa kan saya
Puas menangis lepas tahu hidap kanser pangkal rahim. Lepas setahun lega doktor sahkan bebas kanser. Berdepan dengan dugaan maha berat apabila disahkan kanser menyebabkan dirinya cukup tersentak.
Jika selama ini sangat menjaga kesihatan dan tidak berdepan masalah, tetapi tanpa disangka dugaan menimpa tanda bahawa Tuhan masih sayang padanya.
Tidak terus putus harapan dan semangat, bagi wanita ini dia bangkit melawat kanser yang sudah ada dalam badannya.
Hampir setahun berulang-alik dari rumahnya di Kuantan ke Kuala Lumpur mendapatkan rawatan merupakan antara pengorbanan yang sangat memberi kesan mendalam pada dirinya.
Ketepikan rasa penat, takut, gementar, sedih kerana apa yang penting rasa untuk bangkit melawan kanser yang menjadi antara pembunuh utama kaum wanita.
Bagi Sarina Sidek, perjuangannya melawan kanser selama hampir setahun ini berbaloi apabila disahkan sudah bebas kanser.
Turut menganggap kanser sebagai satu anugerah, wanita cekal ini menerima ujian dengan reda dan tabah kerana sebenarnya penyakit yang datang tu lebih mendekatkan dirinya dengan Tuhan.
Ternyata semanagat juangnya untuk terus hidup setiap kali melihat anak-anak jadi penguat semangat melawan penyakit kanser yang dideritaniya.
Walaupun sudah disahkan bebas, tetapi bagi Yna perlu terus tak putus berdoa kerana kanser ini boleh menyerang kembali. Dia turut bersedia agar sel kanser ini akan hilang sampai bila-bila.
Perkongsian di laman sosial Facebook, Yna menceritakan kronologi bagaimana dia yang selama ini tidak mempunyai apa-apa penyakit tetapi tiba-tiba disahkan menghidap kanser pangkal rahim.
Semoga kisahnya jadi panduan untuk wanita di luar sana yang sedang berjuang melawan penyakit digeruni ramai ini.
Bismillahirrahmanirrahim
KANSER SEBAGAI SATU ANUGERAH
Apa perasaan korang jika diberitahu korang menghidap kanser? Kanser ni sesuatu yang sangat digeruni. Apatah lagi jika sering dikaitan dengan mati!
Sama macam Yna. Setiap saat jadi takut. Takut mati. Seperti menghitung usia sendiri. Hayat makin pendek. Mungkin esk, lusa ke, Kita tak tau. Takut? Jangan di tanya. Setiap kali jumpa doc, jantung ni berdegup laju. Tiba2 bacaan nadi jadi tinggi. Nervous punya pasal.
Bila sihat, Yna mengambil mudah perihal hidup, seolah-olah umur masih panjang. Sehingga usia 39 tahun, Yna tak pernah Ada sejarah kesihatan seperti kencing manis ke, darah tinggi ke. Tup tup kanser! Kanser ya! Bukan demam panas ke atau batuk2 non stop!
Ya Allah…kanser! Aku Ada kaser!
Memang sejarah keluarga Yna ada penyakit kanser. 3 orang mak Sedara Yna meninggal sebab kaser. Kiranya, ni family history lah.
Yna Percaya, bukan semua individu mampu menerima ujian Allah dengan redha sekali gus menukar sakit ni menjadi anugerah. Apatah lagi apabila membabitkan penyakit kanser yang sering kali kesudahannya dikatakan akan menghampiri kematian.
Kenapa Yna kata penyakit ini ANUGERAH? Sbb automatic, bila kita sakit Kita akan lebih dekatkan diri Kita dengan Allah. Tangan sentiasa menadah untuk memohon keampunan dan mohon keajaiban dari Nya, dan Yna percaya, penyakit ni sebagai penghapus dosa Yna. Allah sayang, sebab tu DIA uji. Allah nak angkat martabat Yna. Yna sentiasa positive. Tak perlu meratap dengan apa yang dah Allah aturkan untuk Kita. Perlu bersabar dan Yna percaya sgt yang Yna akan sembuh sepenuhnya dan akan ada pelangi menunggu Yna di hujung jalan Sana. Janji Kita sabar Dan redha.
Semangat juang Yna tinggi untuk terus hidup. Setiap kali melihat anak-anak di hadapan mata, lagi lah membuatkan Yna semangat untuk teruskan rawatan dan kuat melawan penyakit ni. Yna juga bersyukur kerana kanser Yna tidak lah seteruk sahabat Yna yang lain. Yna Masih boleh berjalan, makan, buat aktiviti itu ini cuma Yna akan lembik untuk tempoh 4-5 hari sahaja.
Ejad selalu berdoa depan Yna ‘ ya Allah ya Tuhanku, ampunkan lah dosa-dosa kedua ibubapaku Ya Allah, bagi lah mommy ku sembuh. Jangan lah bagi mommy ku meninggal ya Allah”.
Setiap kali dia berdoa, laju air mata ni mengalir. Tapi ada kalanya, Yna tahan dari terus tumpah. Anak-anak perlukan Yna! Jadi Yna harus kuat!
Sedar tak sedar, dah 1 tahun 5 bulan Yna di diagnose sebagai pesakit kanser pangkal rahim stage 1 3B.
1 tahun 5 bulan bukan lah satu tempoh yang singkat bagi Yna. Apatah lagi harus berulang alik dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Yna korbankan segala tenaga, masa, wang ringgit dan anak2 pula harus cuti sekolah untuk temankan Yna menjalani rawatan di sana.
Banyak juga air mata Yna tumpah demi memperjuangkan sebuah kehidupan. Orang nampak Yna kuat. Sebenarnya tak juga. Ada kalanya Yna down. Yna menangis. Tapi tidak berlarutan. Ajal maut di tangan tuhan, Kita hambaNya berusaha selagi terdaya. Jangan menyerah menunggu ajal.
Setelah ujian biopsy dibuat, pada 20/3/2021 Yna disahkan kanser pangkal rahim. Yna jumpa dua orang doc untuk rujukan. Dr Anna Liza & prof Mokhtar dari Kuantan Medical Center. (Perjalanan Yna sebagai pesakit kanser dah yna coretkan sebelum ni)
Masa tu, Yna hanya buat Ct Scan. Untuk lebih detail, doc suggest buat pet scan. Antara hospital yang prof Mokhtar sarankan adalah Beacon hospital. Yna bersetuju untuk teruskan dengan ujian pet scan. Dan selang seminggu, Yna jalani pet scan di Beacon hospital (Dan waktu ni, yna harap ada keajaiban yang itu bukanlah kanser. Tapi kebenaran tetap kebenaran). Yna juga ada dapatkan pandangan dari agent insurance Yna, mana hospital cancer terbaik kat KL. Dia pun sarankan Yna ke Beacon.
2/4/2021, Yna jalani rawatan radiotherapy buat kali pertama (total 26x dan setiap 1 sesi hanya memakan masa selama 15 minit). Yna stay di KL selama sebulan lebih dan tinggalkan anak2 di Kuantan.
Terima kasih Haslinda Hassan Bukry & abg Man sebab izinkan Kak Yna duduk rumah awak sepanjang tempoh rawatan kak Yna Di sana. Terima kasih banyak2
Terima kasih banyak2 jugak kat mak, abah Iela Sidek & Mohd Pirdaus sbb uruskan Ejad sekolah dan jaga Afiq. Terima kasih banyak2 .
Sepanjang tempoh setahun lebih yna menjalani rawatan, Yna berurusan dengan 7 orang doc. 2 doc Di KMC, 4 di Beacon hospital dan seorang doc di Sunway medical center. Bermula dengan doktor Dari Kuantan Medical Center, Dr Anna Liza (gynecology) & Prof Mokhtar (gynecology oncology), dari Beacon hospital Dr Ng Boon Huat (oncology) , Dr Anuradha Suberamaniam (gynecology oncology), Dr Raymond Tan Suan-Kuo (ENT specialist) & Dr shawn chong shun siang (General Surgeon). Dari hospital Sunway Dr Jennifer Leong Siew Mooi (oncology). Ramai Kan. Bayangkan macam mana penat nya Yna dok ulang alik Kuantan-KL, cucuk sana sini, buat rawatan itu ini. Allah je tau betapa penatnya Yna hadap semua ni. Sakit? Yaa sakit. Mana Ada rawatan Yang tak sakit. 26x radiotherapy, 3x brachytherapy, 17x chemotherapy. 4x pet scan, 1x operations, biopsy untuk hidung & cek usus. Penat! Penat untuk semua ni. Tapi ALHAMDULILLAH. Allah dengar segala rintihan & doa2 Yna. Doa2 dari org sekeliling, doa2 dari keluarga, saudara mara, sahabat2 handai.
Kini Yna BEBAS dari kanser. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.
Saat doc Ng katakan yang yna ni boleh dikatakan cancer survival, Yna menangis semahunya. Perjuangan Yna berakhir! Ya! Kanser ini boleh menyerang kembali. Tapi yna berdoa supaya sel-sel kanser ni hilang sampai bila2.
Cuma sekarang Yna ada masalah di bahagian hidung pula. Yna dah buat ujian kanser, alhamdulillah negative. Doc kata, mungkin infection. Semalam Yna buat biopsy. Sakitnya tuhan sahaja Yang tau. 3 isi pada bahagian hidung diambil. Darah keluar banyak. Yna menangis dari dalam bilik doc sampai lah menuju ke kereta. Dr Raymond banyak Kali tenangkan Yna. Tq doc! 24 sept ni Yna jumpa Dr Raymond lagi untuk review result.
Bismillahirrahmanirrahim ya Allah. Semoga tiada apa yang serius.
Yna juga harus berjumpa dengan Dr Anuradha setiap 3 bulan sekali untuk scan pada bahagian perut & lakukan pet scan setiap 6 bulan sekali. Kalau semua dah clear, setahun sekali. Ohh, tak lupa juga dengan Dr Shawn chong. Untuk cek bahagian usus Yna sbb lepas operations, Yna mengalami masalah berak berdarah. Sampaikan bacaan HB Yna drop jadi 98. Doc suruh Yna makan ubat stop bleeding & tambah darah untuk tempoh 21 hari Dan alhamdulillah semalam HB Yna Naik 109. Blood test semua normal.
Apapun. Syukur alhamdulillah untuk semuanya.
ShantyNur MamaIsyqi Terima kasih uruskan semua claims aku. Percepatkan GL aku. Sentiasa bertanyakan khabar aku dan terima kasih atas segalanya.Tq Shanty!
Paling istimewa, terima kasih Nazmi Musa . Terima kasih untuk kasih syg awak, pengertian awak, masa dan tenaga awk dan juga wang ringgit awak. Semuanya tak terbalas dek saya. Saya syg awk dunia akhirat. Terima kasih sayang
Terima kasih juga untuk anak2 mommy especially Ejad. Banyak bantu meringankan beban mommy kat rumah. Abg sgt dewasa berbanding usia abg. Mommy Minta maaf kalau mommy selalu Marah & pukul abg. Di saat mommy masih dalam rawatan, emosi mommy berada di puncak , tenaga mommy drop, semuanya terganggu. Bahkan ada kalanya ingatan mommy juga merosot. Mommy syg Afiq jugak. Mommy bertahan kerana anak2 mommy & org yang mommy syg.
Terima kasih semua Yang mendoakan Yna. Terima kasih banyak2. Terima kasih ya Allah. Terima kasih ya Allah.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.