Siapa yang tidak mengenali penggubah, jurutera muzik dan penerbit album tersohor, Roslan Aziz yang sangat dikagumi pembabitannya dalam mencetus revolusi muzik tanah air.

Namun kini, beliau dikatakan sedang diuji apabila menghidap kanser limfoma atau kanser darah yang sudahpun melepasi tahap empat.

Menurutnya, mengetahui dalam tempoh yang sangat singkat (tahap empat) dan sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran.

Tambah Roslan, asalnya pada 1 November 2021, beliau mengadu sakit perut yang agak berat sehingga memaksanya berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan.

Artikel Lain: Masalah Gastrik Serius Punca Alyah Jalani Prosedur Bariatrik. Nak Sihat Bukan Untuk Cantik!

Melihat keadaannya yang tidak bermaya, Roslan dicadangkan untuk menjalani pemeriksaan menyeluruh termasuk ujian darah dan pemeriksaan pengimejan resonans magnetic (MRI).

Cadangan-cadangan rawatan susulan yang dicadangkan oleh doktor itu sedikit sebanyak membuatkan banyak tanda tanya bermain di kotak fikirannya.

Namun dalam masa sama, Roslan amat positif dan sentiasa ingatkan dirinya bahawa dia perlu terima apa saja kemungkinan dengan tabah dan reda.

Mula-Mula Tahu Sedih

“Sudah tentu mula-mula saya amat bersedih apabila doktor mengesahkan saya menghidap kanser tetapi saya sangat bersyukur walau didiagnos kanser, keadaan saya tidaklah begitu teruk.

IKLAN

“Saya sedar bahawa hidup yang akan saya lalui sangat singkat kerana penghujung kanser itu adalah mati,” kata Roslan berkongsi cerita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Datuk Keramat di sini, baru-baru ini.

Didiagnos Kanser Darah Tahap 4 Lepas Alami Sakit Perut. Doktor Kata Jangka Hayat 6 Bulan Je!
Gambar oleh Astro Awani

Artikel Lain: Sakit Perut Sampai Sukar Bergerak Punca Jalani Pembedahan Apendiks. Uyaina Mohon Baby Sihat!

Melihat keadaannya yang ceria dan ramai, seperti tidak menduga dirinya diuji dengan penyakit kanser tahap empat.

Realitinya, beliau terpaksa menahan sakit dan harus melalui proses rawatan yang benar-benar mencabar termasuk secekak ubat yang perlu dimakan setiap hari selain rawatan kemoterapi yang bukan mudah untuk dilalui.

Selain itu:  Elak Telan Paracetamol Lepas Makan Durian. Pakar Jelaskan Bahaya Menanti!

Keluar Masuk Hospital Untuk Rawatan

Beliau juga sudah sering keluar masuk hospital bagi medapatkan rawatan. Dia juga turut gembira apabila menerima kehadiran rakan-rakan yang turut memberi kata-kata semangat, malah amat dihargai kerana mengingatkan dirinya baha dia masih dihargai dan disayangi.

“Saya bersyukur sebab ada keluarga dan kawan-kawan yang baik, yang betul-betul ambil berat pasal saya

IKLAN

“Kanser juga menyedarkan saya bahawa dalam dunia ini, kita tidak boleh berseorangan… keluarga dan kawan sangat penting,” katanya yang diberitahu doktor hanya ada enam bulan untuk hidup, iaitu sekitar Jun ini sahaja hayatnya.

“Sepanjang hidup, apa yang saya kehendaki semuanya sudah saya lalui dan lakukan. Saya tahu saya akan mati, jadi saya kena buat persiapan. Tiada apa-apa yang perlu ditangisi lagi.

“Cuma saya akan tidak akan berjumpa dengan isteri saya lagi Sopphilea Hamid, begitu juga dengan anak-anak, Wan Nur Khaleda, Megat Abdul Majid Aziz, Megat Ali Aziz dan Megat Zayn Hamza Aziz. Mereka adalah pelengkap kehidupan dan kebahagiaan saya,” katanya.

Didiagnos Kanser Darah Tahap 4 Lepas Alami Sakit Perut. Doktor Kata Jangka Hayat 6 Bulan Je!
Bersama isterinya,Sopphilea Hamid.

Sumber: Astro Awani

Ekstra Info Kanser Limfoma

Limfoma adalah kanser darah. Ia boleh dirawat jika dikesan di peringkat awal melalui ujian saringan.

Jika ahli keluarga terdekat menghidap kanser ini, anda tergolong dalam kumpulan berisiko kerana Limfoma boleh disebabkan faktor genetik atau keturunan.

IKLAN

Kira-kira 60% penghidap kanser di Malaysia termasuk Limfoma dikesan di peringkat akhir sekali gus sukar dirawat.

Justeru, pengesanan awal amat penting terutama mereka yang berisiko tinggi.

Tanda-Tanda Kanser Limfoma:

– Pembengkakan kelenjar limfa atau hati dan limpa
– Demam berpanjangan
– Ruam dan kegatalan kulit
– Hilang selera makan
– Hilang selera makan
– Keletihan dan tidak bertenaga

Siapa Yang Berisiko:
– Pesakit jangkitan HIV, RBV, Helicobacter pylori, hepatitis B&C
– Pesakit Kanser genetik atau keturunan
– Pesakit Autoimun
– Penghidap penyakit keturunan seperti Ataxia telangectasia

Artikel Lain: Sering Kembung Perut Mungkin Hidap Kanser Ovari. Diagnosis Awal Peluang Sembuh Tinggi!

Selain itu:  Selebriti Indonesia Dedah Rahsia Minum Lemon Suam Sebelum Sarapan, Hasilnya Kurus Banyak!

 

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI